Sebuah sajak yang terpilih, antara yang menarik bulan febuari 2014 oleh pengulas tegar Tuan Puzi Hadi di Portal eSastera.com.
Perpaduan Impian
Indahnya perpaduan
jika benar olahan
merujuk pada kebenaran
pada nurani insan
kesetian jua kejujuran.
suci terpatri dalam
setiap persamaan ikatan
walau apa ribut gelisah
resah melanda keamanan
kembali pada satu kebenaran
bertunjang keimanan.
Biar bersipongang
sepanjang zaman
perpaduan indah milik
bersama satu impian
walau sekadar retorik
bicara dan bunyi keriuahan.
berdentum dentum
sekadar omong-omongan,
yakinlah suatu masa
keikhlasan perpaduan
jika benar nubari insan
bertunjang kejujuran.
Masshah 2014
19022014
Meru.
Ulasan
Tuan Puzi Hadi Terhada Karya-Karya Masshah Yang Tersiar Di Portal eSastera.com Sepanjang Bulan
Febuari 2014.
KRITIK SOSIAL
DUA puisi
daripada masshah. Pertama, puisi berteks asal
warna merah Orang Itusecara khusus kepada tokoh politik
pembangkang, DS Anwar Ibrahim yang melalui pelbagai ragam konspirasi politik
(?):
Tidak cukupkah fitnah
konspirasi bersemarak keji
hingga terperosok ke jeriji
besi teman akrab
dihenyak dihina dibogel
dimalukan seantero dunia
itupun masih tak merasa
apa-apa lagi
dihujung senja usia, lagi
berbicara kosong bohong
sedikit keinsafan belum
terlihat terjelma.
Dan kedua, puisi
berteks asal hijau Perpaduan Impian punya wawasan murni pada
perpaduan masyarakat dan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Tapi ianya
mengambil masa merealisasi sepenuh murni:
Indahnya perpaduan
jika benar olahan
merujuk pada kebenaran
pada nurani insan
kesetiaan jua kejujuran.
suci terpatri dalam
setiap persamaan ikatan
walau apa ribut gelisah
resah melanda keamanan
kembali pada satu kebenaran
bertunjang keimanan.
PERIBADI
MASSHAH dengan puisi Koreksi Diri pada menjelang usia ke-40
tahun (aduh masih muda ganteng Bung Masshah!). Dia merenung pelbagai hal untuk
perbaiki diri, antara bait-baitnya:
ada terus pergi tidak kembali
ke negeri abadi janji Ilahi (Stanza I)
baik buruk bakal ditimbang diadili pasti ,
mahsyar menunggui. (Stanza II)
tidak menyakiti, dengki mendengki irihati
takbur, sombong serta busuk hati (Stanza III)
ke negeri abadi janji Ilahi (Stanza I)
baik buruk bakal ditimbang diadili pasti ,
mahsyar menunggui. (Stanza II)
tidak menyakiti, dengki mendengki irihati
takbur, sombong serta busuk hati (Stanza III)
PROTES
SETERUSNYA, masshah dengan Hentikanlah
Fitnah Itu pada kata fitnah yang berleluasa dalam situasi politik
semasa khususnya musim pilihan raya. Impak puisi ini lebih terkesan dituju
kepada pemerintah yang sering membuat onar kepada lawannya. Stanza IV terakhir
penyair berkhotbah:
Sedar-sedarlah mereka yang
sedang memerintah
jangan diikuti nafsu amarah
membawa punah ranah
segeralah beringat kerna bumi
sudah berasa marah
cukup sudah derita rakyat
mengalah serta beralah.
NASIONALISME
PUISI pertama
oleh masshah ialah Selangorku Negeriku merakam kecintaan padunya
untuk Selangor Darul Ehsan yang kaya dan penduduk berbilang kaum yang hidup
berharmoni.
Dan kedua, puisi Tentang
Bangsaku iaitu khusus untuk orang Melayu yang diajak agar bersatu.
