Followers

Showing posts with label Beli dan Baca 2016M. Show all posts
Showing posts with label Beli dan Baca 2016M. Show all posts

Friday, February 5, 2016

Buku Kedua Febuari 2016M



Buku kedua yang sedang dibaca untuk bulan febuari 2016M. Sebuah tulisan Faiz Ibrahim, bertajuk 'Reinkarnasi', buku siri pertama. Mengandungi puisi-puisi luahan rasa anak muda.

Buku terbitan sendiri.



Membaca selagi masih ada hayat!

Thursday, February 4, 2016

Buku Pertama Febuari 2016M

Buku Deklamasi Puisi


 

Selesai mengeluti buku pertama untuk bulan Febuari 2016M. Tulisan bersama Tuan Puzi Hadi dan Irwan Abu Bakar. Terbitan Esastera Enterprise, 2016. Buku yang menarik, comel, berkulit licin dan berwarna.

Seni-seni puisi dan berpuisi dibicarakan di dalam buku yang sejumlah 42 muka surat sahaja. Ringkas dan padat. Dua penulis bergabung dalam memperkatakan seni persembahan puisi.

Walaupun ringkas ia amat sesuai untuk rujukkan peminat puisi terutamanya dalam pembacaan puisi.

Ingin menjadi deklamator? Elok miliki buku ini. Mahu menganjurkan sayembara deklamasi puisi? Juga mesti miliki buku ini.

Juga disertakan senarai nama-nama deklamator unggul Nusantara dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan juga Brunai Darul Salam.

Ia juga bagus untuk rujukkan bagi pencinta dunia perpuisian di tanah air kita.


Syabas esastera melahir dan menerbitkan buku ini.


Membaca selagi hayat masih ada!

Thursday, January 28, 2016

Buku Kelapan Januari 2016M

Buku kelapan yang sedang dibaca.
Menyelamai hati nurani rakyat marhean yang semakin tertekan dan tertindas dik' permainan penguasa zalim.

Himpunan karya puisi dari penyair rakyat yang prihatin permaslahan rakyat. Juga beberapa esei membicarakan 'Derita Rakyat' masakini. Terbitan PAKSI Madrasah Seni. Buku puisi yang seharusnya dibaca semua orang, kerana ia memperkatakan kehidupan yang dirasai waktu kini. Tekanan hidup...kemiskinan di kota mahu pun desa. Semua sedang merasai dan menghadapi situasi sulit dan genting ini.

Penguasa tidak peka...malah pekak...

Ya...marhean itu ialah kita...


DERITA RAKYAT






Membaca selagi masih ada hayat!

Wednesday, January 27, 2016

Buku Ketujuh Januari 2016M


Buku ketujuh...selesai membacanya sewaktu rehat tengah malam, kerja shif malam. Layan buku Ayahnda Rani Kulup.

"Jangan Ingat Ayah Tak Payung'

Status-status begini pun boleh buat buku...kik3...nak tahu lawak tak lawak...

Beli, baca dan simpan jadikan koleksi bacaan di bilik bacaan sahabat semua.




Membaca selagi masih ada hayat!

Thursday, January 14, 2016

Buku Keenam Januari 2016M





Maklumat Buku

Tajuk Buku: Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trotsky Kamu Semua

Penulis: Lucius Maximus

Terbitan: Dubook

Muka Surat: 192

Harga: RM25.00

Cetakkan: 2014 (Cetakkan kedua)

Kategori: Umum


Status: Sedang dibaca



Membaca selagi ada hayat!

Tuesday, January 12, 2016

Buku Kelima Januari 2016M





Maklumat Buku

Tajuk Buku: Ada Iman Baru Syok, Ada Fight

Penulis: Adam Corrie

Terbitan: Mustread

Muka Surat: 144

Harga: RM20.00SM/23.00SS

Cetakkan: 2015

Kategori: Motivasi

Status: Sedang dibaca





Membaca selagi ada hayat

Saturday, January 9, 2016

Buku Keempat Januari 2016M




Maklumat Buku

Tajuk Buku: Aku Bukan Ustak YuTiub

Penulis: Mufarwa Farid

Terbitan: Dubook

Muka Surat: 216

Harga: RM25.00

Cetakkan: 2015

Kategori: Motivasi


Status: Sedang dibaca



Membaca selagi ada hayat!

Thursday, January 7, 2016

Buku Ketiga Januari 2016M






Maklumat Buku


Tajuk Buku: Mengait Cinta Di Istanbul


Penulis: Ayza Gursoy

Terbitan: Mustread

Muka Surat: 122

Harga: RM19.00 SM/ RM22.90 S/S

Cetakkan: 2014

Kategori: Umum

Status: Sedang dibaca



Membaca selagi ada hayat...

Wednesday, January 6, 2016

Buku Kedua Januari 2016M


Membedah P.Ramlee

Buku tulisan Daniyal Kadir, mengulas dan mengupas setiap filem arahan dan lakonan Allahyarhan P.Ramlee yang ditontoni. Buku terbitan Dubook , cetakkan 2015M. Peminat-peminat P.Ramlee boleh dapatkan buku ini.

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon, pengarah, pelawak legenda ini. Filemnya diulang berkali-kalipun tak akan menjemukan, masih bisa mengeletek hati para peminat dan penontonnya.

Percayalah, jika hari ini kita tonton, kemudian diulang kembali minggu depannya, pasti masih bisa membuatkan kita mahu menonton lagi...itulah penangan Allahyarhan P.Ramlee. Banyak filemnya mengandungi mesej-mesej yang bagus. Semua dikupas dan diulas oleh penulis buku ini.

Jika mahu tahu lebih lanjut lagi, carilah buku ini di kedai buku yang terdapat di tempat sahabat semua. Buku ini, tinggal beberapa muka surat lagi sahaja untuk menghabiskannya. Insyallah malam ini boleh habis baca.

Sekadar perkongsian ringkas.

Membaca selagi hayat masih ada!

Friday, January 1, 2016

Buku Pertama Untuk Januari Tahun 2016M

Buku pertama yang dibeli dan mula dibaca untuk tahun baru 2016M. Sebuah buku travelog Kembara Ilmu bertajuk 'Dari Andalusia Ke Amerika'. Hasil karya Aidil Adha Sulaiman, terbitan Karya Bistari Karangkraf.






Membaca selagi masih ada hayat...

Baca jom!

DEMI MASA