Followers

Showing posts with label Perkongsian Buku. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian Buku. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

Kongsi Buku: Kontal Kantil- Ismas Saring@Saring Sirad



Coretan Buku Kontal Kantil

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, saya telah dapat menghabiskan sebuah buku yang diberi jodol ‘Kontal Kantil’ Karya-Karya Terpilih Ismas Saring. Buku setebal 203 muka surat ini merupakan hasil karya kreatif Saring Sirad@Ismas Saring, juga dikenali dengan panggilan Wak Saring. Buku ini diterbitkan oleh ITBM-PENA, dengan harga RM25 Semenanjung Malaysia dan RM30 untuk Sabah dan Sarawak.

Kepada para penulis kreatif masakini harus memilikinya, isikandungannya terdiri daripada penulisan kreatif puisi, cerpen dan drama (skrip drama pentas). Mengandungi gambar-gambar penulis sewaktu muda, semasa berkerjaya hinggalah kesaat ini. Sudah barangkali gambar-gambar ini merupakan nostalgia yang mengamit penulisnya sendiri.

Dalam memperkatakan buku ini, bukanlah saya orang yang layak sebenarnya, ia sekadar luahan pembaca seperti saya terhadap buku ‘Wak Saring’, kerana saya bukan orang sastera yang pandai bermain bahasa. Buku ini pun dalam kategori sastera, lagilah payah untuk saya membuat komen.

Apa pun saya akan cuba memberi komennya. Ia sekadar komen dan pandanga dari insan biasa-biasa sahaja dari saya. Komen atau pandangan ini sebenarnya hasil dari pertanyaan ‘Wak Saring’ lewat beberapa hari yang lalu, berkenaan pertanyaannya melalui sms yang dihantar kepada saya.

“Dah baca Kontal Kantil, sila beri komen. Tq.”,

Begitulah bunyi sms yang beliau hantar kepada saya. Saya menjawab, saya akan tulisnya di muka buku saya nanti. Ya, dalam kesempatan ini saya akan cuba memberi pandangan terhadap buku Kontal Kantil ini. Melihat dan membaca tajuknya sudah cukup teruja, Kontal kantil, dalam hati ketika melihat tajuk itu, orang jawa tajuk bukunya pun bunyi dailek jawa.

Kontal-Kantil, Sewaktu ingin memahamkannya, saya cuba membayangkan seseorang yang hidupnya keseorangan, tiada sesiapa yang tinggal, seorang-seorang sahaja, terkontal-kantil, macam buah yang berada dipohon , terkontal-kantil tinggal sebiji, dek kerana buah yang lain sudah jatuh gugur ke bumi, itulah yang saya faham, walaupun saya orang jawa, entah betul atau tidak hanya ‘Wak Saring’ boleh jawab.

Menurut Wak Saring, apa yang dimaksudkan Kontal Kantil seperti yang diungkapkannya dalam akhbar Berita Harian, katanya;
"Kontal Kantil sebenarnya ungkapan dalam dialek Jawa yang bermaksud sebiji buah yang bergoyang tanpa buah yang lain atau boleh juga bermakna bunga cempaka yang terpelanting seperti saya." - Ismas Saring

Sumber: Berita Harian, 15 Januari 2014, m/s 5

Tentang Puisi

Walaupun bunyi tajuknya jawa, sebenarnya kandungannya semua penulisan keratif dalam bahasa Melayu, hanya sebuah puisi yang berbahasa jawa terdapat di dalam buku ini, tajuknya ‘Penakonan’ atau dalam bahasa melayunya ‘Pertanyaan’ dalam muka surat 89. Dalam banyak-banyak puisi yang sebanyak 79 buah puisi, hanya satu dalam bahasa jawa.
Saya perturunkan sedikit sebahagian dari puisi dalam bahasa jawa tersebut.

‘Puniko penguripan iki
Onte remehe
Dedulur tonpo rini
Teko lungo koyo ngimpi.

Penakonan sa-iki
Piro omahmu, ageng nopo alit
Piro olehanmu
Bonten onten dedulur meneh
Nek bonten kemulan rini’

Saya sendiri amat sukar untuk memahami, ada beberapa patah perkataan dalam bahasa ‘Jawa halus@Jowo alus yang sememangnya saya sendiri tidak faham bahasa jawa halus ini. Walaupun kakek sebelah bapa saya dari Jawa Timur, saya tidak bisa bercakap dalam bahasa jawa halus. Saya cuba membacanya berulangkali dan memahami patah perkataan yang saya faham.

Kesimpulan yang saya dapat kemungkinan, puisi ini membicarkan tentang kehidupan sekarang ini, orang akan lebih betanya tentang apa yang kita ada, sering kita dengar, orang bertanya, ada berapa buah rumah, berapa banyak gaji atau pendapatan, ada pangkat, belajar di pondok atau universiti.

Lalu bila sebaliknya kehidupannya sukar atau susah, orang akan menjauhinya. Senang cakap, bila kita senang, sogeh atau kaya baharu orang akan datang pada kita, saudara-saudara akan dekat pada kita tapi bila susah tinggalkan kita. Begitulah kehidupan kita hari ini.

Saya juga tertarik dengan puisi ‘Jambatan Kota’, ia ada tiga puisi berkaitan ‘Jambatan Kota’ Ini, ‘Jambatan Kota ’ ditulis pada 1963, ‘Jambatan Kota(2)’ ditulis pada 9 November 2012, dan, ‘Jambatan Kota (3)’ ditulis tidak bertarikh. Ketiga-tiga puisi ini dalam muka surat 45, 46 dan 47. Saya teringat masa kecil dulu, dalam lingkungan umur belasan tahun ke atas. Seringkali dengar ‘Jambatan Kota’ di bandar Klang bila orang bercerita tentangnya.

Jambatan kota yang menyerbangi Sungai Klang dalam puisi ‘Wak Saring’ ada nostalgianya pada diri penulisnya. Seperti yang diungkapakan dalam puisi ‘Jambatan Kota’, Jambatan kota menjadi tempat laluan manusia sepulangan dari pencarian, ketika itu Sungai Klang masih jernih, bersih dan mengalir dengan baik sekali belum ada sebarang pencemaran. Harapannya agar sungai Klang terus menjadi warisan untuk mereka pada masa akan datang.

‘Lenggang gadis
Di jambatan kota
Menatap senja berbunga
Ria wajahnya
Sungai Klang
Jernih dan mengalir indah
Sketsa sebuah warisan bangsa.

Dan pada puisi ‘Jambatan Kota’ (2), setelah selama 50 tahun ‘Wak Saring’ mengungkapakan lagi nostalgia Jambatan Kotanya. Biar pun jambatan kota masih di situ, namun perkembangan air sungainya sangat menduka citakan, 50 tahun yang lalu, air sungai klang sangat bersih dan jernih namun peredaran zaman telah merosakkan segala keindahan sungai klang. Dek pembangunan yang kian rancak. Bahkan sejarah yang mengalir bersama sungai klang semakin dilupakan.

Lihatlah pada rangkap ungkapan yang pertama;

Masa kian tertakhta
Di istana nostalgia
50 tahun
Jambatan kota masih di situ
Merintang sungai sejarah
Dan air menaglir lesu
Tidak lagi jernih
Berbaur warna membuatku
Tidak lagi menyaksikan
Darah Tengku Kudin dan Raja Mahadi
Di dasarnya.

dan ‘Jambatan Kota’ (3).

Dalam puisi ‘Jambatan Kota (3), sekali lagi ‘Wak Saring’ meluahkan perasaannya dalam ungkapan rangkap puisinya. Pada ungkapan rangkap tiga dan empat, pembangunan telah menyebabkan kerosakan pada tumbuh-tumbuhan atau pokok-pokok yang hijau. Keadaan di Jambatan Kota juga tidak mengambarkan beberapa dekad yang lalu. Jambatan Kota sentiasa sibuk dan hiruk pikuk dengan pelbagai kenderaan, keadaannya juga tidak pernah tenang. Gadis-gadis yang sering melalui jambatan tersebut juga sudah tidak aman.

Di Jambatan Kota
Tak setenang abad yang berlalu
Tiada lagi gadis bangsaku
Melenggang tenang
Di senja berbunga.

Bagaikan burung hitam
Yang kehilangan suara
Di pepohonan merimbun
Kian hilang dan terhakis
Atas nama pembangunan.

