Followers
Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Wednesday, July 6, 2016
Friday, January 1, 2016
Saturday, June 28, 2014
Sunday, May 18, 2014
Sunday, January 5, 2014
2013 Pergi 2014 Datang
Sudah enam hari kita berada ditahun 2014, bermakna sudah enam hari juga tahun 2013 telah meninggalkan kita semua. Tentu ada peristiwa-peristiwa yang menarik sepanjang 2013, juga ada yang berduka lara, pahit dan ujian disepanjang 2013 lalu. Apa pun yang berlaku anggaplah itu hanya ujian dari-Nya.
Kini 2014 sudah kita lalui, yang punyai azam, teruskan segala impian dan cita-cita kalian yang mungkin belum tercapai. Semoga tahun ini, menjanjikan sesuatu yang akan membahagiakan. Oleh itu tingkatkan usaha untuk menuju ke arah itu.
Dikesempatan yang ringkas ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014...Semoga dunia lebih aman.
Sampai jumpa lagi.
Wednesday, November 6, 2013
Sejauh Manakah Hijrah Kita
Saban tahun kita
akan menyambutnya seperti tahun-tahun masehi, namun begitu sambutan yang kita
lakukan agak berlainan. Kita akan mulakan dengan doa akhir tahun sebelum masuk
waktu maghrib, dan akan berdoa awal tahun seusai azan sebelum menunaikan solat maghrib. Sambutan
ini dilakukan di mana-mana surau dan masjid diseluruh negara. Ini menandakan
tahun baharu hijrah sudah bermula pada saat itu.
Alhamdulillah, pada
tahun ini, sekali lagi kita dipertemukan dengan 1 Muharam 1435H, ini
menandakan bahawa umur kita semakin banyak, semakin hampir kita menuju
kematian, biar pun mati itu bila-bila masa sahaja. Namun dengan peningkatan
tahun bermakna umur kita pun meningkat. Yang muda menuju ke tua, yang tua akan
semakin tua. Peringatan demi peringatan sudah ditunjuki pada diri kita.
Rambut semakin
beruban, mata semakin rabun, kulit semakin berkedut, pendengaran semakin
kurang, makan sudah kurang selera dan bermacam peringatan yang Allah SWT sudah
beri pada kita, namun sejauhmanakah peringatan itu mengingatkan kita tentang
hari kematian kita?. Adakah ia menghampirkan diri semakin dekat pada-Nya atau
semakin jauh kita lupa dan alpa tentang semua itu?.
Hijrah, saban tahun
kita akan mendengarkan segala kupasan yang dilontarkan oleh para ilmuan dan
para ustaz-ustazah yang memberikan ceramah atau syarahan di mana-mana sahaja.
Baik di masjid-masjid atau surau-surau serta di kaca-kaca tv dan juga
dicorong-corong radio. Saranan serta ajakan agar masyarakat melakukan hijrah
kepada yang baik kepada yang lebih baik sangat dialu-alukan.
Istilah-istilah
seperti reformasi, revolusi, transformasi, islah dan pelbagai lagi menjadi
ungkapan para pemimpin politik agar rakyat bersatu padu melakukan perubahan
dalam segenap kehidupan. Bermula dalam diri, keluarga dan masyarakat serta
lebih besar dari itu negara. Ia juga merupakan satu hijrah yang sangat dituntut
dan mesti dilakukan oleh semua masyarakat muslim khususnya dan secara amnya
seluruh rakyat.
Mengimbau sirah
Nabi SAW berkaitan hijrah, semua orang sudah tahu, betapa peristiwa hijrah ini
merupakan peristiwa penting. Nabi SAW dan para sahabat berhijrah dari Kota
Mekah ke Kota Madinah, dari satu keadaan yang sangat negatif ke suatu keadaan
yang sangat mendamaikan keadaan ketika itu. Setiap para sahabat memainkan
peranan penting dalam peristiwa hijrah ini.
Mereka adalah
watak-watak manusia yang punyai intigriti yang sangat mulia, antara mereka
Sayidina Ali Bin Abi Talib, Abu Bakar As-Siddik, Asmak Binti Abu Bakar dan para
sahabat yang lainnya. Mereka adalah manusia-manusia yang cukup setia dengan
arahan Nabi SAW. Nabi SAW sebagai ketua yang sangat dipercayai dan Nabi SAW
telah memberi kefahaman kepada para sahabat tentang betapa perlunya mereka
berhijrah.
Bagimana dengan
kita?. Saban tahun menyambutnya, apakah kita turut sama berhijrah atau hanya
tahunnya sahaja yang hijrah?. Sebagai umat Muhammad SAW, sudah sewajarnya kita
mengambil ibrah dari peristiwa ini. Bukan sekadar mendengar ceramah atau
syarahan sahaja tetapi lebih daripada itu, kita sudah sewajarnya menjadikan
peristiwa hijrah ini sebagai pemangkin untuk diri kita melakukan sesuatu yang
terbaik dalam kehidupan kita. Marilah kita sama-sama bermuhasabah pada awal
tahun hijrah ini.
Kita renung-renung
kembali, sejauh manakah kita mengamalkan suruhan-Nya serta meninggalkan
larangn-Nya, sejauh manakah kita telah benar-benar menghayati sunnah Nabi SAW
dan mengamalkannya dalam kehidupan kita, juga al-Quran sebagai kitab panduan
dan rujukan kita, sejauh mankah kita menguliti, menghayati isikandungan dan
mengaplikasikan dalam kehidupan kita?.
Apakah selama
setahun dalam tahun hijrah kita benar-benar menghayati kehidupan sebagai
seorang muslim yang baik, keluarga muslim yang baik, suami muslim yang baik,
isteri muslim yang baik, anak muslim yang baik, pemimpin muslim yang baik atau
masih banyak lagi lompang-lompang yang banyak, perlu kita perbaiki. Jika tidak,
kita akan rugi setiap masa kerana kita tidak mengamalkan kehidupan muslim yang
sempurna.
Oleh itu, mulai
saat dan detik ini, marilah kita hijrah dengan makna yang sesungguh-sungguhnya.
Agar kehidupan kita akan lebih teratur dengan mengikut aturan syariat yang
disampaikan oleh Nabi SAW kepada kita. Hanya dengan aturan agamalah yang bisa
menyelamatkan kita di dunia, lebih-lebih lagi nun di akhirat sana.
Semoga hijrah
membentuk kita sebagai pribadi muslim yang unggul. Iman dan taqwa menjadi
benteng diri yang ampuh. Juga dalam segenap kehidupan kita akan diredhai Allah
SWT, pada tiap saat dan detik semuanya menuju ke matlamat yang satu, iaitu
hanya untuk Allah SWT semata-mata. Akhirnya, moga hijrah kita diterima oleh
Allah SWT sebagai hijrah yang sebenar-benar hijrah.
Selamat Menyambut
Maal Hijrah 1435H.
Wednesday, January 2, 2013
Selamat Tahun Baharu 2013
Alhamdulillah,
masih tidak terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2013
kepada pengunjung blog ini. Semoga apa
yang telah kita usahakan sepanjang tahun 2012 mendapat hasil yang baik dan
dapat mengembirakan hati kita.
Jika masih
tidak kesampaian apa yang kita hajati sepanjang tahun lepas bolehlah kita
sambung pada tahun ini. Apa yang dirancang adakalanya tidak tercapai semuanya.
Namun bagaimanapun ia tidak akan mengecewakan kita. Berusaha terus berusaha
untuk mencapai apa sahaja hajat dan cita-cita yang diimpikan.
Semoga tahun
2013, akan terus memberi sinaran baharu yang lebih baik dan harmoni buat semua.
Tentunya dengan semangat dan azam yang tinggi, setiap antara kita akan beroleh
kejayaan yang diimpi. Bagi yang mengimpikan tahun ini mahu membaca buku dengan
sebanyaknya diucapkan berbanyak tahniah dan syabas.
Agar apa yang
diniatkan mendapat pahala di sisi Allah SWT. Menambah ilmu melalui dunia
pembacaan sangat menguntungkan diri sendiri, namun pembahagian masa perlu
dirancang sebaiknya agar nanti tidak mengangui tugas-tugas yang penting yang
perlu diselesaikan terlebih dahulu.Membacalah walau di mana sahaja selagi ada
masa untuk kita melakukannya.
Justeru,
untuk melakukan amalan murni ini perlulah semangat yang tinggi dan dorongan
diri sendiri agar amalan membaca sebati dalam jiwa kita. Insyallah apa yang
diimpi dan dicita-citakan akan mendapat kejayaan.
Sekian.
Jumpa lagi !.
Sunday, December 2, 2012
Kembali Lagi
Bertemu kembali setelah beberapa minggu tiada apa-apa pengisian yang saya dapat kongsikan di blog ini, laptop baharu sahaja sembuh dari sakit. Baharu hari ini dapat menulis semula, diam tak diam sudah masuk bulan disember. Sudah kepenghujung tahun 2012. Cepatnya masa berlalu, umur pun makin bertambah, semoga kita dapat bertemu lagi dan di panjangkan usia. Boleh lah berkongsi-kongsi ilmu dan sedikit pengalaman dalam hidup.
Bagaimana dengan dunia pembacaan sahabat semua ?. Agak-agak berapa banyak buku sudah di baca dan harap-harap semakin banyak dan ghairah membacanya ya. Alhamdulillah dalam masa laptop sakit ( rosak ) dengan izin Allah saya masih dapat meneruskan agenda membaca, paling malas sebuah seminggu. Itu pun kena paksa diri, maklum penyakit malas dapat dilawan hanya dengan yang empunya diri.
Membaca terus membaca.
Ok lah, sampai jumpa lagi.
Jom Membaca, Jom Menulis.
Sunday, November 27, 2011
Salam Maal Hijrah 1433H

