Followers

Monday, May 31, 2010

Berita Gembira:HARI ILMU DAN GERAKAN MEMBACA PERDANA

Jom Meriahkan..!

Lagi berita gembira buat semua peminat-peminat buku dan Anda semua di luar sana.Jangan lupa sama-sama kita meriahkan;

Tempat : Taman Tasik PKNS, Shah Alam
Tarikh : 26 Jun 2010 ( Sabtu )
Jam : 8.00 pagi – 2.00 petang


1.0 PENDAHULUAN
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor julung kalinya akan menganjurkan satu program yang dinamakan
‘Hari Ilmu & Gerakan \Membaca Perdana Negeri Selangor’ sebagai satu aktiviti membaca beramai-ramai oleh orang awam dan seterusnya dicatatkan didalam The Malaysia Book Of Records.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meneruskan usaha-usaha
merangsang dan mempromosikan budaya membaca;
2.2
Outreach program perpustakaan secara besar-besaran dengan Membaca Bersama Masyarakat
2.3
Membudayakan pembacaan dikalangan rakyat sambil bersantai membaca dimana-mana
2.4 Menderma dan menyumbang bahan bacaan untuk jalinan Persahabatan
2.5 Menggalakkan pihak swasta/korporat melaksanakan program CSR bersama perpustakaan.
2.6 Mempertingkatkan kualiti hidup melalui pembacaan bersama keluarga.

3.0 SASARAN PESERTA
Progam ini mensasarkan seramai 10,000 penyertaan dengan kategori penyertaan adalah seperti berikut:

3.1 Peserta Berdaftar (5,000 orang)
Seramai 5,000 peserta berdaftar yang terdiri dari penyertaan semua jabatan Kerajaan/agensi kerajaan negeri /Pejabat Daerah/ Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun/anak syarikat Kerajaan Negeri/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen/Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS/Kolej Swasta)/ Sekolah-sekolah, Tadika dan Taska, Persatuan-Persatuan NGO/JKKK/Persatuan Penduduk/ Persatuan Belia, Penulis, Penerbit buku, Ilmuan dan badan-badan korporat. (disaran menghantar wakil secara berkumpulan)

3.2 Pengunjung Awam (5,000 orang)
Pihak penganjur juga mensasarkan 5,000 orang awam akan hadir bersama keluarga untuk bersama-sama membaca di sekeliling tasik.

4.0 KONSEP
Keunikan penganjuran Gerakan Membaca Perdana ini adalah melalui beberapa konsep dan pendekatan seperti berikut:

4.1 Bacaan Kegemaran Saya @ My Favourite Book
Setiap peserta berdaftar akan membawa 1 bahan bacaan seperti buku/majalah/jernal/akhbar/ dan lain-lain untuk membaca dilokasi.
Peserta bersantai sambil membaca buku kegemaran masing-masing secara serentak.
ADUN dan Ahli Parlimen akan turut membaca bersama rakyat .
Pengunjung awam, (walk in) dan keluarga boleh memilih untuk duduk dimana-mana lokasi bersesuaian dengan membawa bahan bacaan /tikar/payung/topi/bekalan makanan sendiri sambil membaca.

4.2 Sumbangan Buku /Pertukaran Buku (Book Donation/ Book Crossing)
Disediakan juga kotak-kotak berhampiran pokok-pokok bagi individu membuat sumbangan bahan bacaan seperti buku dan majalah.
Bahan-bahan ini boleh di ambil dan ditukar oleh mana-mana individu yang berminat semasa program dijalankan.
PPAS akan membuat kutipan di akhir program untuk simpanan /rujukan pelanggan perpustakaan.
EXCO/ADUN/Ahli Parlimen /pegawai-pegawai kerajaan/badan korporat yang berminat untuk memberi sumbangan bahan bacaan boleh menyumbang lebih awal bermula pada 1 Jun 2010.

5.0 PENGIKTIRAFAN
Pihak penganjur akan menjadikan program ini sebagai salah satu Program Kemasyarakatan Terbesar Negeri Selangor dengan pengiktiran seperti berikut:
Pengiktirafan oleh :
The Malaysia Book of Records
Tajuk Acara :
Largest outdoor Reading Event in Malaysia
Penyertaan : Peserta berdaftar akan menerima
Sijil Penyertaan berbentuk penanda buku.


6.0 FAEDAH PROGRAM
6.1 Menjadi platform kepada aktiviti penjenamaan semula perpustakaan diseluruh negeri Selangor
6.2 Menyumbang kepada peningkatan keahlian dan pengunjung perpustakaan
6.3 Mendidik individu, bahawa membaca boleh dilakukan dimana-mana sahaja
6.4 Menjadi salah satu daya tarikan kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa melalui tour and read.


*Perhatian
Borang Penyertaan akan dikeluarkan pada pertengahan Mei 2010 oleh Urus Setia :
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
Pegawai untuk dihubungi Suzliana/Fazli/Khairul/Sarwani
Ditalian 55197667 ext 128/106/204

Sumber: Tourism Selangor

Friday, May 28, 2010

Sajak: Cinta Di Musim Reformasi

Buku catatan luahan perasaan politik 2000

Mukaddimah...

Luahan hati...Cinta di musim reformasi

Dalam aku tengah mencari-cari sesuatu di bilik buku,aku ternampaklah sebuah buku luahan hati sekitar tahun 2000,satu buku penuh,rasa luahan hatiku terhadap keadaan politik tanahair pada masa itu.Apa-apa isu yang berlaku di tanahair waktu itu,aku luahkan dalam buku ini,aku belek-belek buku ini,mana tahu ada luahan hati yang dapat aku kongsikan pada pengunjung blog ini.

Ada sebuah sajak@puisi luahan hatiku tentang cinta...ha3..cinta..?Waktu tu tak ada masa lagi nak bercinta..tak ada lagi awek,teman wanita dan sebagainya...Keadaan politik yang menghuru-harakan membuatkan aku malas nak berkawan dengan sesiapa yang bernama hawa..ketika itulah.Aku gambarkan perasaan aku tika itu dalam sajak@puisi di bawah ini.Maklum situasi politik yang menjelekkan bagi aku waktu itu...hari ni pun agak lebih kurang je,cuma malas je aku nak luahkan...cuma doa yang mampu aku luahkan setiap kali solat.

Kalau rasa anda mahu berkongsi rasa dengan aku,bacalah sajak@puisi ini...

Cinta Di Musim Reformasi

Ah…Cinta..?!

di waktu-waktu begini

di saat-saat hati

Sedanga sakit,merana,meradang

Melihat kezaliman,penindasan,ketidakadilan

Hati terasa jauh

Dari cinta

Apa perlu cinta disaat

Hati diamuk rasa benci

Meluat,dendam dengan kepalsuan dan kebatilan

Cinta…?! Apa perlunya cinta

Di kala hati tergores

Melihat kedunguan dan ketolollan

Pemimpin yang mahazalim

Apa perlu cinta di saat musim reformasi membara

Penuh cabaran…

Cinta di musim reformasi

Penuh kehuru-haraan pemikiran

Penipuan,pencabulan,sekatan

Pembohongan,pemfitanahan…..cinta?!..

Biar….biarlah cinta ini

Tersimpan buat sementara

Tunggulah saat fajar baru menyinsing

Di saat reformasi

Terserlah keindahannya…

Manshah

2000

12/8/00

Wednesday, May 26, 2010

Berita Gembira:Jom Ke Read Malaysia ‘10

Jom ramai-ramai serbu..!

Pak Nil (Aznil Hj.Nawawi) sebagai duta READ MALAYSIA '10

Aku ada berita gembira nak beritahu dengan anda semua,mesti dah ada yang tahu,yang tak tahu lagi aku nak beritahu ni,kira berita gembira gak lah ni,harap-harap anda semua gembira dengan berita ini.Maklum saja,sebagai peminat buku dan pencinta buku mesti sukakan berita ni..Apa dia..?.Nak tahu sangat ni..

