Followers

Showing posts with label Rasa Hatiku2. Show all posts
Showing posts with label Rasa Hatiku2. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Culas Dan Malas


Saya pun tidak tahu sejak bila saya mula,berhenti menulis dalam blog ini,hanya sesekali jika ada kelapangan saya sempat update itu pun hanya tukar gambar di bahagian sidebar.Culas dan malas menulis itulah jawapan yang pasti.Banyak sebenarnya yang mahu dikongsi dan diluah tapi semuanya tergendala dek’ kerana culas dan malas.ya..malas,siapa pun ada sifat ini.Hari ini cuba gagahi untuk cuba menulis sesuatu untuk dikongsi dalam blog.Culas dan malas membaca juga ke?.

Oh..tidak sama sekali,setakat ni Alhamdulillah,membaca mesti dan suatu ketetapan jika ada kelapangan masa.Paling malas pun seminggu sebuah buku sahaja.Makin hari makin bertambah jumlah buku,rak yang lain sudah penuh dengan buku-buku dan majalah.Mahu tak mahu letak sahaja mana-mana ruang yang kosong yang boleh memuatkan buku-buku yang makin bertambah itu.


Membaca tetap membaca,menulis sahaja yang culas dan malas.Banyak idea-idea yang datang tapi pergi begitu sahaja.Adakalanya jika sempat tulis,tulis di kertas kosong,namun tidak sempat mahu di tulis menjadi bahan cerita,terbiar begitu sahaja.Idea menulis yang masih dalam kertas kosong banyak lagi yang tidak tertulis entah bila mahu ditulisnya.


Bagaimana dengan sahabat blogger semua?.Harap tidak malas dan culas macam saya,menulis dalam blog ada pasang surutnya,ada masa rajin,terus menulis.Ada masa malasnya,terus terabai blog kosong dari pengisian.Macam itu juga dengan iman kita sekejap naik sekejap turun.Bila pengisian  dalam diri banyak,maka tinggilah tahap motivasi kita,bila rendah,maka kuranglah ia secara mendadak.

Namun kekurangan dan penurunan iman itulah yang kita pastikan lebih fokus,blog kosong tiada pengisian,bila-bila boleh update tapi bila iman asyik merudum,inilah yang sangat perlu kita isi dan sirami dengan mutiara-mutiara indah bagi membangkitkan motivasi agar keimanan kita tetap teguh,utuh dan mantap,berdoa supaya Allah menetapkan keimanan kita.Maklum iman itu bisa berbolak balik seperti yang saya cakapkan tadi,sekejap naik sekejap turun.


Apa pun yang berlaku semua itu tidak akan terus-menerus kita akan rasa malas dan culas,begitu juga dengan saya.Insyallah saya akan lawan perasaan itu.Semangat dan motivasi tinggi akan menyemarakan lagi keharmonian dan ketenangan diri.Maka semakin kita kuat dan semangat semakin banyak idea-idea yang kita dapat kongsikan.Membaca di teruskan,perkongsian diblog juga terus di perhebatkan.

Insyallah.

Jom Membaca...!

Friday, September 3, 2010

Ramadan Bakal Pergi?

Akan bertemu lagikah aku dengannya..


Alhamdulillah masih diizinkan lagi untuk kita bersua di dunia siber hari ini.Ramadan tinggal beberapa hari lagi bakal meninggal kan kita,hari kemenangan bakal tiba buat mereka yang Berjaya dalam puasanya,bagimana agaknya dengan kita semua?.Tergolongkah kita dalam senarai ‘orang-orang yang bertaqwa..’?,mudah-mudahan Allah menerima segala amalan kita dan puasa kita.