Alhamdulillah dengan izin dan kebesaran kekuasaan-Nya,jua usia yang di pinjamkan kepada kita hingga ke hari ini (tahun baharu hijrah 1433H).Semoga segalanya di permudahkan dan beroleh kejayaan dengan apa yang kita usahakan selama ini.Dengan masuknya tahun baharu ini juga segala impian dan azam yang telah di bina dapat terus di realisasikan pada tahun ini.
Salam pertemuan di alam maya ini,terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang masih sudi berkunjung ke laman blog ini(JPMA).Lama juga tidak berkongsi-kongsi dalam dunia pembacaan.
Blog yang kosong dari pengisian sudah tentunya tidak dapat di manfaati oleh mereka yang berkunjung di sini(JPMA).Ribuan kemaafan buat sahabat semua dari saya.Namun dunia pembacaan saya masih berterusan,paling sedikit pun satu minggu hanya sebuah buku yang dapat di baca.Manakala dalam sebulan dalam 3 atau 4 buah buku dapat di beli dan seterusnya di cerna di minda.
Insyallah dengan azam dan semangat baharu di tahun 1433H,segala kekangan waktu akan di atasi sedikit demi sedikit.Perkongsian demi perkongsian dalam blog ini sedang dalam catatan,segala catatan sudah ada,tinggal sahaja mahu di tuliskan dan seterusnya di post di blog ini.
Sekali dengan ucapan ‘SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433H’,semoga segala apa yang telah kita usahakan di permudahkan dan di redai Allah SWT.
SEMOGA HIJARH INI,KITA TERUS DI BERI SEMANGAT UNTUK TERUS MEMBACA.
Tuesday, April 12, 2011
Ribuan kemaafan..!