Sebenarnya banyak lagi puisi-puisi yang menarik seperti Keranda 152, Gagak, Bisik, Memoir Di Aidilfitri, Di Garisan Zon Kuning dan banyak lagi. Kesemuanya itu sudah pasti ada nostalgia tersendiri buat penulisnya, cukuplah sekadar beberapa puisi yang saya dapat kongsikan dalam buku Kontal Kantil ini.

Entah betul atau tidak ulasan saya ini. Main hentam sahaja. Maafkan saya Wak Saring seandainya ulasan puisi ini tidak menepati maksud dalam puisi tersebut. Maklum sahaja Wak Saring, “ Aku bocah-bocah esek’ arek belajar nulis, orak ngeti opo-opo pasal sastera lo, angger salah maksudthe’,dimaafi yo...”.

Tentang Cerpen

Dalam buku ini mengandungi enam buah cerpen, penulisan kreatif oleh Wak Saring. Saya yakin cerita-cerita dalam cerpen tersebut merupakan cerita pengalaman beliau sendiri. Melihat gaya penceritaan dan latar dalam cerpen tersebut.

Pengalaman beliau semasa bertugas di luar negara sebagai ‘Travel Writer’ juga saya merasakan ada dirakamkan dalam cerpen yang bertajuk ‘Sakura Dari Kyushu’, ‘Saya Yang Tak Punya Apa-Apa’, ‘Sebuah Dairi Hitam’ juga cerpen yang bertajuk ‘Belum Serosak Itu’ yang membawakan cerita tentang kehidupan hitam di ibu kota Kuala Lumpur.

Cerita-cerita benar ini dijadikan sebuah cerpen yang cukup keratif oleh Wak Saring. Cerpen ‘Ritma Meja Bundar’ dan ‘KeranaTuhan Itu Satu’ pun menarik untuk dibaca. Saya yakin hasil penulisan keratif berupa cerpen ada banyak lagi yang tidak disekalikan dalam buku ini atau kemungkinan seperti yang Wak Saring katakan dalam dari meja penulis... “sebahagian besarnya ada yang musnah dan menjadi mangsa anai-anai; yang ada dalam buku Kontal kantil ini hanya sebahagian kecil yang masih terselamat.”

Namun enam buah cerpen tersebut sudah cukup membuktikan dunia penulisan keratif Wak Saring sangat memberikannya nostalgia dalam hidupnya dan perkongsiannya secara keratif amat dirasai.

Tentang Drama

Sebuah manuskrip drama tahun 1968, sebuah drama yang bertajuk ‘Seruan Damai’ yang petriotik hasil karya Wak Saring ini harus dijadikan bahan rujukan sebagai pengiat drama pentas mahu pun tv, nilai-nilai kemanusian yang terkandung dalam drama pentas ini sangat menarik sekali.

Syabas Wak Saring atas kejayaan manuskrip drama ini pada ketika itu. Inilah rupanya skrip yang Wak ceritakan dalam bengkel penulisan yang lalu semasa di Masjid Negeri Shah Alam. Bukan calang-calang orang, orang yang kata..Wak tak punya apa-apa, Wak kutip botol je..kalimah itu yang saya masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga hari ini. Namun Wak Saring sebenarnya kaya dengan ilmu dan pengalaman dalam dunia penulisannya.

Rugi rasanya, terlewat sangat mengenali Wak Saring ini.

Kesimpulannya

Justeru itu, kepada penggiat penulisan kreatif ditanahair mengambil iktibar dan ibrah apa yang berlaku pada karya-karya Wak Saring yang dimakan oleh anai-anai. Kelahiran buku Kontal Kantil; Karya-karya Terpilih Ismas Saring, harus dimiliki oleh seluruh penulis-penulis keratif. Ia boleh dijadikan bahan rujukan dan perbandingan pada masakini dan akan datang.

Kemahuan Wak Saring membukukan karya-karyanya setelah didesak dan dicabar oleh rakan-rakan penulis lain telah membuktikan kepada kita. Bahawa karya-karya penulis seperti Wak Saring tetap akan dihargai sebagai tatapan buat generasi hadapan.

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Wak Saring tentang dirinya ‘tidak punya apa-apa’, menurut Baha Zain, ‘tidak punya apa-apa’ itulah sebenarnya Wak Saring ‘punya apa-apa’. Karya ini adalah salah satu buktinya, Wak Saring@Ismas Saring ‘punya apa-apa’.

Tahniah dan Syabas Saring Sirad@Ismas Saring, saya lebih mudah memanggilnya Wak Saring.

Untuk Wak Saring, inilah komen atau pandangan yang tidak seberapa dari saya insan biasa-biasa sahaja. Saya pun tidak tahu sama ada ini, komen atau pun ulasan buku. Apa pun semoga Wak Saring sudi membacanya. Selepas itu komen pula tulisan saya ini Wak Saring!.

Akhirnya, saya teringat dengan kata-kata Wak Saring;

“Kapan arek dolan nang umah?”.

“Insyallah kapan-kapan aku dolan nang uma’ih Wak”

Sekian.

Wednesday, September 25, 2013

Tuesday, January 15, 2013

Perkongsian Buku Minggu Pertama Januari 2013




Assalamualaikum sahabat pencinta buku;

Dalam pertemuan hari ini, saya kongsikan serba sedikit empat buah buku yang saya dapat selesaikan membacanya sepanjang minggu pertama tahun 2013. Alhamdulillah dengan izin-Nya, dengan masa yang diberikan, saya dapat mengisi waktu yang terluang dengan membaca buku.

Bagaimana denga para sahabat semua ?, diharapkan pun begitu. Maklum, jika tidak dipaksa diri, mungkin juga saya tidak dapat menghabiskan pembacaan saya.Sekurang-kurangnya waktu yang terluang tidak di isi dengan perkara yang sia-sia dan merugikan.

Oklah, buku pertama yang ingin saya kongsikan;


1)Travelog Minda Tajdid (Catatan Perjalanan Dari Tanah Barat)

Buku dibeli: Pesta Buku Sinar di Tesco Setia Alam.

Harga: RM16.00 (Sebelum diskaun)

Muka Surat: 207 Muka Surat.

Terbitan: PTS ISLAMIKA Sdn Bhd.

Cetakan: Ketiga 2012

Penulis: Mohd Asri Zainul Abidin.

Habis dibaca: Pertama kali habis dibaca pada 3hb 01 2013, hari khamis malam jumaat,
di surau tempat kerja.

Buku ini sebuah buku travelog, penulis yang terkenal dengan tokoh ilmuan yang sangat disegani dan juga merupakan mantan mufti Negeri Perlis Indra Kayangan. Tulisan dalam buku ini hasil dari catatan-catatan yang beliau tulis semasa percutian di luar Negara, United Kingdom. Sepanjang percutian itu beliau telah berkesempatan untuk mengkongsi catatan untuk masyarakat di Malaysia melalui ruang bicara atau tinta beliau di akhbar perdana dan melalui ruang maya di laman blog beliau. Buku ini terhasil dari kumpulan artikel yang beliau tulis di akhbar dan blog.

Tulisan dan pandangan beliau sering ditunggu-tunggu oleh khalayak, melalui buku ini, pembaca yang ketinggalan dengan tulisan beliau bolehlah memilikinya sebagai koleksi pribadi sebagai rujukan. Kupasan dalam satu-satu isu dalam masyarakat di olah dan di kupas dengan cukup menarik dan mudah difahami.

Bermula dengan tajuk Kembara Mencari Bekalan Perjuangan, Jangan Takut Bawa Pembaharuan, Jumud Mengundang Kebangkitan Liar sehinggalah  catatan terakhir beliau Kembara Merentasi Benua Kehidupan mempunyai minda tajdidnya tersendiri. Tulisan tentang Palestin, menyeru kepada masyarakat terus membuat bantahan melalui apa cara sekali pun, namun dengan batas atau norma-norma yang masih diizinkan oleh undang-undang.

Bagi beliau;

“..Bagi Umat Islam sepatutnya tugas kita lebih besar daripada sekadar tunjuk perasaan. Kita wajib membantu saudar seislam kita yang ditindas ataupun dizalimi dengan harta dan nyawa kita.”

Pada muka surat 208, koleksi gambar kenangan beliau semasa percutian tersebut juga boleh dilihat, warna-warni.

Banyak lagi yang disentuh oleh beliau dalam buku ini yang perlu diambil perhatian oleh setiap umat Islam. Untuk mengetahui lebih lanjut eloklah para sahabat semua memilikinya dari gedung buku yang berdekatan.