Oklah aku beritahu ni;

PAMERAN BUKU READ MALAYSIA ‘10

Pada: 4-13 Jun 2010

Tempat: Mines Convention Centre (Pusat Pameran & Konvensyen Antarabangsa Malaysia)

Alhamdulillah nampaknya usaha kerajaan ni bersungguh-sungguh untuk menggalakkan rakyatnya supaya membaca,macam-macam kempen dah buat,Cuma kita ni sebagai rakyat nak sahut ke tak nak,apa pun syabaslah pada kerajaan yang sentiasa peka untuk melihat rakyatnya berilmu,kalau tak peka takkan lah nak buat perkara ni.betul tak..? Mari kita pakat ramai-ramai ke Pameran Buku Read Malaysia,di jangka 500,000 rakyat akan berhimpun di dunia buku ni…wow..bestnya ni,datang jangan tak datang.

Pada pameran kali ni Pak Nil(Aznil Hj.Nawawi ) telah di lantik sebagai duta READ MALAYSIA,Apa kata Pak Nil.

salah satu usaha untuk menggalakkan anak-anak bangsa menyuarakan pendapat mereka seperti yang selalu Paknil perjuangkan. Paknil mahu anak-anak kita lebih yakin bersuara. Hanya dengan banyak membaca seseorang kanak-kanak itu lebih berani dan tidak ragu-ragu dalam memberi pendapat. Memang jauh berbeza kualiti masyarakat yang membaca dan masyarakat yang tidak membaca.

(untuk nak lebih lanjut apa kata Pak Nil: http://aznilnawawi.blogspot.com/ )

Kalau dah Pak Nil cakap macam tu,apalagi mari sama-sama tanamkan,bukan setakat tanam,budayakan membaca dalam kehidupan seharian kita,baru nanti rakyat Malaysia berilmu dan maju.Apa macam anda? Setuju dengan aku..? Cantik..!.Apapun sama-sama kita manfaatkan pameran ini dan kita doakan sama-sama program ini berjalan dengan baik dan berjaya.Semoga satu hari nanti aktiviti membaca ini sebati dengan kita dan membudaya dalam kehidupan rakyat Malaysia.

JOM MEMBACA…JADIKAN BUDAYA KITA..!

SATU MALAYSIA MEMBACA…SATU MALAYSIA BERILMU..!

Kata-Kata Indah (1)

Renung-renung dan fikirkan bersama..!

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat bertemu lagi dengan anda semua,moga kehidupan bertambah ceria dan bahagia selalu.Dalam pertemuan hari ini aku nak kongsikan Mutiara-mutiara kata yang berkaitan dengan dunia pembacaan,semoga mutiara-mutiara kata ini dapat membakar semangat kita untuk terus membaca,membaca kita jadikan satu budaya dalah hidup kita..Ok..mari kita hayati bait-bait mutiara kata ini;

Kita adalah umat iqra’,tetapi mengapa masih lagi enggan membaca?

Abdullah bin Mas’ud berkata:”Seseorang itu dilahirkan bukan terus menjadi ‘alim,sebaliknya ilmu itu diperolehi dengan cara belajar.”

Ulamak adalah perwaris Nabi.

Salah seorang berkata kepada al-Sya’bi:”Berilah fatwa kepadaku wahai orang ‘alim.”Al-Sya’bi menjawab;”Orang ‘alim adalah orang yang paling bertaqwa kepada Allah.”

Bacalah supaya anda tidak bosan,tidak sesat,tidak tergelincir dan tidak menjadi orang hina.

Salah seorang ulamak yang tekun membaca buku ditanya: “Apa yang tuan buat?” Dia menjawab: “Saya tengah mengasah akal fikiran saya,”

Ada sesetengah ulamak yang rela menjual rumahnya untuk membeli beberapa judul buku.Syabas ke atas usaha mulia ini!

Ibn Daqiq al-‘Id terkenal sebagai seorang yang cepat dalam membaca buku hingga mampu menghabiskan satu jilid buku dalam satu malam.

Satu ayat yang anda baca mungkin akan merubah jalan anda daripada kesesatan menuju gerbang hidayah.

Satu patah perkataan yang ada di dalam kertas mungkin menjadi penyebab kebahagiaan anda.

Seseorang yang tidak minat membaca adalah sifar.

Setiap tokoh agung pasti sukakan membaca dan setiap orang bodoh pasti bencikan buku.

Anda pasti merasa jemu denga segala sesuatu yang ada di dunia kecuali membaca.

Rumah tanpa perpustakaan ibarat perkuburan.

Rasanya cukuplah setakat ni,sebenarnya masih banyak lagi yang terkandung dalam buku Aku,Buku Dan Cinta tulisan Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni,tak larat nak tulis lagi hu2..aku kongsikan lain kali mutiara-mutiara indah tu nanti.

Semoga mutiara-mutiara yang aku tuliskan tadi dapat kita jadikan bahan berfikir untuk kita,sejauhmana selama ini kita membudayakan budaya membaca dalam kehidupan kita.Jadi fikir-fikirkan ye..!

JOM MEMBACA..!...SELAMAT MEMBACA..!

Monday, May 24, 2010

Bila Boring Cari Buku

Buku-buku yang di beli

Balik kerja hari ni(21HB 05 2010-Jumaat),aku terus mandi siap-siap nak pergi cari buku(GRAMEDIA BOOK STORES DI SETIA ALAM) hilangkan keboringan,nak ajak Ummi dia tak nak, penat balik mengajar tadi,kebetulan balqis pun tengah tidur.Tak pelah pergi seorang pun seorang lah..sentimental sikit..hu2.Sebelum asar aku pergi ke destinasi yang di tuju.

Sampai-sampai je,apa lagi buat pengeluaran sedikit untuk cari dan beli buku..aduh bestnya bila masuk sini,tenang dan damai sekali.tengok buku-buku yang tersusun dengan rapi dan cantik sekali,selesa lagi..ermm memang best.macam niah perasaan seorang penggemar buku macam aku..tinjau-tinjau,satu rak ke satu rak…ambil sebuah baca sikit apa yang terkandung dalam satu-satu buku tu,kalau menarik beli,tak menarik letak balik,tapi kalau namanya buku mana ada yang tak menariknya semua menarik tu!..

Pergi kebahagian Magazine(majalah)..ermm..macam-macam ada,majalah dari seberang,luar negara pun banyak jugak..Anis baru dah keluarlah..nanti dululah cari kat kedai lain,Hari ni beli majalah nilah,majalah Milenia..bagus jugak ni..aku belek-belek dulu,tajuk depan sangat menyentap kalbuku…NAUZUBILLAH…47 BAYI LUAR NIKAH LAHIR SETIAP HARI.Aduhai..sayunya hatiku..pilunya kalbuku..bala apakah yang menimpa ini..! Ah..bermadah pulak aku ni,nanti saja aku baca.

Pergi kebahagian penerbitan dari Indonesia,banyak buku-buku agama dan motivasi dalam bahasa melayu Indonesia,memang menarik tajuk-tajuk bukunya,kulit tebal,kulit nipis semua ada,gerammm..rasanya..!.Lainkali beli buku dalam bahasa Indonesia…kata hatiku.Ke bahagian tepi,bahagian novel,macam-macam novel ada Cinta,Thriller,Islamik..ah..asyik sekali..pening mahu cari dan beli yang mana satu ni…Nak cari novel Sanubari Pujaan karya kawan baru ku seorang penulis novel,tapi tak jumpa tajuk tu..ermm..kena cari tempat lain ni…sambil-sambil memilih sebuah novel,bersms sama teman facebook..ah..di latari pula muzik sentimental korea pulak…jadi sentimental pulak perasaan ni…hu2.Cari punya cari dapatlah sebuah novel WASILAH CINTA WEERA..bolehlah dari pening-peningkan kepala ni.