Setelah beberapa bulan blog ini,senyap sepi dari sebarang pengisian,Insyallah kali ini akan bertemu lagi sahabat-sahabat blogger yang masih sudi berkunjung ke blog ini,dunia blog makin meriah dan rancak dengan kehadiran blogger-blogger baru,tegar dan yang tidak tegar,yang lesu dan yang tidak lesu,masih mantap dan bersemangat dengan dunia blog masing-masing.Syukur pada Allah,memberikan semangat untuk menulis dan berkongsi sesuatu dengan sahabat semua.
Terlebih dahulu,sebelum saya meneruskan penulisan ini,saya memohon ribuan kemaafan kepada semua sahabat blogger yang masih sudi berkunjung di blog ini,maklum sahaja asyik tiada perubahan dalam blog ini.Semoga dapat memaafkan saya.Insyallah,selepas ini JPMA akan berkongsi-kongsi minda dengan anda dalam dunia buku (Baca buku).
Dunia buku masih berterusan biarpun dunia blog saya senyap sunyi dari sebarang pengisian.Membaca terus membaca,beli buku tetap beli buku,namun ada beberapa berita gembira yang berlaku yang saya tidak berkesempatan dalam turut sama-sama menyertai dan mengunjunginya.
Antaranya,Karnival karangkraf yang telah di adakan pada penghujung bulan januari selama tiga hari,memang agak terkilan dan agak kecewa.Maklum terlepas harga diskaun dan murah.Apa boleh buat,tunggu tahun hadapan nampak gayanya.Apa pun masih ada lagi yang menunggu,Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,Pesta Buku Negeri Selangor dan yang lain-lain.
Satu lagi program yang di adakan di Perpustakaan Awam Negeri Selangor,iaitu ‘Program Bicara Karya-Menjana Kewarasan Minda’.Program anjuran PPAS dan PAKSI(Seniman Paksi Rakyat Malaysia).Konon-kononnya ingin menyertainya,namun gagal juga akhirnya,kerja pula.Maklum dah terlebih cuti bulan febuari.Dapat baca tulisan Abdul Shukur Harun dalam kolum cetusan idea berkenaan program ini,terubatlah rasa terkilan di hati ini.
Kesibukan adakalanya menyebabkan kita lupa seketika tentang minat dan hobi kita,namun tidaklah sampai di tinggalkan langsung,cumanya kurang sedikit dari yang biasanya,selalunya sebulan boleh empat atau lima buku yang di baca,bila sibuk jadi lah sebuah buku,yang penting jangan sampai tidak membaca langsung,takut beku pula minda ini.Membaca tetap membaca..!.Bagaimana dengan sahabat semua,tentu banyak tahun ni,baca buku.Tahniah dan syabaslah..!.
Jangan lupa terus membaca,setakat ini untuk pertemuan kali ini,semoga terus berkunjung dan berkongsi-kongsi minda.
Tuesday, November 16, 2010
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EID’DUL ADHA’ 1431H

