Followers

Thursday, April 10, 2014

Sajak: Mati Itu Tiba-Tiba



Mati Itu Tiba-Tiba

Tiba-tiba mati, mati tiba-tiba
tidak diundang,
tiada siapa pun sudi mengundangnya
sudi tidak sudi pun pasti mati
tidak kira waktu dan hari,
di mana, bagaimana.

Tiba-tiba mati, mati tiba-tiba
tiba-tiba mati pun mati
mati tiba-tiba pun mati
semuanya pasti mati
jangan sesekali mahu menafi.

Ingat yang korupsi mati
ingat pak menteri pun mati
ingat pemimpin oposisi pun mati
ingat kepala gengster pun mati
semuanya akan mati,
tiada siapa yang terkecuali

Mati pasti dan mesti jangan dinafi
jangan pandai-pandai mahu jauhi
jangan pandai-pandai mahu ketepi
jangan pandai-pandai tidak mahu mati
mati tetap mati

Ingat-ingat
hati mati pun akan mati
hati celik pun mati
hati buta pun mati
hati tidak buta pun mati
semuanya akan mati
pasti dan pasti
mana mahu pergi?

Masshah 2013
7:49pm-Rabu-20/11/2013
Bilik buku

Meru.

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA