Followers

Showing posts with label Dairi Aku. Show all posts
Showing posts with label Dairi Aku. Show all posts

Wednesday, February 25, 2015

Malam Yang Bermanfaat

Ole-ole dari Kuliah Khas Maulid, 3 buah buku karya Prof.Muhd Kamil Ibrahim. Sempat bergambar dan meminta sign dekat buku.
Termotivasi melihat karya-karya beliau.
















JOM MEMBACA!

Tuesday, August 26, 2014

Beli Buku Di Malam Moreh Puisi Dinihari Ramadhan 2014



Pada bulan ramadhan yang lepas, saya telah ke PROGRAM MOREH PUISI DINIHARI 2014, di rumah Dr.Ibrahim Ghafar, di Anjung Sanggar Damai Abadi (11.07.2014), beliau seorang pengiat seni budaya, penyair dan penulis. Program tahunan ini diadakan setiap tahun di dalam bulan ramadhan, minggu kedua jumaat malam sabtu. Ini kali pertama saya menghadiri, itu pun disebabkan saya kerja pagi, jika lain sift, sudah pasti saya tidak dapat menghadirinya.

Pertama kali ke program ini, merasa teruja, kerana di sinilah berkumpulnya penyair-penyair ternama, seperti Pak Agi(Abdul Ghafar Ibrahim), Dr.Ibrahim Ghafar,  Zainal Abbas, Datok Baha Zain, Sani Sudin, Tan Sri Johan Jaafar, Datok Awang Sariyan, Ismas Saring@Sarig Sirad, Yassin Salleh, Datuk Zurinah Hassan, Rahimidin Zahari, Saleh Rahmad dan lain-lain lagi. Mereka berpuisi sehingga ke dinihari. Memang menyeronokkan. Di samping disajikan dengan hidangan puisi-puisi pembakar semangat, kami juga dihidangkan dengan pelbagai menu makanan.

Apa yang menariknya ada jualan buku dari ITBM, itu yang paling saya suka, sambil-sambil mendengar puisi dari mereka, sempat  saya membelek-belek buku tersebut dan dapat juga membeli sebagai ole-ole dibawa balik untuk saya baca nanti, lima buah buku kesemuanya dapat saya bawa pulang dengan diskaun yang sangat istimewa,iaitu 40%, kerana tuan penjaga tersebut mahu segera pulang, anak kepada pembantunya sakit katanya, saya ambil peluang yang diberi itu, lima buah buku cukup untuk malam itu.

Buku-buku tersebut;

1) D.U.B.L.I.N- Karya Wan Nor Azniq

2) QALAM KALBU- Karya Sri Rahayu Mohd Yusop

3) ANOTOMI RUPERT- Karya Ruhani MatDarin

4) KUMPULAN SAJAK SUARA BUKIT KEPADA LANGIT- Karya Sharunizam Abdul Mutalib

5) KUMPULAN SAJAK TENTANG PERTANYAAN KEPADA ENGKAU- Karya Hani Salwah Yaakup

Kelima-lima buku tersebut merupakan hasil penulisan mereka yang bertanding di Sayembara Penulisan Novel, Cerpen Dan Puisi ITBM-BERITA HARIAN. Karya-karay sastera yang bermutu hasil penilaian itu mereka telah berjaya memenangi pertandingan tersebut. Alhamdulillah, saya sudah berjaya membaca empat dari lima buah buku tersebut. Semua cerita novel sangat menarik, juga puisi-puisi sangat memberi inspirasi kepada saya yang baharu berjinak-jinak dalam dunia perpuisian negara dalam dunia sastera tanah air.


JOM BACA BUKU.

Tuesday, November 12, 2013

Catatan Petang: Singgah Cari Buku

Beberapa minggu lalu pada sebelah petang, bersama anak buah Amer Amerul ke Tesco Setia Alam. Bertujuan untuk menyemak penyata ahli KWSP. Setelah menyemak penyata KWSP, saya mengambil kesempatan untuk singgah di kedai buku Sinar Bistari di tingkat atas Tesco Setia Alam.
Ia merupakan distinasi utama saya, bila ke Tesco. Kalau dahulu, kedai buku Granmedia menjadi tempat persinggahan, tapi oleh kerana kedai tersebut sudah berpindah. Kini kedai buku Sinar Bistari pula menjadi sasaran saya pula.