Buku kedua;



2) 69 Jam Di Neraka Zionis

Buku dibeli: Program Di Ambang 2013, Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Harga: RM20.00

Muka Surat: 262 Muka Surat.

Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Cetakan: Pertama 2012

Penulis: Norazman Mohd Samsuddin

Habis dibaca: Pertama kali habis dibaca pada 2hb 01 2013, Sabtu, jam 9:10 malam.

Buku hasil tulisan pengalaman sepanjang mengikuti bantuan kemanusian ke Gaza, oleh salah seorang sukarelawan, Norazman Mohd Samsuddin yang  menyertai misi tersebut. Buku 69 jam di Neraka zionis menceritakan detik-detik permulaan perjalanan misi hinggalah detik-detik mencemaskan serangan tidak bertamadun oleh komando Israel zionis di tengah-tengah lautan Antarabangsa sehinggalah detik-detik pembebasan dari tahanan Neraka Zionis Israel hingga sambutan sebagai wira Negara.

Seramai 12 orang wira Negara telah menyertai misi kemanusian bersama-sama dengan rakyat Negara lain serta pelbagai bangsa dan agama. Mereka satu hati demi meneruskan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Pengalaman yang sungguh menarik ini dirakamkan sepenuhnya di dalam buku ini. Keakraban, persaudaran, kemesraan, tautan kasih sayang sangat indah bila membaca buku ini.

Walaupun berlainan bangsa dan agama mereka tetap bersatu dalam misi kemanusian ini. Rakaman detik-detik serangan kejam dan tidak bertamadun disertai gambar-gambar sungguh mengesankan, pembaca dapat membayangkan bagaimana situasi gawat ketika berlaku serangan tersebut, emosi pembaca terbawa-bawa dan membayangkan andainya pembaca sendiri dalam situasi tersebut, Geram, marah, sakit hati dan pelbagai perasaan yang bergejolak di hati pembaca.

Sungguh kejam, zalim bangsa yahudi zionis ini, mereka bukan sahaja kejam tetapi langsung tidak ada sedikit pun rasa kemanusiaan. Bayangkanlah bila mana seorang daripada sukarelawan mengangkat bendera putih, menunjukkan tanda hentikan serangan, namun hati binatang tentera yahudi zionis terus menerus dengan serangan dan tembakan bertubi-tubi. Kejam dan zalim, itu sahaja bahasa yang selayaknya untuk bangsa yang ganas dan bangsat itu.

Cukup sedikit perkongsian dari buku tersebut, untuk selanjutnya cari, beli dan baca, ikuti dan telusuri satu persatu catatan tersebut. Banyak gambar-gambar terkandung dalam buku ini. Senjata-senjata yang diguna pengganas zionis yahudi juga terdapat di dalamnya. Rasanya tidak rugi memiliki buku yang penuh sejarah ini.

Buku Ketiga;



3) 43 Inspirasi Mendidik Anak

Buku dibeli: Pesta Buku Sinar Karangkraf di Tesco Setia Alam.

Harga: RM19.00 (Sebelum diskaun)

Muka Surat: 245 Muka Surat.

Terbitan: Galeri Ilmu Sdn Bhd

Cetakan: Pertama 2013

Penulis: Mohd Hisham Mohd Sharif & Hasifah Zainuddin

Habis dibaca: Pertama kali pada 5.01.2013 jam: 5.14 petang, Sabtu di tempat kerja.

Mendidik anak merupakan perkara yang sangat mencabar, memerlukan kesabaran dan pergantungan dengan Allah SWT sepenuhnya tanpa pertolongannya mana mungkin sebagai ibu bapa kita mampu mendidik dengan sebaiknya. Penulis buku ini memberi suntikan motivasi kepada para ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Cabaran mendidik anak di Negara barat suatu yang sangat mencabar, begitulah cabaran yang dihadapi oleh penulis buku ini.

Penulis merakamkan pengalamanya dalam mendidik anaknya di bumi Australia, segala pahit manis pengalaman mendidik anaknya dinukilkan dengan sangat menarik sekali. Setiap hujung daripada setiap penulisannya disertai tip-tip yang sangat berguna untuk panduan pembaca. Buku ini juga diserikan dengan gambar-gambar penulis semasa di Negara tersebut.
Buku ini mengandungi empat bab, yang mana setiap bab membawakan tajuk yang berbeza; bab pertama lebih kepada bab tentang tarbiah adab dan akhlak, bab kedua tarbiah tentang ibadah, bab ketiga tarbiah tentang iman, bab keempat tarbiah tentang perjuangan dan bab yang kelima rencah kehidupan.

Segala pengalaman penulis boleh diambil manfaat oleh para pembaca yang mahukan setiap anak-anak mereka mempunyai jati diri yang mantap, lebih-lebih lagi dalam mendidik anak-anak tentang perkara agama.

Bagi saya memiliki buku 43 Inspirasi Mendidik Anak merupakan satu keuntungan kerana isi kandungan yang sangat bermanfaat dan boleh dijadikan bahan rujukan dalam mendidik anak. Ia merupakan sebuah lagi buku yang menjadi koleksi buku dalam bilik bacaan saya.
Untuk ibu bapa yang ingin mengetahui lebih banyak isi kandungan buku ini, segeralah mencarinya di gedung buku yang berhampiran.

Buku Keempat;



4)Kemahiran Menulis

Buku dibeli: Pesta Buku Sinar Karangkraf di Tesco Setia Alam.

Harga: RM20.00 (Sebelum diskaun)

Muka Surat: 135 Muka Surat.

Terbitan: PTS Professional.

Cetakan: Kedua

Penulis: Goh Ying Soon & Wan Mohd Nazif Wan Mohd Nori

Habis dibaca: Pertama kali pada 5.01.2013, Sabtu Malam, Jam: 10:23 malam.

Buku berkaitan dengan dunia penulisan, ia merupakan sebuah buku yang menerangkan teknik kemahiran menulis e-mel, memo, surat dan laporan. Ia sesuai untuk rujukan oleh para eksekutif termasuk juga para penyelia, pengurus dan pegawai eksekutif. Teknik-teknik setiap penulisan diterangkan dengan sebaiknya.

Sebagai seorang pengurus tentunya memerlukan kemahiran menulis dengan lancar dan baik serta hasil tulisan boleh mempengaruhi pelanggan.untuk menjadi pelanggan utama mereka. Oleh itu hasil penulisan yang baik menjadikan sebuah organisasi itu akan lebih di percayai dan menjadi keutamaan mereka yang mahu berhubungan bisnis dengan mereka.

Setiap organisasi memerlukan staf atau pekerja yang berkemahiran menulis seperti pegawai pemasaran, pegawai eksekutif bahkan penyelia sekali pun perlu mempunyai kemahiran ini. Jadi buku ini sesuai sangat untuk mereka yang mempunyai kerjaya yang berkaitan denga tulis menulis ini.

Jadi apa lagi milikilah buku panduan kemahiran menulis ini. Sesungguhnya anda tidak akan rugi jika memilikinya.

Sekadar ini sahaja yang saya dapat kongsikan dalam dunia pembacaan, semoga empat buah buku yang saya kongsikan serba sedikit ini dapat menyuntik motivasi para sahabat untuk memiliki dan seterusnya menekuni dan mengambil manfaat darinya.

Sampai jumpa lagi dalam perkongsian buku yang lain.

Selamat membaca,

Jom Membaca…Jom Menulis.



Wednesday, August 17, 2011

Kongsi Buku:Travelog Ramadan : Menyingkap Tabir Hamba dan Pencipta


Sinopsis

Ramadan adalah bulan rahmat yang sengaja Allah ciptakan kepada hambaNya yang beriman. Dilimpahi segala kebaikan dan pahala yang berganda berbanding hari-hari dalam bulan lain. Para ulama menyifatkan Ramadan sebagai sebuah universiti atau madrasah, di mana tempoh sebulan berpuasa adalah proses bagi pembelajaran atau muhasabah selain latihan kepada umat Islam, agar nanti apabila Ramadan sudha berlalau mereka menjadi orang yang beriman sebagaimana merekan berada dalam bulan Ramadan.

#Sebuah buku yang saya kira menarik,motivasi buat kita,khususnya dalam bulan Ramadan yang mulia ini.Penulis merakamkan pengalaman beliau dalam menghadapai bulan yang penuh keberkatan ini.Dari satu bab ke satu bab pengalaman beliau rakamkan buat motivasi para pembaca.

