Followers

Showing posts with label Minda Buku. Show all posts
Showing posts with label Minda Buku. Show all posts

Friday, May 30, 2014

Minda Buku: Quran Teman Akrab

Buku(Kitab) penting, semoga menjadi teman akrab kita...


Dua hari lepas saya menulis tentang buku sebagai teman akrab, teman bila mana kita sedang bersendirian atau tidak membuat apa-apa pekerjaan. Seperti yang saya nukilkan  dalam tulisan yang lalu, agar kita berdamping mesra semesra-mesranya, tidak menyakitinya, tidak semberono dalam melayaninya. Ya, itulah sikap kita demi menghormati sebuah buku yang kita anggap sebagai teman akrab, itu memang fokus dalam penulisan saya tentang perkara itu.

Namun begitu, kita perlu ingat tentang satu perkara yang mana, ada sebuah buku, sangat-sangat penting, kita sebagai orang islam yang mukmin, mesti menghormati, melayani penuh mesra, tanpa syak dan ragu, sepenuh hati menyakini isikandungannya, dan pelbagai lagi yang perlu kita tahu tentangnya, yang demikian itulah buku yang dimaksudkan, sebuah kitab al-quran, kitab panduan setiap yang bernama mukmin yang beriman dan seluruh manusia.

Sebuah buku manual yang cukup agung, diturunkan untuk panduan seluruh manusia. Tak perlulah saya senaraikan hikmah-hikmah yang terkandung bila kita membacanya, saya yakin para sahabat semua sudah tahu satu persatu tentang perkara itu. Fokus penulisan ini, untuk memberikan galakan agar kita menjadikan kitab al-quran ini sebagai buku utama kita sebelum kita membaca buku-buku lain.

Sebuah kitab yang penuh dengan segala perkara, cerita, berita, peristiwa, perbandingan, perumpamaan, perkara ghaib, janji-janji Ilahi, dosa pahala, dan segala prihal ada di dalam kitab suci al-quran yang agung itu. Kitab yang utama, mesti kita dampingi dan mesrai setiap waktu, jika kita betul akrab dengan buku-buku kita, apatah lagi dengan kitab panduan ini, saban hari kita perlu membukanya, membacanya, mengkajinya, bergantung kepada diri masing-masing.

Boleh dibaca selepas solat, sebelum waktu solat, diwaktu malam, ditempat kerja(waktu free), bila-bila, dan di mana-mana( tempat yang suci dan bersih). Dunia teknologi yang canggih, tidak memerlukan kita membawa naskah al-quran kecuali untuk belajar, jika mahu membacanya, buka sahaja gadjet yang ada, iphone, ipad, tab, dan melalui telefon bimbit, bukankah mudah?, bukankah itu sudah cukup untuk kita menjadikannya teman akrab kita?. Senang bukan?.

Justeru itu, nukilan ringkas ini, mengingatkan diri sendiri juga mengharapkan agar kita sama-sama menjadikan kitab suci Al-quran ini sebagai sebuah buku penting dalam kehidupan sehari-harian kita. Terutamanya kita yang mengaku beriman kepada kebesaran-Nya.


Sekian.

Wednesday, May 28, 2014

Minda Buku: Buku Teman Akrab



Jadikan buku teman akrab, di mana jua berada...



Sudah lama rasanya tidak menulis perihal buku, hari ini cuba mahu tulis tentang buku. Buku sebagai teman akrab, jika hari ini, teman akrab kita seorang individu yang kita amat sayangi, kini apa kiranya kalau kita tambah satu lagi teman akrab kita dengan sebuah buku, ya sebuah buku. Ingat sebuah buku, bukan muka buku.  Buku sebagai teman akrab yang sering mendampingi kita, bila mana kita tidak bersama teman akrab yang lain. Tatkala bersendirian, tiada buat apa-apa kerja, kita boleh berdamping semesra-mesranya bersama buku. Boleh?.
                                              
Ini sekadar pandangan saya, sebagai seorang peminat buku, perasaan-perasaan begitu sering bermain-main di minda ini. Buku sebagai pendamping setia ketika keseorangan, melaluinya kita boleh belayar, menyelami, menghadami apa yang terkandung dalam sesebuah buku. Apa-apa sahaja buku yang kita minati, kita mendakapi penuh erat, manja, helai demi helai muka surat diakrabi, tentunya dalam suasana yang harmoni dan aman damai. Lagi-lagi suasana malam tatkala bersendirian, alangkah indahnya bersamanya.

