Followers

Showing posts with label Cerita Buku. Show all posts
Showing posts with label Cerita Buku. Show all posts

Friday, November 15, 2013

Bagaimana Membaca Meransang Otak?



Semasa membelek-belek majalah Al-Islam keluaran bulan november 2013, saya tertarik dengan satu tulisan yang bertajuk ‘Bagaimana Membaca Merangsang Otak?’. Maka dalam kesempatan penulisan ini saya coretkan semula beberapa perkara tentang tajuk di atas;

1) Membaca satu senaman minda. Dengan membaca, sel-sel otak akan menjalankan proses aktif minda menyebabkan seseorang mampu berfikir dengan baik.

2) Otak lebih cepat fokus. Melalui pembacaan, otak akan lebih fokus ketika melakukan aktiviti.

3) Membaca meningkatkan kreativiti berfikir. Apabila seseorang banyak membaca, ia pastinya mempu mengeluarkan idea-idea di luar kotak.

4) Membaca rangsang memori. Jika memori tidak dirangsang, ingatan akan lemah. Permainan teka teki lebih mudah untuk meningkatkan memori. Sekali gus elak nyanyuk di usia tua.

5) Membaca tingkatkan kemahiran komunikasi. Dengan banyak membaca, banyaklah pengetahuan yang akan diperoleh sekali gus membina keyakinan untuk komunikasi dengan sesiapa sahaja.
Semoga fakta-fakta di atas memberi suntikan motivasi kepada semua.


Selamat membaca!.

Friday, November 1, 2013

Bukan Semua Bahan Bacaan Boleh Dibaca



Saya petik tulisan dibawah dari sebuah buku yang bertajuk Kuasa IQRA, menguasai dunia, menikmati akhirat, hasil penulisan oleh Dr.Zulikifli Mohammed Al-Baqri. Semoga catatan ringkas ini dapat menjadi panduan dalam memilih bahan bacaan yang kita mahu baca.

1) Bahan bacaan yang bercanggah dengan akidah ahli Sunnah wal Jamaah. Contohnya berkaitan fahaman Muktazilah, Jabariah, dan lain-lain fahaman.

2) Buku berkenaan ajaran-ajaran sesat yang sudah pasti merosakkan pemikiran dan minda manusia. Antaranya ilmu falsafah yang tidak percayakan Tuhan, sehingga Imam Ghazali mengarang buku bagi menolak fahaman itu seperti Tahafut al-Falasifah dan Al-Munqiz min ad-Dholal.

3) Ilmu bekaitan dengan amalan yang tidak betul dan bercanggah dengan ajaran Islam seperti sihir, santau dan laian-lain.

4) Ilmu yang berbentuk hiburan yang melalaikan dan melekakan seperti pembelajaran lirik lagu, ilmu silap mata, dan lain-lain.

5) Ilmu berkenaan dengan pemikiran yang menjarakkan seseorang daripada ajaran Islam ataupun mengandungi banyak syubahah yang melemahkan keyakinan individu kepada agama Islam.

6) Kisah-kisah cinta yang melalaikan serta mengasyikkan seperti buku novel yang seolah-olah berada di alam khayalan, yang mempunyai unsur gembira ataupun sedih yang melampau.

7) Buku-buku kartun, apatah lagi adanya unsur kuasa dan sakti yang penuh dengan khurafat.


Sampai jumpa lagi, selamat membaca!.

Tuesday, September 17, 2013

Hadiah Buku

 Buku, buku, buku dan buku, seronoknya dapat hadiah buku, siapa yang tidak suka, ya tak?. Membaca, membaca, membaca dan terus membaca. Agar minda kita terus segar dengan ilmu yang didapati dari hasil membaca. Semoga membaca terus menjadi amalan dalam kehidupan kita.

Terima kasih tidak terhingga kepada adinda Ustaz Muhammad Adha At-Turabi, pegurus Madrasah Tahfiz Darul Muarrif yang menghadiahkan sebuah buku yang sangat menarik dan bermakna. Buku karangan Ibnu Qayiyim Al-Jauziah yang bertajuk 'Dahsyatnya Tipu Muslihat Iblis'. Insyallah pembacaannya akan menyusul selepas buku sebelumnya nanti.

Juga kepada teman sekrusus dalam kursus penulisan, Pengalaman menulis dan Menulis Pengalaman saudara MBA SAN atau nama sebenarnya Muhammad Bin Ali. Sebuah buku travelog, yang bertajuk 'Travelog Jepun' tentunya sebuah pengalaman yang menarik buat penulis. Juga akan menyusul pembacaannya nanti.

Sebuah lagi buku, hasil dari pembelian semasa kusrsus penulisan. Buku yang bertajuk 'Pengakuan Penyair', tentunya buku ini sebagai sumber motivasi untuk penulis, bermanfaat untuk diri saya, yang sedang berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Semoga buku-buku tersebut akan merangsang diri saya untuk terus bersemangat menulis. Semoga Allah SWT mengabulkan permintaan hamba-hambanya. Amin Ya Rabb!.





 DAHSYATNYA TIPU MUSLIHAT IBLIS




 TRAVELOG JEPUN



PENGAKUAN PENYAIR

Wednesday, August 1, 2012

Kehebatan Buku


Gambar hiasan dari blog Halmysamad.



Alhamdulillah,syukur pada Allah SWT sekali lagi di pertemukan dalam dunia maya ini.Persaingan hidup yang semakin hangat.Kemajuan teknologi semakin pesat.Dengan sekali klik,bermacam-macam maklumat dan ilmu dari serata dunia dapat kita baca dan mejadikan kita berfikir dengan bijak dan matang.Minda jadi segar dengan membaca.Baca apa sahaja yang kita mampu baca,ambil panduan yang di nukilkan oleh sang pengarang untuk pembaca.

Buku sudah menjadi sumber maklumat dan panduan sejak berkurun lamanya.Tulisan-tulisan yang di hasilkan oleh para ilmuan Islam dan Ilmuan barat sudah merata-rata tersebar.Ramai orang membacanya,mengkaji,berhujah,berdebat dan pelbagai ilmu lain yang lain muncul dengan hasil membaca buku-buku tersebut.Membaca sejarah kehidupan mereka yang cinta dan menikmati keindahan buku sangat mengujakan.Menulis berjilid-jilid buku atau kitab untuk tatapan masa depan umat telah di lakukan oleh ilmuan Islam seperti Imam Nawawi,Imam Ghazali dan lain-lain lagi.

Bukankah sejarah sudah membuktikan,kewujudan tamadun yang hebat kerana ramainya ilmuan-ilmuan yang bertanggungjawab dengan menulis pelbagai ilmu untuk di tinggalkan umat di kemudian hari.Baghdad pernah menjadi ibukota ilmu bertaraf antarabangsa.Pelbagai ilmu dan buku-buku yang terdapat di dalamnya.Namun akhirnya musnah dek kerakusan musuh.Maka sepanjang sungai airnya hitam dengan kitab-kitab yang di buang kedalam sungai menjadikan airnya hitam kepekatan lunturan dakwat dari kitab-kitab yang di buang kedalamnya.