Alhamdulillah saya dapat habiskan membacanya selama dua hari,maklum saja,baca beberapa bab terpaksa sambung semula.Semoga saya mendapat motivasi dari pembacaan buku ini.

Untuk sahabat-sahabat yang belum memiliki buku ini,carilah sekarang di kedai buku yang berhampiran.

SELAMAT MEMBACA..!

Tuesday, October 26, 2010

Kongsi Buku:BERBUNGA CINTA AISYAH DI HATI RASULULLAH

Buku:BERBUNGA CINTA AISYAH DI HATI RASULULLAH


Alhamdulillah dengan izinnya lagi kita dapat di pertemukan lagi dalam perkongsian buku.Banyak lagi buku-buku yang sudah selesai di baca untuk di kongsikan dengan sahabat semua,Insyallah saya akan kongsikan satu persatu di kesempatan yang akan datang.Moga perkongsian yang serba ringkas ini ada manfaatnya.

Hari ini saya kongsikan sebuah buku lagi yang telah habis di baca beberapa bulan yang lalu,buku yang sangat menarik dan seharusnya di miliki oleh semua,tidak kira sesiapa pun.Buku yang bertajuk 'BERBUNGA CINTA AISYAH DI HATI RASULULLAH' hasil tulisan bersama Zamri Mohamad dan Imran Yusof.Buku terbitan PTS Millennia Sdn Bhd,penulis membawakan kepada kita sosok seorang Isteri Nabi SAW sebagai suri tauladan kepada kita semua.

“Mencambah kasih persis bayangan kasih hati nabi,membugar cinta tanpa sangsi.Iman dirai,perjalanan hidup tambah kukuh lagi.Bagaikan cinta Aisyah,pengorbanan buat pencinta agung yang membawa cinta terus kepada ilahi”

Walaupun buku ini ditujukan khusus untuk kaum hawa,namun bagi saya ia juga sesuai di baca oleh kaum lelaki.Bagi pembaca hawa,Buku ini mampu menjawab persoalan bagaimana menawan hati lelaki sebagai pasangan dan cara menyampaikan hasrat diri kepadanya.Di dalamnya mengandungi tip-tip bagaimana menyemarakkan cinta,mendapatkan kometmen lelaki dalam menguruskan hubungan yang terjalin serta hubungan yang tersedia ada.

Buku ini mengandungi empat bahagian dalam membicarakan empat rahsia besar,menjadikan cinta pasangan segar dan berpanjangan,seperti yang terdapat di bahagian belakang buku ini,di sini saya tuliskan semula.

1)Bahasa Kita Bahasa Hati

Rahsia 11 tip mudah bagaimana cara pasangan menyalurkan rasa hati kepada pasangan.

2)Melihat Dunia Dari Kaca Mata Si Dia

Rahsia 18 tip menerima dan memahami konsep kasih sayang,cinta,rindu dan harapan daripada perspektif lelaki.

3)Jentera Kempen Pilihanraya Cinta

Memberi 17 panduan paling penting yang dikongsikan oleh para pasangan dan pengkaji bagaimana kita dan orang sekeliling dapat membantu melunakkan hatinya.

4)Hati-hati Ombak Menghempas Pantai

Memberi 10 senarai semak yang dikenal pasti halangan-halangan yang memungkinkan nilai cinta kita tidak dapat di tafsir.

Begitulah serba ringkas yang saya dapat kongsikan kepada sahabat semua,milki hari ini untuk lebih tahu mendalam.

Jumpa Lagi..!

SELAMAT MEMBACA..!

Monday, October 25, 2010

Kongsi Buku:LEMBUTKANLAH HATIMU

Buku:Lembutkanlah Hatimu


Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam perkongsian buku pada hari ini.Masa terluang memang elok di isi dengan perkara yang berfaedah,membaca antara yang paling baik.Bagaimana dengan sahabat semua? Banyak buku nampaknya sudah habis di baca minggu ini?.Baguslah macam tu,jangan membuang masa,isi dan penuhkan masa yang terluang dengan membaca,syabas dan tahniah kepada sahabat semuanya.

Hari ini,saya ingin kongsikan sebuah lagi buku yang sangat menarik dan bermanfaat untuk kita semua.Buku yang bertajuk ‘LEMBUTKANLAH HATIMU’ hasil tulisan Ustaz Amaluddin Mohd Napiah,buku terbitan Galeri Ilmu.Sebanyak 60 artikel yang berbentuk tazkirah ini mengajak kita agar memiliki hati yang patuh dan tunduk pada Allah Swt.Penulis mengajak pembaca agar menjaga hati,kerana menjaga hati adalah amanah Allah kepada kita semua.Orang yang menjaga hatinya mendapat keuntungan manakala mereka yang ingkar pasti kerugian dan mendapat kehinaan.

“Sungguh beruntunglah orang yang sentiasa membersihkan jiwanya dan sungguh merugilah orang yang sentiasa mengotori jiwanya.”(Surah as-Syams)

Hati yang bersih adalah hati yang sejahtera,ia akan sukakan kepada kebaikan dan semua kebenaran,cintakan Allah dan Rasulnya,Menyintai saudara se islamnya,berkasih sayang sesame manusia dengan keimanan dan ketaqwaan semata-mata kerana Allah Swt.Mereka yang
memiliki hati yang bersih juga akan benci pada segala kejahatan dan kemungkaran,adu domba,cerca,keji mengeji,fitnah memfitnah,semua itu di hindari darinya demi memiliki hati yang bersih dan sejahtera.

Penulis juga mengajak kepada kita agar anak-anak di didik dengan aturan dan didikan agama,bermula dengan menamakan anak dengan nama yang baik,Tugas mendidik anak-anak adalah amanah yang sangat berat,ia akan di pertanggungjawabkan di akhirat nanti.Sedari kecil lagi anak-anak perlu dididik serta didedahkan dengan kebaikan ,saranan yang berterusan agar anak-anak mencintai dan perjuangkan kebaikan itu.Contohnya dalam ibadah solat;

“Perintahkanlah anak-anakmu melakukan solat bermula ketika mereka mencapai umur tujuh tahun,dan pukullah mereka(jika tidak mahu melakukan solat)ketika berumur sepiluh tahun,dan pisahkan tempat tidur mereka.”(Riwayat Abu Daud)

Saranan-saranan penulis dalam buku ini sangat berguna sekali dalam kita ingin mendidik hati dan melembutkan hati supaya terus taat,tunduk dan patuh pada Allah SWT.Bagi saya ke enam puluh tazkirah yang terkandung dalam buku ini sangat berguna untuk kita sebagai bahan renung dan fikir demi mendapatkan sebuah hati yang sejahtera.Kita boleh gunakan tazkirah ini sebagai bahan usrah dalam keluarga kita,contohnya selepas Solat,kita boleh kongsikan pengisian buku ini bersama keluarga kita.

Kesimpulan dari itu,buku ini sangat sesuai di baca kepada semua,keluarga muslim harus memilikinya.Semoga perkongsian ringkas ini ada manfaatnya untuk para sahabat pencinta buku sekelian.Untuk selebihnya ,seperti biasa saya sarankan kepada sahabat semua,carilah di gedung buku yang terdapat di tempat Sahabat semua.

Jumpa Lagi..!

SELAMAT MEMBACA..!

Sunday, October 24, 2010

Kongsi Buku:INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA

BUKU:Indahnya Hidup Tanpa Derita


Dunia rumahtangga tidak pernah sunyi dengan perselisihan sama ada kecil atau besar,ia adalah lumrah kehidupan.Cuma bagaimana kita sebagai peneraju untuk mengatasinya dengan baik,bermasam muka,kecil hati,merajuk dan macam-macam perkara boleh timbul dalam rumahtangga jika tidak tidak di tangani secara bijak dan berhimah.Suami dan Isteri mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Sikap tolak ansur dan saling maaf bermaafan atas perselisihan dalam rumahtangga adalah sangat perlu,jika masing-masing mempertahankan ego,sudah pasti sukar untuk meleraikan kekusutan yang melanda rumahtangga yang sedang bergolak. Saya di sini bukan hendak berceramah berkenaan rumah tangga,bukan saya yang layak membicarakannya.Hanya sekadar perkongsian sedikit.