Ramadan mahu tidak mahu akan meninggalkan kita,syukur kita di pertemukan dengannya tahun ini,tahun hadapan?,kita belum tahu nasib kita,akankah bertemunya lagi?,hanya Allah yang tahu.Dalam kesempatan yang ada ini,teruslah kita sama-sama memanfaatkan dengan sebaik-baiknya.Makin kepenghujung semakin kuat dugaan dan cabarannya.Kita mengharapkan terus di beri kekuatan untuk memanfaaatkan detik-detik akhir Ramadan ini,10 malam akhir Ramadan untuk mencari malam yang terbaik dari seribu bulan iaitu Lailatulqadar,siangnya jika diizinkan Allah kita beriktikaf di masjid terus istiqamah dalam beribadah padanya.

Begitulah indahnya Ramadan yang bakal meninggalkan kita,kenangan hari pertama hinggalah saat akhirnya Ramadan masih jelas terbayang,saat indah kita bertemunya sangat kita nantikan ketika itu,untuk sama-sama merebut ganjarannya sepanjang berada dibawah taklukan bulan yang mulia ini.Semangat beribadah di dalamnya,kita bawa di luar Ramadan,kalau kita rajin ke surau atau ke masjid dalam Ramadan,kita teruskan di bulan-bulan yang lain,begitu juga yang lain-lainya.Ramadan telah memberikan dorongan yang kuat untuk kita sama-sama beramal di dalamnya.

Ramadan adalah pusat motivasi terbaik buat kita,justeru itu jangan persiakan Ramadan yang akan meninggalkan kita.Ramadan pasti pergi..apakah kita akan bertemu lagi pada Ramadan akan datang..?

Sekian..Jumpa lagi..!

Wednesday, August 18, 2010

Setahun Sudah Engkau Pergi

Engkaulah kejora sinar zaman...


Hiba berbelaikan sepi…jiwa meratapi duka
Desir berita hadir…kala berserinya pagi
Sukar dipercaya ia…bagai berilusi mimpi
Namun bukan mainan dusta…benarlah bagai dikata
Tuhan yang Maha Tahu
Apa ketentuan takdir
Kita hanyalah hamba
Berserah kepada Dia
Engkaulah kejora sinar zaman… menginsafkan rohani
Merdu mengalun rima… bermadah dari hati
Menyemaikan cinta Maha Esa…meniup kesyahduannya
Menyerap dijiwa…tenggelam di alam rasa
Sukar di cari ganti
Mekar kasihmu ria
Segar menghibur hati
Tak mungkin dilupakan
Senandung zikir ku titipkan..hadiah perpisahan
Buat dirimu kasih…yang pergi selamanya
Wahai Tuhan Dikau maafkanlah…hulurkanlah keampunan Mu
Rahmatilah rohnya…sentosa di alam sana
Pulanglah…bersama…ketenangan…menuju Allah
Damailah…bahagialah…bersama kasihnya
Kumpulan:Rabbani

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."

Kata-kata yang terdapat dalam beliau.


Tiba-tiba rasa hatiku ini sayu dan pilu,bila mengenangkan segala jasa dan baktinya pada agama,bangsa dan Negara,bak kata pepatah harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama,nama yang baik pasti di kenang kerana ada nostalgianya tersendiri,mungkin bukan aku saja yang merasa kehilanganya,jutaan umat yang meminatinya,yang memberi sokongan dan dorongan selama ini sudah pastinya masih terkenang-kenangkan dengan germersik alunan zikir jua alunan lengok nasyid yang dinyanyikannya,pastinya ada yang mengalirkan airmata cinta penuh syahdu,namun kepergiannya sudah di tulis dan ternokktah di lohmahfuz.

senyuman sentiasa di bibir...

