Followers

Wednesday, April 30, 2014

Minda Sastera Sajak: Perpaduan Impian

Sebuah sajak yang terpilih, antara yang menarik bulan febuari 2014 oleh pengulas tegar Tuan Puzi Hadi di Portal eSastera.com.



Perpaduan Impian

Indahnya perpaduan
jika benar olahan
merujuk pada kebenaran
pada nurani insan
kesetian jua kejujuran.

suci terpatri dalam
setiap persamaan ikatan
walau apa ribut gelisah
resah melanda keamanan
kembali pada satu kebenaran
bertunjang keimanan.

Biar bersipongang
sepanjang zaman
perpaduan indah milik
bersama satu impian
walau sekadar retorik
bicara dan bunyi keriuahan.

berdentum dentum
sekadar omong-omongan,
yakinlah suatu masa
keikhlasan perpaduan
jika benar nubari insan
bertunjang kejujuran.

Masshah 2014
19022014
Meru.



Ulasan Tuan Puzi Hadi Terhada Karya-Karya Masshah Yang Tersiar Di Portal eSastera.com Sepanjang Bulan Febuari 2014.

KRITIK SOSIAL

DUA puisi daripada masshahPertama, puisi berteks asal warna merah Orang Itusecara khusus kepada tokoh politik pembangkang, DS Anwar Ibrahim yang melalui pelbagai ragam konspirasi politik (?):

Tidak cukupkah fitnah konspirasi bersemarak keji
hingga terperosok ke jeriji besi teman akrab
dihenyak dihina dibogel dimalukan seantero dunia
itupun masih tak merasa apa-apa lagi
dihujung senja usia, lagi berbicara kosong bohong
sedikit keinsafan belum terlihat terjelma.

Dan kedua, puisi berteks asal hijau Perpaduan Impian punya wawasan murni pada perpaduan masyarakat dan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Tapi ianya mengambil  masa merealisasi sepenuh murni:

Indahnya perpaduan
jika benar olahan
merujuk pada kebenaran
pada nurani insan
kesetiaan jua kejujuran.

suci terpatri dalam
setiap persamaan ikatan
walau apa ribut gelisah
resah melanda keamanan
kembali pada satu kebenaran
bertunjang keimanan.

PERIBADI
MASSHAH dengan puisi Koreksi Diri pada menjelang usia ke-40 tahun (aduh masih muda ganteng Bung Masshah!). Dia merenung pelbagai hal untuk perbaiki diri, antara bait-baitnya:

ada terus pergi tidak kembali
ke negeri abadi janji Ilahi 
(Stanza I)

baik buruk bakal ditimbang diadili pasti ,
mahsyar menunggui. 
(Stanza II)

tidak menyakiti, dengki mendengki irihati
takbur, sombong serta busuk hati 
(Stanza III)


PROTES
SETERUSNYA, masshah dengan Hentikanlah Fitnah Itu pada kata fitnah yang berleluasa dalam situasi politik semasa khususnya musim pilihan raya. Impak puisi ini lebih terkesan dituju kepada pemerintah yang sering membuat onar kepada lawannya. Stanza IV terakhir penyair berkhotbah:

Sedar-sedarlah mereka yang sedang memerintah
jangan diikuti nafsu amarah membawa punah ranah
segeralah beringat kerna bumi sudah berasa marah
cukup sudah derita rakyat mengalah serta beralah.

NASIONALISME
PUISI pertama oleh masshah ialah Selangorku Negeriku merakam kecintaan padunya untuk Selangor Darul Ehsan yang kaya dan penduduk berbilang kaum yang hidup berharmoni.

Dan kedua, puisi Tentang Bangsaku iaitu khusus untuk orang Melayu yang diajak agar bersatu. Ajakan ini terdengar keras pada larik-larik pertamanya:

Bangsaku melayu marilah bersatu (Stanza I)
Bersatulah wahai bangsaku Melayu  (Stanza II)
Bersatu dan berpadu menuju ke mercu (Stanza III)
Bangsaku Melayu mestilah bergerak laju (Stanza IV)


MORAL
DUA puisi daripada masshah ialah Janji Kita dan Kasih Sayang Anugerah. Pertama,Janji Kita menanam nilai murni sesama manusia dalam berjanji kata. Antaranya:

Janji kita janji peduli (Stanza I, baris 1)
Janji kita janji ditunai (Stanza II, baris 1)
Janji kita janji yang pasti (Stanza III, baris 1)
Janji kita janji ditepati (Stanza IV, baris 1)
Janji kita janji murni (Stanza V, baris 1)