Akrabnya kita dengan buku nanti, akan mewujudkan kecintaan terhadap buku, apa-apa sahaja jenis genere yang diminati. Ada buku genre keratif dan buku genere bukan keratif. Terpulang pada setiap individu yang mahu membaca dan mengakrabi. Pilih sahaja, selepas itu berdampinglah dengannya, setiap waktu,  itu pun jika setelah kerja-kerja selesai dilaksanakan, itu yang penting. Bagi saya begitulah, selesai semua kerja baharulah berdamping dengan buku seakrabnya.

Jangan mudah dilepaskan begitu sahaja, kecik hati buku itu nanti, belailah manja seperti mana kita belai anak-anak kita atau orang yang kita sayangi, sampai begitu sekali?, ya, sampai begitu, maksud saya, biarlah bila buku itu bersama kita, kita layan buku itu dengan sebaiknya, helaian demi helaian muka surat kita buka dengan tertib(bukan main keronyok sahaja), lemah lembut jangan sampai terkoyak, jangan lipat, gunalah penanda, jangan dibuat bantal pula, dan apa sahaja yang sewajarnya dilakukan, bukankah buku itu teman akrab kita?.

Tulisan ini sekadar luahan betapa indahnya berkawan dengan buku, untuk memberi suntikan semangat kepada diri sendiri dan pembaca, agar kita akan lebih bersemangat untuk menjadikan buku teman akrab kita yang setia.

Sekian.


Jom baca buku.

Minda Buku: Isi Beg Dengan Buku


Sunday, May 18, 2014

Monday, May 12, 2014

Minda Buku: Budaya Membaca Semakin Baik



"Sambutan terhadap Sofa Putih dan jumlah jualan tertinggi yang dicatatkan oleh buku umum yang lazimnya dianggap berat serta karya sastera seperti novel pada pesta buku ini menunjukkan budaya membaca yang semakin baik dalam kalangan rakyat Malaysia" 

 Encik Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif ITBM

Sumber: FB ITBM

Monday, April 28, 2014

Minda Buku: Jangan Jadi Mangkuk


Benarkah  kata-kata di atas?, Para sahabat boleh tafsirkan sendiri ya, saya kutip kata-kata ini dari FB IMAM MUDA HASAN;

Minta maaf, jangan ada yang berkecil hati dengan kata-kata ini.
Sekiranya mangkuk banyak dalam almari, tapi suasana ilmu tetap wujud dalam rumah, insyaAllah anak kita akan menjadi anak yang baik juga 

Friday, April 25, 2014

Minda Buku: Aduhai Bulan April Masih 6 Buah Buku

6 buah buku setakat hari ini, untuk bulan april 2014


Nampaknya, semua genre sastera...

Alhamdulillah, syukur tidak terhingga hanya pada Allah SWT, kerna dengan izin-NYA jua, diberi kesempatan dan kelapangan masa untuk membaca buku-buku yang masih menunggu giliran, 6 buah buku telah berjaya dibaca setakat hari ini untuk bulan april 2014, mudah-mudahan apa yang dibaca dapat dijadikan  motivasi diri daa juga panduan dalam penulisan keratif.

Kesemua, 6 buah tersebut dari genre sastera, khususnya penulisan keratif. Tiga buah buku hasil tulisan seorang ulamak tersohor di Indonesia, buku lama yang diperbaharui disainya dan diterbitkan oleh syarikat penerbitan Pustaka Syeikh Nuruddin (PSN). Buku-buku tersebut bertajuk;

1)Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
2)Tuan Direktor
3)Merantau ke Deli

Buku terbitan KEMUDI SELANGOR

1)Sayembara Cerpen

Buku terbitan ITBM-PENA

1)Cakap-Cakap Puisi
2)Di Sofa Kata

Semoga setiap saat waktu yang terluang, dapat saya manfaatkan untuk sesuatu yang berfaedah, khususnya untuk membaca buku. Semoga para sahabat yang berkunjung blog ini terangsang dan termotivasi untuk terus membaca.

Sampai jumpa lagi!.

Thursday, April 24, 2014

Minda Buku: Berapa Banyak Buku Sudah Baca Sepanjang 2014?





Saya sertakan tulisan dari Portal Sinar Harian untuk anda fikir-fikirkan;
Membaca itu suatu hiburan

SEGMEN hiburan di media cetak lazimnya memberi liputan terhadap dunia filem, muzik dan juga teater.


Golongan artis yang terlibat samada pelakon, penyanyi dan penggiat teater turut menjadi subjek yang memenuhi kolum-kolum di dada akhbar dan juga majalah.

Melewati tahun-tahun 2000, mereka yang menjadi pilihan untuk dimuatkan ke dalam segmen hiburan sudah diperluaskan untuk mencakupi ahli sukan, juruhebah, juruacara, pembaca berita, hos rancangan, chef, motivator dan tidak ketinggalan juga golongan ustaz.

Mereka ini sudah menjadi bahan hiburan kerana terlibat dalam dunia persembahan. Kerana itu, dunia hiburan  kini mempunyai tafsiran yang baharu apabila bidang yang serius seperti sukan, menyampaikan berita, memasak dan berforum atau berceramah telah diberi nafas baru yang bertenaga hingga menjadi bidang yang menghiburkan.

Sinar Harian turut memperluaskan skop hiburan seperti mana-mana penerbitan cetak yang lain.

Bagaimana pun, kami ingin maju selangkah lagi dengan memasukkan golongan penulis serta buku sebagai bahan hiburan.

Ini adalah kerana, perkembangan industri buku, penulisan  dan membaca pada hari ini mempunyai khalayak yang semakin bertambah.

Industri buku semakin rancak bila kian ramai mereka yang menjadikan membaca sebagai suatu bentuk rekreasi, melayakkan membaca sebagai salah satu bentuk hiburan.

Justeru itu, untuk menyemarakkan dunia buku dan pembacaan sempena Pestabuku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun ini, Sinar Harian melalui kolum hiburannya ZASS (Zon Artis Sensasi Santai) akan memulakan segmen GilaBuku satu halaman sehari di sepanjang tempoh pestabuku tahun ini.

Segmen GilaBuku akan terus menjadi sisipan 4 halaman tetap ZASS pada setiap Ahad mulai 4 Mei 2014.

Segmen GilaBuku akan memuatkan aktiviti industri buku, penerbitan buku, penulis, pengkritik, isu-isu dunia perbukuan, kelab peminat buku dan juga golongan yang menghidupkan dunia hiburan bentuk baru ini iaitu khalayak pembacanya.

Untuk anda yang meminati buku, dapatkan liputan awal GilaBuku, di akhbar Sinar Harian Jumaat ini.

Tuesday, April 22, 2014

Minda Buku Ucapan: SELAMAT HARI BUKU SEDUNIA

Minda Buku: Pesta Buku (PBAKL 2014) Pesta Kegilaan Datang Lagi


Pantasnya masa berlalu, tinggal beberapa hari lagi satu pesta besar-besaran, ditunggu-tunggu oleh mereka yang gilakan buku akan berlangsung di Kuala Lumpur. Pesta tahunan yang sering dilakukan ini bukan sembarangan pesta, bukan ‘pesta pora’ yang entah apa-apa entah, juga bukan pesta terkinja-kinja di atas pentas . Tetapi pesta ini merupakan pesta yang penuh dengan kenikmatan dan kecanduan terutamnya kepada para pencinta buku.

Ya, pesta buat para pembaca, penerbit, penulis, para ilmuan dan seluruhnya manusia-manusia yang cintakan ilmu. Hati-hati mereka bersorak riang dengan kedatangan pesta ini. Mereka tidak sabar untuk mencuci mata melihat-lihat nikmat keindahan buku-buku. Bukan sahaja melihat-lihat tetapi sudah pasti mereka akan menyentuh, mendakapi seta mencumbui buku-buku tersebut. Saya tertarik dalam para sebuah sajak seorang penyair; Bangsa yang tidak sukakan buku merupakan bangsa yang penakut. Anda fikir-fikirkanlah sendiri, sama ada pernyataan ini benar atau salah.

Pesta buku setiap tahun ini akan membawakan penerbit-penerbit buku yang ada di tanah air, siapa yang tidak kenal penerbit-penerbit seperti Kumpulan Karangkraf, PTS, Mustread, Galeri Ilmu, Kemilau Publika, Jasmeen, dan banyak lagi. Mereka sentiasa produktif melahirkan karya-karya yang terbaik. Ramai yang sudah kenal penerbit-penerbit tersebut. Karya-karya yang diterbitkan hasil dari penulisan penulis yang cukup dikenali. Sebahagian khalayak sudah kenal dan banyak membaca karya-karya terbitan mereka.

Melihat pada iklan-iklan yang mereka war-warkan, sungguh mengujakan hati ini, sudah tentunya buku-buku terbitan terbaharu akan menjadi seperti goreng panas, ini dilihat bila setiap penerbit telah mengeluarkan  buku-buku hasil penulisan karya-karya penulis masing-masing. Lihatlah Galeri Ilmu, sudah mengiklankan terbitan terbaharu mereka, juga Kumpulan Karangkraf, PTS, dan lain-lainnya. Mereka masing-masing sudah bersedia untuk diserbu oleh peminat dan pencinta buku yang bakal datang dari pelusuk tanah air.

