Catatan pertemuan dengan penulis, pemuisi(Tri-V AGI) dan
juga seorang pelukis ini ditulis di sini bertujuan untuk dokumentasi pribadi
penulis sendiri. Ia merupakan hari yang bermakna buat penulis, maklum sahaja
bertemu dengan penulis yang diminati. Tentu ia merupakan satu sejarah indah
dalam hidup buat penulis kecil (penulis blog) seperti aku ini.
Sesiapa pun, yang pernah menemui atau berjumpa orang yang
diminati tentu perasaan teruja pasti bertunjang di dalam hati. Rasa gembira dan
seronok pasti menyelubungi hati. Lebih-lebih lagi orang yang kita sukai atau
minati itu, seorang yang cukup dikenali dalam bidang yang diceburi di dalam negar
dan luar negara.
Catatan-catatan ini merupakan detik-detik perkenalan dan
pertemuan di antara aku dengan Abdul Ghafar Ibrahim atau lebih mesra dipanggil
dikalangan pelajar-pelajar beliau Ayah Agi, manakala dikalangan sahabat-sahabat
sastera, beliau lebih dikenali dengan AGI@Abdul Ghafar Ibrahim.
Saya lebih mesra dengan panggilan Pak Agi, melalui sms
atau panggilan sewaktu bertemunya. Nah nikmatilah catatan ini, jika ada manfaatnya,
ambil sebagai bahan motivasi diri atau ibrahnya jika ada.
Catatan Pertama: Berhubung Melalui Facebook:
Detik Pertama: Memesan Buku Karya Pak Agi
Seperti pagi-pagi yang lalu, aku memang selalunya lewat
tidur, hingga ke hujung hari, sekitar jam dua atau tiga pagi baharu aku bisa melelapkan
mata. Biasa akau gunakan untuk online sambil menulis apa-apa di dalam laptopku,
adakalnya aku membuat kemaskini blog yang aku bina.
Selebihnya aku, cuba melayang-layang masuk ke facebook
teman-teman atau pun laman-laman facebook yang disukai. Pagi ini aku cuba
mengintai-ngintai di laman facebook Tri-V AGI, Aku cuba email di fb Tri-V AGI
untuk memesan lima buah buku tulisan Pak Agi Ghafar Ibrahim:
Pagi Isnin: 1:32pagi
“Aslkam Pak AGI, saya mahu beli buku cakap2 puisi dan apa
orang kata fasal AGI.”
BOLEH dapatkan no akaunnya?”
Aku menerima balasan email ku pada sekitar jam 1:39petang
esokny, Pak Agi menjawab email tersebut:
“Baiklah.sila beri alamat rumah dan nmbor fon untuk sya poslajukan.sila lihat senarai 10
judul bukuku andai mau tambah order salam.”
Oleh kerana aku kerja petang, sebelah malam baharu aku
ada kesempatan untuk periksa kembali email dan balas email yang Pak Agi jawap
malam tadi. Sekitar jam 9:25malam (Isnin malam selasa). Saya tulis lima buah
buku untuk dipesan, sebelum itu aku semak semula senarai buku-buku tersebut di
fb Pak AGI.
Akhirnya, aku dapat pilih buku tersebut dan terus mesej
di fb Pak Agi.
“Assalamualaikum Pak AGI, Saya mahu pesan buku-buku
tersebut:
1) CAKAP-CAKAP
PUISI- RM25
2) REFLEKSI
PENYAIR (KUMPULAN WACANA)- RM18
3) APA
ORANG KATA TENTANG AGI- RM25
4) WARKAH
BIRU (KUMPULAN WACANA)- RM15
5) CITA
CINTA PUISI- RM17
NAMA: ZAMAN SHAH BIN SAIYAN
LOT 2801 JALAN BELIMBING 41050, MERU KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN.
NO HP: 0133798684
Perbualan Melalui Telefon Bimbit Dengan Pak Agi
Sedang aku duduk di hadapan laptop, berfacebook, saya
perasaan telefon bimbit aku berkelip-kelip lampunya, aku sailent rupanya, bila
aku semak kembali sudah masuk dua kali membuat panggilan. Kali kedua baharu aku
perasaan, aku jawap panggilan tersebut’
“Halo siapa ni”. Tanya ku
Aku antara dengar tak dengar.
