Salam Nuzul Al-Quran 1433H.
Alhamdulillah,kita sudah di hari ke tujuh belas Ramadan di mana hari
istimewa yang mana berlakunya turunnya Al-Quran pada malam tersebut,merupakan
wahyu yang pertama hingga seterusnya. Di mana seluruh umat Islam meraikannya
dengan pelbagai aktiviti di lakukan. Ada surau atau masjid-masjid mengadakan
ceramah khas,Forum Khas atau tazkirah khas sempena Nuzul Al-Quran ini. Ini
menunjukkan bahawa kita adalah hamba yang prihatin tentang sejarah berlakunya
turunnya al-quran.
Firman Allah yang bermaksud;
"Bulan
Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi
manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara
yang haq dengan yang bathil ), karena itu barangsiapa diantara kamu menyaksikan
(masuknya bulan ini ), maka hendaklah ia puasa... " ( Al-Baqarah: 185).
Umat Islam
sudah faham sejarah tentang turunnya al-quran ini,setiap tahun para ilmuan
Islam menyampaikan kuliah atau pun tazkirah,tak kanlah kita masih lupa dengan
peristiwa tersebut.Ia merupakan rakaman sejarah yang di lalui oleh junjungan
Nabi saw.Di turunkan secara berperingkat-peringkat sehingga lengkaplah ia
menjadi sebuah kitab seperti hari ini. Pada tanggal 17 Ramadan (pada malam
jumaat),tahun ke 41 dari keputeraan Nabi saw.
Hebatnya Ramadan berlakunya pelbagi
peristiwa besar,quran sebagai kitab panduan yang serba lengkap di turunkan
kepada semua makhluk. Ia merupakan perlembagaan tertinggi yang seharusnya di
jadikan panduan undang-undang dalam kehidupan manusia. Di dalamya terdapat
pelbagai panduan dalam segenap aspek,dari sosial.politik,pentadbiran,peperangan,pendidikan
dan pelbagai lagi aspek yang sempurna yang terkandung di dalamnya.
Umat Islam sewajarnya menjadikan quran
sebagai panduan bagi menyuluh segenap kehidupan mereka.Ia bukan sahaja untuk di
baca,di kaji semata-mata tetapi yang lebih penting dari itu mengamalkan segala
apa yang di perintah dan meninggalkan apa yang di larang. Saban tahun,bila
datangnya Ramadan program tadarus quran di susun oleh pihak surau atau
masjid,bagi memberi peluang orang ramai bertadarus bersama-sama,ini bagi
membuktikan kecintaan kita terhadap kitab panduan yang agung buat kita.
Malah program khatam quran juga diadakan
oleh sesetengah surau atau masjid bagi menandakan mereka sudah khatam quran
sempena bulan Ramadan ini. Tahniah dan syabas bagi mereka yang sudah khatam
sebelum berakhirnya Ramadan ini. Namun janganlah hendaknya hanya di baca
semata-mata tanpa mengetahui makna dan tuntutannya.Semoga Al-quran menjadi
penyuluh jalan dalam segenap kehidupan kita.
Malah sering sambutan Nuzul quran ini
digabungkan dengan satu peristiwa besar juga,yang mana rata-rata umat Islam
sudah faham tentang kisah dan peristiwa besar tersebut yang mana sering di
sebut Persitiwa Badar A-Kubra.Di mana berlakunya peperangan yang pertama dalam
Islam pada tanggal 17 ramadan,tahu ke 2 hijrah. Yang mana pada ketika itu umat
Islam pertama kali berpuasa.Ia merupakan peristiwa besar yang mempunyai
pengajaran(sila rujuk entri saya yang sebelum ini untu pengajarandari peristiwa tersebut) yang besar buat umat Islam seluruhnya.
Demikianlah peristiwa besar,yang mana hari
ini seluruh umat Islam sedang menikmati dan mengambil pengajaran-pengajaran di
dalamnya,serta menjadikan isikandungan nya sebagai panduan dalam kehidupam
mereka. Sama ada dalam individu,keluarga,organisasi,Negara dan urusan dunia
seluruhnya. Itu lah mukjizat Al-Quran yang di turunkan oleh Allah melalui perantaraan
malaikat Jibril a.s. kepada Nabi saw. Untuk akhirnya saya sudahi penulisan ini
dengan maksud wahyu yang pertama yang di turunkan kepada Nabi saw;
Firman Allah SWT;
1]Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama
Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), [2]Ia menciptakan manusia dari
sebuku darah beku; [3]Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - [4]Yang
mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - [5]Ia mengajarkan manusia apa yang
tidak diketahuinya.
(Surah Al-Alaq: 1-5)
Semoga kita mengambil pengajaran dari
maksud firman Allah SWT tersebut.
Semoga segala amalan kita di terima sebagai
amal soleh..!
Amin Ya..Rabb..!
Jom Membaca..Jom Menulis..!
No comments:
Post a Comment