Ke bahagian Biografi pulak,macam-macam ada,tokoh dulu dan masakini,aku ambil sebuah buku tulisan taikon Genting Highland Lim Goh Tong,baca sikit,belek-belek buku ni,banyak motivasinya ni,bila-bila kena beli ni.tajuknya ringkas je tapi lupa pulak ni..he3..nanti kalau aku datang sini tengok lagi le..

Jam dah mencemburui aku,kena cepat ni,cari mana buku ilmiah yang menarik,Syukur dapatlah 6 Buah buku dan senaskah majalah Milenia hari ni.Aku kongsikan tajuk-tajuk buku ni buat rakan facebook ku terutamanya BQP dan anda semua;

Baca jangan tak baca ya..!

1) 15 TEKNIK EFEKTIF INTERNET MARKETING-Fuad Latif-PTS (Bisnes&Pengurusan)

2) TIP JANA WANG DARI RUMAH-Razai Abdul Rashid-PTS

3) JIKA ANDA MAHU BERJAYA BERSOLATLAH-Muhammad Rusli Amin-PTS

4) REMAJA ISLAM KEMBALI PADA PEMIKIRAN AL-QURAN&SUNNAH-Prof.Dto’.Dr.Sidek Baba-ALAF21

5) AKU,BUKU DAN CINTA-Dr.’Aidh Bin Abdullah Al-Qarni-AL-HIDAYAH

6) NOVEL: WASILAH CINTA WEERA-Rose Harissa-PTS

7) MAJALAH: MILENIA

Akhir kata dari aku: JOM BUDAYAKAN MEMBACA DALAM KEHIDUPAN KITA..!

Sunday, May 23, 2010

Menulis Menyembuhkan

Jom menulis...!

Salam perjuangan buat semua,Assalamualaikum,hari ini aku kongsikan lagi sebuah artikel yang sangat menarik untuk anda semua.Dalam aku berlayar-layar tadi dari satu blog kesatu blog,aku terjumpa satu artikel ni,jadi aku minta izin penulis untuk aku Copy paste ( Artikel dalam bahasa melayu indonesia,tapi insyallah masih boleh di fahami..) masukkan dalam blog aku ni.Aku kongsian buat anda semua...bacalah..mana tahu ada manfaatnya buat anda semua:

Sebelum ini mungkin belum banyak yang tahu, termasuk saya, kalau menulis ternyata dapat membantu penyembuhan penyakit. Bukan hanya penyembuhan penyakit yang berkaitan dengan kejiwaan, tapi menulis membantu penyembuhan penyakit fisik juga. Pasien yang menderita penyakit tetentu, diminta menulis perasaannya yang terdalam tentang sesuatu, bahkan kejadian traumatisnya di masa lalu. Biarlah dia menulis dalam deraian air mata. Ternyata, proses itu akan membantu penyembuhannya. Luar biasa.

James W. Pennebaker, dalam bukunya "Writing To Heal" telah membuat satu kesimpulan penelitiannya bahwa orang yang secara teratur menulis tentang peristiwa-peristiwa yang traumatis dan menyedot emosi, 43% lebih jarang ke dokter dibandingkan dengan yang tidak pernah menulis. Orang-orang ini juga nampak lebih sehat, dinamis, ceria. Mereka nampak lebih siap secara mentalitas.

Penelitian itu mulai dilakukan oleh Pennebaker a tahun 1980, disponsori oleh National Science Foundation dan National Institute of Mental Health. Penelitian ini lebih jauh menyimpulkan bahwa ketika menulis, denyut jantung melambat, tekanan darah menjadi sedikit turun dan sistem pertahanan tubuh meningkat. Ketika seseorang baru saja selesai menulis cerita-cerita traumatis, dia memang akan sedih. Tapi, dalam jangka panjang, keteraturan menulis akan membangun optimisme dan perasaan sehat padanya.

Menulis dapat mengeluarkan unek-unek yang menjadi sebab stress. Menulis tentang hal-hal yang menekan jiwa akan memberikan pelepasan emosional yang mebangkitkan rasa puas dan lega.

Pada April 1999, penelitian ini telah menunjukkan hasil yang lebih jauh bahwa menulis telah terbukti mempercepat penyembuhan pasien penderita asthma dan rheomatoid arthritis. Penelitian juga menunjukkan perbaikan yang luar biasa keadaan pasien AIDS setelah ia membiasakan menulis. Di sini, bukan hanya saja penyembuhan penyakit kejiwaan yang secara langsung terpengaruh dengan menulis, juga penyakit fisik.

Adanya perasaan gundah, gelisah atau pikiran yang kacau tidak menentu akan menyebabkan stress. Penyelesaiannya biasanya dengan menceritakan kepada pihak lain. Karena menulis sebenarnya juga berbicara, maka daripada menceritakannya kepada pihak yang belum tentu bertanggung jawab, menulis merupakan jalan keluarnya.

Ada pengakuan seorang ibu yang menahankan gundah dalam jiwanya. Sikap suaminya akhir-akhir ini ditambah lagi dengan berita gossip tentang suaminya, telah membuat ibu itu stress. Rasa cemburu, benci, marah, rindu bercampur-campur aduk. Perasaan itu telah begitu menyiksanya. Tak cukup lagi airmata, kadang-kadang dia memilih untuk berteriak seperti orang gila. Banyak kawan-kawan yang bersedia membantu dan memancing-mancing agar dia mau bercerita. Tapi ibu ini masih punya kesadaran bahwa menceritakan aib keluarga kepada orang lain termasuk dosa. Dia mencoba bertahan untuk tidak menceritakannya kepada orang lain karena menyangkut privaci suaminya. Sudah menjadi komitmennya sejak awal pernikahan untuk tidak menceritakan aib suami. Tapi, kalau dibiarkan, pikiran gundah itu sungguh menyiksanya.

Tak lama setelah itu, ibu itu menemukan satu cara yang tak disangka-sangka sebelumnya. Ia menggunakan HP nya untuk menulis. Kebetulan HP ibu ini punya fasilitas untuk menulis dan selam ini belum pernah dimanfaatkannya. Mulailah ia menulsikan rasa hatinya itu, sekalimat demi sekalimat. Beribu-ribu karakter tanpa terasa sudah dituliskannya. Sudah barang tentu, setiap menulis, ibu itu berurai air mata.

Katanya, setiap dia selesai menuliskan sesuatu perasaan, sejumlah stress berkurang. Dilakukannya proses ini terus menerus. Pagi bangun tidur, dia menulis. Siang menulis. Malam menulis. Kapanpun dia menyimpan satu pikiran atau perasaan, dituliskannya. Sebelum tidur dia menulis lagi. Sampai akhirnya legalah perasaannya. Stress hilang.

Suatu cara yang sangat cerdas, stress hilang aib tertutup. Inilah yang disebut, rambut tercabut, tepung tak berserak.

Bagi orang yang tidak punya minat menulis, jika dia mengalami masalah seperti perempuan tadi, tentulah akan memilih "curhat" sebagai penghilang stress. Dicarilah kemana-mana telinga yang mau mendengarkan. Kawan-kawanpun biasanya banyak yang menawarkan dan biasanya senang hati mendengar karena fitrah orang untuk mendengar cerita yang aneh aneh. Karena memang tak ada jaminan semua yang dicurhatkan itu menjadi rahasia, maka banyaklah kasus curhat akhirnya menyengsarakan yang bersangkutan. Aib tersebar kemana-mana.

Masih mau memilih curhat kepada tetangga atau kawan dekat? Atau curhat melalui tulisan? Curhat berisko, Bro.

Menulis akan membantu mengurangi stress. Ungkapkanlah seluruh pikiran dan perasaan melalui tulisan. Simpan tulisan itu baik-baik kalau Anda tidak mau ada yang tahu. Setelah nanti pikiran anda tenang, editlah tulisan-tulisan itu. Apa yang Anda kira hanya sebagai curhat, bisa berubah menjadi buku best seller. Mau mencoba?

Pemilik Artikel ini: JUFRANHELMI

Saturday, May 22, 2010

Tabiat Membaca Orang Muda; Budaya atau Gejala?


Assalamualaikum semua..! Aku harap kalian sihat semuannya ye,Hari ini,aku nak kongsikan satu tulisan yang aku Copy Paste dari Laman Blog MINGGU PENULIS REMAJA,yang mana tulisan ini telah tersiar di akhbar tabloid SIASAH,Sebuah artikel berkenaan dengan dunia pembacaan di Malaysia,jadi amati dan fikir-fikirkan bersama.Bacalah sekejap..takkan tak larat kot..pendek je artikelnya..

Erasmus Mundus, seorang ahli falsafah pernah mengucapkan tentang tabiat atau lebih tepat lagi, ketagihan membacanya. Katanya, ”jika saya mempunyai wang, saya akan membeli buku. Jika masih ada wang yang selebihnya, saya akan membeli makanan.”

Kata-kata tersebut kelihatannya spontan. Namun, kebenarannya ada. Malah, ada banyak cerita yang membenarkan penyataan Erasmus ini. Sebagai contoh, kita tentunya pernah mendengar tentang kisah al-Jahiz, ilmuwan muktalizah itu, yang pada akhirnya, meninggal dunia akibat dihempap buku-bukunya. Begitu juga dengan kisah seorang ulama yang terlepas malam pertamanya akibat terpukau dengan isi sebuah buku di dalam perpustakaannya. Malah, jika kita mahu berhujah dan menerima kebenaran yang lebih tinggi, firman yang ditanzilkan kepada baginda Nabi selepas tiga pelukan Jibril, ialah ’Iqra’. Bacalah!

Salah satu buku, yang saya rasa amat menarik dan mengungkapkan tentang budaya membaca ialah buku yang ditulis oleh Mortimer J. Adler dan Charles Van Doren, iaitu, How to Read a Book. Buku itu diterbitkan pertama kali pada tahun 40-an abad yang lalu. Namun, sesiapa sahaja yang membaca buku yang sudah boleh dianggap ’klasik’ itu, pasti akan membuat satu kesimpulan - bahawa, membaca buku dalam konteks manusia yang bertamadun, bukanlah aktiviti yang semborono. Membaca ialah satu seni dan satu kemahiran. Sebagai seni dan kemahiran, maka sudah tentu, membaca buku ialah aktiviti yang sistematik. Ada kaedahnya, ada keindahannya, ada peraturannya. Seorang pembaca yang serius, saya kira, ialah seorang pembaca yang membaca buku dalam konteks Adler ini.

Oleh sebab itu, persoalan ’orang muda’ dan ’budaya membaca’ adalah persoalan menarik. Dan tentunya hal ini lebih menarik apabila dikaitkan dengan situasi semasa dan orang muda di negara kita. Adakah orang muda di negara kita membaca buku? Saya yakin, setiap orang mempunyai jawapan yang tersendiri apabila menyikapi soalan ini. Sudah pasti, ada orang yang bersetuju dan tidak bersetuju. Dek kerana tidak ada petunjuk yang betul-betul empirik, dan jawapan yang diberikan adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman individu, maka, sudah tentu tidak ada jawapan yang mutlak untuk itu. Tuduhan itu boleh menjadi fakta, dan boleh juga menjadi mitos.

Jadi, di sini, saya mahu menjawab soalan ini dengan nada yang optimis. Lebih-lebih lagi, banyak sekali suara yang menafikan betapa, kajian yang menunjukkan orang Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun adalah kajian yang boleh dipertikaikan. Malah, belakangan ini ada juga yang menyatakan bahawa tahap pembacaan rakyat Malaysia semakin meningkat, mungkin sudah membaca 8 buah buku setahun. Begitu juga dengan kenyataan Datuk Seri Rais Yatim yang agak optimis baru-baru ini. Kerana itu, saya yakin, orang muda tidak membaca ialah satu mitos. Orang muda sebenarnya membaca. Cuma, dalam konteks tulisan ini, saya lebih suka untuk menyorot dan mempersoal bahan bacaan yang dibaca oleh orang muda.

Namun, sebelum saya lebih optimis, kita juga mesti lebih seimbang, kerana beberapa tahun yang lalu, ada satu kajian yang menunjukkan tahap pembacaan yang agak ’sadis’ dan ’menakutkan’ yang berlaku di universiti. Dalam satu kajian yang dilaksanakan oleh Dr. Abu Hassan Abdullaah mengenai budaya membaca di universiti, temuan yang didedahkan itu sangat mengejutkan. Menurut kajian tersebut, mahasiswa di universiti hanya membaca 4 buah buku setahun. Para pensyarah pula, rata-ratanya hanya membaca 20 buah buku sahaja.

Oleh sebab itulah, kita mesti membezakan antara budaya membaca dan bahan bacaan yang dibaca ialah dua perkara yang berbeza. Biarpun saling berkaitan, bahan bacaan yang dibaca adalah lebih penting. Apalah gunanya jika memang budaya membaca begitu marak dalam kalangan orang muda, tetapi bahan bacaan yang dibaca ialah bahan bacaan yang picisan. Dalam hal ini, saya lebih menekankan bahan bacaan adalah bersifat definitif, yakni yang memberikan nilai dan mengesahkan, adakah tabiat membaca buku, khususnya dalam kalangan orang muda, adalah satu ’budaya’ atau ’satu ’gejala’?

Dalam bukunya yang terkenal itu, Adler mendeskripsikan beberapa tujuan pembacaan. Satu, pembaca yang membaca hanya sekadar untuk mendapat makluman. Satu lagi ialah pembaca yang membaca untuk mendapat dan meningkatkan pemahaman. Orang yang hanya membaca surat khabar, misalnya ialah jenis pembaca yang hanya membaca untuk mendapatkan makluman. Pembaca yang membaca buku-buku serius misalnya, ialah pembaca yang membaca untuk mendapatkan pemahaman.



Dalam konteks Adler ini, ada jurang yang sangat luas, yang bukan sahaja membezakan 'aktiviti pembacaan' tetapi juga kualiti pemikiran dan peribadi pembaca. Pembaca yang hanya membaca untuk menambahkan makluman, tidak akan menambahkan apa-apa kepada dirinya selain timbunan makluman. Mereka membeli majalah, surat khabar dan lain-lain, hanya untuk menambahkan makluman. Pemikiran mereka tidak akan terasah, dan lebih malang lagi, mereka tidak akan dapat meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu yang lebih sukar dan berada pada aras yang lebih tinggi daripada pemahaman mereka.

Pembaca yang membaca untuk menambahkan pemahaman pula berbeza. Membaca bagi mereka ialah satu aktiviti serius, satu aktiviti pembalajaran. Dalam konteks ini, buku yang dibaca ialah guru yang mengajar kita melalui perkataan. Membaca dalam gaya ini ialah sejenis pembelajaran. Lazimnya satu pembelajaran, pasti ada tahap-tahap yang perlu dikuasai. Dan untuk menguasai sesuatu pembelajaran, usaha yang dicurahkan juga sangat banyak, dan perlu berpatutan dengan tahap kesukaran yang ada dalam buku itu.