Hari ini,buku dalam apa jenis  pun laku dan laris oleh mereka yang cinta dan sayang dengan buku-buku yang terbit.Mereka sebagai penagih cinta buku.Amat menghargainya.Berapa harga nilai sesebuah buku sanggup mereka miliki.Yang penting bagi mereka kecintaan dan kerinduan pada buku terubat.Hebat dan kuatnya pengaruh buku pada setiap penagih dan pencintanya.Apakah mereka lalai dari semua urusan dunianya ?.

Tidak sekali-kali tidak,bahkan mereka mengikuti dengan penuh perihatin dan minat apa yang berlaku dalam dunia yang semakin bergolak ini.Namun buku tetap menjadi teman sejati buat mereka.Malah mereka membukukan apa yang terjadi di hadapan mereka.Dengan buku mereka dapat melahirkan sebuah buku lagi untuk di nikmati dan di cintai oleh pencita-pencita buku yang lain.Hebat bukan?.Dengan membaca buku si penagih buku bisa melahirkan buku.Yang tentunya untuk tatapan generasi masa depan.

Untuk akhirnya,saya kongsikan sebuah sajak yang saya kutip dari majalah Dewan Sastera terbitan DBP,sajak perihal buku,yang di tulis oleh Baha Zain. Nah,saya sajikan untuk sahabat semua,moga terbuka hati dan mendapat suntikan motivasi untuk minat membaca buku;

Buku

Buku adalah teman bicara yang pendiam
tatkala sunyi engkau ramah di sisi,
tatkala sibuk engkau setia menanti,
terbuka di atas meja atau tegak berdiri
di rak almari,
sampai aku datang membelai, helai demi helai;
dan dari kulit ke kulit sampai selesai.

Kata orang, engkau adalah amanah bangsa,
mengabdikan luka-luka sejarah,dan kesucian
daulatnya,
menyuarakan mimpi-mimpi rakyat
dan bayangan masa depan.
Engkau bukan sekadar teman, tetapi
pengingat zaman,
tentang akar hidup di dasar bumi, dan
arah pucuk di udara,
supaya orang tidak lupa daratan,
dan bijak mentadbir dunia.

Siapakah yang bijak tidak dicerdikan oleh buku?
Buku adalah guru yang menerangi akal perasaan,
seperti kolam jernih sewaktu terang bulan,
memancarkan keindahan, memancarkan
kebenaran.

Bercintalah dengan buku sewaktu guru tiada,
buku tidak memilih dan memihak kepada sesiapa,
kata-katanya yang baik mengajar orang menjadi
Manusia.

Baha Zain
Febuaru 2012

( Tulisan ini sekadar luahan yang terlintas di fikiran penulis,mana-mana fakta yang salah dalam tulisan ini mohon di perbetulkan dan teguran).

Wednesday, April 25, 2012

Sana Sini Jualan Buku

Salah satu Karnival Buku



Nampaknya masing-masing penerbit buku membuat bermacam-macam promosi bagi melariskan buku-buku terbitannya.Malah pada masa cuti sekolah,apa yang saya lihat banyak karnival jualan buku di adakan.Ia sangat mengujakan dan hebat sekali,jualan ini memang sangat dinantikan oleh para peminat buku.Harga yang di berikan pun hebat-hebat belaka,diskaun yang sangat berbaloi.Jangan tidak mengunjungi karnival buku atau pun kedai-kedai buku yang mengadakan jualan diskaun yang sangat berpatutan.Juga melalui kedai online pun turut memeriahkannya dengan harga diskaun.

Kini,masyarakat sudah mula peka tentang pentingnya membaca,lihatlah mereka ketika mana dalam pesta atau karnival buku,contohnya Karnival Buku Karangkraf(2hb-4hb,Ahad 2011) yang di adakan pada tahun lepas.Sambutan dari orang ramai sangat mengkagumkan,dalam keadaan hujan lebat mereka tidak berganjak untuk merebut peluang untuk sama-sama mendapatkan buku-buku dengan harga diskaun.Sampai 70% pun ada,siapa yang tidak teruja dan terpikat,sudah pastinya peminat buku menyukainya.

Kepada peminat dan pencinta buku,waktu-waktu macam ni-lah untuk dapatkan harga murah.Bagi menambahkan koleksi buku-buku kegemaran yang ada.Novel-novel,Buku Resipi Masakan,Novel Kanak-kanak dan macam-macam lagi boleh di dapati dalam carnival atau jualan buku murah.

Tambahkan lagi koleksi buku-buku di perpustakaan pribadi masing-masing atau sudut bacaan yang wujud di rumah.Biarkan dan biasakan anak-anak melihat,menyentuh dan seterusnya agar mereka terpikat untuk membaca buku.Beli,kumpul dan wujudkan perpustakaan pribadi hasinya nanti akan menjadi hobi dan budaya membaca menjadi kebiasaan dalam keluarga.

Nah,apa lagi tunggu,kunjungi mana-mana karnival atau jualan buku untuk mengisi masa yang terluang,namun pastikan segala yang ada di dapur dan keperluan yang ada sudah beres.Saya yakin para sahabat belum lagi menggunakan peruntukan untuk bahan bacaan,jadi apa lagi carilah bahan bacaan yang sesuai untuk seisi keluarga anda.Apatah lagi Pesta Buku Antarabangsa  Kuala Lumpur 2012 akan bermula.

Jom Shoping Buku,..!

Jom Membaca..!

Thursday, June 9, 2011

Indahnya membaca

Membaca...sungguh indah..!


Catatan penulisan hari ini,saya mahu bercerita tentang membaca,sesiapa sahaja yang suka membaca pasti ada rasa seronok dan menyeronokkan,bukan itu sahaja tetapi pelbagai perasaan yang timbul dalam diri.Semua orang tahu manfaat atau faedahnya membaca.Tak perlu lagi saya senaraikan satu persatu,bagi saya sekarang bukan masanya untuk menceritakan perkara itu,itu semua sudah tahu dan faham.

Kini adalah waktunya untuk kita merealisasikan apa yang kita tahu dan faham.Bukan sekadar omong-omongan tanpa praktis.Membaca perlu semangat.Tiada semangat,maka apa yang dimahukan pasti tidak akan tercapai.Beberapa perkara yang mendorong saya mahu membaca,antaranya;

1)Membaca itu tuntutan

Saya yakin dengan seruan dan tuntutan ini.Jika ada yang mengatakan,membaca itu bukan sesuatau yang besar,saya harap fikir semula lah kata-kata itu.Ingat membaca ada termaktub di dalam Al-Quran.Malah wahyu yang pertama dikirim oleh Jibril kepada Nabi SAW adalah seruan agar membaca.Sudah pasti,ia sesuatu yang besar dan di tuntut.

Bukankah kehidupan kita,lebih-lebih lagi orang Islam,dari awal bangun tidur sampailah mahu tidur lagi,semua ada bacaan doanya(membaca),bukankah itu suruhan juga untuk kita membaca,ya membaca doa,tapi di sebaliknya ada satu seruan,bahawa dengan membaca kehidupan kita pasti di Rahmati Allah.