Saya ingin kongsikan sebuah buku yang sangat menarik terbitan Galeri Ilmu,tulisan seorang Perunding Profesional iaitu Puan Noor Laila Aniza Zakaria.Buku yang bertajuk ‘INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA’.Alhamdulillah dengan izin Allah saya di beri masa untuk membaca buku ini dan menyelami kisah-kisah yang di paparkan oleh penulis,memanglah kisah rumahtangga bermacam-macam,hingga yang remeh-temeh pun boleh menjadi pertelingkahan dan yang paling sedihnya,hingga menyebabkan penceraian,Sesuatu yang di bolehkan tapi di benci Allah,mengoncang arasy.

Membaca buku ini,membuatkan rasa insaf,betapalah masalah rumahtangga perlulah di tangani dengan matang oleh setiap pasangan.Memerlukan ilmu adalah sangat penting terutamnya mereka yang ingin merancang perkahwinan,tanpanya kehidupan yang mendatang akan terasa kekosongan dengan tanpa ilmu rumahtangga.Paparan yang di tulis sangat menarik,santai dan setiap kisah atau isu yang di utarakan di sertakan dengan nasihat dan petua-petua bagi menangani setiap masalah yang di hadapi.Tidak ada sesiapa di dunia ini yang mahu hidupnya derita bukan?.

INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA

Sebanyak 40 kisah atau isu yang di utarakan di dalam buku ini,semuanya releven untuk kita yang sudah berumahtangga atau pun belum.Bermula denga masalah Suami,Masalah isteri,ego suami,rumah tangga itu syurga,anak dan ketabahan hati wanita,suaminya mengandungi pengajaran untuk di fikirkan oleh pembaca.Adakalanya masalah kita sendiri juga boleh terjawab dengan membaca buku ini.Permasalahan satu persatu di selesaikan dengan cara yang berhikmah agar setiap apa yang berlaku dapat di atasi dengan baik,tanpa ada yang terasa di antara dua pihak,jalan terbaik adalah perdamaian,bina kasih sayang dan saling bermaaf-maafan,dengan itu terbinalah dan selamatlah rumahtangga yang di bina itu.

Akhirnya,buku ini harus di miliki oleh semua,mereka yang ingin mendirikan rumahtangga,yang sudah berumahtangga,suami,isteri,guru-guru dan sesiapa sahaja.Semoga perkongsian ringkas ini,ada manfaatnya untuk para sahabat semua.Untuk selebihnya miliki dan carilah buku ini,di kedai atau gedung buku yang berdekatan.

Jumpa Lagi.!

SELAMAT MEMBACA..!

Wednesday, September 22, 2010

Kongsi Buku:SANGGAHAN SALAH TAFSIR ISLAM


Buku: Sanggahan Salah Tafsir Islam


Bertemu lagi dalam perkongsian buku, hari ini Aku kongsikan serba ringkas sebuah buku yang telah habis di baca tahun lalu,mudah-mudahan sama-sama mendapat manfaatnya.Buku yang bertajuk SANGGAHAN SALAH TAFSIR ISLAM siri Al-Qardhawi Membela Islam,sebuah buku hasil buah fikiran seorang Ulamak yang tersohor di seluruh dunia masakini iaitu Dr.Yusuf Al-Qardhawi,,terbitan Synergymate Sdn Bhd berharga RM 10.Buku ini mangandungi 114 muka surat.

“Kefahaman yang benar terhadap ajaran Islam adalah syarat untuk meninggikan darjat umat Islam.Semua kaedah kehidupan di dunia ini,berjalan di atas landasan ajaran Islam yang sebenar serta diredhai oleh Allah S.W.T. Oleh itu ajaran Islam perlu disebarkan ke tengah masyarakat secara berkesan beserta hujah-hujah yang benar.Supaya krisis pemikiran yang melanda umat Islam akan segeravberakhir.

Akhlak masyarakat mempunyai peranan terpenting bagi membangunkan sesebuah bangsa dan Negara.Sesebuah Negara tidak akan kuat,jika masyarakatnya tidak berakhlak. Hanya kepada Allah S.W.T.kita memohon supaya diberikan kefahaman yang benar terhadap Islam serta menuturkan kata-kata yang benar,niat yang tulus ikhlas dan mengerjakan segala amalan yang bermanfaat.Semoga beroleh rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat.”

Begitulah sinopsis yang terdapat di bahagian belakang buku ini,Masakini masih ramai dikalangan Umat Islam yang memberi salah tafsir dan tanggapan yang salah terhadap agama suci ini.Pemikiran yang menyeleweng dari ajaran sebenar Islam masih menyelinap di setiap benak minda Umat Islam.Buku ini memaparkan buah fikiran yang sangat menarik bagi menangani salah tafsir atau salah faham agama Islam dari kalangan Umat Islam sendiri dan juga orang bukan Islam.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan buku ini,carilah di mana-mana kedai atau gedung buku yang berdekatan dengan Anda.


JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI HIDUP KITA

Monday, September 6, 2010

Kongsi Buku:TERAPI SOLAT TAHAJUD

BUKU:Terapi Solat Tahajud

Assalamualaikum semua,moga Anda di Rahmati ilahi,Ramadan tinggal beberapa hari lagi,semoga kita sama-sama semakin meningkatkan ibadah dan amalan masing-masing,baki yang ada kita teruskan dengan amalan-amalan yang baik,solat malam yang berterusan,solat tahajud dan sebagainya,dalam pertemuan hari ini,aku kongsikan secara ringkas sebuah buku yang mengupas kelebihan solat tahajud dari segi sains,elok dan sesuai sebagai rujukan dan panduan untuk kita semua.

Perkongsian ini pernah aku tulis dalam blog Nur Dania Balqis,tapi untuk kali ini aku kongsikan semula untuk Anda,Semoga bermanfaat.

"Bertemu lagi kita dalam Kongsi Buku,bagaimana dengan anda semua?.berapa banyak buku yang telah selesai di baca minggu ni?..tentu dah banyak ye..;)Oh ye..kali ni Aku nak kongsikan sebuah buku yang sarat dengan fakta-fakta sains dan buku ini bestseller jualannya seperti yang tertera dalam kulit hadapan buku ini,sudah terjual melebihi 100,000 Naskhah di Negara jiran kita Indonesia.Buku yang dimaksudkan ialah buku yang bertajukTERAPI SOLAT TAHAJUD Mukjizat Penyembuhan Penyakit.Buku hasil tulisan Mohammad Salleh,Ph.D yang juga merupakan penulis berasal dari Indonesia.Buku setebal 234 muka surat ini di jual dengan harga RM23.00 S.Malaysia dan RM 26.00 Sabah/Sarawak.Buku yang sangat baik di miliki oleh semua Umat Islam.

Alhamdulillah walaupun buku ini sarat dengan istilah-istilah sains yang amat sukar untuk Aku tangkap maksudnya tapi dapat juga di habiskan dalam tempoh beberapa hari saja.Buku yang merupakan hasil kajian penulis dalam tajuk “Pengaruh Salat Tahajud terhadap peningkatan Respons Ketahanan tubuh Imunologik,Suatu Pendekatan Psikonneuroimunologi.”Buku ini juga membawakan kata pengantar dari seorang penulis buku bestseller Quran Saintifik iaitu Dr,Danial Zainal Abidin.

“Menyingkap keajaiban tahajud sebagai terapi penyembuhan”

Begitulah kata-kata yang terdapat di kulit hadapan buku ini,Sebagaimana yang kita maklumi solat tahajud merupakan solat yang sangat di galakan untuk Umat Islam amalkan dan tunaikan,,ia bukan sahaja merupakan solat yang hukumnya sunnat tetapi sangat di galakkan untuk di tunaikan.Ia mempunyai kelebihan yang sangat istimewa.

Sabda Nabi SAW:

“Solat tahajud dapat menghapuskan dosa.mendatangkan ketenangan,dan menghindarkan daripada penyakit.”


Hadis yang diriwayatkan oleh Termizi.

Di dalam Al-Quran juga terdapat ayat yang menggalakan untuk menunaikan solat tahajud ini.Firman Allah dalam surah al-Muzammil ayat 1 hingga 3 yang bermaksud:

“Wahai orang yang berselimut(Muhammad),bangunlah(untuk bersolat) di malam hari,kecuali sedikit (daripadanya),(iaitu) seperduanya atau kurangilah daripada seperdua itu sedikit.”

Di dalam surah al-Israk pula Allah berfirman:

“Dan pada sebahagian malam hari,bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu,mudah-mudahan Tuhamu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”

Biasanya kita dengar hanya melalui nas-nas tetapi dalam buku ini nas-nas ini di buktikan sekali dengan hasil kajian dan analisis menggunakan sains dan teknologi seperti yang di perkatakan Dr Danial dalam kata-kata pengantarnya.Untuk selebihnya milikilah buku ini di mana-mana kedai atau gedung buku yang berhampiaran,mudah-mudahan info tentang buku ini ada manfaatnya buat para pengunjung blog ini.