Salam Eid'dul Adha 1431H
Namun membaca buku di waktu-waktu terluang masih tidak di abaikan,dengan izinnya masih dapat membaca buku-buku yang berada dalam bilik bacaan.Ada beberapa buah buku yang di beli masih belum di baca,apa pun semua ikut urutan untuk di baca.
Dalam pertemuan kali tidak ada apa yang ingin saya bicarakan,cumanya ingin mengucapakan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 1431H,semoga segala pengorbanan kita di terima Allah.Apa sahaja perkara yang kita lakukan mudah-mudahan menerima balasan yang baik dari Allah SWT.Jangan pula kita lupa pengorbanan yang di lakukan oleh Nabi Ibrahim,Nabi Ismail,Siti Hajar,mereka adalah pribadi contoh dalam merealisasikan erti pengorbanan kepada Allah SWT.
Setiap perjuangan pasti ada pengorbanan,apa jua bidang yang sedang kita ceburi sekarang,pasti memerlukan bukan sedikit pengorbanan,malah memerlukan pengorbanan tenaga,masa bagi merealisasikan apa yang kita impikan selama hidup kita.
Semoga di hari yang mulia dan penuh keberkatan ini,segala amal bakti kita di terima oleh Allah SWT.
Semoga di hari yang mulia dan penuh keberkatan ini,segala amal bakti kita di terima oleh Allah SWT.
‘BERKORBANLAH HARTA ATAU PUN NYAWA…DEMI ISLAM YANG TERCINTA…’
Sampai Jumpa Lagi..!
Thursday, October 7, 2010
Terima Kasih Kepada Pengunjung..!