Ke Kedai Buku Sinar

Mengambil kesempatan beberapa minit untuk memasuki dan mencari beberapa buah buku untuk dibeli. Saya tidak mengambil masa yang lama. Pusing-pusing sekejap dibahagian penerbitan buku lain seperti PTS, Galeri Ilmu, Mustread dan lain-lain. Maklum ada lagi sesi penting untuk diselesaikan bersama anak buah.

Tanpa banyak memilih saya capai sahaja dua buah buku baharu terbitan Grup Buku Karangkraf. Buku-buku tersebut bertajuk ‘Memacu Transformasi’ tulisan Saifuddin Abdullah dan ‘Maaf Cakap’ tulisan Norden Mohamed. Kedua-dua buku tersebut baharu sahaja terbit beberapa minggu yang lalu.


Bolehlah untuk saya baca, pada masa-masa yang terluang. Seronok bila dapat buku baharu, tidak sabar untuk membukanya dan menyelak-nyelak isikandungan buku tersebut. Dalam kereta lagi saya sudah buka bungkusan plastik tersebut.

Bolehlah nanti baca, ketika kerja shift malam. Itulah masa yang banyak boleh saya membaca, terutamanya pada waktu rehat. Insyallah, pada kesempatan yang lain saya akan kongsikan kedua-dua buah buku tersebut dalam penulisan yang lain nanti.


Ke KFC Setia Alam

Sambil makan-makan ayam. Amer menerangkan tentang Unit Trust, sambil mendengar penerangan dari anak buah, tangan saya asyik membelek buku-buku tadi. Dalam hati tidak sabar untuk membacanya nanti. Amer terus terangkan pasal Unit Trust, Amer rekmen saya supaya masuk unit trust. Untung...dan berbaloi nanti, katanya, biasalah bodek Aciknya.

Dia kata pulangannya lebih lumayan pada masa akan datang, saya dengar sahaja apa yang dia terangkan. Tanpa banyak pertanyaan saya terus setuju dengan cadangannya itu. Terus sign borang untuk menyertai skim tersebut. Mudah-mudahan taklah ada penipuan seperti skim-skim yang lain. Itulah harapan setiap pelabur seperti saya.

Untung-untung umur panjang, dapat menikamti hasilnya.Tidak pun para warislah yang akan dapat menikmatinya nanti. Dua perkara dapat hari ini, dapat buku dan dapat ilmu tentang Unit Trust. Semoga anak buah, sukses dengan kerjayanya itu.


Selamat membaca!.

Sunday, October 10, 2010

Hanya 3 Buah Buku Sahaja Boleh Pinjam



Hari minggu(10hb Oktober 2010,Ahad) yang indah dan ceria,waktu pagi selepas melayari internet,terfikir pula,hari ni adalah hari pemulangan buku pinjaman Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor.Lewat pulang alamat kena denda satu buku 50 sen.Untu mengelakkan denda,saya harus dan mesti pulangkan buku itu hari ini juga,adab meminjam mesti kena pulangkan balik,takkan nak jadi harta pula,harta milik orang ramai mana boleh di simpan sebagai harta sendiri pula.Pulang tetap pulang.Ingat adab menghormati buku..!.

Alhamdulillah,dengan izin Allah jua memberi kesempatan untuk saya sampai ke destinasi di sini.Pergi ke kaunter pemulangan buku,cuba Tanya pada Cik Puan yang jaga kaunter,”Cuma boleh pinjam 3 buah buku je ke..?”.”Kalau nak lebih pinjam boleh gunakan nama isteri atau anak jika mereka ada jadi ahli..”balas Cik Puan jaga kaunter.Maklum tak puas rasanya pinjam 3 buah buku,nanti ada masa yang lain nak suruh Isteri daftar sebagai ahli,baru boleh pinjam buku lebih.

Habis buat pemulangan,saya terus cari buku untuk pinjaman hari ini,cari punya cari dapatlah 3 buah buku yang boleh saya baca dan hadam dalam minda saya nanti.

