Followers

Showing posts with label Dari PTS. Show all posts
Showing posts with label Dari PTS. Show all posts

Monday, September 5, 2011

Tip Survival Penulis: Nama Penulis adalah Brand

Buku tulisan A.Samad Said


Dalam dunia bisnes yang sangat kompetitif hari ini, brand adalah sumber profit. Dunia bisnes buku pun serupa sahaja dengan bisnes-bisnes lain.1. Penerbit mesti menjadikan namanya sebagai brand terkenal. Justeru PTS mesti melaburkan wang bagi mempromosikan nama 'PTS' sebagai brand terkenal.

2. Penulis mesti menjadikan namanya menjadi brand terkenal. Contoh penulis yang namanya sudah menjadi brand adalah 'Ain Maisarah' dan 'Abdul Latip Talib'.

3. Penterjemah mesti menjadikan namanya brand terkenal. Nama penterjemah boleh menyebabkan buku yang diterjemahkan laku ataupun tidak. Pembaca juga boleh meminati gaya terjemahan seseorang penterjemah.

4. Pekomik mesti menjadikan namanya brand terkenal. Pekomik ada seperti penulis, mereka mempunyai peminat masing-masing.

5. Ilustrator buku mesti menjadikan namanya brand terkenal. Ilustrator juga boleh menyebabkan buku laku ataupun tidak.

Buku adalah barangan konsumer. Dalam dunia bisnes barangan konsumer, brand adalah segala-galanya. Bagitu banyak pilihan di hadapan mata. Akhirnya brand menjadi pilihan.

Ada brand, ada profit. Tidak ada brand, tidak ada profit.



Dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA).

Thursday, September 1, 2011

Mandala Dunia Kedua: Novel Terakhir Tuan Azizi Abdullah?

Allahyarham Haji Azizi

Allahyarham Haji Azizi meninggal dunia akibat sakit jantung setelah lebih enam bulan dirawat di hospital berkenaan. "Mandala Dunia Kedua yang diterbitkan bersama PTS Litera Utama mungkin karya terakhir yang ditulis oleh Ustaz Azizi Hj Abdullah," jelas Pengurus Tuan Rohidzir Rais kepada wakil media PTS.

Menurut Tuan Rohidzir Rais, novel Mandala Dunia Kedua ini ditulis sebahagiannya ketika Allahyarham Azizi berada di hospital. "Saya terharu apabila dalam perbualan telefon, ustaz menyatakan yang dia menyerahkan sepenuhnya kepada saya bagi menguruskan novel ini. Kepercayaan besar yang diberikan ini sangat menyentuh hati saya," ujar Tuan Rohidzir lanjut.

Novel yang akan diterbitkan pada pertengahan bulan hadapan ini sudah dipruf sendiri oleh Allahyarham Azizi Haji Abdullah sendiri sepanjang beliau berada di hospital. Tuan Rohidzir menjelaskan, hakikatnya kebanjiran novel Islami dalam pasaran di Malaysia serta dari PTS Litera Utama adalah buah ranum yang terhasil daripada Ustaz Azizi yang terlebih dahulu membajak tanah, menanam benih dan menyiram novel Islami ini dalam karyanya.

"Mungkin ada yang menolaknya dan mengaitkan kebangkitan ini dengan Habiburrahman dari seberang. Sedangkan Ustaz Azizi sudah lama memperjuangkan konsep halal dan haram penerbitan dalam karya-karya beliau. Perjuangan tauhid dan Tuhan sudah sinonim dengan karya beliau. Lebih menggagumkan lagi, novel-novel tauhid ini dihasilkan ketika dunia sastera Malaysia pada ketika itu sedang mabuk dengan teori barat yang menghalalkan segalanya atas nama seni," kata Tuan Rohidzir lagi.

Sumber: PTS

DEMI MASA