Followers

Showing posts with label Belian Buku 2016. Show all posts
Showing posts with label Belian Buku 2016. Show all posts

Saturday, November 5, 2016

Belian Bulan November 2016

Kedai buku Sinar Bistari tempat biasa untuk mencari buku-buku yang dibeli setiap bulan. Kini sudah bertukar nama Kedai Buku BOOK2U.


Buku-buku pilihan bulan November 2016, enam buah dari penerbitan berlainan.


Tiga buah buku pilihan anak perempuan.


Tiga buku pilihan anak lelaki.


JOM TERUS MEMBACA!

Sunday, February 14, 2016

Belian Kedua Bulan Febuari 2016M



Dua buah buku genre sastera puisi mewarnai 'BILIK BUKU'


Dua buah buku lagi untuk bulan febuari 2016M. Buku genre sastera puisi, Kumpulan Puisi terbaharu dipasaran. Sebuah buku terbitan DBP dan sebuah buku terbitan IBH KHIDMAT.

Antologi Puisi 'Titis Darah Kanang'
Dan Antologi Sajak 50 Penyair 'Istiqamah Bahasa'

Untuk buku Antologi Puisi 'Kopi Sastera' ia merupakan hadiah dari seorang penulis dan juga penyair Qalam Bertinta.


Membaca selagi masih ada hayat lagi!


Saturday, February 6, 2016

Belian Pertama Bulan Febuari 2016M



KITAB AL-TAUDHIH





Alhamdulillah, belian pertama untuk bulan Febuari sudah kunjung tiba pagi semalam.

Sebuah kitab Karangan Imam Al-Nawawi, hasil terjemahan dan syarahan oleh Sohibus 
Samahah Dr.Zulkifli Bin Mohammad Al-Bakri.

KITAB AL-TAUDHIH-Panduan Lengkap Ke Arah Kesempurnaan Ibadah Haji dan Umrah. Terbitan Pustaka Cahaya Kasturi, 2016.

Bagus untuk bacaan dan rujukkan semua yang bercita-cita untuk menunaikan ibadah Umrah dan Haji.


Baca jom!


Membaca selagi hayat masih ada!

Friday, January 29, 2016

Belian Kesepuluh Januari 2016M


Sebuah lagi buku untuk Januari 2016M. Buku terbitan eSastera Enterprise, 'Deklamasi Puisi', tulisan bersama Puzi Hadi dan Dr.Irwan Abu Bakar.

Bagi saya, ini sebuah buku rujukan bagi yang mahu tahu tentang ilmu mendeklamasikan 
puisi. Peminat sastera, seharusnya memiliki buku ini.









Membaca selagi masih ada hayat!

Wednesday, January 27, 2016

Belian Kesepuluh Januari 2016M


Sebuah lagi buku untuk bacaan santai. Buku betajuk 'Jangan Cakap Ayah Tak Payung', tulisan Rani Kulup. Terbitan Utusan Karya.


Juga tak ketinggalan 2 buah majalah terbitan DBP dan Majalah Solusi.





Membaca selagi hayat masih ada!

Belian Kesembilan Januari 2016M


Tiga belas buku telah sampai, 8 buah buku terbitan Studio Anai-Anai dan 5 buah buku terbitan Sindiket Soljah, belian melalui online. Buku-buku indie menjadi kegemaran terbaharu saya...ia akan mewarnai BILIK BUKU dan menjadi koleksi di dalamnya.

Beli, baca dan simpan menjadi koleksi dalam Bilik Buku...










Membaca selagi hayat masih ada!

Tuesday, January 26, 2016

Belian Kelapan Januari 2016M


Lagi, sebuah buku karya dari penulis berasal dari Negeri Di Bawah Bayu, Sabah. Telah selamat sampai. Kumpulan Cerpen terbaharu beliau, 'Sang Pemberitahu'. Bakal menjadi bacaan dan koleksi 'BILIK BUKU'.