Pembacaan jenis ini mempunyai dua syarat, begitu kata Adler. Syarat yang pertama ialah keadaan pemahaman yang tidak setara. Maksudnya, pemikiran 'si penulis' mesti lebih tinggi daripada pembaca, seperti pemikiran guru yang lebih tinggi daripada seorang murid. Syarat yang kedua, ialah si pembaca mestilah dapat mengurangkan keadaan(pemahaman) yang tidak setara itu. Maksud Adler itu ialah, si pembaca dapat memahami sedikit demi sedikit bahan bacaan, dan pada satu tahap, cuba sampai kepada pemahaman yang dimiliki oleh si penulis.

Sudah pasti, jika benar orang muda membaca, kita tentu mengharapkan mereka menjadi pembaca yang membaca untuk menambahkan pemahaman. Membaca untuk menambahkan makluman memanglah tidak salah, tetapi membaca untuk menambakan pemahaman adalah lebih tinggi darjatnya. Namun begitu, berbanding kedua jenis tujuan pembacaan yang saya sebutkan tadi, saya berharap orang muda tidak menjadi satu lagi 'kelas' pembaca; yakni pembaca yang hanya membaca untuk hiburan.

Jadi, soalannya di sini, apakah orang muda kita yang membaca itu, membaca untuk menambahkan makluman, pemahaman, atau hiburan. Saya lebih cenderung untuk pesimis dalam konteks ini. Saya yakin, majoriti orang muda membaca untuk hiburan. Namun, keyakinan saya juga tidak bersifat mutlak. Keyakinan saya masih ’nomad’ dek tidak adanya kajian yang betul-betul empirik. Apapun, jika orang muda kita hanya membaca buku sekadar untuk hiburan, maka saya yakin, tidak ada budaya membaca. Yang ada hanyalah gejala membaca.

Sumber: Siasah 26 Mac - 2 April 2010

Tuesday, May 18, 2010

Bahagianya dengan buku..!



Anda Bahagia tengok buku?

Bahagia itu datang dari hati,rasa tenang ,tenteram,indah akan melahirkan satu perasaan yang bahagia dan membahagiakan,biasanya orang yang bahagia hatinya bersih,jiwanya bercahaya ada sinar ketenangan pada wajahnya.Tindakkannya mempersona,tenang dan tidak gopoh.Bahagia hatinya hanya dia yang menikmati tapi bagi orang yang melihatnya terlihat pada wajahnya yang menyenangkan.Aku dan anda bagaimana?Bahagia hendaknya ye..

Tapi yang aku nak bicarakan dalam pertemuan kali ni,aku nak berbicara bahagianya orang yang membaca buku,yang membeli buku,yang membicarakan buku,yang menulis buku..tak kisah lah sesiapa sahaja yang berminat dengan buku,melihat buku rasa seronok apatah lagi membacanya,sudah tentu bahagia terasa,oklah aku bagi contoh kenapa orang yang suka buku ni merasa bahagia dengan buku,satu hari di penghujung bulan januari tahun ini,di sebuah karnival buku yang di anjurkan oleh Syarikat Karangkraf sebuah syarikat penerbitan yang terbesar jugalah kat Negara kita ni,ramai yang aku lihat rata-rata teruja melihat buku-buku yang dijual dengan harga diskaun,malah aku tengok ada yang berbakul-bakul beli bermacam-macam buku,dah macam beli sayur,bagi aku yang beli itu orang yang minat dan hatinya bahagia bila melihat buku lalu membelinya,bukan satu atau dua buah tetapi berbakul-bakul,lihat bahagianya dia dengan buku..cintanya dia dengan buku..sudah barangkali dia rasa bahagia melihat buku-buku itu.

Bagi penulis buku pula,bahagianya bila buku yang ditulis dapat diterbitkan,seronok,hasil yang diusahakan berbulan dapat juga di terbitkan dan di jual pada orang ramai.bukankah itu bahagia bagi seorang penulis buku?.Kalau nak cakap pasal bahagia ni aku bukanlah orangnya..aku tulis ni sekadar yang ada dalam hati aku,perasaan aku,perasaan orang yang suka membaca,suka membeli buku,suka melihat-lihat buku,pegang-pegang buku dan yang peliknya ghairah dengan buku..(hu3) bagi aku itulah perasaan bahagia bagi orang yang suka buku seperti aku dan anda semua.!

JOM BAHAGIA DENGAN BUKU..!!!

Sekadar pandanganku sahaja,jika tidak benar apa-apa yang aku tuliskan..abaikan..apa aku kesah!

Masshah

8HB 05 2010-SABTU

JAM:1.30Ptg.

BILIK KERJA BILIK BUKU KU..

PELBAGAI BAHAN MINDA UNTUK ANDA

Friday, May 14, 2010

DETIK-DETIK BERSAMA STORMREADERS SDN BHD


JOM SERTAI STORMREADERS

Ahad,14hb 03 2010 Bersamaan 28Rabiulawal 1431H

Jam 3.20 minit ptg membuat pertemuan dengan Dr.Anis di Jaya Jusco Bukit Raja,bersama anak buah,Amer Ameerul.

Dr.Anis datang bersama keluarganya,beliau memberi penerangan tentang Syarikat StormReaders,Plan Pemasaran,Produk Yang Di jual.

Alhamdulillah selepas seisi penerangan,saya pun signup sebagai pengedar,isi borang dan cari buku2 bagi mencukupkan RM320 (100CP),Buku-buku akan sampai seminggu melalui pos laju.

Sebagai pengemar dan peminat serta hobi membaca buku,kemasukkan saya ke Syarikat ini membakar semangat saya untuk memiliki buku-buku dari syarikat ini.Di samping untuk mencari sumber kewangan melalui jualan buku secara online,penyebaran ilmu melalui penjualan buku pun dapat di laksanakan,ini juga sebagai medan dakwah yang termampu bagi diri saya dan keluarga saya.Mudah-mudahan bermula dari 0 hingga mencapai tahap yang telah di rancang oleh diri sendiri dan Syarikat.Semua perkara yang kita nak lakukan semua ada perancangan atau objektif.

Isnin,21hb 03 2010 Bersamaaan 5Rabiulakhir 1431H

Alhamdulillah buku-buku yang telah di pesan tempohari telah selamat sampai ditangan saya pagi ini,semuanya ok dan puashati,catalog,buku bizkit,borang,senarai harga semuanya ada,Terima kasih StormReaders.Buku-buku saya periksa satu persatu,semuanya berkualiti,Cuma saya tak buka lagi plastik yang membungkusi buku-buku itu.Sebagai pengemar dan peminat buku,memang seronok melihat buku-buku yang menarik cara penyampaian,bermula dari kulit buku hinggalah isikandungan satu-satu buku itu sangat menghairahkan,itu pandangan saya lah,orang lain tak tahu,GHAIRAH tengok buku…!

Mudah-mudahan kemasukan saya ke Syarikat ini,dapat menambahkan semangat saya untuk berjuang bersama-sama ushawan yang lain.Moga Allah membantu usaha saya ini.

Saya teringat kata-kata yang di tulis oleh rakan Facebook saya kedalam Wall saya:

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.”

Mudah-mudahan kita sama-sama seperti apa yang diungkapkan dengan kata-kata itu.Kepada para Usahawan Stormreaders mari kita redah segala kepayahan ini dengan Sabar dan Taqwa pada Allah.

Jumpa kita di puncak kejayaan…!!!.

Masshah.


PELBAGAI BAHAN MINDA ANDA DI SINI;


Baca Buku Boleh Melambatkan Nyanyuk..?


Bacalah buku..!

