Akan bertemu lagikah aku dengannya..
Alhamdulillah masih diizinkan lagi untuk kita bersua di dunia siber hari ini.Ramadan tinggal beberapa hari lagi bakal meninggal kan kita,hari kemenangan bakal tiba buat mereka yang Berjaya dalam puasanya,bagimana agaknya dengan kita semua?.Tergolongkah kita dalam senarai ‘orang-orang yang bertaqwa..’?,mudah-mudahan Allah menerima segala amalan kita dan puasa kita.
Ramadan mahu tidak mahu akan meninggalkan kita,syukur kita di pertemukan dengannya tahun ini,tahun hadapan?,kita belum tahu nasib kita,akankah bertemunya lagi?,hanya Allah yang tahu.Dalam kesempatan yang ada ini,teruslah kita sama-sama memanfaatkan dengan sebaik-baiknya.Makin kepenghujung semakin kuat dugaan dan cabarannya.Kita mengharapkan terus di beri kekuatan untuk memanfaaatkan detik-detik akhir Ramadan ini,10 malam akhir Ramadan untuk mencari malam yang terbaik dari seribu bulan iaitu Lailatulqadar,siangnya jika diizinkan Allah kita beriktikaf di masjid terus istiqamah dalam beribadah padanya.
Begitulah indahnya Ramadan yang bakal meninggalkan kita,kenangan hari pertama hinggalah saat akhirnya Ramadan masih jelas terbayang,saat indah kita bertemunya sangat kita nantikan ketika itu,untuk sama-sama merebut ganjarannya sepanjang berada dibawah taklukan bulan yang mulia ini.Semangat beribadah di dalamnya,kita bawa di luar Ramadan,kalau kita rajin ke surau atau ke masjid dalam Ramadan,kita teruskan di bulan-bulan yang lain,begitu juga yang lain-lainya.Ramadan telah memberikan dorongan yang kuat untuk kita sama-sama beramal di dalamnya.
Ramadan adalah pusat motivasi terbaik buat kita,justeru itu jangan persiakan Ramadan yang akan meninggalkan kita.Ramadan pasti pergi..apakah kita akan bertemu lagi pada Ramadan akan datang..?
Sekian..Jumpa lagi..!
slmt hr rya.. maaf zahir batin
ReplyDeleteTrima kasih kak,semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan di terima Allah,dan hari raya yang bakal kita raikan juga di terima Allah,moga kita tergolong dikalangan 'orang-orang yang bertaqwa'
ReplyDeleteSelamat Hari Raya juga..!;)
maaf lahir dan batin.