“Agi...Pak Agi” kata suara itu
“Ohhh...Pak Agi”. Jawap aku, aku agak teruja,
maklumlah penulis sendiri membuat panggilan. Tak disangka-sangka pula.
Lebih kurang sekitar 3 atau empat minit kami berbual
pasal pesanan buku, Pak Agi kata, dia selalu lalu Meru, tempat kerjanya pun di
UITM Puncak Perdana, Pak Agi pensyarah di sana. Jadinya Pak Agi nak hantar
buku-buku yang aku pesan terus ‘by hand’, adakan pertemuan untuk jumpa di mana-mana.
Boleh makan-makan dulu nanti, Aku beritahu pada Pak Agi, kita jumpa di Petronas
Pekan Meru. Apa-apa hal aku akan buat panggilan pada Pak Agi kata aku pada Pak
Agi.
Dalam hati aku waktu itu berkata-kata..., “Wah esok
nak jumpa penulisnya sendiri”. Rasa teruja sekali. Insyallah, esok jika
tiada aral melintang saya akan bertemu seorang penulis, pemuisi, pensyarah,
pelukis dan pendeklamator puisi Tri-V Agi.
Detik Kedua: Pertemuan
Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT, dengan izin-Nya,
dapat juga bertemu dengan Pak Agi. Sekitar jam 1:15petang. Temujanji yang telah
dibuat dapat direalisaikan petang ini (4hb 03 2014-Selasa),
sekitar jam 12:45 tengah hari aku, bermotosikal ke Petronas Pekan Meru seperti
dijanjikan. Sementara menunggu Pak Agi sampai aku ke ATM untuk mengeluarkan
beberapa ringgit untuk buku-buku yang aku beli nanti.
Sedang dalam barisan menunggu giliran, tiba-tiba telefon
bimbit ini berbunyi, segera aku menjawabnya. Dalam hati, oh Pak Agi membuat
panggilan;
“Saya akan sampai sekitar 20 minit lagi” Kata Pak Agi.
“Saya pun sudah sampai Pak Agi, dekat petronas ni...”
Jawab aku.
“Oh...ya ke, maafkan saya...” Kata Pak Agi.
“Saya pun baru sampai juga, tak apa” Kataku.
Selepas mengeluarkan duit, aku terus mengisi minyak
motorku, sementara menunggu Pak Agi sampai aku lepak di warung kuih, di tepi
bahagian depan petronas. Di situ terdapat seorang berbangsa cina sedang
menunggu kawannya katanya bila aku cuba menyapa. Satu persatu kenderaan yang
belok ke arah stesen minyak petronas aku perhati, manalah tahu orang yang aku
mahu jumpa kelihatan sudah muncul.
Kelihatan petang ini panas cuacanya, pagi tadi bukan main
lebat hujan turun di Meru dan juga Pekan Kapar. Mungkin pembenihan hujan yang
dilakukan oleh pihak yang berkenaan, dengan izin Allah SWT, pagi tadi hujan
dengan selebat-lebatnya. Syukurlah sudah beberapa hari tidak hujan. Mataku
terus melilau melihat kenderaan yang masuk ke arah stesen petronas.
Akhirnya Ku Temui
Kelihatannya seperti Pak Agi sedang membelokkan
kenderaannya ke arah Petronas, Pak Agi pusing menuju ke arah tempat yang sedang
aku menunggunya. Aku cuba melambainya, di membalas lambainnya ku, dan parking
di sebelah warung, serta membuka pintu kenderaannya.
“Masuklah...kita makan dulu” Kata Pak Agi, sambil
bersalaman.
“Saya nak letak motor saya dulu” Kataku pada Pak Agi.
“Ya..silakan” Jawabnya.
Selepas aku meletakkan motor aku di hadapan kedai
membaiki komputer, aku terus meluru ke kenderaan Pak Agi, aku masuk duduk
disebelahnya.
“Apa khabar?” tanya Pak Agi
“Sihat, Alhamdulillah...” Jawab aku.