Sebab itu sangat di galakan membaca doa setiap kali kita melakukan perbuatan yang baik.Malah sebelum memulakan sesuatu juga kita digalakan dan di tuntut membaca ‘BISMILLAH’..Jadi tuntutan membaca itu sebenarnya sangat besar dan sewajarnya kita jadikan amalan dalam kehidupan kita (Konsep hidup).Saya petik surah al-Alaq untuk kita renungkan bersama;

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhan-MU yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah dan Tuhan-MU Yang Maha Pemurah.Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

(Surah Al-Alaq:1-5)

Jadi semarakan kehidupan kita dengan membaca,membaca dan membaca..!

2)Semangat mahu membaca

Membaca perlu semangat.Tiada semangat,maka apa yang dimahukan pasti tidak akan tercapai.Keinginan kuat untuk mengetahui sesuatu,oleh itu dorongan yang kuat ada pada diri sendiri mesti kena ada.Kalau tidak sampai bila-bila pun,tak membaca.Semangat itu perlu di pupuk dan setiap hari semangat itu mesti kena di kekalkan,jika tidak,malaslah yang akan menunjangi hati kita.Semangat..terus semangat..pasti minda menyengat..!.Membacalah selagi nyawa masih ada,kerana suatu masa kita pasti tidak dapat membaca,yang ada Cuma kita di bacakan talqin..itu pasti..!.

3)Perlukan pengorbanan

Apa yang saya maksudkan di sini,adalah,peruntukan serba sedikit belanja kita untuk buku.Ia itu membeli buku,bila sudah semangat tapi tidak ada bahan bacaan yang hendak di baca pun,tidak akan menjadi apa dengan semangat itu.Jadi korbankanlah sedikit sebahagian pendapatan kita untuk membeli buku,untuk mendapatkan ilmu,tak kanlah tidak boleh.Sekadar sebulan sebuah buku tak kan itu pun payah sangat.Betul tak?.Anda takkan rugi apa-apa,malah untung banyak tak terkira.

Kalau agak payah nak korban duit untuk beli buku,apa kata korbankan sikit masa,mungkin pada hujung minggu,setiap hari Ahad,pergi keperpustakaan negeri,desa atau di mana pun,untuk permulaan semangat yang sedang mengelegak itu ,jadi ahli dan pinjam buku.Rasanya tidak susah pun,Cuma korban masa,tenaga,minyak dan tol.Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih..!.

4)Adakan bilik buku

Apa pun namanya, bilik buku,bilik bacaan,mini perpustakaan dan sebagainya.Bergantung kemampuan masing-masing,sama ada sudut kecil,sebuah bilik atau di mana pun ruang yang masih ada untuk diwujudkan ruangan buku atau membaca ini.Percayalah,jika ini anda boleh realisasikan di dalam rumah,pasti semangat anda untuk menimba ilmu melalui buku pasti akan bertambah-tambah kuat.

Bila anda buka bilik buku sahaja,sudah terpampang buku-buku tersusn indah di dalam rak-rak yang di sediakan.Rasa cinta dan sayang pada buku dan membaca dalam diri anda pasti wujud dengan sendirinya.Anda akan lebih ghairah lagi untuk membeli buku dan membacanya.Satu masa,anda tidak menyentuh buku dan membacanya anda akan rasa kehilang sesuatu pada diri anda.Syukur pada Allah,yang mengizinkan saya punyai rasa sayang dan cinta dengan buku,sudah pastinya buku-buku itu saya baca,ada yang berulang saya baca,dek kerana adakalanya peruntukan itu tidak mencukupi.

Waktu saya menulis ini,saya sedang menikamati sebuah buku yang bertajuk ‘SPIRITUAL READING’ hidup lebih bermakna dengan membaca.Dan sewaktu saya menulis ini juga saya berada di dalam ‘Bilik Buku ND Balqis dan Muhammad Anas’,Bilik khas saya untuk menulis,membaca dan santai-santai membelai-belai buku..ha..ha..jangan tidak..!.Sediakanlah bilik bacaan anda.Anda pasti teruja..!Pasti menyeronokkan.

5)Impian menulis

Alhamdulillah,bila rasa cinta dan sayang,rasa seronok,rasa ghairah dan macam-macam lagi perasaan yang ada setelah minat membaca,satu masa,bila anda melihat,buku-buku yang tersusun kemas,indah dan cantik,akan ada satu perasaan mahu dan ingin anda miliki,apa dia? Perasaan yang anda mahukan dan diri saya juga,iaitu dalam susunan buku-buku itu akan ada terselit sebuah buku hasil tulisan anda,itu yang saya impikan sekarang.Kita asyik membaca buku orang lain,bila lagi kita akan miliki hasil tulisan kita sendiri,buku kita pula orang lain baca.Indah bukan?, hasil membaca melahirkan rasa minat menulis.

Mengapa tidak?.Semoga impian ini akan terlaksana,bagi mengisi hari-hari dan usia yang makin meningkat.Dari cinta membaca buku,lahir cinta menulis..Wah..gandingan mantap..hebat bukan..!.Semoga Allah mengkabulkan impian saya dan anda.

5)Membaca,membaca dan terus membaca

Ya betul..! seruan membaca ini patut terus di semarakkan di mana-mana sahaja.Itu yang saya sering selalu bisikan dalam hati saya.Membaca,membaca dan membaca.Kerana pada hakikatnya setiap saat sebenarnya kita sedang membaca,Setiap apa yang kita lakukan ada bacaannya sebelum dan sesudahnya,yakni ada bacaan doanya,kalau itu pun kita malas.Kita masih gagal menyelami maksud yang sangat mendalam ,dalam memahami wahyu yang termaktub dalam ayat di atas.Yang sebenarnya kita masih gagal dalam menyahut seruan dan tuntutan Iqra itu.Harus bagaimana?.Muhasabalah diri..renung-renungkan dan fikir-fikirkan..!.

Oleh itu,kelima-lima perkara ini,sedang saya praktiskan dalam diri saya,mudah-mudahan akan menjadi contoh buat anak-anak dan keluarga saya, Ia-nya sekadar pandangan pribadi saya.Justeru,keindahan membaca akan kita miliki setelah kita benar-benar menghayatinya.Jadi tunggu apa lagi.Membacalah mulai sekarang.

Jom Membaca…!.

Sunday, October 17, 2010

Membacalah..!

Bacalah buku


Di dalam buku Aku,Buku Dan Cinta,di bawah tajuk ‘Baca dan Bacalah..’pengarang menukilkan,beberapa keistimewaan orang yang suka membaca buku dan memiliki buku,Insyallah dalam pertemuan hari ini saya cuba ringkaskan satu persatu;

1)Buku adalah sahabat terbaik dari sekelian makhluk.

2)Orang yang terbiasa membaca dan menulis akan di minta petuannya(pandangan).

3)Orang-orang yang terbiasa menyelak-nyelak halaman buku dan membuka buku akan mendapatkan kemuliaan dan kebaikan.Ianya merupakan harta yang menguntungkan.

4)Masa begitu singkat bila berduaan dengan buku.

