Followers

Showing posts with label Promosi Buku. Show all posts
Showing posts with label Promosi Buku. Show all posts

Monday, October 18, 2010

Jom Miliki Buku Ini:Anakku Hebat Anakku Soleh


BUKU: ANAKU HEBAT ANAKKU SOLEH

Bagi saya inilah buku yang sangat menarik untuk panduan Ibu Bapa keluarga Muslim.Buku hasil tulisan Ustaz Zahzan Mohammed.Mengandungi pelbagai tip mendidik anak-anak menurut Islam.Hanya dengan panduan dan suluhan agamalah anak-anak akan berjaya menjadi anak yang soleh atau solehah.Ibu bapa bertanggungjawab merealisasikan impian mereka,namun semuanya ini memerlukan ketabahan dan kesabaran serta di sertai doa memohon pengharapan dan bantuan Allah dalam mendidik anak-anak.Buku ini sebagai panduan dan rujukan yang sangat bagus di miliki.

"Semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat, selalu sukses dalam setiap aktiviti yang diceburi, pada masa yang sama cerdik dan soleh. Tetapi pakej ciri-ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki. Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran. Ibu bapa jangan mudah terperangkap dengan kaedah dan teknik mendidik sembarangan. Buku ini menghurai kaedah dan panduan tersebut."

Sahabat-sahabat yang ingin memiliki buku ini secara Online,bolehlah melayari ;


Klik pada banner dibawah:

Friday, October 15, 2010

Jom Miliki Buku Ini:Ringkasan Riyadhus Solihin


Buku:Riayadhus Solihin

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,


Alhamdulillah,sekali lagi dapat sama-sama saya kongsikan dan mempromosikan sebuah buku(kitab)yang sangat hebat dan bagus di miliki oleh setiap keluarga muslim semua.Buku yang mengandungi ayat al-Quran dan kumpulan hadis-hadis sahih dan hasan yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.Kitab yang saya maksudkan ialah Kitab Ringkasan Riyadhus Solihin(Taman-Taman Orang Soleh).

Ia merupakan kitab yang disusun oleh tokoh ulama besar yang terkenal iaitu Imam Nawawi atau nama sebenar beliau Al-Imam al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariya Yahya.Kitab ini telah di ringkaskan oleh seorang Ulama terkenal Syeikh Yusuf al-Nabhani.Kitab yang mengandungi persoalan perundangan dalam agama,membicarakan masalah akidah,syariah dan akhlak.

Antara kandungan Ringkasan Riyadhus Solihin:

1)Akidah dan Ilmu.

2)Solat,puasa,zakat,haji dan lain-lain ibadah.

3)Adab yang bersifat lahiriah dan batiniah.

4)Pemberi semangat dan amaran.

5)Perbahasan mengenai zuhud dan warak.

6)Pendidikan keluarga.

7)Penyucian hati dan ubatnya.

8)Pemeliharaan anggota tubuh badan.

9)Kepimpinan.

10)Jihad.

Jom miliki..! Membaca terus selagi ada masa,jangan abaikan masa Anda.

Sahabat yang ingin memiliki buku atau kitab ini secara online,bolehlah layari E-Store Saya;
Klik Pada Banner

Monday, October 11, 2010

Jom Miliki Buku ini:Furu' Al-Maasail,Wa Usul Al- Wasa'il



Alhamdulillah dapat bertemu lagi hari ini.Saya nak promosi sikit tentang buku ini,Buku yang patut dan semestinya sahabat-sahabat miliki.Persolan akidah dan Ibadah pasti terungkai dengan membaca buku ini(kitab),apa pun permasalahan yang tidak di fahami kena juga bertanyakan guru yang pakar.Namun buku ini sangat sesuai sebagai bahan rujukan kita,sesuai untuk semua.

Furu’ Al-Masa’il merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama’ nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat. Menurut Datuk Hassan Din, penyusun semula buku ini, “saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab Furu‘ Almasa’il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah.

Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini.

Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.”

Sesiapa yang ingin memiliki buku ini secara online boleh lah layari E-Store saya;



JOM MEMBACA..BUDAYAKAN MEMBACA BUKU DALAM KEHIDUPAN KITA..!

DEMI MASA