Jumpa lagi dalam perkongsian info buku seterusnya."

JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI HIDUP KITA.

Monday, August 16, 2010

Kongsi Buku:DAHSYATNYA DOA IBU


Buku: Dahsyatnya Doa Ibu


Doa ibu sangat makbul..

Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada Anda semua,Alhamdulillah dengan izin Allah dapat bertemu lagi dalam ruangan Kongsi Buku,ruangan perkongsian buku yang mengupas secara ringkas buku-buku yang telah habis di baca oleh aku,kali ini aku kongsikan sebuah buku yang membicarakan tentang seseorang yang sangat istimewa dalam kehidupan kita di dunia,tanpanya mungkin kita tidak ada di dunia ini.

Anda tentu sayangkan insan ini,tambahan lagi jika anda berjauhan di perantauan,rasa kerinduannya pasti membuak-buak,ingin menatapinya,mendengar suaranya..bagaimana mahu mengubati kerinduan itu jika berjauhan?Anda pasti menghubungi melalui telefon ataupun melalui internet melalui video call.

Buku dan insan yang aku maksudkan ialah DAHSYATNYA DOA IBU,buku yang sangat menarik bagi pandanganku,membicarakan tentang kehebatan dan keajaiban doa seorang ibu.Buku hasil karya oleh Ustaz Syamsuddin diterbitan oleh PTS MILLIENNIA SDN BHD,Buku ini berharga RM14.90 bagi S.malaysia dan RM 16.90 Sabah/Sarawak,setebal 212 termasuk bilbiografi.Wajib dan mesti di miliki oleh kita semua.

Buku yang seharusnya ada dalam rumah kita dan mesti kita miliki.

“Ibu,
Doanya adalah penawar
Juga racun berbisa

Ibarat tajamnya mata pisau
Yang mampu melakar
Masa depan yang gemilang
Buat anak tercinta,
Juga dapat menghancurkan
Masa depan si anak derhaka..”

Buku ini mengupas peri hebatnya doa yang di pohon oleh ibu yang mana boleh membawa kebahagian dan juga boleh membinasakan.memang dahsyat doa ibu.Penulis menukilkan berikut:

“Doa ibu standing dengan doa nabi untuk umatnya,membawa kemulian,dapat menolak fitnah,membuka pintu rezeki,dan pintu hidayah sepanjang zaman.Justeru setiap anak wajib mentaati,menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibi bapa tanpa mengeluarkan kata-kata kasar yang mampu mengundang rasa marah insane mulia yang tinggi martabatnya di sisi Tuhan.”

Buku ini juga membawa kisah-kisah tentang akibat buruk menderhaka kepada ibu yang mana membuktikan bagaimana kuasa dan hebatnya doa yang dipanjatkan oleh seorang ibu.Kisah seperti Alqamah,Juraij,malin kundang,lelaki berkepala keldai dan juga kisah penderhakaan anak-anak pada masa kini serta lain-lain kisah yang terdapat dalam buku ini,untuk para pembaca sebagai ingatan dan iktibar.

Di sini aku kongsikan 4 rahsia kedahsyatan doa seorang ibu seperti yang di simpulkan oleh penulis buku ini,iaitu:

1) Doa ibu menjadi dahsyat kerana kesucian dan kemuliaan doa itu sendiri di sisi Allah.
2) Doa ibu menjadi dahsyat kerana kemuliaan orang tua khususnya ibu di sisi Allah.
3) Doa ibu menjadi dahsyat kerana besarnya pahala berbakti kepada orang tua.
4) Doa ibu menjadi dahsyat kerana beratnya dosa menyakiti orang tua.

Jadi marilah kita hormati dan berbuat baik kepada ibu dan bapa kita,Sayangi keduanya dengan seadanya:

“Jangnlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu.”

(Surah al-Baqarah,ayat 83)

Demikianlah serba sedikit yang aku dapat kongsikan dalam pertemuan ini dalam Kongsi Buku.Untuk mengetahui isikandungan buku ini seterusnya,carilah di mana-mana kedai atau gedung buku yang berdekatan dengan anda.


JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI HIDUP KITA

Thursday, July 29, 2010

Kongsi Buku:CATATAN HATI NIK NUR MADIHAH

BUKU:Catatan Hati Nik Nur Madihah

Dalam pertemuan hari ini,aku ingin kongsikan sebuah buku yang sangat menarik dan sangat sesuai untuk anak-anak kita,buku ini aku beli semasa program di Masjid As-Syarif Meru iaitu Program Motivasai Bersama Adik Nik Nur Madihah di Dewan Hambali.

Sebuah buku Motivasi yang sangat sesuai untuk ibu bapa dan untuk anak-anak kita,buku yang di maksudkan itu ialah CATATAN HATI NIK NUR MADIHAH…Kesusahan bukan penghalang kejayaan ,begitu menarik buku ini jika di telusuri dengan baik..sangat memberi motivasi kepada anak-anak kita yang masih belajar.Kita sebagai ibu bapa elok memiliki buku ini,bagi menambahkan motivasi diri kita sebagai ibu bapa yang mempunyai anak,kita boleh mengambil iktibar seperti yang tertulis dalam buku ini.

Buku terbitan Hijjaz Records Publishing,mengandungi 126 muka surat,hasil tulisan Ummu Hani dan juga adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal.

“Kesempitan hidup yang menyesakkan nafas tidak pernah sekalipun mematahkan semangatnya untuk Berjaya.Malah itulah tangkal dan azimat yang menjadi bekalan untuknya mengatur langkah,mencari permata yang tak ternilai harganya-ILMU! Menyalin semula sebuah kamus dengan tulisan tangan sendiri kerana tak punya wang untuk membelinya.Sering berpuasa menahan lapar dan dahaga demi untuk menjimatkan belanja.Menahan keinginan hati untuk memeliki barang-barang sendiri.Bukan senang mencapai bintang.Namun tiada yang mustahil dalam kehidupan.Kepada Allah dia menyandarkan harapan.Agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan cabaran hidup.Semoga diberi kesempatan untuk membalas keringat dan jasa ayah bonda.”

Begitulah kehidupan seorang anak nelayan yang bernama Nik Nur Madihah bin Mohd Kamal pelajar SPM terbaik Malaysia 2008,ya..bukan semudah yang di sangka untuk menggapai dan mencapai impian serta kejayaan,kesusahan,kesabaran..itulah yang di hadapi oleh adik Nik Nur Madihah ini..Dalam keadaan hidupnya yang di himpit dengan serba kekurangan beliau dapat membuktikan yang namanya kesusahan itu bukan penghalang untuk sesuatu kejayaaan.Beliau mengungkapkan kata-kata ini:

“Orang-orang miskin itu disayangi Allah dan Rasulullah SAW.Janganlah Anda Mengalah Wahai Teman! Kemiskinan bukanlah satu halangan mengucup kejayaan dunia akhirat”

Pembaca juga boleh menelusuri kehidupan keluarganya dalam buku ini,Ungkapan sang Ayah pada anak-anaknya seperti yang tertulis dalam buku ini:

“Walaupun kita miskin,kita tidak sampai melarat,masih boleh mencicip makanan.Orang lain,ada yang tidak mempunyai tempat tinggal lansung.Maka, anak-anak patut bersyukur!”

Begitulah ungkapan ataupun kita boleh kata motivasi yang diberikan oleh seorang Ayah kepada anak-anaknya yang sangat mengesankan kita semua.Dalam buku ini juga terdapat catatan yang ditulis oleh beliau,panduan-panduan untuk para pelajar serta amalan doa sebagai penguat dalam diri setiap pelajar yang patut di amalkan.

Untuk yang selebihnya,carilah buku ini di pasaran,kedai dan gedung buku yang berdekatan anda..Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat dan motivasi kepada anda.

JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI HIDUP ANDA


Tuesday, July 27, 2010

Kongsi Buku:DAIRI HIDUP RASULULLAH

Buku:DAIRI HIDUP RASULULLAH

Alhamdulillah bertemu lagi dalam perkongsian buku di Kongsi Buku,mudah-mudahan perkongsian buku selama ini mendatangkan manfaat kepada pengemar-pengemar buku khususnya tetamu yang singgah di blog http://www.jaringanperkongsianmindaanda.blogspot.com/.