5)Pelajaran,nasihat dan pengalaman akan datang menyentuh dan menambahkan semangat.

6)Perahlah ilmu dari buku,didalamnya ada istana pemikiran.

7)Hebatnya orang memiliki dan membaca buku sehinggakan di katakana pengarang buku ini,lebih kaya daripada Qarun,lebih kuat dari tentera al-Nu’man,lebih baik keadaannya daripada al-Baramikah(para menteri yang ada di zaman Khalifah Harun Al-Rasyid)

8)Berteman dengan buku boleh memelihara seseorang daripada kesesatan para penguasa,boleh melindungi daripada omong-omong kosong orang-orang zalim dan menjaga diri daripada celaan orang yang dengki.

Di akhir tulisan,pengarang mengajak pembaca,agar lebih banyak membaca dan memperbanyakkan mentelaah serta menengok-nengok kitab-kitab karangan para ulamak.Berbanding dengan harta,kemewahan seperti bangunan,wang ringgit dan sebagainya,ianya tak mampu kekal,kerana sejarah telah membuktikan,berapa banyak negeri atau Negara hancur,pemimpinya binasa dan bangunan-bangunan tinggal sisa-sisa kehancurannya.

Ini berbanding dengan ilmu,adakah ia hancur dan binasa seperti negeri,penguasa dan bangunan-bangunan itu? Tidak.! Ilmu itu kekal dan di warisi hingga kini,begitu juga dengan buku-buku yang mengaandungi ilmu,tetap utuh hingga kini.Maka beruntunglah bagi mereka yang mahu mengambilnya dan hidupnya pasti bahagia.

Saya akhiri dengan satu madah,"Potongan akhbar tidak pernah dipusakakan.Tapi sebuah buku,sekalipun kecil boleh dibaca turun –temurun."

Sampai Jumpa Lagi..!

Selamat Membaca..!

Tuesday, October 12, 2010

Gramedia Book Stores Setia Alam Berpindah Ke Serdang

berpindah...!

Beberapa bulan yang lalu,sekitar 3 atau 4 bulan,apabila menemani isteri untuk ke stokis Cosway di Tesco Setia Alam,saya telah mendapati salah satunya kedai buku yang ada di sana tidak di buka,kedai buku Gramedia Book Stores,timbul pertanyaan dalam hati saya waktu itu.Tak kan hari biasa pun tutup!.Bila saya menghampiri di hadapan pintu utamanya tertera satu pengumuman,yang pada masa itu membacanya terasa akan satu kehilangan yang amat,mana tidaknya,kedai buku yang satu-satunya yang ada di situ,yang sering menjadi tumpuan saya akan berpindah nun jauh ke Serdang.

Tidak tahu apa sebabnya.Setahu saya,bila saya masuk ke kedai itu,boleh di katakana ramai jugalah yang singgah dan beli buku,antaranya saya lah pelanggan tetap,kalau saya datang kekedai buku itu,tak kuranglah 2atau 3 buah buku saya beli(tak banyak sangat mana pun),paling koman pun sebuah buku mesti saya beli.Tapi bila saya baca pengumuman itu,terasa macam kehilangan,ya benar sungguh kehilangan satu gedung buku yang bila masuk kedalam sangat seronok,susunan bukunya yang cantik dan menarik serta pelbagai buku boleh di katakana boleh di dapatinya di situ.

Timbul persoalan di kepala saya hingga kini,mungkin jualan dan keuntungan tidak menepati target dan sasaran yang di rancangkan,biasalah mana bisnis yang mahu rugi,mungkin dengan kos sewaan bangunan yang tinggi menjadi faktornya atau lokasinya yang kurang strategi,tapi kalau nak di katakana kurang strategik bagi saya,dah sesuai dan strategik sekali,Maklum pusat membeli belah,tumpuan orang ramai datang ke situ.

Atau mungkin penduduk sekitar Setia alam,Meru,Klang,Bukit Kapar,Kapar dan lainnya,masih mempunyai tahap yang rendah dalam kesedaran betapa pentingnya membaca dan membudayakan budaya membaca ini?Ini sekadar telahan saya,tapi saya yakin tidak sampai tahap begitu sekali.Mungkin membeli buku tidak termasuk dalam list bulanan mereka..!.Mungkin.! serba kemungkinan.

Jumpa Lagi.!.

Thursday, October 7, 2010

Buku Pun Perlu Di Hormati

Hormati buku..!

Semoga pertemuan ini di Rahmati Allah,dengan izinNya dapat berkongsi minda dengan sahabat-sahabat blogger semua,moga apa yang saya mahu kongsikan ini,sama-sama beroleh manfaatnya.Pada pertemuan kali ini saya ingin berbicara tentang buku,buku! siapa yang tak kenal buku ,semua orang kenal buku,tidak kiralah dari saiz kecil,sederhana,besar,sama ada buku itu tebal atau nipis,berkulit tebal atau nipis,buku itu berwarna atau tidak,berisi atau sebaliknya.

Tak ada siapa yang hidup ini tidak mengenali buku,bahkan orang yang buta pun tahu bila dia sentuh buku.Saya bukanlah orang yang layak nak berbicara tentang buku,tetapi oleh kerana minat membaca buku,jadi perasaan ini asyik terkenang dan terbawa-bawa ingat pada buku.

Cuba Tanya pada mereka yang hobinya membaca,bahkan bukan sekadar hobinya membaca,tetapi dalam hidupnya di penuhi dengan buku-buku,beli buku,kumpul buku,derma buku,beri hadiah buku,terima hadiah buku serba serbinya buku..buku..buku..buku!.

Dalam buku yang bertajuk Keanehan dan Keunggulan Buku yang telah saya baca,buku juga perlu di hormati,di jaga dengan baik,malah cara penyusunannya dan penjagaanya perlu ada adab-adabnya.Terus terang saya katakana pada mulanya saya memang tidak tahu perkara ini,bila sudah baca terpaksalah kena ambil tindakan buat penyusunan secara tersusun buku-buku yang berada dalam bilik bacaan saya,maklum saja,ilmu dah dapat mesti kena amal,kalau tidak cakap tak serupa bikin.

Dalam buku tersebut menyatakan klasifikasi yang standard sebenarnya merupakan satu adab untuk menjaga dan menghormati buku.Saya juga tertarik dengan kenyataan ini,buku di hormati bukan kerana fizikalnya tetapi isinya yang mencerdaskan umat manusia.Dalam tradisi ilmu Islam,ini amat di tekankan adab menjaga ilmu dan menghormati buku,Bahkan dalam tradisi ilmu silam yunani ataupun China juga terdapat tradisi adab menghormati buku. sejauhmana kita telah menghormati buku-buku kita?