Insan yang tidak asing lagi dalam dunia nasyid tanahair yang aku maksudkan adalah Almarhum Ustaz Asri Ibrahim(yang juga merupakan kekanda iparku..)vokalis utama kumpulan Rabbani.Tanggal 13 hb 08 2010,adalah hari kepualangan Almarhum menemui ilahi,sudah setahun kepergiannya kealam baqa yang kekal abadi,rasanya baru semalam kepergiannya..mengimbau kembali detik waktu diberitahu oleh isteri tentang kematian beliau,rasa luluh hati ini,hingga tidak berdaya berkata-kata dengan untain air mata terus terjurai,nafas jadi sesak bagai ada halilintar yang menyentak kalbuku..betul ke..ia ye ke..tanyaku pada isteri yang memberitahu ku,bagai tidak percaya..bukan aku..tapi semua orang,terutamnya emak mertua yang saat itu di tenangkan oleh adik ipar pun bagai tidak percaya..kerana baru semalam orang yang tersayang beradu dalam dakapan sang ibu..begitulah hakikat kehidupan,pasti ada akhirnya..kita semua terima hakikat kerana itu hak Allah.

Secebis kenangan telah terlakar dalam dairi kehidupan ku,walaupun sekejap namun ianya memberikan pengajaran yang banyak buat diri yang lalai dan leka,buat ingatan diriku sebagai seorang anak,mengapa aku berkata begini?kerana contoh yang aku lihat pada peribadi Almarhum cukup indah dan memikat sekali,tatkala melihat dirinya menyantuni emak,aku merasakah itulah anak yang soleh,dari realitinya menghormati orang tua,adik beradik amat mengesankan aku,mengapa tidak?..Aku dapat merasakan ketulusan hati budi sang anak pada ayah dan ibunya,memang benar Almarhum seorang anak yang taat pada ayah dan ibunya,kemana saja dia pergi membuat persembahan dia pasti akan memberithu dan menelefon emaknya,tidak kiralah lambat atau cepat pasti akan menghubungi emak,sesungguhnya emak menjadi tautan kasih bagi diri beliau.

Almarhum bersama emak tersayang..

Senyuman dibibir terukir indah bukan dipaksa tapi dari hati,setiap tutur kata penuh sopan dan hikmah,mungkin itulah didikan ayah ibu juga guru yang sangat berjasa,beliau murah dengan senyuman,itu diakui oleh rakan-rakan nasyidnya yang lain,bagi mereka beliau bagaikan ayah,guru buat mereka terutamnaya rakan seperjuangan dalam kumpulan Rabbani.Memang susah hendak melihat beliau marah,kecil hati,apa tidaknya anak-anak buah yang suka menyakat dan bergurau adakalanya boleh dilihat boleh mengecilkan hatinya,tapi beliau masih tidak mengambil reaksi yang negatif,malah makin lebar senyumannya…ahhhh masih terbayang.Benar-benar tulus senyumannya..

Sebahagian daripada keluarga Almarhum

Beliau adalah anugerah Allah buat kita semua,namun beliau telah pergi dahulu dari kita,segala kebaikannya,jasanya beliau tinggalkan buat kita semua.Insan yang sangat dikagumi oleh semua manusia.Semoga Allah menempatkan di kalangan hamba-hambanya yang bertaqwa.Al-Fatihah..!

(Serba sedikit tentang Almarhum Ustaz Asri Ibrahim aku kongsikan untuk anda,segala pujian padanya aku kembalikan kepada yang berhak iaitu Allah SWT,ia sekadar pandangan ku terhadap sikap,akhlak yang ada pada diri Almarhum,mungkin boleh di jadikan contoh buat kita)

Saturday, August 7, 2010

'Entah Apa-Apa Aku ini'


Rindu Ramadan.......


Assalamualaikum dan selamat bertemu lagi,dah berapa hari tak update ni..tak lama lagi dah nak puasa,entah dapat bertemu atau tidak dengan Ramadan kali ini,tinggal beberapa hari lagi menjelang bulan yang Agung..mudah-mudahan Allah masih mengizinkan aku untuk bertemu lagi Ramadan tahun ini.Pada pertemuan kali ini aku nak kongsikan rasa hatiku tentang kedatangan Ramadan ini,'Entah apa-apa aku ini'...tiba-tiba aku tulis monolog ini..nak kata monolog ke apa..bicara hati pun boleh..muhasabah diri tentang Ramadan pun boleh juga..kalau sudi nak baca silakan...;)..