Terima kasih kerana anda masih setia bersama aku di Kongsi Buku,dan kalau tak silap aku sehingga kini sudah tiga buah buku yang aku kongsikan kepada Anda semua.Sebenarnya banyak lagi buku-buku yang telah aku selesaikan pembacaannya selama ini,Insyallah pada pertemuam pada masa akan datang akan aku kongsikan kepada Anda;).

Dalam pertemuan kali ini aku ingin kongsikan sebuah lagi buku yang habis dibaca pada tahun lepas,buku yang sangat baik dan berguna untuk kita semua.Sebagai panduan dan rujukkan kita yang mengakui kerasulan Muhammad SAW.

Buku yang aku maksudkan ialah buku DAIRI HIDUP RASULULLAH S.A.W..Menjejak Sunnah Utama Rasulullah S.A.W dalam Sehari,bagi Tujuh Hari Seminggu yang Produktif.Buku tulisan bersama tiga orang penulis iaitu Muhammad Abd.Syukur,Muhammad Muslih Aziz dan Muhammad Syamsyul Yakin,penulis dari Negara Indonesia.Buku Dairi Hidup Rasulullah ini adalah buku yang diterjemah dari buku asal yang berjudul 7 Sunnah Harian Nabi S.AW,di terjemah oleh PTS Millennia Sdn Bhd.Buku ini di jual dengan harga RM 11.90 SM dan 13.90 Sabah/Sarawak.

Buku yang menarik dan perlu di miliki oleh semua yang ingin mengikuti contoh kehidupan Rasulullah dalam memandu kehidupan seharian,Rasulullah adalah suri tauladan buat kita Umat Islam,segala yang ada pada diri Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik buat kita semua.Siapa lagi yang hendak kita contohi kalau bukannya seorang Rasul yang sangat mulia ini.

“Tabiat suka mengamalkan sunah harian menunjukkan pengamal-pengamal tergolong dalam golongan orang yang bijak dan mampu mengelola hidup sesaat dengan melakukan sunah-sunah harian Rasulullah S.A.W.Begitulah sikap orang yang rindukan kebahagian daripada Tuhan dan keselamatan di akhirat”.

Dalam buku ini penulis memperincikan 7 Sunah harian yang Rasulullah lakukan,ini bukan bermaksud angka 7 amalan sunnah menghadkan ataupun membatasi sunah kerana perbuatan yang termasuk dalam kategori sunah adalah banyak.

Antara 7 Sunah Harian yang di lakukan oleh Rasulullah S.A.W seperti yang terkandung dalam buku ini ialah:

1) Solat Tahajud

2) Menyelami dan Memahami Al-Quran

3) Solat Subuh berjemaah di Masjid

4) Solat Duhah

5) Sedekah

6) Wuduk

7) Berzikir

Sebagaimana yang semua sedia maklum bahawa amalan harian Rasulullah S.A.W bermula dari awal pagi hingga tidur kembali.Buku ini menjelaskan rahsia keunggulan Rasulullah S.A.W melalui pengamalan tujuh sunnah utama dalam kehidupan beliau.Untuk mengiikuti pembicaraan dengan terperinci,miliki dan carilah buku ini di mana-mana gedung buku yang berdekatan dengan Anda.

Sekian semoga mendapat manfaanya dari perkongsian serba sedikit dari buku ini.

JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DALAM HIDUP KITA

Monday, June 21, 2010

Kongsi Buku:AJAIBNYA SEDEKAH

Buku: Ajaibnya Sedekah


Alhamdulillah dengan izin Allah kita dapat bertemu lagi dalam ruangan Kongsi Buku,kali ini aku kongsikan sebuah buku yang sangat menarik iaitu buku AJAIBNYA SEDEKAH…semakin sedekah semakin kaya,membongkar keajaiban ,mukjizat,misteri,dan rahsia keagungan ibadah sedekah demi kesenangan dunia dan akhirat.Buku yang harus di miliki oleh kita semua,untuk mengetahui hebatnya ibadah sedekah ini,mungkin kita tidak tahu secara detail berkenaan ibadah sedekah ini.Buku tulisan Muhammad Muhyiddin yang judul asalnya bertajuk Keajaiban Shodaqoh,telah di terjemah oleh PTS MILLENNIA SDH BHD.Buku setebal 171 muka surat berharga RM 11.90 bagi Semenanjung Malaysia,RM 13.90 Sabah/Sarawak.

Antara perkara-perkara yang di kupas dalam buku ini oleh penulis:

1) Keajaiban-keajaiban bersedekah dan cara kita memandang dan mentafsir keajaiban-keajaiban itu.

2) Kekeliruan-kekeliruan dalam cara mengeluarkan sedekah.

3) Kekeliruan-kekeliruan dalam tujuan mengeluarkan zakat.

4) Hubungan antara sedekah dengan rezeki iaitu falsafah di sebalik sedekah dapat mendatangkan rezeki .

5) Hubungan antara sedekah dengan umur iaitu falsafah di sebalik sedekah dapat memanjangkan umur.

6) Hubungan antara sedekah dengan penyakit iaitu falsafah di sebalik sedekah dengan menolak,mencegah dan menyembuhkan penyakit.

“Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah dan Allah tidak menyukai orang yang tetap dalam kekafiran dan selalu berbuat dosa.”
(Surah al-Baqarah,ayat 276)

“Orang yang memberikan apa yang mereka berikan dengan hati yang kuat,sesungguhnya mereka kembali kepada Tuhan mereka.”

(Surah al-Mukminun,ayat 60)

“Katakanlah kepada hamba-hambaku yang beriman,’Hendaklah mereka mendirikan solat,menafkahkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari kiamat.Pada hari ini,tidak ada jual beli dan persahabatan.”’

(Surah Ibrahim,ayat 31)


Jom Bersedekah..!!!

Mudah-mudahan perkongsian serba sedikit ini ada manfaatnya untuk Anda semua,untuk selebihnya carilah buku tersebut di kedai atau gedung buku yang berdekatan tempat Anda.


JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI KEHIDUPAN ANDA

Thursday, June 10, 2010

Kongsi Buku:BAWA HATIMU KEPADA TUHAN

Buku:BAWA HATIMU KEPADA TUHAN


Penulis Buku:Ustaz Amaluddin


Alhamdulillah dengan izin Allah dapat bertemu lagi dalam perkongsian buku,kalau dua hari lepas aku kongsikan sebuah buku,hari ini aku nak kongsikan lagi sebuah buku yang telah aku habis baca pada tahun lepas.Buku yang sangat menarik dan baik sekali jika di miliki dan jadikan untuk bahan berfikir untuk kita semua serta panduan untuk muhasabah diri kita.Mudah-mudahan perkongsian serba sedikit ini mendatangkan manfaat kepada anda semua.

BAWA HATIMU KEPADA TUHAN

Sebuah buku terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd,Tulisan Ustaz Amaluddin bin Hj Mohd Napiah pemilik laman blog Sahabat Amal.Buku setebal 207 muka surat,kategori Tarbiah Rohani.Buku yang berharga RM 21.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM23.00 Untuk Sabah dan Sarawak.Buku ini harus dimiliki oleh semua orang kerana kandungannya yang banyak memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya.Buku ini mengandungi empat bahagian,setiap bahagian membicarakan tajuk yang berlainan,Setiap bahagian ada membicarakan tentang Iman,tentang dosa,tentang Pahala dan tentang Syurga.

Walaupun setiap tajuk di kupas secara ringkas dan bahasa yang mudah tetapi padat dengan ilmu yang boleh kita amalkan dan sebagai bahan renungan untuk diri kita yang sentiasa lupa.Sangat sesuai sebagai bahah tarbiah untuk mendidik hati,memang pun target buku ini adalah untuk mendidik hati kita agar dekat dengan Tuhan.Bawa Hatimu Kepada Tuhan.Tuhan segala-galanya buat kita.Boleh di jadikan bahan usrah keluarga kerana setiap tajuk yang dikupas sangat mengesankan hati kita.Penulis mengajak kita agar menyanyangi hati kita di atas tajuk ‘sayangilah hati kita’,penulis mengajak kita supaya sentiasa memastikan pintu-pintu hati kita sentiasa terbuka luas dan boleh menerima sebanyak-banyaknya cahaya hidayah dan ilmu Allah SWT.