Antara buku-buku yang saya pilih untuk pinjaman kali ini;

1)Ke Luar Jendela-Hassan Ahmad


2)Pandangan Dari Tudor City,New York-Abdullah Ahmad


3)Ilmu Pengaruh,Bukan Jampi Tetapi Seni-Syahrul Nizam Junaini


Selagi Allah masih memberi ruang dan masa,Insyallah saya akan teru membaca dan membaca,semoga membaca ini menjadi budaya kehidupan dalam rumahtangga yang saya bina.Mari kita semarakkan budaya membaca dalam kehidupan seharian kita(yang penting tugas,tanggungjawab yang peting sudah diselesaikan).

Dari Ayah,Ibu,Isteri,Anak,Adik,Abang,Kakak dan semuanya mari kita tanamkan budaya membaca ini.Bangsa yang Berjaya adalah bangsa yang membaca..!.

Monday, September 6, 2010

Ahad Yang Padat


Hari ini(5HB 09 2010) tersangatlah padatnya,perjalanan hidup aku,apa pun syukur Alhamdulillah masih diberi peluang menghirup udara Ramadan yang tinggal beberapa hari lagi..Ramadan akan meninggalkan kita,hari ini ada beberapa program masjid yang aku perlu pergi dan sememangnya wajib buat aku,maklum saja selaku Ajk Ketua Biro Pena Dan Penerbitan kenalah turut serta,mendapatkan bahan dan berita untuk di muatkan kedalam blog masjid dan Risalah Khas Edisi Ramadan 1431H.Aku kongsikan catatan ringkas aku sepanjang hari Ahad.

Program Kuliah Duhah Istimewa Ramadan

Untuk bulan ini,Surau Hj.Mukri Taman Seri Cerakah Kampung Bukit Kapar telah menjadi tuan rumah untuk Program Kuliah Duhah,Alhamdulillah kehadiran hari ini sungguh menggalakkan sekali,maklum hari minggu macam ni,eloklah gunakan kesempatan yang ada ini untuk menimba ilmu,lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini.Program hari ini berjalan lancar biarpun gerimis dan cuaca yang dingin nyaman sekali.Kuliah Duhah di sampaikan oleh Ustaz Mohd Fadzil Bin Ismail,penceramah tetap bulanan.Ustaz telah banyak memberi input yang sangat berguna buat pendengar,sekali sekala di selangi dengan zikir-zikir,lagu-lagu dan sesuatu yang lucu.

Ustaz Fadzil Ismail sedang menyampaikan kuliahnya


Penduduk yang hadir

Ustaz mengingatkan beberapa perkara tentang Ramadan yang akan berakhir dan Aidilfitri yang bakal menjelang ;

1)Hidupkan malam dengan membanyakkan merintih dengan Allah,kalau boleh menangis,jangan nak control macho,menangislah mengharapkan pengampunan Allah.

2)Matlamat akhir dari Ramadan adalah untuk mencapai Taqwa,usahakan betul-betul sementara baki Ramadan yang ada.

3)Berakhirnya Ramadan Saitan-saitan akan kembali semula bertugas menyesatkan semula,mereka-mereka yang Berjaya di terima amalannya di sepanjang Ramadan,Saiton tidak pernah serik dan tak akan berputus asa untuk menyesatkan kita.

4)Aidifitri yang bakal menjelang,hari kemenangan buat mereka yang telah Berjaya menyempurnakan Ramadan dengan baik,kelahiran suci bersih buat insan bertaqwa.

5)Banyakkan takbir di malam raya,sama ada dirumah,di surau ataupun masjid,jika di rumah anak beranak bertakbir,bertahmid dan bertasbih beramai-ramai,banyakkan zikrullah pada Allah .

Di akhir ceramah,di buka peluang untuk para pendengar untuk bertanyakan soalan-soalan kepada Ustaz.Ramai juga yang bertanyakan soalan.Semoga program ini memberi manfaat untuk aku.

