Followers

Thursday, April 30, 2015

Buku Pengusung Peradaban



"Buku merupakan pengusung peradaban. Tanpa buku, sejarah menjadi sunyi, sastera menjadi bisu, ilmu pengetahuan lumpuh, serta fikiran dan spekulasi terhenti."
~~~~Barbara Tuchman~~~~
Petikan dari buku; BUKU KEKASIH, Shahrom TM Sulaiman

Wednesday, April 29, 2015

PBAKL 2015: Harap-Harap Tidak Melepas Lagi




Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 telah berlangsung sejak 24hb yang lepas, tinggal beberapa hari sahaja. Masih belum berkesempatan untuk ke sana. Harap-harap tidak melepas seperti tahun lepas. Pesta buku tahunan ini sudah pasti menjadi medan pencarian buku oleh para pencinta buku tanah air. Jauh dan dekat bukan halangannya, bila hati sudah suka dan cinta, semua halangan pasti boleh diharungi.

Sahabat saya seorang penulis, sudah sampai di Kuala Lumpur hari ini. Selain untuk mencari-cari buku, beliau akan turut serta memeriahkan jualan buku dan bertemu para pembaca, kerana buku hasil karya beliau telah siap dicetak dan boleh dimiliki oleh khalayak. Sejauh Negeri Sabah beliau datang demi untuk bersama memeriahkan program buku. Kita yang dekat-dekat ini, rugilah jika tidak mengambil kesempatan yang ada, terutamanya mereka yang obsess dengan buku.

Melihat buku-buku yang dibeli oleh rakan muka buku dari hasil pencarian di Pesta Buku tersebut menyebakan hati ini tidak karuan untuk segera ke sana. Menurut maklumat, sebanyak 900 booth jualan buku terdapat di sana. Pelbagai penerbit buku yang turut serta, tentu sekali diskaun untuk buku-buku jualan mereka untuk para pembeli mereka. Penerbit besar seperti Kumpulan Karangkraf, PTS, Galeri Ilmu, Telaga Biru dan yang selainnya, sudah pasti bersaing dengan hebatnya.

Harga diskaun itulah yang dinanti-nanti oleh para peminat buku, tentunya tanpa GST!


Ya…begitulah penangan buku, ramai-ramai serbu ke PWTC Kuala Lumpur…

Baca Buku Jom!

Tuesday, April 28, 2015

Belian Buku Bulan April 2015



Alhamdulillah, sebahagian buku-buku tersebut sudah ada yang habis dibaca, Manakala yang lain-lain menunggu giliran masing-masing . Dunia buku Masshah, semakin hari semakin ghairah membeli, mengumpul buku-buku bagi mengisi Bilik Buku. Semenjak dua menjak ini ghairah sungguh membeli buku secara online. Pantang melihat buku yang menarik pada pandangan saya, terus mahu membeli. Namun untuk tempoh beberapa hari dan minggu ini, saya terpaksa kawal keghairaan ini.

Sebenarnya untuk mencari buku di Pesta Buku Kuala Lumpur yang sedang berlangsung sekarang. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini, mahu pergi ronda-ronda cari buku di Pesta Buku tersebut. Tidak sabar rasanya untuk ke sana. Harap-harap tidak seperti tahun lepas...MELEPAS..

Semoga Allah SWT memberikan waktu dan kesempatan untuk saya ke sana. Amin Ya Rabb...!!!

JOM BACA!

Friday, April 17, 2015

Tanamkan Cinta Buku


"Menanamkan cinta buku pada diri seorang anak, harus dimulai dari rumah di mana anak tersebut berada"

*Dalam buku SPIRITUAL READING*

Sunday, April 12, 2015

Jangan Sekadar Teruja




Kita kadang-kadang sering teruja melihat sesuatu betul tak?. Lihat kawan kita boleh buat sesuatu yang kita sukar mahu lakukan sering kita berasa teruja,kagum, dengan kepandaian atau kebolehan seseorang. Mulut kita pun sering melontarkan kata-kata kekaguman…WOW!, hebatnya, terujanya…dan yang seumpamanya.

Bila kita lihat kawan-kawan kita memaparkan koleksi buku-buku di rak masing-masing di laman sosial seperti muka buku, blog, instagram dan sebagainya, kita akan rasa teruja dan kagum, lantas menulis komen atas keterujaan itu. Salah ke teruja?. Tak salah, tiada sesiapa pun menghalang untuk kita teruja melihat sesuatu. Hak masing-masing boleh melihat dan menilai.

Cumanya, jika boleh bukan sekadar teruja sahaja, jika kita boleh mencontohi kan’ itu lebih baik, bukan sekadar teruja selepas itu tiada apa-apa tindakan selanjutnya, contohnya seperti di atas tadilah.Mungkin pada mulanya amat sukar atau payah mahu mencontohinya. Tidak sepenuhnya pun, mungkin setakat yang kita mampu buat, setelah dicuba berkali-kali, akhirnya gagal juga, maka pasrah, memang takdir kita tidak semudah itu untuk mengikut cara mereka.

Jika kita teruja melihat kawan-kawan boleh menyediakan ruang bacaan di rumah, di sudut mana-mana di dalam rumah, kita teruja melihatnya, sedang kita belum lagi mempunyai seumpamanya, lalu kita ada niat mahu mengikuti cara mereka, segeralah mulakan sedikit demi sedikit. Mungkin pada awalnya, sediakan satu rak di sudut bahagian rumah, susun dengan kemas dan cantik, letak bahan bacaan yang kita ada, mungkin majalah, akhbar dan buku, lihat selalu.

Saya yakin lama kelamaan naluri keseronokan akan muncul di dalam hati. Ghairah membaca akan bertambah, apatah lagi mahu membeli bahan bacaan kegemaran, tidak kisahlah apa sahaja bahan bacaan yang diminati. Buku agama, novel, cerpen, buku puisi dan sebagainya. Perasaan di hati sudah berkira-kira, jika nanti bahan bacaan bertambah, rak buku mesti kena tambah, atau ubah tempat sudut bacaan ke sudut yang lain.

Dulu-dulu sewaktu bujang begitulah saya. Sering berangan-angan, jika ada bilik buku sendiri alangkah seronok dan indahnya…memang pun waktu itu saya sudah mulakan sedkit demi sedikit mengumpul buku-buku yang sudah habis dibaca, alangkah indahnya buku-buku akan bertambah dari sebulan ke sebulan, tahun ke setahun, lama-lama ber-rak-rak buku adanya.

Mana mungkin hati tidak seronok melihat semakin hari impian dari angan-angan tercapai. Setakat ini, Alhamdulillah, saya sediakan bilik untuk menyimpan koleksi buku-buku yang saya kumpul dari zaman bujang hinggalah sudah berkawin. Jadi tidak salah, jika kita mulakan dari perasaan teruja hingga kita berjaya merealisaikan seperti orang lain lakukan.

Apa pun, lakukan apa sahaja yang dapat mengembirakan hati kita. Saya percaya setiap dari kita ada punya keinginan masing-masing. Semoga keterujaan kita dalam melihat sesuatu dapat menginspirasikan diri. Insyallah, jika orang lain boleh lakukan, mengapa tidak kita.


Jom Membaca!.

DEMI MASA