Menurut Musa al-Almawi,buku-buku harus disusun menurut subjek,dan buku yang paling penting harus ditempatkan paling atas.Cuba tengok-tengok bagaimana penyusunan buku-buku kita.Beliau telah menunjukkan cara bagimana susunan yang harus dipatuhi:

1)Al-Quran
2)Kitab Hadith
3)Tafsir Al-Quran
4)Komentar terhadap Kitab Hadith
5)Kitab-Kitab Usuluddin
6)Kitab Fikah
7)Buku-buku tatabahasa,puisi dan ilmu yang lain

Menurut nya lagi buku tidak boleh di jadikan tempat menyimpan lembaran-lembaran kertas atau benda-benda lain yang serupa juga buku tidak boleh di jadikan bantal,kipas,sandaran punggung atau alas berbaring,juga di guna untuk membunuh lalat(kebiasaan yang sering kita lakukan).Seperkara lagi,sudut halaman buku juga tidak boleh di lipat bagi menanda halaman yang sedang di baca(al-mawi sudah menjangkakan kebiasaan keburukan kita).Berkenaan dengan penanda ,tidak boleh bahan daripada potongan kayu atau apa pun yang diperbuat daripada bahan keras tetapi gunakan penanda bacaan selembar kertas atau yang menyerupainya.

Al-mawi turut memberitahu,tentang peminjaman buku,buku-buku yang di pinjam hendaklah di pulangkan dengan segera apabila selesai di pinjam.Buku pinjaman juga tidak boleh di salin,sama ada keseluruhannya atau sebahaginnya sahaja tanpa meminta kebenaran pemiliknya,ini berlainan pula apabila buku itu sebuah buku diwakafkan,tanpa peraturan-peraturan lebih lanjut,dibiarkan untuk di guna oleh mereka yang berkepentingan,ia boleh menyalin sepenuhnya.

Jadi bagaimana sahabat-sahabat pencita buku semua,sudahkah kita mempraktiskan adab dalam menjaga buku dan cara menghormatinya,mudah-mudahan saranan al-Mawi di atas kita dapat amalkan dalam kita sebagai sorang yang cintakan buku(cinta ilmulah tu..).

Jumpa Lagi..!

#(Musa al-Mawi penulis buku Mu’id fi Adab al-Mufid wa al-Mustafid,meninggal dunia 1573M)

Sunday, September 5, 2010

Syoknya Novel..!

Sebahagian koleksi yang ada

Koleksi Novel Motivasi Dr.Tuah

'Syoknya Novel'

Novel pemberian kawan

Novel pembangun jiwa


Membaca novel adalah sebahagian dari minat aku,tidak kiralah novel apa yang aku baca,cinta ke,thriller ke,motivasi,novel Islamik ke semuanya aku’ balun’ baca.Apa yang penting ada bahan untuk dibaca.Dalam koleksi peribadi aku,ada beberapa yang aku simpan dan telah habis di baca.Biasanya aku baca di waktu malam semasa kerja shift malam waktu rehat.Daripada tidur lebih baik baca buku,apa yang penting rasa ‘Syoknya membaca’.Macamana dengan Anda? Tentu minat membaca novel kan,orang muda biasanya suka dengan novel cinta,di pasaran bermacam-macam tajuk novel cinta yang boleh Anda dapati.Tak salah membaca novel-novel tu,apa yang penting kita kena pandai mencari masa yang sesuai bila waktunya nak membaca novel,maklum saja membaca novel ni boleh mengasyikkan dan menyeronokkan.

Apapun semuanya terpulang pada Anda,ada macam-macam persepsi dan pandangan,yang penting jangan sampai kita lalai,jangan meninggalkan perkara yang wajib dek kerana terlalu asyik baca novel.Bagi aku novel itu tidak salah,yang salah orang yang membacanya tidak betul-betul mempastikan mana dahulu yang perlu diutamakan,betul tak?.

Baca lah selagi dapat manfaat dan pengajarannya,ambil moral dalam kisah-kisah yang Anda baca dalam novel-novel yang Anda baca.Bagi pengemar dan peminat novel teruskan pembacaan Anda,selagi ianya baik dan memberi manfaat pada Anda,apa yang ditunjukkan oleh Anda semua bukan semata-mata baca novel tapi yang penting budaya membaca yang Anda tunjukkan itu,mudah-mudahan menjadi contoh pada anak,isteri,keluarga ataupun teman-teman sekeliling kita.

Semarakkan budaya membaca dalam kehidupan kita.Moga kita menjadi generasi berilmu,beramal dan bertaqwa,sudah tentunya GENERASI MEMBACA YANG BERTAQWA..!

SELAMAT MEMBACA SEMUA..!

Tuesday, August 17, 2010

Ramadan Bulan Membaca

Bulan Ramadan Bulan Membaca


Membaca Al-Quran


Assalamualaikum dan salam sejahtera,dengan izinnya dapat bertemu lagi di dunia blog hari ini,Alhamdulillah juga kita masih diizinkan untuk sama-sama menjalani ibadah puasa pada hari ini,moga segala amal ibadah kita di terima Allah SWT.

Kalau kita lihat di kaca telivesyen kita,kita akan perasan iklan-iklan dari penerbit-penerbit buku,dalam melaksanakan kempen membaca buku keluaran mereka,nampaknya mereka bersaing bagi menawan hati setiap penonton supaya membaca dan seterusnya membeli buku-buku hasil terbitan mereka,bagi aku,ini adalah usaha yang sangat baik dan seharusnya di sokong oleh setiap masyarakat di Malaysia.

Ada penerbit menawarkan sambil membeli, kita turut boleh beramal,dengan hasil belian buku yang kita beli,wang itu akan di dermakan sebahagiannya kepada mereka yang memerlukan,ini sangat bagus dan cantik sekali.Walaupun bulan puasa,tidak menghentikan kita dari tabiat terus membaca buku.

Bukankah Ramadan adalah bulan membaca,bulan yang sangat di galakan untuk kita menelaah,mentadarus Al-Quran,sebuah kitab yang agung sebagai panduan hidup seluruh makhluk di bumi ini,yang mana turunnya juga dalam bulan Ramadan,apakah kita sebagai orang yang mengaku Islam tidak mahu menyahut seruan ini.

Dalam Al-Quran ada menyebutkannya,tentang turunnya Al-Quran di bulan yang mulia ini;

“..bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran,menjadi petunjuk bagi sekelian manusia,dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk,dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah.."

Surah:AL-Baqarah ayat:185

Sebuah kitab yang sarat dengan panduan dan rujukan yang terbaik,di dalamnya ada panduan dalam melayari bahtera kehidupan,di dalamnya ada panduan untuk bernegara,rumahtangga,berpolitik,berperang,perpaduan dan bermacam lagi bentuk seruan dan larangan yang semuannya itu menyeru kepada manusia agar mentaati segala perintahnya dan menjauhi segala bentuk larangannya.Siapakah yang menafikan semua ini,kecuali golongan yang tidak beriman dan mengakui kerasulan Nabi SAW.Ia merupakan mukjizat yang teragung yang di turunkan melalui perantaraan Jibril kepada Nabi SAW.

Jadi membaca adalah satu seruan yang sangat murni,lebih-lebih lagi membaca al-Quran di bulan Ramadan yang mulia ini,Di mana juga kita berada,Quran tetap menjadi panduan dalam kehidupan kita,menjadi bacaan rutin harian kita,membacanya tidak akan menimbulkan rasa jemu berlainan jika kita membaca bahan bacaan lain,mungkin kita akan bosan kalau asyik membaca buku yang sama,kita akan cari buku baru bagi memuaskan hati kita,tetapi tidak dengan Quran,membacanya kita akan tenang dan tenteram jiwa kita,itulah keagungan mukjizat Al-Quran,tiada tandingannya.

