Followers

Thursday, April 24, 2014

Minda Sastera Sajak: Salam Jumaat



Salam Jumaat

Salam jumaat buat seluruh jagat
salam keamanan juga buat seluruh umat
masih ada ruang peluang untuk bertaubat
selagi dunia masih belum kiamat
selalu-selalulah beringat-ingat
jauhilah perkara yang jahat zulmat
sebelum usia menjadi singkat pasti tamat.

Salam jumaat buat seluruh sahabat
hindarilah perlakuan yang membawa laknat
kelak hilang bahagia rezeki tersekat
ringankan tangan hulurkan infaq juga zakat
nanti pasti kehidupan beroleh berkat
jauhilah jua perkara yang khurafat
agar kehidupan dalam kebenaran tidak sesat.

Salam jumaat buat seluruh yang sihat-sihat
berumur elakkan dari kerja yang berat-berat
tulislah apa sahaja untuk wasiat cepat-cepat
kerna bila-bila masa akan menjemput malaikat
selagi ada daya kuasa kudrat
lakukanlah perkara yang banyak manfaat
nanti kelak tidak menyesal bila masuk lahat.

Masshah 2014
Bilik buku
4:42ptg-10/01/2014-Jumaat

Meru.


KEROHANIAN

TIGA puisi kerohanian oleh tiga penyair iaitu HaizamOLEK, ibnudinassingkiri dan masshah.

Puisi Sebagai Fakir oleh ibnudinassingkiri berunsur kerohanian tinggi iaitu sufi. Apakah ini anjuran kepada penyair atau siapa?

Larilah jauh-jauh
hingga ke perdu
bianglala. Tanggalkan
baju dunia, sangkut
di ranting takwa.

HaizamOLEK pada puisi Berkat “Yasin” yang menjadi tradisi wajib umat Islam dengan bacaan Yasin untuk si mati:

Temurun tradisi
penghulu malam
di bulatan bersimpuh
meraih sinar
mengirim lalu
buat alam si mati.

Puisi Salam Jumaat daripada masshah berteks asal warna hijau (ciri Islam) bahawa Jumaat adalah penghulu segala hari bagi umat Islam:

Salam jumaat buat seluruh jagat
salam keamanan juga buat seluruh umat
masih ada ruang peluang untuk bertaubat
selagi dunia masih belum kiamat
selalu-selalulah beringat-ingat
jauhilah perkara yang jahat zulmat
sebelum usia menjadi singkat pasti tamat.

PUISI MENARIK – JANUARI 2014

·       -  AzmiRahman, “DUKALUKA”, Sabtu, 4 Januari 2014, 11:14 AM
·        - HaizamOLEK, “Berkat “Yasin””, Jumaat, 10 Januari 2014, 7:00 AM
·         -ibnudinassingkiri, “”Si Tali-Barut””, Selasa, 7 Januari 2014, 9:59 AM
·         -IrwanAbuBakar, “Tendang Terajang Kajang ”, Jumaat, 31 Januari 2014, 1:09 PM / Edit terakhir: Sabtu, 2 Februari 2014, 7:48 AM
·         -kablam22, “TIADA LAGI KESEDIHAN HANYA SEMANGAT DAN KESYUKURAN”, Isnin, 13 Januari 2014, 2:06 PM / Edit terakhir: 2:10 PM
·         -mansor bin a hamid, “BULAN BELAYAR MALAM”, Ahad, 19 Januari 2014, 9:38 PM / Edit terakhir: 9:41 PM
·         -masshah, “Salam Jumaat”, Jumaat, 10 Januari 2014, 5:54 PM / Edit terakhir: 6:09 PM
·         -Nik Dahna, “ROS DI JENDELA RINDU”, Ahad, 5 Januari 2014, 11:53 PM / Edit terakhir: Isnin, 6 Januari 2014, 12:00 AM
·         -nimoizty, “Tatkala Menatap Akhbar Hari Sabtu”, Khamis, 16 Januari 2014, 2:29 PM
·         -yajuk, “Penjaga Kebun”, Jumaat, 10 Januari 2014, 3:03 PM
 -      -ZahidNaser, “abati dan kamu”, Khamis, 16 Januari 2014, 7:32 PM


#Sebahagian ulasan Tuan Puzi Hadi dalam mengulas puisi-puisi bulan januari 2014 yang dikirim oleh para karya di Portal eSastera.Com. Alhamdulillah, puisi bertajuk 'Salam Jumaat' juga diulas oleh beliau.

Juga telah terpilih di antara puisi pilihan untuk bulan januari 2014.

4 comments:

  1. Tahniah, sudah pastilah ulasan daripada seorang penyair ternama membakar semangat untuk menghasilkan puisi yang terbaik lagi.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Cikgu Helmi, mudah-mudahan bertambah-tambah semangat untuk menulis lagi puisi-puisi yang bermanfaat. Puisi juga memainkan peranan yang penting dalam memandaikan masyarakat.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, Salam Jumaat... Salam Ukhwah
    Saya kurang mahir nak mengulas pasal sastera, apatah lagi puisi yg sudah semstinya punya maksud tersurat dan tersirat. Namun elok juga diperbanyakkan puisi2 berunsur ketuhanan dan keislaman ini agar dapat mencerna minda dan sebagai satu wadah sebaran dakwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walkmsalam Bin Muhammad, terima kasih sudi berkunjung, ya benar, puisi juga merupakan medium untuk berdakwah, sudah pastinya nanti khalayk juga turut berubah. Apa sahaja medium dakwah boleh digunakan, terpulang pada masing-masing.

      Delete

DEMI MASA