Dalam pertemuan kali ini,Aku nak bercakap pasal buku,Buku untuk di baca bukan untuk di simpan saja..beli buku mesti dibaca baru minda berkembang,ada ke orang beli buku tak di baca?...jawapannya…,ADA..bukan tak nak baca,tak sempat,kadang-kadang sibuk tu yang tak sempat nak baca walau dah beli..apa pun tahniahlah Anda masih mahu membeli walaupun membacanya agak lambat dek kerana masa yang terlalu sibuk,

Alhamdulillah,sekarang apa yang aku perhatikan,bila masuk ke kedai-kedai buku,ramai orang datang,ada yang sekadar meninjau-ninjau,ada yang membelek-belek pastu terus beli,ada yang sekadar tengok-tengok..bak kata macam-macam gelagat boleh kita tengok bila kita masuk kedai buku(termasuk gak aku..hu3)..apapun perkembangan ini sangat memberangsangkan,dah semakin ramai sukakan buku dan membaca buku.

Apa yang aku nak kongsikan kali ni adalah mengenai tabiat membaca ni boleh melambatkan Nyanyuk seperti apa yang aku baca dalam buku seorang Motivator yang amat terkenal dan di kenali di tanahair kita,Dalam buku yang bertajuk
‘Biar Betul-Betul’ tulisan Dr.HM Tuah Iskandar al-Haj,.Beliau telah memetik kata-kata dari pengerusi Intitut Terjemahan Negara,Dato’ Abd Aziz Abdul Rahman yang menyatakan,”Elak nyanyuk bacalah novel.”

Seterusnya beliau menyatakan dalam ceramah-ceramah yang beliau adakan sering beliau mengabungkan tiga perkataan lupa,latah dan nyanyuk serta mengaitkan ketiga-tiga perkataan itu dengan kemalasan tentang membaca,yang menyebabkan sel neuron dalam otak kita berada dalam situasi tidur,pengsan dan mati.Lagi beliau menyatakan,Jika semakin banyak sel tidur,pengsan dan mati ,besar kemungiknan menyebabkan penyakit lupa,latah dan nyanyuk terutamanya perempuan,untuk lelaki pula iaitu azheimer atau kelupaan yang teruk.

Menurut buku itu lagi,fakta ini di dapati dari kajian yang di keluarkan oleh Endowment of Arts di Amerika.Jadi bagaimana dengan anda semua? Nak baca buku tak, elak daripada nyanyuk?.Terpualng pada diri sendirilah ye..tepuk dada Tanya Iman.Oklah mudah-mudahan perkongsian ini ada manfaatnya.

Sekian.

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA..!

PELBAGAI BAHAN SANTAPAN MINDA UNTUK ANDA

Thursday, May 13, 2010

Al-Fatihah Untuk Abuya ku Sayang...!



Kenangan sewaktu Ziarah Abuya Ashaari Muhammad


Kata-kata Hikmat seorang pejuang

"al-fatihah utk sheikhul arqam. semoga allah mengampunkan dosa allahyarham dan meletakkan allahyarham bersama orang-orang yg beriman. personally aku sedih dgn pemergian allahyarham sbb sedikit sebanyak memberi tarbiah kepada aku utk mengenal agama dan sayangkan islam. takziah buat fatim dan keluarga."


ya..memang benar berita ini,air mataku terus mengalir kesedihan yang tak terhingga,namun aku percaya ada satu hikmah di sebaliknya,aku yakin seyakinnya,ada rahsia Tuhan di sebalik itu semua..keyakinan ku bertambah bila mana pagi ini aku bertanya tentang kepergian Abuya pada sahabat Ikhwan..ya..hatiku terubat..hatiku ceria(namun masih ada kesedihan) bila membaca mesej yang aku terima..:)Janji Tuhan Pasti...! Sikap orang beriman bila ditimpa ujian adalah sabar..sabar itu indah..sabar itu ibarat cahaya...!


Aku kongsikan rasa hati aku di bawah ini;


ALFATIHAH BUAT ALMARHUM ABUYA..
SEMOGA DI TEMPATKAN BERSAMA GOLONGAN YANG BERIMAN DAN BERTAQWA
MASIH TERBAYANG SAAT INDAH AKU ZIARAH DAN BERTEMU MU
AKHLAKMU SUNGGUH MEMIKAT
MESRA MU MENYANTUNI TETAMU BIARPUN KAU TERBARING..
SENYUMANMU MASIH KU INGAT..JUA KATA-KATAMU
BIARPU KAU MENINGGALKAN KAMI
AKU AKAN MERINDUI MU
AKAN KU BACA SEGALA ILMU YANG KAU TINGGALKAN
ABUYA...
JASANYA AMAT BESAR PADA AGAMA
BIARPUN MUSUHMU SELALU MENCEMBURUIMU
BIARPUN INTAN DI ANGGAP KACA
KACA DI ANGGAP INTAN
NAMUN TEKAD CITA-CITAMU KUAT KAU PERTAHANKAN
PERJUANGANMU AKAN TERUS BERJALAN
KERANA PEJUANGMU DI AJAR SEMANGAT YANG KENTAL
DEMI SEBUAH DAULAH..ISLAM PASTI AGUNG KALI KEDUA
ITULAH JANJI TUHAN YANG AGUNG
ABUYA...
BERSEMADILAH DENGAN BAHAGIA
BERTEMU CINTA AGUNG YANG KAU RINDUI..
AKU ANTARA RIBUAN MALAH JUTAAN UMAT YANG
MENYAKINI ISLAM PASTI GEMILANG..!!!
SEGERAKANLAH YA ALLAH..!!!..;')
YA..ALLAH SELAMATKAN LAH UMMAT INI..SELAMATKANLAH UMAT INI...;')
MOGA ADA SATU KEAJAIBAN SELEPAS INI..
DUHAI PEJUANG...MARI TERUS MARA KEHADAPAN
TERUSKAN TEKAD MANTAPKAN KEYAKINAN
BINA KEIMANAN,BINA KETAQWAAN..ITULAH HIKAMAT KATA-KATA ABUYA..
TAQWA SUMBER SEGALA-GALANYA..
BUKANKAH ITU JANJI TUHAN..?BUAT KITA..
ALLAH PASTI MEMBELA ORANG YANG BERTAQWA..
AMIN YA..RABBAL ALAMINN...

HAMBA YANG DAIF 2010
2.40Pagi-Jumaat(Pagi yang pilu buatku)

Catatan:Abuya juga seorang penulis buku,buku-bukunya banyak tersebar keseluruh dunia,aku ada jugaklah buku-buku Abuya.Insyallah ada masa nanti aku kongsikan buku-buku beliau untuk anda semua.


#Pada pertemuan yang akan datang nanti aku akan kongsikan kenangan aku sewaktu Ziarah Abuya..Tunggu..!!!

KRITIKAN..

Terimalah kritikan dengan terbuka

Dalam pertemuan har ini aku nak kongsi pandangan berkenaan kritikan,pandangan ni sebenarnya aku dah tulis kat laman blog adik ipar aku Abuhannan08,tapi blog ni dah tak ada,dia dah tukar nama blog lain pulak,aku kongsikan pandangan aku dengan anda semua.Apa yang tak betul pandangan aku ni abaikan..kalau sudi baca silakan,tak sudi apa boleh buat…apa aku kesah..!;)..

Jika kita seorang manusia yang berjiwa besar,mengapa perlu kita melenting bila orang lain kritik kita,Salah ke kena kritik?.Memanglah kritikan boleh membawa 2 maksud jika kritikan itu di buat tanpa usul periksa dan fakta yang salah,tapi jika kritikan itu dengan niat yang baik,untuk menegur atau memperbaiki kesilapan seseorang itu,apa salahnya?..Kritikan yang membina untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan manakala kritikan yang jahat dengan tujuan dengki dan ingin menjatuhkan seseorang itu amatlah malang sekali dan amat bertentangan dengan agama.