Usahakanlah Ramadan kali ini untuk kita membaca Al-quran,juga di samping itu membaca buku-buku yang bermanfaat untuk kita,terutamnya buku-buku agama yang sekarang berlambak di pasaran buku.Penerbit buku baru juga ramai yang dah bersaing bagi menawan hati setiap peminat buku,jangan jadikan Ramadan untuk bermalas-malasan membaca,membacalah walau sehelai muka surat,lebih-lebih lagi Al-Quran.Membaca terus walaupaun dalam keadaan berpuasa,pasti ilmu yang kita dapat mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Kesimpulannya,membacalah walau di mana anda berada,hari apa,bulan apa,di mana pun anda berada kerana membaca adalah tuntutan yang sangat terpuji,Ia termaktub di dalam kitab suci Al-Quran.

Friday, July 23, 2010

Kempen Membaca..Sahut Seruan Kerajaan.

Jom cari ilmu melalui buku..

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat bertemu lagi,aku kongsikan sekali lagi tulisan ini dalam blog ni,sebelum ni aku dah post tulisan ni di blog Nur Dania Balqis..kalau sudi bacalah..;

Dalam pertemuan hari ini ,ingin berkongsi pandangan dengan pengunjung laman blog ni berkenaan dengan kempen membaca oleh pihak kerajaan kita,Kalau kita perasan ada segmen iklan yang membawa mesej kempen membaca yang di tayangkan dalam TV kita semenjak ni,baguslah kalau macam tu,kempen membaca bagi menggalakan rakyat minat dan suka membaca.

Bagi mereka yang minat dan hobinya membaca sudah tentu gembira dengan galakan kerajaan ini,sudah tentunya kempen ini membangkitkan ransangan yang hebat kepada kita semua.Selepas ni kenalah ada bajet untuk membeli buku pula,rasa-rasanya tak rugi malah bertambah berbaloi-baloi,buku dapat ilmu pun dapat.

Bajet beli buku?.Ye bajet untuk beli buku,kita listkan bersama-sama dengan barang-barang keperluan yang lain,alah sebulan satu buku pun kira ok lah tu..yang penting beli dan baca,kalau tidak di mulakan dari sekarang bila lagi?.

Kalau tak yang kita mulakan membaca dulu,kita nak harapkan sapa pula?Suruh anak-anak membaca sedang kita sendiri pun liat nak membaca,salah siapa?..kempen membaca ni dari dulu pun ada,siap buat lagu lagi nak suruh orang membaca, tapi kesedaran masyarakat masih ada yang buat tak kisah dalam hal ni..lecelah,tak ada masa..macm-macam alasan yang boleh kita dengar bab ni.tapi dalam bab mengata,adu domba,mengumpat…emmm..no satu pula ye..

Membacalah…sahut hasrat kerajaan yang mulia,kerajaan nak lihat rakyatnya suka membaca,rakyat berilmu rakyat berjaya,pengetahuan bertambah fikiran cerah banyak idea yang dapat di utarakan untuk membangunkan Negara kita.Itu yang kerajaan mahu untuk rakyat.Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa besar,jangan lihat kelemahan kerajaan semata-mata,yang baik kita sokong dan dokongi bersama,rasa bersama dan berkerjasama dalam menjayakan kempen membaca ini,baru lah melahirkan masyarakat yang harmoni dan sangat cinta dengan buku dan membaca buku..amacam..setuju?

Demi menyahut kempen membaca ni,kita sebagai ibu bapa jangalah lokek pula,nak belikan buku untuk anak-anak,beri peluang pada anak-anak ruang untuk memilih bahan bacaan yang mereka minati mengikut tahap umur mereka,janji jangan bahan bacaan yang tidak elok kita berikan pada mereka.Banyak bahan bacaan di luar sana boleh kita beli untuk anak-anak kita.

Dan jangan lupa pula buku untuk diri sendiri mengikut kegemaran apa yang kita minati.Dalam masa yang sama pihak kerajaan hendaklah menyediakan perpustakaan di desa-desa atau pekan,ya..sekarang memang ada perpustakaan yang ada di sediakan tetapi biarlah ianya di upgredkan bagi menggalakan orang ramai untuk datang ke perpustakaan yang sedia ada,buku-buku atau bahan bacaan hendaklah sentiasa memenuhi citarasa minda rakyat masakini.Barulah kempen yang ada dapat direalisasikan.

Cita-cita dan komitmen kerajaan(Pemimpin) yang ingin melihat rakyatnya suka membaca haruslah kita hargai dan sahut,tetapi dalam masa yang sama para pimpinan dari segenap lapisan masyarakat hendaklah sama-sama mengamalkan budaya membaca ini kalau mahu melihat rakyatnya maju dan menjadi bangsa yang berjaya,jangan cakap tak serupa bikin,pemimpin juga kena tunjuk budaya membaca,barulah kempen menjadi.Secara peribadi aku sokong dan menyahut seruan kerajaan agar budaya membaca menjadi amalan hidup kita seharian,Bangsa Membaca Bangsa yang berjaya…mudah-mudahan kempen membaca ini berjaya di seluruh Malaysia yang kita cintai ini..Amin!!!.

JOM MEMBACA...!

Thursday, July 22, 2010

Baca dalam Tandas..?

Membacalah di mana pun..


MasyAllah..sudah lama rasanya aku tak update blog ni(seminggu dah tak update),naik bersawang,entah sahabat-sahabat dah naik bosan masuk blog ni,asyik-asyik entry yang lama,ermm..bukan malas nak update tapi talian ni sangat mengecewakan, maklum saja Broadband(ada satu entry tu kat blog lain bukan panggil Broadband tapi ‘BERUKBRAND’)mungkin dah marah sangat tu,apa boleh buat kan itu yang aku mampu guna setakat ni,aku tak nak sebutlah Broadband apa,tentu dah banyak yang maklum,apa syarikat tu..?

Apa pun aku masih patut bersyukur lagi,ada juga gunanya,walaupun talian sangat hebat(sebaliknya tu)kadang-kadang nak upload gambar pun makan masa,rasa-rasanyalah kalau aku pergi kedai balik lagi mungkin belum ok lagi..sabar ajelah..tentu ada yang Tanya,Mengapa tak nak tukar..mengapa tak nak potong..ha3..sebab aku masih tak nak tukarlah..ha3..padan muka..! Sabar aje lah..!

Banyak masa aku,nak baca buku,daripada terus layan talian yang hebat ini,beberapa buah buku yang aku beli masa Karnival Karangkraf awal tahun ni pun ada yang tak beres lagi,ni pun masih habiskan buku-buku yang di beli semasa pesta buku Selangor hari tu,kadang-kadang sambil online baca jugak buku ni,sambil tunggu line hebat ni..! di mana saja kita boleh baca buku,baca di mana-mana,macam slogan Komuniti Baca@LRT,baca di mana-mana,dalam kereta,dalam bas,komuter,Lrt,dalam restoran,warung…di mana-mana boleh..! Tandas..?..ada orang baca dalam tandas ke? Jawapannya ada,tapi bagi aku,aku tak setujulah,membaca ni bagi aku perbuatan yang sangat mulia,tak sanggup aku bawak buku bahkan akhbar sekalipun masuk dalam tandas,tempat kotor tempat setan bertapak,ish..! tak baguslah baca dalam tandas.