Menulis satu medan dakwah
Perkongsian dalam blog ini adalah perkongsian ilmu,biarpun sedikit namun ada manfaatnya.Mungkin saya akan menggunakan kata nama ganti diri ‘aku’ dalam penulisan berbentuk monolog atau cerita ataupun rasahati,yang kadang-kadang untuk mendapatkan feel yang agak lain,Tetapi untuk penulisan yang berbentuk pandangan saya akan gunakan ‘Saya’ sebagai kata nama ganti diri.
Saya juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada seuruh sahabat-sahabat blogger yang berkunjung ke blog saya yang tidak seberapa ini,maklum sahaja saya bukan siapa-siapa,tiada yang istimewa ada pada diri saya,sekadar meluah pandangan,berkongsi minda,berkongsi rasa hati melalui blog ini.
Selain bercerita tentang buku,mengajak orang ramai supaya membaca buku,berkempen membaca buku,adakalnya penulisan saya berkisar tentang kehidupan,tentang diri itupun sekadar yang saya mampu dan apa-apa yang singgah di minda saya itulah yang dapat saya tuliskan dan kongsikan kepada sahabat-sahabat blogger semua.Saya bukanlah seorang penulis,Cuma sekadar pandai-pandai menulis(memandai).
Dan sebagai insan yang lemah saya mohon kepada sahabat-sahabat yang bijaksana,menegur mungkin ada kesilapan yang ada dalam penulisan saya.maklum tiada pengalaman dalam penulisan,menulis sekadar yang mampu dan ada pada minda sahaja.Menulis sebagai satu luahan diri,tanggungjawab kita sebagai insan yang di galakan ingat-mengingati,Nabi pun ada bersabda Sampaikan dari Aku walau satu ayat.
Jadi rasa saya ada tanggungjawab untuk sama-sama menulis mengajak kearah kebaikan,ini juga usaha dakwah yang di galakkan,masing-masing ada peranan.Menulis juga satu medan dakwah.Semoga segala yang saya tulis dalam blog ini ada manfaatnya pada sahabat-sahabat semua.
Saya juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada seuruh sahabat-sahabat blogger yang berkunjung ke blog saya yang tidak seberapa ini,maklum sahaja saya bukan siapa-siapa,tiada yang istimewa ada pada diri saya,sekadar meluah pandangan,berkongsi minda,berkongsi rasa hati melalui blog ini.
Selain bercerita tentang buku,mengajak orang ramai supaya membaca buku,berkempen membaca buku,adakalnya penulisan saya berkisar tentang kehidupan,tentang diri itupun sekadar yang saya mampu dan apa-apa yang singgah di minda saya itulah yang dapat saya tuliskan dan kongsikan kepada sahabat-sahabat blogger semua.Saya bukanlah seorang penulis,Cuma sekadar pandai-pandai menulis(memandai).
Dan sebagai insan yang lemah saya mohon kepada sahabat-sahabat yang bijaksana,menegur mungkin ada kesilapan yang ada dalam penulisan saya.maklum tiada pengalaman dalam penulisan,menulis sekadar yang mampu dan ada pada minda sahaja.Menulis sebagai satu luahan diri,tanggungjawab kita sebagai insan yang di galakan ingat-mengingati,Nabi pun ada bersabda Sampaikan dari Aku walau satu ayat.
Jadi rasa saya ada tanggungjawab untuk sama-sama menulis mengajak kearah kebaikan,ini juga usaha dakwah yang di galakkan,masing-masing ada peranan.Menulis juga satu medan dakwah.Semoga segala yang saya tulis dalam blog ini ada manfaatnya pada sahabat-sahabat semua.
Thursday, September 16, 2010
Selamat Menyambut Hari Malaysia

Malaysia Tahahair Tercinta
'Cintakan Tanahair sebahagian daripada Iman'
Semoga Malaysia terus aman dan makmur
Harapan kepada kepimpinan,semoga slogan Menjana Transformasi
benar-benar di realisasikan
jangan hanya tinggal slogan semata-mata
jadikan ianya realiti bukan fantasi.
Semoga Malaysia terus di berkati..Amin.!
Dengan Ucapan;
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA..!
Friday, September 10, 2010
SALAM AIDILFITRI 1431H
Di sempena Hari Raya ini,aku mohon ampun dan maaf kepada seluruh pengunjung blog ini,andai ada kata-kata dalam tulisan aku selama ini yang tidak baik atau menyinggung perasaan Anda,mohon di maafkan.
Semoga hari raya ini hari raya yang terbaik buat kita semua.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Monday, August 30, 2010
Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke-53