Bukankah Rasulullah saw di utus sebahagian usaha dakwahnya untuk mengkritik? Tapi perlu ingat,bagaimana kritikan rasulullah saw di jelmakan sehingga seseorang itu terpaut dengan Rasulullah saw dan hingga menganut agama Islam,bukankah itu sebahagian dari usaha kritikan Rasulullah saw terhadap mereka? Bezanya kita dengan Rasulullah saw berkenaan dengan kritik sangat jauh,bahkan orang yang di amanahkan dalam urusan agama sekalipun adakalanya tidak dapat mencontohi kritikan yang di tunjukkan oleh Rasulullah.

Kita lebih menjurus kepada caci maki,jatuh menjatuh,mengaibkan dan lainnya sebagainya.Jadi bagaimana orang yang kita kritik boleh menerima kritikan kita,tidak bagaimana Rasulullah saw tunjukkan kepada kita,Rasulullah saw kritik di samping menggunakkan lisan,beliau menggunakkan akhlak yang baik,terpuji sehingga musuh pun terpikat dan terpesona.Itulah hebatnya Rasulullah saw dalam hal kritik mengkritik ini.Jadi kritik mengkritik ini biarlah kita berpandukan apa yang Rasulullah saw tunjukkan pada kita iaitu akhlak yang perpuji,inilah senjata yang paling ampuh dalam kita menggunakkan untuk mngkritik sesiapa saja.

Maka kesimpulan dari itu kritiklah dengan panduan dan suluhan agama,segala kebaikan dan keburukan kritik ini haruslah di terima dengan kertebukaan pada tanggapan masing-masing.Nabi saw ada berpesan kepada kita..’’Sampaikan kebenaran itu walaupun pahit…”.Juga baginda berpesan “Sampaikan daripada aku walau satu ayat…”.Kritiklah selagi mana masih dalam kerangka kejujuran,keikhlasan dan kebenaran.

Waullah’hualam bisawwab.!

Hamba Yang Dhaif,

MASSHAH MERU.

Wednesday, May 12, 2010

Berita Gembira:Pesta Buku Negeri Selangor 2010

Keratan akhbar Sinar Harian

Bertemu kembali,hari ini aku nak beritahu berita gembira pada semua pengunjung blog ini,khususnya peminat-peminat buku,petang tadi semasa aku nak pergi kerja (shift petang ) aku beli akhbar sinar,aku hanya berkesempatan membelek-belek akhbar tersebut waktu sebelum balik kerja,baca berita semasa dan tempatan,terbaca lah pulak satu berita yang sudah tentunya mengembirakan hati aku dan mungkin anda yang dah baca berita tersebut.Berita apa?..Pesta Buku Selangor 2010 sasar 400,000 pengunjung.

Begitulah tajuk berita itu,siapa yang tak gembira dengar berita tersebut,rasa tak sabar menunggu harinya,maklum sahaja tahun lepas pergi pun last-last minit,hari terakhir baru pergi,jadi kali ni tak nak miss,mesti pergi awal atau pertengahan,tak pun hari-hari…hu3..banyak duit? Ha2..peruntukan untuk pesta buku nilah…bajet maa..!

Wah..! kali ni sasarannya seramai 400,000 pengunjung yang bakal di jangka mengunjungi Pesta Buku Selangor 2010 berbanding dengan tahun lepas sejumlah 390.961,harap lebih ramai dari itu lagi bagus,kita sempit-sempitkan ruang Kompleks PKNS dengan membeli buku.Kata Exco Selangor Dr.Halimah Ali,Pesta Buku Selangor ini merupakan salah satu agenda utama dari program Gerakan Membaca Peringkat Negeri dan meneruskan usaha menjadikannya kesinambungan kepada Pesta Buku Antarabangsa Kula Lumpur yang di adakan setiap tahun.

Menurut nya lagi sebanyak 55 buah syarikat di jangkakan akan menyertai pameran ini dengan jumlah gerai 114 buah.Wow…bestnya..antaranya Kumpulan Karangkaraf dan Alaf 21 juga turut serta,kita serbu..! Di jangka juga ada beberapa buah syarikat akan memberikan diskaun pada setiap pembelian buku yang di jual,lain-lain aktiviti berkaitan dengan buku akan diadakan di pentas utama kompleks itu.

Pergi Jangan Tak Pergi..Datang Jangan Tak Datang…kita cari buku dan beli buku..! lepas tu apalagi bacalah…

Tapi bila..?..Oppss..! ye tak ye juga..lupalah pulak nak bagitahu tarikhnya,Insyallah akan diadakan pada tarikh 25 Jun hingga 5 Julai 2010,ini bermakna selama 10 hari Pesta Buku Selangor berlangsung..:).

Anda teruja?..aku pun,jadi JOM KEPESTA BUKU SELANGOR 2010.

Tuesday, May 11, 2010

Memori Dua Buah Buku

Dua buah buku masih dalam simpanan

Dalam masa mengemas-ngemas bilik buku ni,terlihat pula buku yang pertama kali di beli sekitar tahun 1988,2 buah buku yang di beli di Taman Melewar,Gombak Kuala Lumpur,itulah pertama kali menjejaki Markaz besar parti Islam SeMalaysia ketika itu.Ketika itu program INTIFADAH .Seingat aku masa tu penceramah yang di undang ialah Tuan Guru Hj Abdul Hadi Bin Awang,serta seoarang tokoh dari luar Negara,kalau tak silap aku seorang ketua pejuang Mujahiden dari Palestin.

Malam itu memang ramai yang hadir dan meriah,biasalah setiap kali ada program di situ,tidak ketinggalan para peniaga juga memeriahkan suasana dengan jualan mereka,dari dulu hingga sekarang tradisi ini tak akan hilang,selagi ada ceramah perdana ke,ceramah umum,ceramah isu semasa ke,para peniaga tidak pernah melepaskan untuk berniaga selagi ada ruang dan peluang serta diizinkan mereka berniaga,macam-macam ada,ada yang jual baju,tudung,kopiah,ada jual kaset,video (ni dululah,sekarang Vcd,Cd..),jual makanan.sup..bak kata macam-macam ada.Bagi aku gerai yang ini mesti nak jenguk,gerai jual buku,majalah,akhbar,gerai santapan minda.

Masa tu aku beli 2 buah buku,tajuk buku tu ‘TANDA-TANDA KIAMAT’ dan ‘AZAB DI NERAKA’,kedua-dua buku ini susunan oleh Ibnu Idris,Alhamdulillah sampai sekarang masih ada lagi dalam simpanan dan masih releven lagi untuk di baca,maklum tajuknya pun sesuai sepanjang kehidupan ini.Buku kalau dihargai ia akan memberikan kita rasa sayang dengan sesuatu perkara,biarpun buku itu kecil,jika di jaga dengan baik ia akan dapat di warisi turun temurun.

Buku ini akan ku wariskan untuk anak-anakku..,Aku mahu anak-anakku pun suka baca buku,sayang buku,hargai buku…

JOM TERUS MEMBACA..!

Masshah,Meru

4HB 04 2010,Ahad

2.45ptg.

Monday, May 10, 2010

Kematian Yang Menjemput

Saat untuk dikebumi...bagaimana nasib aku...anda semua.!!!