“Kita makan dulu, tempat yang biasa saya makan tiap
petang”
Pak Agi memberitahu aku, kebiasaannya waktu petang dia
akan makan di satu warung yang unik, di Pekan Meru ini. Aku cuba
mengingat-ingatkan warung yang dimaksudkan. Maklum sahaja aku jarang sekali
makan-makan di Warung bahagian Pekan Meru.
“Oh...warung yang ada, motor tergantung ke...” tanya aku pada Pak Agi untuk
kepastian.
“Ya, ya, ha’ah...tempatnya unik berseni..”. Jawab Pak Agi.
Pak Agi memusingkan kenderaannya untuk menuju ke arah ke
Klang, mencari warung tersebut. Aku sudah agak warung tersebut, bersebelahan
dengan stesen minyak BP. Ya, sudah nampak, malam memang nampak cantik,
unik...siang...ha...ha...ha, begitulah gayanya warung tersebut. Kelihatannya
tidak ada apa-apa, belum buka lagi. Pak Agi tanya dengan seseorang yang di
situ. Orang itu memberitahu, sebelah petang baharu buka nanti.
Sembang-Sembang Sastera
Pak Agi parking di situ kenderaannya. Kami berjalan-jalan
bersama menuju ke Restoran Bistro Minang yang berhadapan dengan stesen minyak
petronas. Aku tolong bawakan beg yang berisi buku-buku, sudah tentu itu
buku-buku yang aku pesan.
Kami memilih meja di hadapan pintu masuk restoran, sampai
sahaja di restoran itu, kami terus memilih menu kegemaran masing-masing. Aku
memilih ikan keli, sayur sedikit dan minuman air sirap limau. Pak Agi dengan
pilihannya. Masing-masing berselera makan, Pak Agi dengan tugasnya pensyarah di
UiTM, baharu selesai bertugas terus ke Meru untuk temu janji kami. Tentu penat.
Penulis yang aku minati kini benar-benar di hadapanku,
rasa teruja seronok apatah lagi, sambil makan kami bersembang-sembang. Aku
memberitahu padanya, minatku membaca sekitar berita sastera dan artikel-artikel
sastera di akhbar mahupun majalah sastera dan juga buku-buku sastera. Ada
menulis sajak di Portal Esastera.com, kelolaan Dr. Irwan Abu Bakar. Pak Agi
memberitahu, Dr.Irwan merupakan kawannya, sudah tentu kawan dalam dunia
sastera.
Banyaklah yang Pak Agi kongsikan dalam sembang-sembang
sastera petang itu. Persepsi orang tentang sastera juga diberitahu pada aku.
Berkecimpung di arena sastera tanahair sudah 50 tahun lamanya, bermacam ragam
pengalaman kehidupan dalam dunia sastera dilalui sehingga kini. Pak Agi
dikenali sebagai pembawa puisi berbentuk yang keratif, belum ada penganti
setakat ini, dalam konsep yang diberi nama TRI-V AGI-VERBAL, VOKAL DAN VISUAL.
Pak Agi memberitahu, pernah seorang penulis terkenal SM
ZAKIR menyatakan padanya seusai mendeklamasikan sajaknya di program baca puisi
bulanan di Rumah Pena, tidak ada orang yang boleh buat macam Pak Agi. Juga
semasa Pak Agi mendeklamsikan puisi Wak Saring Sirad@Ismas Saring di Shah Alam,
Wak Saring Sirad memberitahu pada Pak Agi, Wak Siring Sirad pun tak boleh buat
atau baca puisinya sendiri seperti Pak Agi buat. Itulah dia, kelebihan yang dimilikinya.
Senang kata, cara orang berlainan. Pak Agi unik dan berlainan sekali.