Salam kemerdekaaan..!
Kini Malaysia sudah 53 tahun dalam kemerdekaan,pelbagai kemajuan dan kejayaan telah dicapai dan dikecapi oleh segenap lapisan masyarakat.Kemajuan dan kejayaan ini sudah tentunya telah banyak mengorbankan keringat peluh ,tenaga bahkan nyawa sekalipun oleh mereka yang terdahulu,mereka yang memperjuangkan kemerdekaan,demi melihat Negara kita bebas dari penjajahan asing.
Harganya terlalu mahal buat mereka,biarpun mereka tidak meminta balasan.Namun sebagai warganegara yang prihatin dan menghargai jasa-jasa mereka yang terkorban dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air tercinta,kita haruslah mengetahui dan ambil peduli dengan setiap apa yang mereka lakukan untuk Negara kita hingga mencapai kemerdekaan,sehingga hari ini kita generasi yang terkemudian menikmati hasil perjuangan mereka,kemerdekaan ini haruslah dipertahankan walaupun dengan titisan darah sekalipun.
Nikmat keamanan yang Allah berikan kepada kita,sewajarnya di pertahankan dan kita menghargainya dengan rasa keinsafan.Sebagai sebuah Negara yang memilki pelbagai rumpun bangsa dan agama,marilah kita bersatu padu demi melihat Malaysia yang indah,makmur dan harmoni.berkasih saying di antara satu sama lain,eratkan perpaduan dan persaudaraan sesame kita di atas nama agama yang kita cintai dan di redai Allah SWT.Buangkan rasa keakuan pada setiap bangsa yang wujud dalam jiwa masing-masing,kita adalah masyarakat malaysia yang muhibbah.Kita adalah masyarakat Malaysia yang mahukan kesaksamaan,namun tidaklah sampai membelakangkan agama dalam kehidupan kita.
Inilah indahnya kehidupan masyarakat Malaysia yang unik,yang terdiri daripada tiga rumpun bangsa dan agama, Melayu dengan Islamnya,Cina dengan Budhanya,India dengan
Hindunya dan yang lain-lainya dengan bangsa dan agamanya,masing-masing berpegang teguh dengan kefahaman dan kepercayaan masing-masing tanpa menganggu-gugat kepercayaan masing-masing,mereka mengamalkan kepercayaan mereka dengan aman dan harmoni sekali…inilah Malaysia yang indah dan unik.Dengan anugerah keamanan dan keharmonian ini,janganlah hendaknya ada yang cuba membuat sesuatu yang boleh mendatangkan mudarat pada Negara kita.Setiap warga tidak kira melayu,Cina,India,Dayak,Kadazan dan yang lainnya mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan Negara kita.
‘Cintakan Negara Sebahagian Dari Iman’
Justeru itu,marilah kita sebagai masyarakat yang berjiwa petriotik,yang sayangkan negaranya,sama-sama menyumbangkan sesuatu untuk kemajuan dan kejayaan Negara untuk seterusnya,kita gunakan segala sumber kepandaian dan kebijaksanaan yang kita ada untuk Negara,bergantung kepada kelebihan masing-masing.Insyallah,dengan ini setiap warga tidak akan ketinggalan dalam memberi sumbangan kepada kemajuan dan kejayaan untuk Negara kita.Semoga harapan ini akan menjadi kenyataan pada satu masa nanti untuk melihat Malaysia menjadi sebuah Negara yang lebih terkenal ke seluruh dunia.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN..!
Wednesday, August 25, 2010
Terima Kasih..!

Nur Dania Balqis pun minat novel tau..
Alhamdulillah dengan izin Allah,hari ini dapat bertemu lagi,Syukur dapat berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat blogger semua,hari ni aku hanya sekadar ingin membuat serba sedikit ucapan untuk sahabat blogger yang juga seorang penulis.Oh ya..terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada sahabat-sahabat blogger semua,semoga puasa dan amalan kita di terima oleh Allah Swt.Semoga kita semua di lindungi dan di Rahmati Allah selalu.
Ucapan terima kasih saya tujukan pada sahabat,kerana hadiah buku-buku hasil tulisan beliau,yang berupa novel.Empat buah buku kesemuanya,termasuk satu novel terbaru beliau yang bertajuk ‘Sanubari Pujaan’.InsyaAllah akan aku baca kesemuanya nanti.Selain novel beliau juga menulis buku’Kasihmu Semerbak Firdausi’ yang kini berada di pasaran.Beliau sedang menyiapkan satu lagi buah fikiran yang terbarunya,untuk beliau aku ucapkan semoga sukses dan moga buku terbaru itu segera terbit.
Sekali lagi aku ucapkan terima kasih pada Puan Ruhana bin Mohd Zaki,hadiah buku itu sebagai satu perangsang buat aku untuk aku mulakan sesuatu untuk aku..kata-kata beliau pada aku..”Bila nak mula..?”.InsyaAllah akan mula.
Novel-novel tersebut;
1)Alunan Rindu-2006

2)Seteguh Cinta-2007

3)Jika Kau Kekasih-2008

4)Sanubari Pujaan-2010

Laman Blog: Aku Menulis Bukan Kerna Nama
Untuk Sinopsis Novel Sanubari Pujaan: http://afnisari.blogspot.com/2010/03/sanubari-pujaan.html
Friday, May 7, 2010
Salam Perjuangan..!
Assalamualaikum kepada anda semua yang sudi mengembara di blog baru saya ini,blog kedua..bercerita tentang Buku,Dunia Buku dan yang lain-lain..
Subscribe to:
Posts (Atom)





1.jpg)