Dan kedua, puisi Kasih Sayang Anugerah tentang sifat rahmah yang harus didakapi dalam kehidupan. Penyair mengangkat rumusan terlalu pantas pada stanza I, sewajar rumusannya pada stanza terakhir puisi iaitu:

Kasih sayang itu suci
kasih sayang itu murni
kasih sayang itu sejati
kasih sayang itu anugerah Ilahi. (Stanza I)

PRK KAJANG
PENYAIR masshah dengan sebuah puisi iaitu Kajang Sudah Realiti banyak bermain rima akhir, antaranya konsonan ‘h’ (Stanza I) dan vokal ‘I’ (stanza II):

Suara-suara murah
bawa padah serta amarah
berdesing-desing fitnah membarah
enggan insaf diri nyata tidak muhasabah
terus ego, melulu serta angkuh.

Mana punyai harga diri
mana punyai jiwa berani
mana punyai setia janji
mana punyai kredibiliti.

PUISI MENARIK – FEBRUARI 2014

·         ammarhazim, “GUGUR”, Jumaat, 28 Februari 2014, 7:32 PM
·         AzmiRahman, “USIA”, Khamis, 6 Februari 2014, 1:57 PM
·         HaizamOLEK, “Harga Diri”, Isnin, 24 Februari 2014, 9:04 AM
·         ibnudinassingkiri, “”Melepaskan Batuk Di Tangga””, Rabu, 19 Februari 2014, 9:55 AM / Edit terakhir: 4:25 PM
·         mansor bin a hamid, “JIKA MATAHARI KASIHKAN BULAN”, Sabtu, 22 Februari 2014, 5:00 AM / Edit terakhir: 5:03 AM
·         masshah, “Perpaduan Impian”, Rabu, 19 Februari 2014, 2:12 PM
·         Mokhtarahman, “BUKIT-BUKIT YANG RENTUNG”, Jumaat, 28 Februari 2014, 8:17 PM
·         Mohd Azmi bin Harun, “burung terbang di Kajang”, Jumaat, 14 Februari 2014, 3:49 PM / Edit terakhir: 4:20 PM
·         mudin, “Perjalanan”, Isnin, 3 Februari 2014, 12:12 PM / Edit terakhir: 12:14 PM
·         Nur Ain Hanis, “Peringatan yang Tertinggal”, Isnin, 24 Februari 2014, 8:14 AM
·         SIqram, “Doa musim gering”, Jumaat, 28 Februari 2014, 7:32 PM

      #Sebahagian ulasan ringkas yang dipetik dari ulasan penuh tulisan Tuan Puzi Hadi. Untuk ulasan penuh karya-karya penyair lain boleh ke Laman Portal eSastera.com


Tuesday, April 29, 2014

Minda Siasah: Himpunan Rakyat 1 Mei, Salahkah Kita Berhimpun Secara AMAN?


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERKARA 3 HINGG 113,PERKARA 5-13-Kebebasan Asasi-Kebebasan bercakap,berhimpun dan menubuh persatuan.

1]Tertakluk kepada Fasal [2],[3] dan [4];

A]tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;

B]semua warganegara berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;


C]semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.


(Di bawah ini saya lampirkan sebuah tulisan lama berkenaan hak berhimpun, jika sahabat sudi membacanya, silakan...)











Berhimpun Salahkah...Apa Hak Kita

Dalam penulisan kali ini saya akan bercakap berkenaan dengan hak kita dalam berhimpun,sengaja saya tulis tulisan ini selepas beberapa hiruk pikuk dikalangan pemimpin Negara,badan-badaan Ngo,pasukan keselamatan dan lain-lain.Berminggu-minggu mereka bercakap tentang perhimpunan haram..haram..haram..haram..tidak ada lain melainkan haram semuanya.

Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 pun sudah tamat…tiada satu pun bangunan pecah dan terbakar,pasu bunga tumbang dan sebagainya.Perdana Menteri pun sudah mengucapakan tahniah kepada pasukan polis[apa maknanya ni..sebelum ni mungkin beliau dah arahkan pasukan polis].Apa pun semuanya aman..biarpun ada tangkapan,ugutan,semburan asid,gas pemedih mata..itupun bukan peserta yang memulakan tetapi pasukankeselamatan atas arahan atasan.Apa pun namanya atas arahan atasan,zalim tetap zalim,melanggar undang-undang tetap satu kesalahan kerana tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

Sengaja saya menuliskan[Perlembagaan Persekutuan] perkara di atas bagi memberi kefahaman mereka-mereka yang masih lagi dikelirukan dengan status sesuatu perhimpunan yang di lakukan oleh mana-mana persatuan,badan NGO ataupun mana-mana parti politik yang wujud di tanahair kita.Kita selalu dimomokan dengan status perhimpunan yang di katakana ‘PERHIMPUNAN HARAM’.Sedangkan di dalam perlembagaan telah termaktub dengan jelas dan nyata tentang status sesuatua perhimpunan itu.