Buku terbaharu Rafi Harumin










Bergambar bersama penulis Rafi Harumin, sewaktu di PBAKL 2015

Membaca selagi hayat masih ada!

Monday, January 25, 2016

Belian Ketujuh Januari 2016M







Dua buah lagi buku telah selamat sampai. 
Terbitan THEBOOKU, tulisan Faiz Ibrahim. Akan menjadi koleksi 'BILIK BUKU'

'Jadikan buku sebagai teman istimewa'




Membaca selagi masih ada hayat!

Sunday, January 24, 2016

Belian Keenam Januari 2016M









Lagi dua buah buku baharu. Dua buah buku panduan belajar bahasa.
Gara-gara mahu belajar bahasa Jepun. Dua buah buku 'Mari Belajar Bahasa Jepun' Tahap 1 dan 2. Tulisan Liza Sensei...InsyaAllah, ada masa mahu ambil kelas bahasa Jepun...semangat terus..kik3...

Buat sementara, biar buku ini akan menjadi panduan.

Arigatoo gozaimashita Puan Liza Sensei!


Membaca selagi masih ada hayat!

Saturday, January 23, 2016

Belian Kelima Januari 2016M


Buku baru lagi untuk bulan Januari 2016. Buku-buku karya penulis dari Kelantan Darul Naim,Tuan Hasyem Latiff. Dua set, satu set untuk bacaan anak-anak di Bilik Buku dan satu set untuk infaq sebuah Madrasah.







Membaca selagi masih ada hayat!

Sunday, January 17, 2016

Belian Buku Keempat Januari 2016M



Bertambah lagi koleksi buku puisi di dalam 'BILIK BUKU'. Malam tadi baru mengambinya dari kawan muka buku, juga seorang penulis dan penyair. Duduk di mukim yang sama, tapi baru sempat buat pertemuan tadi.

Alhamdulillah banyak perkongsian yang diberikan darinya, berkaitan penulisan puisi. Terima kasih banyak-banyak buat sahabat baru, nama pena beliau, Qalam Bertinta. Semoga ukhwah ini terus terjalin dan berterusan sampai bila-bila.

Aaamiin Ya Rab!!!

Berkaitan buku Derita Rakyat, sebuah antologi puisi dari penyair-penyair yang peka berkaitan permaslahan rakyat. Semua dilontarkan dalam bentuk puisi. Saya belum membaca dan hadaminya, hanya sekadar menyelak-nyelak muka surat sahaja. Akan dibaca nanti. Terbitan PAKSI. Harga cuma RM20.00 sahaja.

Sesiapa yang meminati puisi boleh memilikinya.

Membaca selagi ada hayat!

Friday, January 8, 2016

Belian Buku Ketiga Januari 2016M

Alhamdulillah buku yang dipesan semalam sudah sampai. Seusai solat jumaat singgah di rumah emak. Memang niat untuk menunggu POS LAJU menghantar buku-buku tersebut. Sekitar jam 2.30n petang, buku-buku yang ditunggu tiba.

Buku-buku terbitan BUKU HITAM .

Sebanyak 10 buah buku, kesemuanya buku-buku koleksi cerpen. Harga setiap satu cuma RM5.00. Kemungkinan penghabisan stok.

Sahabat-sahabat pencinta buku yang ingin membeli buku tersebut boleh klik FB BUKU HITAM
atau Whatsupp no hp seperti yang tertera di banner dibawah ini.

.










Membaca selagi hayat masih ada!

Tuesday, January 5, 2016

Buku Lagi Untuk Januari 2016M

Semalam punya cerita; 

Seusai selesai menghantar dan mendengar taklimat sekolah anak semalam, sekitar jam 9.30 pagi, saya bersama Muhammad Anas singgah ke Kedai Buku Sinar Bistari di Tesco Setia Alam. Mencari-cari bahan bacaan untuk diri sendiri dan koleksi 'BILIK BUKU'

Sepuluh buah buku dapat dibeli, kesemuanya mendapat diskaun 10%, dengan menggunakan Kad Keahlian. Itu untungnya bila ada kad ahli. 