Monolog Rindu Ramadan


Dengan Rahmat dan Kasih SayangNya,telah mengizinkan aku untuk menukilkan beberapa patah perkataan tentang kedatangan bulan yang Agung dan mulia ini,iaitu bulan Ramadan.Setahun sekali dia datang kepada kita,untuk menguji kita sejauhmanakah kita benar-benar menghayati dan menelusuri arusnya yang penuh dengan hikmah dan barokah.Saban tahun juga kita diberitahu tentang kehebatan dan keagungan yang terkandung didalamnya.

Tapi tahun demi tahun,bulan demi bulan,hari demi hari..apakah kita menyedari setiap tahun detik dia datang,umur kita makin berkurang ,datangnya kita masih tidak mampu menelusuri arusnya,kita masih sama seperti tahun-tahun yang terdahulu.Kita masih lalai dan leka kedatangannya pada tahun ini makin dekat,kita masih berangan-angan,kita masih termangu-mangu,apakah kita masih tidak bersedia untuk menyambut kedatangannya?...Beginikah caranya kita menyambut bulan yang agung?

Marilah kita pujuk hati kita,agar ghairah akan kedatangannya sebagaimana Nabi saw dan para sahabatnya menunggu dan menyambut kedatangannya,bukankah kedatangannya menjanjikan bermacam keindahan yang bakal di terima bagi mereka yang mengagungkannya.

Kehadirannya memberikan beribu ketenangan dan keharmonian buat kita.apakah kita masih tidak mahu menyambutnya? Duhai hati,lembutlah untuk menerima kehadirannya,terimalah kehadirannya dengan penuh kegembiraan,hargailah kedatangannya sepenuh hatimu..duhai hati…bangunlah dan sedarlah akan detik hampirnya dia kesisi kita.

Dia kian menghampiri kita,menjanjikan segalanya..mahu tidak mahu saja kita menerimanya,orang yang beriman sudah pasti gembira tapi mereka yang tidak beriman mereka derita,hatinya layu untuk menerima kehadirannya.Kehadiranya menghilangkan nikmat yang saban hari mereka punyainya,kehadirannya seolah-olah menyekat segala kemahuan nafsunya,bahkan bagi mereka seolah-olah hilang kemerdekaannya,padahal dia datang membawa kemerdekaan,tapi mereka tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu dan peduli!.

Dia persis kekasih yang dirindu,tidur tak lena mandi tak basah,menatapinya hati makin kasih,hati makin saying,terasa olehnya deritanya menanggung rindu sang kekasih..ingin menapatinya saban hari dan waktu,tapi apakan daya,dia hadir sekali saja,itu pun setahun sekali..menunggunya bagai bulan jatuh ke riba,begitulah tamsilan mereka yang beriman menunggu dirinya.Bagaimana dengan kita?

Apakah sepertinya?..merindunya? menunggu-nunggunya dengan penuh keimanan?Rindunya kita seperti rindunya Nabi saw dan para sahabatnya?...Sama-sama kita muhasabah,agar rindu kita pada kedatangannya meresap kedalam jiwa,dengan penuh keikhlasan dan tawadhuk pada Allah swt.

Jadilah kita orang-orang yang beriman yang merindukannya setiap waktu.Orang-orang yang beriman merinduinya kerana dia membawa taqwa,kerana taqwa adalah segala-galanya buat mereka….Dan mereka adalah para perindu yang merindui dia…

Mereka adalah perindu yang setia…rindu..rindu…rindu….RINDU RAMADAN..!

Nukilan: Masshah
12:11tengah hari
3HB 08 2010,SELASA
TERATAK USANG MERU.

DEMI MASA