Ajakan ini terdengar keras pada larik-larik pertamanya:
Bangsaku melayu marilah
bersatu (Stanza I)
Bersatulah wahai bangsaku
Melayu (Stanza II)
Bersatu dan berpadu menuju ke
mercu (Stanza III)
Bangsaku Melayu mestilah
bergerak laju (Stanza IV)
MORAL
DUA puisi
daripada masshah ialah Janji Kita dan Kasih Sayang Anugerah. Pertama,Janji Kita menanam
nilai murni sesama manusia dalam berjanji kata. Antaranya:
Janji kita janji peduli (Stanza I, baris 1)
Janji kita janji ditunai (Stanza II, baris 1)
Janji kita janji yang pasti (Stanza III, baris 1)
Janji kita janji ditepati (Stanza IV, baris 1)
Janji kita janji murni (Stanza V, baris 1)
Dan kedua, puisi Kasih
Sayang Anugerah tentang sifat rahmah yang harus didakapi dalam
kehidupan. Penyair mengangkat rumusan terlalu pantas pada stanza I, sewajar
rumusannya pada stanza terakhir puisi iaitu:
Kasih sayang itu suci
kasih sayang itu murni
kasih sayang itu sejati
kasih sayang itu anugerah
Ilahi. (Stanza I)
PRK KAJANG
PENYAIR masshah dengan sebuah puisi iaitu Kajang Sudah Realiti banyak
bermain rima akhir, antaranya konsonan ‘h’ (Stanza I) dan vokal ‘I’ (stanza
II):
Suara-suara murah
bawa padah serta amarah
berdesing-desing fitnah
membarah
…
enggan insaf diri nyata tidak
muhasabah
terus ego, melulu serta
angkuh.
Mana punyai harga diri
mana punyai jiwa berani
mana punyai setia janji
mana punyai kredibiliti.
PUISI MENARIK – FEBRUARI
2014
|
·
ammarhazim, “GUGUR”,
Jumaat, 28 Februari 2014, 7:32 PM
·
AzmiRahman, “USIA”, Khamis,
6 Februari 2014, 1:57 PM
·
HaizamOLEK, “Harga Diri”,
Isnin, 24 Februari 2014, 9:04 AM
·
ibnudinassingkiri, “”Melepaskan Batuk Di Tangga””, Rabu, 19 Februari 2014, 9:55 AM / Edit
terakhir: 4:25 PM
·
mansor bin a hamid, “JIKA MATAHARI KASIHKAN BULAN”, Sabtu, 22 Februari 2014, 5:00 AM /
Edit terakhir: 5:03 AM
·
masshah, “Perpaduan Impian”, Rabu, 19 Februari 2014, 2:12 PM
·
Mokhtarahman, “BUKIT-BUKIT
YANG RENTUNG”, Jumaat, 28 Februari 2014, 8:17 PM
·
Mohd Azmi bin Harun, “burung terbang di Kajang”, Jumaat, 14 Februari 2014, 3:49 PM / Edit
terakhir: 4:20 PM
·
mudin, “Perjalanan”, Isnin, 3
Februari 2014, 12:12 PM / Edit terakhir: 12:14 PM
·
Nur Ain Hanis, “Peringatan yang Tertinggal”, Isnin, 24 Februari 2014, 8:14 AM
·
SIqram, “Doa musim gering”, Jumaat,
28 Februari 2014, 7:32 PM
S
#Sebahagian ulasan ringkas yang dipetik dari ulasan penuh tulisan Tuan Puzi Hadi. Untuk ulasan penuh karya-karya penyair lain boleh ke Laman Portal eSastera.com
#Sebahagian ulasan ringkas yang dipetik dari ulasan penuh tulisan Tuan Puzi Hadi. Untuk ulasan penuh karya-karya penyair lain boleh ke Laman Portal eSastera.com
No comments:
Post a Comment