Kenyataan ini boleh dibaca dibuku Pak Agi yang bertajuk ‘Apa
Kata Orang Tentang Agi-Abdul Ghafar Ibrahim’. Macm-macam orang kata tentang
Pak Agi. Bukan setakat orang-orang sastera di dalam negara tetapi menjangkau
luar negara. Begitulah hebat dan kelebihan yang dimiliki oleh Pak Agi. Untuk
yang selebihnya, kawan-kawan boleh cari buku tersebut. Lagi satu Pak Agi tidak
sombong, sungguh peramah, bila saya baca buku yang saya nyatakan di atas,
memang betullah telahan aku. Dalam buku tersebut, Nik Nizi Husin (1982)
menyatakan dalam tulisannya;
“Suaranya bersahaja, peramah dalam perbualan biasa
akan berubah menjadi suara bernada, garau, keras apabila membacakan
puisi-puisinya”.
Pak Agi menceritakan pengalamannya sewaktu membuat
ceramahnya di beberapa tempat seperti di Sekinchan, beliau membacakan puisinya
dengan sepenuh perasaan, ada yang terkesan dengan bait-bait puisinya yang
sungguh mengesankan pendengarnya, ada yang menitiskan airmatanya. Bila yang lahir
daru hati, maka ia akan jatuh ke hati juga, saya menyampuk percakapannya.
Memang tidak heranlah jika ada yang menangis, melihat gaya penyampaian yang
sepenuh jiwa pasti ada yang terkesan di hati.
Paling suka saya melihat gelagat Pak Agi membacakan
puisinya secara berlagu dengan sepenuh hati, itu Pak Agi baca sambil duduk, tak
tahu apa yang dilakukan bila berdiri pula bila membaca puisinya itu. Sambil
duduk pun sungguh memikat apatah lagi berdiri. Sambil dikerling pekerja
restoran tersebut, Pak Agi semacam biasa dengan situasi begitu. Aku sempat
mencapai kamera digital, merakam gaya Pak Agi membaca puisinya. Aku ada sempat
dowanload video tersebut ke dalam youtube. Ada beberapa sence lagi perbualan
dan baca puisi Pak Agi yang tidak sempat saya download ke Youtube.
Dalam hatiku bermonolog, wah hebat sungguh orang ini,
banyak pengalaman, ilmu tentang puisinya... semoga cerita-cerita yang
dikongsikan padaku memberi suntikan motivasi untuk aku belajar menulis puisi
atau apa-apa sahaja penulisan. Aku ada tanya tentang, jika ilham datang
bagaimana mahu dilakukan, Pak Agi menunjukkan buku kecil di koceknya dan
mengeluarkan.
Betullah, buku nota akan sentiasa ada di mana-mana. Itu
pentingnya catatan, apa sahaja yang terlintas perlu segera di catat, agar tidak
lupa bila mahu menulisnya. Apa yang menariknya lagi, apa yang aku lihat. Pak
Agi akan menyalinkan semula kata-kata atau apa yang Pak Agi sebutkan konotasi
yang ditulisnya pada setiap buku yang ditandatangani ke dalam buku log yang
disediakan. Begitu sekali, seorang penulis yang banyak pengalaman peka tentang
tulisan hasil miliknya. Setiap buku yang ditandatangani, kata-kata mutiara
berlainan. Sungguh unik dan bermakna sekali.
Aku benar-benar teruja dan termotivasi sekali melihat
cara penulis sepertinya, maklum 50 tahun berkecimpung dalam dunia penulisan
sastera. Umurnya 70 tahun, tahun ini 71 tahun usianya, sewaktu Pak Agi tanya
padaku, agak-agak berapa umurnya, tak silap aku jawab dalam sekitar 50 tahun
lebih. Pak Agi beritahu 70 masuk 71 tahun, saya agak terkejut. Melihat gaya
persembahan yang sering Pak Agi aksikan di pentas puisi, sungguh bertenaga
sekali, tidak seperti umurnya. Ya...tentu semua itu kurnia Allah SWT pada
hamba-hambanya.
Aku minta izin Pak Agi untuk bergambar berdua, Pak Agi
memangil seorang pekerja restoran tersebut untuk mengambil beberapa gambar kami
berdua.
“Jangan lupa send gambar-gambar tersebut pada saya...”
Kata Pak Agi. Saya mengiyakan. Sekurang-kurangnya ada memori yang terakam buat
tatapan masa depan.
Oh ya, Pak Agi ada memberi saya rasa kopi yang Pak Agi
biasa minum, katanya untuk tenaga dan kesihatan dalamanya. Mungkin itu satu faktor
salah satu kesihatannya baik, mantap dan bertenaga ketika membuat persembahan
puisinya. Kalau hendak beli, Pak Agi boleh beri nombor telefon pengedar
tersebut. Pak Agi tidak menjualnya, Pak Agi sering membeliny dari seorang
pengedar yang dikenalinya yang bernama musa, kalau tidak salah saya.
Diam tidak diam, sudah hampir dua jam kami
bersembang-sembang di restoran minang tersebut. Sungguh sekejap rasanya
pertemuan itu, entah bila lagi boleh jumpa lagi dengan Pak Agi seperti tadi,
kataku padanya semasa berjalan beriringan ke tempat kenderaan. Sampai di tempat
kenderaan, sekali lagi mengambil gambar berdua dengan bantuan pekerja warung di
situ melalui telefon bimbit Pak Agi.
Aku sempat mengambil gambar buku-buku yang terdapat di
dalam kenderaan Pak Agi. Wah banyaknya buku. Penulis menjual bukunya sendiri,
begitulah penulis dengan cara mereka tersendiri dalam memasarkan buah
fikirannya. Pak Agi menunujukkan topi dan selendangnya yang sering dipakai
sewaktu membuat persembahannya...,“Misteri tu...” kataku pada Pak Agi.
Pak Agi senyum sahaja.
Begitulah kenangan manis yang masih teringat-ingat sampai
sekarang, semasa saya tuliskan catatan ini, sudah seminggu pertemuan ini
berlaku. Terima kasih Pak Agi...semoga pertemuan ini bukan untuk kali terakhir,
mungkin akan ada pertemuan yang lain pada masa akan datang. Kami masuk ke
kenderaan Pak Agi, Pak Agi hantar saya ke setesen minyak petronas. Kami
bersalaman, aku menyatakan berbanyak terima kasih...atas perkongsian ilmu dan
memori ini...
Ucapan ‘say bye’ Pak Agi masih terbayang-bayang...masih
diingatan ini... Terima kasih Pak Agi.
Sekian adanya...
Masshah 2014
Bilik buku
9:29malam-Isnin Malam Selasa
Meru.
Buku-Buku Yang Mempunyai Kata-Kata Motivasi Dari Pak AGI
1)
CAKAP-CAKAP PUISI
“Jangan bercakap kosong,
isikan cakapmu dengan kata-kata berisi”
2)
REFLEKSI PENYAIR (KUMPULAN
WACANA)
“Refleksi diri untuk jumpa
diri sendiri”
3)
APA ORANG KATA TENTANG AGI
“Salam puisi dari hatiku yang
mencari kehidupan”
4)
WARKAH BIRU (KUMPULAN WACANA)
“Zaman Shah jadilah penulis
sepanjang zaman”
5)
CITA CINTA PUISI
“Akhirnya kita bersua Zaman
Shah & Agi”
6)
DIALOG SENIMAN DUNIA
“Berdialoglah dengan dirimu
untuk menemui dirimu”
Mesej Melalui Telefon Bimbit Selepas Balik Pertemuan
Dengan PAK AGI
Mesejku Pada Pak Agi: 4hb 03 2014-Selasa-Jam:3:07ptg
“Aslkm Pak Agi, lewat sikit masuk gambar, ada wairing
pula umah mak ni, laptop bateri rosak, kena pasang direct plug. Sudah ok nanti
saya masuk.”
Mesej Pak Agi Padaku: 4hb 03 2014-Selasa-Jam:3:09ptg
“Ok tak pa tq”
Apabila Karen sudah on semula aku cuba buka laptopku, untuk
send gambar-gambar pertemuan dengan Pak Agi. Setelah saya masukkan
gambar-gambar ke email fb Pak Agi, aku hantar sms melalui telefon bimbit aku
sekali lagi. Sekitar jam 4:26petang.
“Aslkam, maaf mengganggu, Alhamdulillah, saya dah
masukkan gambar-gambar tadi dalam email fb Agi Ghafar Ibrahim, kena buka email
tu.”