Buku...buku...dan buku....





Sepuluh buah buku menjadi pilihan




Tiga buah buku dari rumah penerbitan MustRead.

'Mengait Cinta Di ISTANBUL'



'Apa Jadinya Hidup Tanpa Islam'



'Ada Iman Baru Syok, Ada Fight'



Tiga buah buku dari rumah penerbitan Galeri Ilmu.


'Suami Yang Teruji'




'Q&A Perihal Rasulullah'



'Hanya Dia Untukku'



Sebuah buku novel dari rumah penerbitan Buku Prima

'Awek Buku Cornflakes Madu'





Sebuah buku dari rumah penerbitan Dubook

'Membedah P.Ramlee




Dua buah buku dari rumah penerbitan Al-Hidayah House Of Publishers Sdn Bhd.

'Ya Allah...Tiba-Tiba Kini Saya Telah Tua!




'Panduan Solat Untuk Orang Sakit'


Membaca selagi hayat masih ada!

Monday, January 4, 2016

Buku Lagi Untuk Januari 2016M

Malam tadi ronda-ronda Pasar Malam di Pekan Meru. Selain cari makanan zahir, cari juga makanan batin...kik3...bukulah tu. Sebuah buku dibeli, tulisan Imran Burhanuddin dan Ustaz Azhar Idrus. Buku bertajuk FOTOGRAFI GAYA MUKMIN-Panduan Fekah Seni Foto, terbitan PTS. 

 Baca sinopsisnya dibelakang buku berkaitan dengan fotografi, lebih berkaitan perbincangan fikah, tentang hukum-hukumnya. Sesuai untuk jurufoto profesional Muslim dan sesiapa sahaja yang bukan jurufoto profesional, taraf amatur pun kena baca.

Kata Ustaz Azhar Idrus:

"Doh kalu nak tahu lebih, kena bace le..."

Tapi kalau tak beli macam mana nak baca dan tahu kan'...

Ok! Selamat membeli dan selamat membaca!







Membaca selagi hayat masih ada!

Saturday, January 2, 2016

Buku Pilihan Hati 2016

Seperti biasa, susai membeli barang-barang dapur di Tesco Setia Alam, saya akan ke distinasi kegemaran, Kedai Buku Sinar Bistari. Mencari buku-buku pilihan hati untuk bacaan tahun 2016. Tiga buah buku menjadi pilihan hati untuk dibaca dan akan menjadi koleksi 'BILIK BUKU'.

Selain buku dua buah majalah menjadi pilihan untuk bacaan santai, Majalah ANIS dan Majalah MASKULIN. Sewaktu usia muda dulu, Majalah MASKULIN memang menjadi bahan bacaan saya, bila dah masuk usia lebih dewasa sudah tidak lagi membelinya. 

Entah mengapa tiba-tiba mahu membelinya, mungkin dek' kerana muka hadapannya wajah Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir...

Untuk anak-anak juga tidak lupa, seperti biasa anak-anak akan memilih majalah kegemarannya. Mudah-mudahan mereka akan terus berminat membaca. Menjadi generasi Iqra, generasi berilmu dan bermaklumat. Juga tidak lupa akan mengamalkan apa yang dibacanya.

Aamiin Ya Rabb!


'AKU BUKAN USTAK YUTIUB' karya Mufarwa Farid. 
Terbitan NUBOOK


Sebuah buku terbitan DUBOOK 
bertajuk MAAF AKU BUKAN LAGI TROTSKY KAMU SEMUA. 
Tulisan  Lucius Maxsimus.


Sebuah buku BIOGRAFI SYEIKH ARSYAD AL-BANJARI
 terbitan Karya Bistari Karangkraf. Tulisan Abdul Rahman Hj. Abdullah.



Majalah Anis dan Maskulin 2016


Bacaan pilihan anak-anak


Membaca selagi hayat masih ada...

Baca jom!


DEMI MASA