Bacalah di mana-mana sekalipun,asalkan bukan di tandas..! Membaca satu amalan yang mulia..!

Ingatlah Firman Allah SWT ini:

“Bacalah (Ya..Muhammad) dengan nama TuhanMU yang telah menciptakan,Telah menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah dan TuhanMU amat pemurah,yang mengajarkan(menulis) dengan pena,Yang mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahuinya…..”

Surah:((Al-Alaq 1-5)

Fikir-fikirkan..!

Sekian..Jumpa lagi..!

Sunday, July 11, 2010

Cerita Pesta Buku Selangor Lagi.!


Assalamualaikum..bertemu lagi,dalam pertemuan ini,aku masih nak bercerita lagi tentang pesta buku Selangor,walaupun sudah berlalu beberapa minggu,harap anda tidak bosan dengan entri ini,sebagai seorang yang minat membaca dan cinta pada budaya membaca ini,sudah pastinya program sebegini menjadi satu penantian dan kemestian untuk pergi ke sini,maklum sahaja,masa macam inilah kita nak dapatkan buku-buku dengan harga murah.Diskaun sehingga 25%-30% berbanding bila kita beli buku di gedung buku yang lain.Dalam pesta buku Selangor kali ini rata-rata diskaun 10%,15%,25%,juga terdapat buku-buku semurah rm2.00,majalah semurah rm1.00 dan rm0.50sen(Majalah dan buku-buku lama yang masih releven untuk di baca..).

Rasa seronok dan teruja melihat pelbagai tajuk buku yang mencabar minda ini,hari itu aku ada membeli beberapa buah buku untuk di bawa balik sebagai ole-ole.Alhamdulillah pilih punya pilih dapatlah beberapa tajuk buku untuk bahan minda aku masa lapang nanti,hari kedua aku cadang tak nak beli banyak sekali sekadar 2 atau 3 buah buku sahaja selebihnya bercadang beli pada hari yang lain,maklum 11 hari pesta buku ini berjalan.Satu perubahan besar dalam minda orang kita sekarang,apa yang aku lihat mereka sudah mula suka pada bahan-bahan bacaan yang bermutu untuk santapan minda mereka,jadi nak kata rakyat Malaysia tidak suka membaca sudah ternafi dengan bukti yang aku nampak di sepanjang pesta buku Selangor itu.

Beberapa buah buku yang aku beli di Pesta Buku Selangor (Hari Kedua)

1) Khalifah-khalifah yang benar-Abdul Latif Talib


2) Online dengan Tuhan-Zulkifli Khair


3) Hebatnya kuasa istikharah-Imam Musbikin


4) Merpati Menari di Padang Embun-ZanaZanzaly


Mereka datang ada yang berkeluarga,berteman,seorang,suami isteri,pelajar,pekerja kilang…pasti akan membawa balik beberapa buah buku untuk di jadikan bahan membaca untuk mereka,syabas kepada Anda yang minat membaca.!.Seronok melihat mereka membeli buku sampai berbakul…ha3..hebat mereka.Kepada Anda yang masih belum berminat membaca,usaha-usahakan diri Anda untuk minat membaca,satu masa nanti kita akan menyuruh anak-anak kita membaca,sedang kita sendiri tidak beramal dengan apa yang kita kata..ermm..anak-anak akan jawap..”Ayah pun tak baca..”Ha3..agak-agak apa yang kita nak jawap?.Jadi sama-samalah kita bentuk diri kita agar minat membaca,jika kita hendak melihat anak kita menjadi generasi yang suka membaca,dengan kata lain kita kena cakap serupa bikin.!

Oklah setakat ni perkongsian untuk kali ini,semoga beroleh manfaat..!

Tuesday, May 18, 2010

Bahagianya dengan buku..!



Anda Bahagia tengok buku?

Bahagia itu datang dari hati,rasa tenang ,tenteram,indah akan melahirkan satu perasaan yang bahagia dan membahagiakan,biasanya orang yang bahagia hatinya bersih,jiwanya bercahaya ada sinar ketenangan pada wajahnya.Tindakkannya mempersona,tenang dan tidak gopoh.Bahagia hatinya hanya dia yang menikmati tapi bagi orang yang melihatnya terlihat pada wajahnya yang menyenangkan.Aku dan anda bagaimana?Bahagia hendaknya ye..

Tapi yang aku nak bicarakan dalam pertemuan kali ni,aku nak berbicara bahagianya orang yang membaca buku,yang membeli buku,yang membicarakan buku,yang menulis buku..tak kisah lah sesiapa sahaja yang berminat dengan buku,melihat buku rasa seronok apatah lagi membacanya,sudah tentu bahagia terasa,oklah aku bagi contoh kenapa orang yang suka buku ni merasa bahagia dengan buku,satu hari di penghujung bulan januari tahun ini,di sebuah karnival buku yang di anjurkan oleh Syarikat Karangkraf sebuah syarikat penerbitan yang terbesar jugalah kat Negara kita ni,ramai yang aku lihat rata-rata teruja melihat buku-buku yang dijual dengan harga diskaun,malah aku tengok ada yang berbakul-bakul beli bermacam-macam buku,dah macam beli sayur,bagi aku yang beli itu orang yang minat dan hatinya bahagia bila melihat buku lalu membelinya,bukan satu atau dua buah tetapi berbakul-bakul,lihat bahagianya dia dengan buku..cintanya dia dengan buku..sudah barangkali dia rasa bahagia melihat buku-buku itu.

Bagi penulis buku pula,bahagianya bila buku yang ditulis dapat diterbitkan,seronok,hasil yang diusahakan berbulan dapat juga di terbitkan dan di jual pada orang ramai.bukankah itu bahagia bagi seorang penulis buku?.Kalau nak cakap pasal bahagia ni aku bukanlah orangnya..aku tulis ni sekadar yang ada dalam hati aku,perasaan aku,perasaan orang yang suka membaca,suka membeli buku,suka melihat-lihat buku,pegang-pegang buku dan yang peliknya ghairah dengan buku..(hu3) bagi aku itulah perasaan bahagia bagi orang yang suka buku seperti aku dan anda semua.!

JOM BAHAGIA DENGAN BUKU..!!!

Sekadar pandanganku sahaja,jika tidak benar apa-apa yang aku tuliskan..abaikan..apa aku kesah!

Masshah

8HB 05 2010-SABTU

JAM:1.30Ptg.

BILIK KERJA BILIK BUKU KU..

PELBAGAI BAHAN MINDA UNTUK ANDA

Friday, May 14, 2010

Baca Buku Boleh Melambatkan Nyanyuk..?


Bacalah buku..!