Mengapa terjadi begini..Sebab di kalangan rakyat pada umumnya masih tidak faham dan tidak tahu isikandungan perlembangaan dengan erti kata lain kita masih ‘buta undang-undang’,sehingga kita mudah di perbodoh-bodohkan ataupun dengan bahasa kasarnya kita mudah di ‘perlembu-lembukan’ oleh segolongan manusia yang kononnya meletakan perlembangaan Negara di tempat yang tertinggi,sedang mereka sendiri memperolok-olokan ataupun melanggar undang-undang yang terkandung dalam perlembagaan tersebut.

Malahan mereka sendiri yang menyelewengkan fakta yang terkandung di dalamnya bagi mengelirukan sebahagian rakyat,yang kebanyakannya tidak tahu apa-apa tentang perlembagaan ini.
Malang bukan,kita sudah merdeka lima puluh tahun lebih tetapi kesedaran tentang hak kita sendiri kita tidak pernah di dedahkan dan di war-warkan manakala kita pula tidak berusaha untuk mencari dan belajar tentang perlembagaan Negara ini[undang-undang yang terkandung].Sepatutnya sudah ada matapelajaran yang membicarakan perkara ini.Mungkin pemerintah takut jika rakyatnya ‘celik undang-undang’.Takut bila rakyat faham,segala perkara yang mereka langgar undang-undang akan terkantoi’.Jika rakyat faham,mereka takut kehilangan kuasa kesimpulan mudah yang boleh di fahami.

Apa yang selalu kedengaran, perhimpunan haram,jangan sertai,polis tidak beri permit dan macam-macam lagi yang kita tidak tahu dan mengerti.Bagi mereka yang belajar dalam pengajian undang-undang kita sedia maklum,mereka pasti faham tentang undang-undang[tapi ada juga menteri jaga undang-undang,buat-buat tidak faham] tersebut.

Perhimpunan apa pun,jika di jalankan dengan tertib dan beradab pasti akan mewujudkan rasa aman dengan pasukan keselamatan menjaga dan berkerjasama sewaktu perhimpunan di jalankan.Setakat pekikan suara,hiruk pikuk,jeritan itu perkara biasa,maklum yang berhimpun seramai ratusan ribu orang.Tak kan lah dalam perhimpunan itu diam,senyap sunyi saja.Peserta himpunan terdiri daripada macam-macam jenis manusia,tentulah hiru pikuk,jeritan atau pun tempikan suara mereka kedengaran.Apa yang penting dalam suatau perhimpunan itu tiada provokasi samada dari peserta mahupun dari pihak keselamatan.

Dari pengalaman penulis sendiri,yang pernah menyertai beberapa perhimpunan[PASTINYA AMAN DAN TIDAK BERSENJATA],setakat ini peserta-peserta perhimpunan adalah mereka-mereka yang cintakan keamanan dan keharmonian,belum pernah yang bertindak keterlaluan.Kebanyakannya tindakan pasukan keselamatan yang tidak menghormati hak rakyat yang termaktub dalam perlembagaan.

Mereka yang berhimpun tidak sekali pun membawa senjata,yang mereka bawa hanyalah sedikit garam,tuala good morning dan sebotol air mineral,sebab mereka tahu semburan gas pemedih mata dan pancuran air asid akan di hamburkan ke atas mereka.Dan ini lah yang terjadi,bukan peserta yang memulai sengketa atau pun yang menimbulkan huru-hara tetapi pasukan keselamatan atas arahan atasan menjadikan keadaan jadi huru hara.Mereka tidak menghormati hak rakyat dek’ kerana menerima arahan atasan.


Begitulah serba sedikit perkongsian,kita fahami sama-sama hak kita dalam perlembagaan,jika kita faham pasti perubahan yang kita tuntut akan menjadi mudah dan mereka yang berkuasa tidak akan mudah memperbodoh-bodohkan kita rakyat yang berjiwa merdeka.Selepas ini mudah-mudahan rakyat akan lebih peka tentang hak-hak mereka.Cukuplah setakat ini rakyat di perbodohkan.Mari kita tuntut hak kita dengan rasa aman dan harmoni kerana itu hak kita yang termaktub dalam perlembagaan Negara.

MASSHAH 2014.


DEMI MASA