Tiada apa-apa balasan mesej dari Pak Agi, aku yakin Pak
Agi sudah membacanya.
Mesej Melalui Email Facebook
Selasa: 4:23ptg
“Aslkm Pak AGI ini gambar-gambarnya... 'One Sweet Memory'... Dalam sembang
ada ilmunya...love you too...he3.”
Sekitar jam: 6:51petang Pak Agi membalas email fb:
“Tk daun keladi atas kiriman foto2 dan aku dah naikkan dlm page n fbku
salam”
Entri-Entri Yang Ditulis Pak Agi Di dalam Status FB
AGI SI PENJUAL BUKUNYA SENDIRI
--------------------------
Peminat tegarku zaman shah saiyan beli 6 judul
bukuku.dia tinggal di Meru,kelang berhampiran tempat kerjaku.kami makan
tengahari di Meru sempat menandatangani buku-buku beliannya dan dapat pula dia
merakamkan deklamasiku. peminat sepertinya,memudahkan penulis mencari makan.tk
dan SELAMAT MEMBACA BUKU-BUKUku zaman shah saiyan.
Peminatku Zaman
Shah Saiyan membeli 6 judul bukuku
setelah makan tengahari nak dengar pula deklamasiku.lain orang lain kehendaknya
lain peminat lain minatnya.dalam kesibukan restoran itulah aku penuhi
permintaannya mendeklamasi kata2 harapanku untuk ZAMAN SHAH SAIYAN, secara tertahan2 sambil dikerling dan dilihat oleh
para pengunjung restoran.kudoakan kau tumbuh sebagai penyair Zaman shah saiyan.
Entri Yang Aku Tulis Dalam Status FB JOM BACA BUKU
Entri Dari FB JOM BACA BUKU
Enam buah buku hasil
karya seorang tokoh hebat sastera negara, PAK AGI@AYAH AGI ATAU Abdul Ghafar
Ibrahim, juga pendeklamator puisi hebat.
1)Apa Kata Orang Tentang AGI
2)Dailog Seniman Negara
3)Warkah Biru
4)Refleksi Penyair
5)Cita Cinta Puisi
6)Cakap-Cakap Puisi
Sebagai bahan perencah ilmu puisi dalam diri, agar
bermanfaat pada diri ini juga untuk koleksi pribadi untuk diwarisi nanti.
(Catatan ringkas pertemuan dengan Pak Agi)
Temujanji Dengan Pak Agi@ Abdul Ghafar Ibrahim
Sekitar jam satu petang bertemu Pak Agi, untuk
mengambil buku-buku yang dipesan lewat tempohari melalui pesanan email fb Pak
Agi. Sebelum itu, pada malam sebelumnya Pak Agi telah menelefon untuk bertemu secara muka untuk menyerahkan pesanan buku
tersebut. Kebetulan Pak Agi bertugas menjadi pensyarah di UITM Puncak Perdana.
Selalu lalu Pekan Meru, jadi kata Pak Agi tidak perlu pos buku-buku tersebut.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dapat
bersemuka dengan Pak Agi, siapa tidak seronok bila berjumpa penulis buku yang
kita beli jumpa kepada kita. Seorang penyair yang keratif dalam penyampaian
puisinya. Juga merupakan ahli sastera yang cukup berpengalaman dalam dunia
sastera khususnya puisi, beliau juga seorang pelukis.
Selepas makan tengahari, kami berkongsi cerita dan
Pak Agi tidak lokek dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki. Berkongsi
pengalaman dan ilmu puisi, ilmu deklamasi puisi, dan motivasi untuk diri ini.
Apa yang menariknya, Pak Agi dengan aksi bersahaja mendeklamasikan beberapa
buah puisi diKhalayak.
Saya sempat merakam beberapa aksi bersahaja Pak Agi
mendeklamasikan puisinya. Terbaik dari Pak Agi..., memang tidak menjemukan
mendengar celoteh dan segala perkongsian yang diberi. Hampir dua jam kami
bersembang tanpa disedari...., Terima kasih Pak Agi...
Semoga terangsang dan termotivasi.
Sekian.