Potongan harga atau diskaun juga sudah diwar-warkan, ada yang menawarakan pakej A atau pakej B, semua itu terserah kepada pembeli buku tersebut nanti. Begitulah bersemaraknya setiap penerbit menawarkan tawaran yang tentunya sangat berbaloi buat para pembaca. Lagi menariknya, ada tawaran melancong ke luar negara dengan membeli buku-buku hasil terbitan mereka, contohnya penerbit buku ITBM, dengan pembelian yang sangat berbaloi pembeli boleh melancong hadiah ke Paris. Hebat sungguh hebat sekali!. Bagaimana para sahabat semua, sudah bersedia untuk ke pesta buku kali ini?.

Pesta buku yang berlangsung selama sepuluh hari(24April-4Mei 2014) akan memberikan kepuasan yang maksima buat para pengunjung, di samping diskaun, tawaran hadiah dan pelbagai lagi. Pesta buku kali ini juga menawarkan pakej Ilmu, banyak program bedah buku bersama penulis, perkongsian ilmu dan macam-macam lagi disediakan oleh setiap penerbit. Bukan dapat buku sahaja, tetapi ilmu pun dapat. Itu terpulang kepada masing-masing, bijak-bijaklah menyusun masa, takut-takut ada yang histeria melihat tawaran yang pelbagai dalam pesta buku itu nanti.


JOM SERBU PESTA BUKU!.

Sunday, April 20, 2014

Minda Buku Mutiara Kata: Sediakan Sudut Bacaan





Semoga terangsang dan termotivasi untuk terus membaca, membacalah selagi berdaya, namun pastikan kerja-kerja yang penting diselesaikan dahulu, selepas itu mahu membaca, membacalah sehingga tabiat membaca itu benar-benar meresap ke dalam diri kita.

JOM BACA BUKU...JOM MEMBACA!

Minda Buku: Lagi Belian Bulan April 2014

Alhamdulillah, masih diizinkan Allah SWT untuk menguliti dan menghadami buku-buku yang dibeli, baca, baca dan terus membaca, agar diri yang serba kekurangan ini dapat mendapat manfaat melalui pembacaan melalui buku-buku yang dibeli. Secara pribadi saya menganggap membaca merupakan seruan agung dari Yang Maha Agung.

Bulan ini, sekali lagi saya dapat membeli lima buah buku lagi melalui 'online', hasil dari sembang di muka buku bersama rakan muka buku yang juga merupakan anak kepada sasterawan negara A.Samad Said, saya bertanyakan tentang bubu-buku yang dijual oleh beliau. 

Ke lima-lima buku yang dibeli bergenre sastera, berupakan novel dan juga puisi-puisi hasil tulisan A.Samad Said. Tempahan terus diberi padanya. Saya meminta beliau menyertai setiap buku yang saya beli dengan tandatangan Pak Samad. 

Biarpun terlewat beberapa hari, dek' kerana permintaan tandatangan yang saya pinta, tapi apa pun kesemua buku telah selamat sampai ke alamat rumah yang diberi padanya. Dua buah naskah gratis sebagai hadiah untuk saya kata Helmy Samad, buku lama tapi masih releven dibaca. Insyallah, buku-buku tersebut akan saya hadami dan uliti selepas buku-buku yang lain habis dibaca.

Bagaimana dengan sahabat semua, tentu makin bersemarak mahu membaca bukan, tahniahlah kerana semangat membaca tidak luntur-luntur dalam diri para sahabat semua.Jom membaca, di mana jua kita berada, buangkan rasa malas. Membaca terus membaca...!















Dua buah buku gratis sebagai hadiah




JOM BACA BUKU!

Minda Buku Hebahan: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014



JOM SERBU RAMAI-RAMAI...!

Wednesday, April 9, 2014

Minda Buku: Belian Bulan April 2014






Buku-buku lama dan terpakai, semurah RM1, dibeli dijualan sempena Karnival Sekolah Kebangsaan Abdul Samat, Pekan Kapar. Pada 6hb 04 2014, Ahad.

1) Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Quran- Muhammad Al-Ghazali

2) Nasihat Agama Dan Nasihat Iman- Imam Habib Abdullah Haddad

3) 40 Kesilapan Mendidik Anak- Dr. Hassan Hj.Mohd Ali

4) Cheklist Keluarga Bahagia- Dr. Hassan Hj. Mohd Ali

5) Di Ambang Keruntuhan Amerika- Mohammad Shoelhi

6) Syembara X (Cerpen)-DBP

7) Bumi Merdeka- Talib Samat.

Semoga terangsang dan termotivasi.

JOM BACA BUKU.









Lagi, Belian Bulan April

Semalam 8hb 04 2014,selasa, selepas balik dari Hospital Putrajaya, singgah di Giant Klang Sentral.

Dua buah buku dibeli;

1) Ahmad Ammar, satu kematian yang hidup- Casamas

2) Ikon Syabab- Telaga Biru

Semoga terangsang dan termotivasi.

JOM BACA BUKU.

DEMI MASA