Dalam pertemuan kali ini,Aku nak bercakap pasal buku,Buku untuk di baca bukan untuk di simpan saja..beli buku mesti dibaca baru minda berkembang,ada ke orang beli buku tak di baca?...jawapannya…,ADA..bukan tak nak baca,tak sempat,kadang-kadang sibuk tu yang tak sempat nak baca walau dah beli..apa pun tahniahlah Anda masih mahu membeli walaupun membacanya agak lambat dek kerana masa yang terlalu sibuk,

Alhamdulillah,sekarang apa yang aku perhatikan,bila masuk ke kedai-kedai buku,ramai orang datang,ada yang sekadar meninjau-ninjau,ada yang membelek-belek pastu terus beli,ada yang sekadar tengok-tengok..bak kata macam-macam gelagat boleh kita tengok bila kita masuk kedai buku(termasuk gak aku..hu3)..apapun perkembangan ini sangat memberangsangkan,dah semakin ramai sukakan buku dan membaca buku.

Apa yang aku nak kongsikan kali ni adalah mengenai tabiat membaca ni boleh melambatkan Nyanyuk seperti apa yang aku baca dalam buku seorang Motivator yang amat terkenal dan di kenali di tanahair kita,Dalam buku yang bertajuk
‘Biar Betul-Betul’ tulisan Dr.HM Tuah Iskandar al-Haj,.Beliau telah memetik kata-kata dari pengerusi Intitut Terjemahan Negara,Dato’ Abd Aziz Abdul Rahman yang menyatakan,”Elak nyanyuk bacalah novel.”

Seterusnya beliau menyatakan dalam ceramah-ceramah yang beliau adakan sering beliau mengabungkan tiga perkataan lupa,latah dan nyanyuk serta mengaitkan ketiga-tiga perkataan itu dengan kemalasan tentang membaca,yang menyebabkan sel neuron dalam otak kita berada dalam situasi tidur,pengsan dan mati.Lagi beliau menyatakan,Jika semakin banyak sel tidur,pengsan dan mati ,besar kemungiknan menyebabkan penyakit lupa,latah dan nyanyuk terutamanya perempuan,untuk lelaki pula iaitu azheimer atau kelupaan yang teruk.

Menurut buku itu lagi,fakta ini di dapati dari kajian yang di keluarkan oleh Endowment of Arts di Amerika.Jadi bagaimana dengan anda semua? Nak baca buku tak, elak daripada nyanyuk?.Terpualng pada diri sendirilah ye..tepuk dada Tanya Iman.Oklah mudah-mudahan perkongsian ini ada manfaatnya.

Sekian.

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA..!

PELBAGAI BAHAN SANTAPAN MINDA UNTUK ANDA

Saturday, May 8, 2010

BACALAH…!

JOM BACA..!

Alhamdulillah,masih di panjangkan umur,dapat menghirup udara malam yang nyaman,suasana yang bening.kali ni tak tahu nak merapu apa pulak,selagi masih diizikan mengketik keybord ni,selagi nilah aku nak merapu lagi,itu pun kalau anda nak baca dan dengar pandangan aku ni,apa lagi kalau tak aku perkatakan tentang dunia buku dan pembacaan.Baca terus baca…dan membaca,apa yang penting kita bereskan dulu bacaan rutin kita,iaitu baca Quran,tak kira lah lepas solat lima waktu ke,sebelah petang ke,sebelah malam ke yang penting pembacaan yang ni kita jangan tinggal,kerana Quran itu sumber rujukan utama kita sebagai seorang yang mengaku muslim,tak begitu?.Jangan lupa baca tafsiran nya sekali,tak faham rujuk pada guru yang pakar.

Itu yang utama,barulah cerah pemikiran,jangan asyik baca Koran tapi Quran ditinggal.mudah-mudahan kita tak macam tulah(Ingatan bersama ni…lagi2 untuk yang tulis ni).Begitu juga dengan hadis-hadis nabi,kita telusuri,baca maknanya,huraiannya..tak faham kita bertanya pada yang pakar..barulah berbaloi.Selepas tu barulah baca bahan-bahan bacaan lain sebagai tambahan dan rujukkan kita.Ingat!..buku hanya sebagai bahan rujukkan,apa-apa yang kita tak faham kita kena berguru dan bertanya itu lebih utama,apapun pembacaan apa jua bahan bacaan jangan di hentikan.Membacalah selagi masih berdaya dan ada masa untuk kita…hai tengok TV pun ada masa takkan baca buku untuk sejam tak boleh..berFacebook pun bolehhh.!

Tak kiralah apa bahan bacaan yang anda minat,buku politik,biografi,Novel,motivasi,ekonomi,komik upin dan ipin;)..boleh gak..yang penting mendatangkan manfaat.Banyak di luar sana buku-buku atau majalah yang bermanfaat.Apa lagi cari…dan BACALAH…

Ok,setakat ni je untuk kali ni.moga bermanfaat…RENUNG-RENUNGKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL…(ikut slang prof.Izi..).

Sekian.
Masshah,21hb 03 2010,
Isnin mlm Selasa,
Jam:10.30mlm.

Friday, May 7, 2010

Orang Yang Membaca adalah Orang Yang Menghargai Masa

Nak baca buku pun nak menung dulu ke..?


“Buku,Buku,buku…buat habis duit sahaja”,teringat kata-kata kakak sekitar beberapa tahun yang lalu,ketika itu belum lagi berumahtangga lagi,bujang lagi…tapi apa aku kisah itu semua.Macamana nak buat, dah hobi suka membaca,tak dapat elak,mesti nak kena beli buku jugak,habis takkan nak baca buku yang sama sahaja kan,nak tak nak kena beli juga.Kata-kata kakak itu tidak melemahkan aku untuk tidak membaca dan terus membaca.Ia dah sebati dengan aku.Orang yang tak gemar membaca mana tahu nikmat membaca,baca sms tahu lah…ha2..jangan marah!.

Bagi aku orang yang tak nak membaca adalah orang yang rugi,rugi sebab tak dapat menikmati masa ,rasa,perasaan membaca,maksud membaca kat sini,membaca buku dan bahan berfaedah yang dapat mengembangkan minda kita,bukan baca signboard kat tepi jalan tu,kalau nak kata orang tak pernah membaca pun tak boleh juga kan,sikit-sikit mesti ada baca kan.tapi yang aku maksudkan ni membaca yang melahirkan rasa indah,seronok,ghairah untuk terus membaca,jadi seseorang yang membaca itu akan mendapat ,merasai satu perasaan yang tak dapat di gambarkan,selain dapat ilmu,pengajaran ,amal ilmu yang dapat dari membaca,seseorang itu akan menghargai masa yang terluang,sekiranya tiada lagi aktiviti lain yang penting,,jadi ia akan manfaatkan masa itu dengan membaca,orang itu tidak akan mempersia-siakan masa yang ada,jadi orang yang membaca itu sangat MENGHARGAI MASA yang terluang.

Bagaimana dengan Anda semua?.Suka membaca…Bagus teruskan pembacaan anda,selagi masa tidak mencemburui anda.

Masshah

Meru,4HB 04 2010,Ahad.

DEMI MASA