Hari ini,sebelah petang aku ziarah kematian,di jalan kempas kampung bukit kapar,ayahnda kepada Imam 2 Masjid At-Taqwa Bukit Kapar Ustaz Hasal dan ayahnda kepada Tuan Hj Amer.ziarah kematian ni memang memberi keinsafan kepada kita semua,ada motivasinya,mengingatkan kita tentang hari kematian yang entah bila menjemput kita semua.Aku pergi juga ziarah sebab biasa Nampak Wak ni di masjid,Wak dah berapa hari koma di hospital sebab kemalangan jalan raya.Hari ni Wak di jemput oleh Allah,yang namanya ajal bila Allah kehendaki tak boleh ditolak atau ditangguh barang seminit sekalipun,kalau dah nak jadi maka jadilah..teringat maksud firman Allah yang bermaksud;

“Dan Allah tidak sekali-kali menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya.Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.”

(Al-Minafiqun:11)

Bagaimana kita?mampu untuk menghalang saat kematian yang akan menjemput kita?Barang tentu sekali tidak,janji Tuhan adalah pasti,tiada tertangguh-tangguh bila sampai waktunya.Manusia sentiasa lupa,leka dan alpa,padahal tiap saat maut sentiasa memburu,mencari-cari kita bila mana waktu yang ditentukan tiba.Jangankan kita di tempat yang tinggi,di bangunan yang kukuh dan tak mudah ditembusi,bahkan di dalam lautan yang luas,malah di bawah gua atau bawah tanah sekalipun maut sentiasa mengintai-ngintai memburu kita.

Waspada dan beringatlah,selagi kita masih sihat,muda dan ada masa yang lapang,kita gunakan sebaik-baiknya dengan perkara yang bermanfaat dan berfaedah,Iman dan amal pertingkatkan,amal kebajikan dan soleh terus bertambah,ketaqwaan semakin mantap sebagai bekalan di sana nanti.Allah tidak akan pernah melihat selain iman dan taqwa,siapapun kita di dunia ini Allah tidak pernah mungkiri janjinya.Hanya bekalan iman dan taqwalah yang bakal menyelamatkan kita semua.Ini jelas seperti dalam firman Allah;

“Hari kiamat ialah hari yang di mana harta dan anak-anak tidak dapat member manfaat,kecuali mereka yang mengadap Allah membawa hati yang selamat sejahtera.”

(Asy-Syuara:88:89)

Mari kita persiapkan diri kita sebelum dijemput ke negeri yang kekal abadi,bersihkan hati kita dari kotoran-kotoran atau daki dunia,kita takut semuanya menghalang kita dari diterima oleh Allah.Kita mahu bertemu pencipta dengan membawa hati yang tenang dan sejahtera.Agar nanti kita mati dalam keadaan Husnul Khatimah dan bukan Su’ulKhatimah kesudahan yang Allah benci dan murkai,waliuzubillah minzalik..!

Mudah-mudahan ingatan serba sedikit yang aku tuliskan ini ada manfaatnya untuk anda semua,jika ada yang baik,ambil sebagai ingatan kita,jika tiada,abaikan lah ye..!

Masshah

Isnin-10HB 05 2010

Jam 11.44mlm.

Sunday, May 9, 2010

Aku kehilangan…!

Ni lah yang aku kehilangan,,

Macamana aku nak luahkan ni,pada siapa?pada teman?pada sahabat?pada YB?Ah.mengarut ni..pening,bingung,geram.!..sabar..sabar..ye lah kau yang tak kena memanglah cakap mudah.Bila tempohari kawan Facebook aku bercakap pasal dia ni,aku jadi ingat,jadi gelabah semacam,baru teringat,aku cuba ingat-ingatkan di mana aku letak atau aku lupa tinggal kat mana.Aku betul-betul buntu,kaku tak tahu nak buat apa.

Rugi rasanya aku tak dakap dan peluk dia erat-erat,kalau aku perlakukan dia dengan baik-baik,lemah lembut mesti dia setia kat aku,mungkin aku ada salah kot..!salah letak?..lupa..menyesal tak terhingga di buatnya,sampai hari ni aku tercari-cari kemana dia menghilang?.Ada gak aku baca doa minta-minta dapat jumpa dia kali terakhir,untuk sekian kalinya agar aku dapat peluk dia dan dakap dia buat kali terakhir dan lepas ni aku akan jaga dia baik-baik,aku tak sanggup kehilangannya,sebab bagi aku dia sangat berharga bagi aku,dia tempat rujuk aku,aku jadikan dia panduan.

Sampai hari ni aku benar-benar kehilangan,kawan-kawan,teman-teman,sahabat-sahabat tolonglah aku carikan dia,bawa padaku,aku rindu sangat,walaupun sebelum ni aku puas dakap dan peluk-peluk dia,aku selak-selak dia naik lemas dia aku buat..tapi sekarang aku benar-benar kehilangan..tolonglah aku..!..Sementara aku hilangkan kebuntuan ini buat sementara,aku bernyanyi-nyanyi lagu band wali…alah lagu baik-baik sayang,cari jodoh,suka atau tidak, takkan kau orang tak pernah dengar kot,lagu kadang-kadang ada juga keluar kat radio terutamanya lagu cari jodoh…

Ermmm…sah memang tak jumpa,aku terpaksa pasrah dengan ketentuan ilahi,aku kena redha,aku kena tenang dan pujuk hati ku..yang pergi takkan kembali(aik…macam lagu nasyid je ni.)aku pujuk hatiku dengan istighfar,tasbih…aku kena cari lain,rugi pun rugilah yang penting aku tak derita memanjang.Aku kena janji pada diriku sendiri lepas ni andai aku dapat yang baru aku akan jaga dengan baik dan aku hargai selalu..ermmm..selamat tinggal yang lama selamat datang yang baru..lepas ni aku mesti cari lagi..semangat ku makin pulih,aku makin ceria…dah macam ada keyakinan.Bila aku terpandang rak-rak di sebelah meja yang sedang aku menulis ni,semangat aku berkorbar-kobar…aku tersenyum sendiri..aku kehilangan..ye memang aku kehilangan,kehilangan sebuah buku yang bertajuk OFFLINE DENGAN SYAITAN…ermmm..kena cari lagi.!

HARGAI DAN SAYANGILAH BUKU-BUKU ANDA..!

Masshah

8HB 05 2010-Sabtu

Meru.

Blog Kawan


Bertemu lagi,di harap anda semua ceria-ceria selalu ye,hari ni aku nak promote blog kawan baru aku,seorang penulis novel dan buku bercorak agama,beliau yang aku maksudkan ialah puan Ruhana Mohd Zaki penulis novel  Sanubari Pujaan. Boleh cari di kedai-kedai buku yang berdekatan.Sanubari pujaan merupakan novel terbaru beliau,Aku tulis serba sedikit tentang beliau ni.

Ermm..beliau ni telah di nobatkan sebagai penerima Anugerah Khidmat Cermerlang dan Anugerah Guru Pendidikan Islam Peringkat Negeri Selangor 2009.Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Sarjana Pendidikan (Med) Bahasa Melayu.Beliau seorang yang sentiasa berpegang pada,Syurga ada di telapak kaki bonda,restu dalam hati ayahnda,ingin dikucup kedua-duanya.

Buku yang bercorak agama yang masih dan sedang berada di pasaran ‘Kasihmu Semerbak Firdausi’sangat bagus dimiliki oleh kita semua,seperti yang tertulis di bahagian belakang buku tersebut,Kasihmu Semerbak Firdausi “mengajak kita menghayati betapa sucinya kasih ayah dan ibu.Hargailah mereka ketika denyut nafas masih dipinjamNya dan teruslah berbakti padanya meskipun jasad mereka sudah reput dimamah bumi.Izinkan kenangan indah bersama insane rabbani ini terus hidup dalam jiwa kita.”

Oklah tu lah serba sdikit latarbelakang penulis dan sedikit daripada apa yang tertulis dalam buku beliau.Jika anda ingin mengenali beliau kunjungi laman blog beliau:

DEMI MASA