“Mencari kemanisan dalam kehidupan.Mehnah mendatang terasa terbeban.Bawa Hatimu Kepada Tuhan.Di sana menanti syurga idaman”

“Cinta itu bermula dari HATI.Andai HATI itu ikhlas,cinta yang terzahir akan terbina dengan penuh kasih sayang dan ketulusan,Untuk membina cinta itu,HATI perlulah disemai dan dibaja dengan benih mahmudah yang menjanjikan kebahagian dunia dan akhirat.


Buku BAWA HATIMU KEPADA TUHAN pasti mengesankan hati setiap pembaca,setiap tajuk yang dikupas memberi penekanan persoalan hati pada kehidupan kita sehari-harian,peranan hati yang sangat penting sebagai pemandu tingkah laku manusia.
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN memberi dimensi baru penulisan ilmiah yang menggabungkan mutiara-mutiara pengajaran dalam pembentukan HATI yang sejahtera.” Sedikit dari tulisan di bahagian belakang buku BAWA HATIMU KEPADA TUHAN.

Bahagian Pertama:(Tentang Iman)

Suburkan iman carilah kemuliaan
Lapanglah dada hentikan ratapan
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN
Mengharap hadir jiwa kehambaan.

Bahagian Kedua:(Tentang Dosa)

Beratnya dosa menghimpit jiwa
Jiwa terseksa inginkan penawarnya
Hapuskan dosa sucikan amalan
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN.

Bahagian Ketiga:(Tentang Pahala)

Miliki hati orang beriman
Bersulam takwa kekal berzaman
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN
Kembara cinta tanpa sempadan
Cinta ilahi itulah buruan.

Bahagian Keempat:(Tentang Syurga)

Carilah kemanisan dalam perjuangan
Perjuangan mengejar cinta dari Tuhan
Mehnah mendatang itulah ujian
Jangan tersungkur walau terbeban
BAWALAH HATIMU KEPADA TUHAN
Di sana menanti Syurga Idaman.

Serba ringkas aku kongsikan kandungan buku ini,agar ada manfaatnya selebihnya carilah buku ini di mana-mana kedai atau gedung buku yang menjual buku ini.


Atau layari laman blog:SAHABAT AMAL

Selamat membaca.!

JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI HIDUP KITA.

Monday, June 7, 2010

Kongsi Buku:KEMBARA HATI DI TANAH SUCI(Menyingkap Kehebatan Dan Kemuliaan Tanah Suci)

Buku:Kembara Hati Di Tanah Suci


Aku bersama penulis buku KHDTS-Ustaz Ghazali Ibrahim

Assalamualaikum,Alhamdulillah dengan izin Allah dapat bertemu lagi,dah berapa hari tak update blog ni,kesian teman-teman yang ziarah,asyik-asyik post yang lama,naik bosan pulak..ermm..oklah dalam pertemuan kali ni aku nak kongsikan sebuah buku yang sangat baik dan bagus,boleh buat panduan dan motivasi untuk bakal-bakal haji dan hajjah.Buku ni dah habis baca buat pertama kali pada tahun lepas,sebenarnya ulasan ringkas ini,aku pernah post di blog Nur Dania Balqis ,oleh kerana blog kedua aku ini berkaitan dengan buku,aku post sekali lagi untuk di kongsikan dengan teman-teman blogger yang meminati buku.Semoga perkongsian yang serba sedikit ini dapat memberi manfaat pada anda semua,selebihnya kena cari sendirilah buku ini ye..!

Buku yang di hadiahkan oleh Abang Ipar aku yang juga selaku penulis buku ini iaitu Ustaz Ghazali bin Hj Ibrahim.Tahniah dan terima kasih aku ucapkan pada Abang Zali kerana hadiah buku ini dan Tahniah juga dengan kelahiran buku terbaru ini KEMBARA HATI DI TANAH SUCI.Sebelum ni pun beliau ada menghadiahkan buku-buku beliau kepada aku seperti KENAPA MESTI MERANCANG PUSAKA dan RM 38 BILLION PUSAKA BELUM DI TUNTUT.Untuk kali ni aku hanya nak memperkatakan buku KEMBARA HATI DI TANAH SUCI.

Buku setebal 284 muka surat berharga RM3O untuk Semenanjung dan RM32 untuk Sabah dan Sarawak,Tebitan Tijarah Network sebuah syarikat yang diasaskan oleh beliau sendiri.Buku ini dalam kategori Siri Kesedaran Bersama seperti yang tertera di bahagian bawah buku tersebut.Secara peribadi sebuah buku yang penuh dengan motivasi kesedaran,bahasa yang mudah,sesuai untuk sesiapa saja Umat Islam yang bercita-cita bukan saja bercita-cita tetapi berniat untuk menunaikan Umrah dan Haji ke Tanah Suci Mekah dan Madinah,yang sudah pergi pun sangat sesuai memiliki buku ini.Apa yang menarik tentang buku ini ialah disertai dengan foto yang menarik dan ilustrasi yang berinfo.

Ada kalanya sedih apabila penulis menulis tentang Tak Kenal,Tak Cinta Nabi(Bahagian 8,Umrah dan Haji Jangan Lupa Ziarah Nabi).bagaiman penulis membawa kita mengimbau dan menghayati cerita Nabi.yang sangat menyentuh hati kita semua,hingga mengalir airmata kita.Ini yang terjadi pada aku kisah yang sangat menyentuh hati iaitu ‘Aku akan bertemu Ilahi’ Kisah Akasyah dengan Rasulullah.Bacalah dan hayati dalam buku ini.Pasti mengalir airmata..

Buku ini mengandungi 10 bab setiap satu bab mengandungi tajuk-tajuk kecil yang di kupas dengan bahasa mudah serta penuh dengan motivasi yang sangat membina untuk para pembaca.Ia merupakn seperti apa yang penulis ungkapakan dalam mukadimah buku ini.

"tetapi lebih kepada ingin berkongsi sedikit ilmu pengetahuan,pengalaman,rasa hati kerana sesungguhnya ibadah haji dan umrah…andai kita lihat dalam-dalam,ianya adalah berkenaan cara perlaksanaan dan selebihnya ialah penghayatan.”

Namun apa yang aku dapati dalam buku ini sangat banyak ilmu dan perkara yang selama ini tak faham baru kini tahu dan faham.

Di sini aku kongsikan serba sedikit kandungan yang terdapat dalam buku ini:

• BAB1-KE TANAH SUCI MENJADI TETAMU ALLAH
• BAB2-UMRAH DAN HAJI DI TANAH SUCI
• BAB3 UMRAH DAN HAJI PERSAKSIAN DENGAN HATI
• BAB4-UMRAH DAN HAJI PROSES DIDIK HATI
• BAB5-UMRAH DAN HAJI ADA KEBAIKAN UNTUK DIRI
• BAB6-UMRAH DAN HAJI ANUGERAH ALLAH
• BAB7-UMRAH DAN HAJI KEMUNCAKNYA DI SINI
• BAB8-UMRAH DAN HAJI JANGAN LUPA ZIARAH NABI
• BAB9-UMRAH DAN HAJI MESTI BERNIAT SUCI
• BAB10-MABRURKAH UMRAH DAN HAJIKU INI

“Sebahagian umat Islam di Malaysia beranggapan…nak pergi haji:

• Kena tunggu seru,
• Bila dah pencen baru boleh pergi,
• Pergi haji muda-muda rugi,
• Tunggu semuanya dah ok,baru boleh pergi,

Dan pelbagai lagi tanggapan serta pemahaman.Hingga kedapatan segelintir daripada
Umat Islam di Malaysia,langsung tidak ambil berat tentang ibadah haji.Mereka
Memberikan perpepsi yang pasif dan negative tentang ibadah haji dan Tanah Suci.
Bahkan mereka tidak ada langsung keinginan untuk ke Tanah Suci.Bahkan langsung
Tidak ada inisiatif untuk menyediakan diri ke Tanah Suci sama ada mengerjakan
haji Ataupun umrah.”

Semoga perkongsian yang ringkas ini dapat memberi manfaat,untuk mengetahui tentang buku ini selanjutnya miliki dan carilah di mana-mana gedung buku atau kedai buku yang berdekatan tempat anda.

Selamat Membaca Kepada Semua!.


JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI HIDUP KITA.

#Insyallah mulai perkongsian buku yang pertama ini,akan menyusul lagi perkongsian buku yang seterusnya.Hasil pembacaan buku-buku yang telah habis aku baca,mudah-mudahan perkongsian yang serba sedikit ini,dapat menambah minat lagi anda terhadap tabiat membaca ini(budaya hidup membaca).

DEMI MASA