Program Kasih Ramadam 1431H

Ini program kedua yang aku mesti hadiri,bertugas mengambil gambar program petang ini.Program Kasih Ramadan 1431H,program memberi bantuan kepada fakir miskin,Oku,Ibu tunggal yang berada di seluruh kampung Bukit Kapar.Majlis bermula jam empat petang,waktu pendaftaran penerima-penerima bantuan.Majlis bersambung selepas solat Asar.Jam 5 program di dalam masjid bermula,bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Nazir Masjid At-Taqwa Bukit Kapar Ustaz Faryzan Subkhi dan di ikuti oleh ucapan Yb.Dr Abdul Rani bin Osman dan seterusnya merasmikan Program Kasih Ramadan.Program ini sangat menginsafkan aku,maklum saja hidup ini ada macam-macam ujian dan dugaannya,ada susah,senang,gembira,sedih,miskin ,kaya,antara satu sama lain perlu saling bantu membantu,kasih sayang..program ini memberi aku pengajaran yang bermakna buat aku.

Dr.Rani sedang berucap dan merasmikan program ini


Wakil pengerusi surau sedang menerima sumbangan


Sedang menunggu giliran


Seorang penerima sumbangan


Buat mereka yang menerima bantuan ini,semoga ianya di manfaatkan dengan sebaiknya,moga hari raya yang di sambut dapat dirai dengan senyuman yang mengembirakan.

Program Tazkirah Iftar Ramadan Dan Berbuka Puasa

Program mingguan sepanjang Ramadan,memang sudah termaktub dalam jadual aktiviti masjid sepanjang Ramadan.Program ini di jalankan setiap hari Sabtu dan Ahad,Kehadiran oleh penduduk kampung Bukit Kapar sebelum berbuka puasa di adakan sedikit tazkirah sebagai halwa telinga,ustaz yang berlainan yang di jemput setiap Sabtu dan Ahad,masuk hari ni hari kedua aku turut serta,yang lainnya adakalanya waktu kerja yang tak mengizinkan aku untuk menghadiri program ini.Alhamdulillah hari ini di beri kesempatan untuk sama-sama mendengar tazkirah oleh Ustaz Najmie Abdul Karim.

Penceramah sedang menyampaikan tazkirahnya


jemaah sedang memberi tumpuan tazkirah


Selepas tazkirah,waktu berbuka puasa pun masuk,ramai-ramai keserambi masjid untuk bersedia berbuka puasa.Alhamdulillah….segalanya denga izin Allah..!


bersedia untuk berbuka


Program Tazkirah Selepas Terawih

Program ni,aku tak dapat hadir,malam ni balik rumah mak mertua Shah Alam…Malam ni dengarnya yang memberi Tazkirah YB.Tuan Hj.Salehuddin Ayub.Tak dapatlah aku kongsikan apa-apa input dari beliau.Apapun semuanya berjalan lancar program masjid untuk hari ini,syukur jugalah aku diberi kesempatan untuk sama-sama memeriahkan dan mengimarahkan masjid pada hari ini.

Terima kasih Tuhan Yang Maha Baik..!

Thursday, July 29, 2010

Hari Kesepuluh Pesta Buku Selangor


Alhamdulillah dengan izin Allah dapat bertemu lagi,kali ini aku nak kongsikan lagi entri terakhir berkaitan dengan aktiviti aku sempena pesta buku yang dah berlalu,apa pun kesudian ANDA berkunjung ke blog ini amat di hargai.Semoga dengan kedatangan ke blog ni,menambahkan semangat untuk sama-sama membudayakan amalan membaca dalam kehidupan kita.

Ahad, 4hb 07 2010


Hari ini sekali lagi aku ke Pesta Buku Selangor(untuk kali yang ketiga),kali ini aku bawa isteri dan anak aku yang semakin agresif,sebenarnya kami nak balik ke rumah Mak mertua di bukit Lancong,tapi oleh kerana isteri nak sangat ke pesta buku ini,aku pun bawalah dia sebelum balik ke rumah Mak.Kebetulan pun aku memang nak cari lagi beberapa buah buku,manalah tahu ada yang bagus-bagus.Dalam hati,hari ni mesti ramai,maklum hari Ahad hari cuti.Dah memang betullah apa yang aku sangka,jalan nak masuk ke Kompleks PKNS jammed,kenderaan perlahan-lahan masuk..sabar ajelah..

Akhirnya dapat juga melepasi jammed,parking dalam pun penuh juga,cari punya cari dapat juga untuk parking kereta.Sambutan orang ramai sangat meriah sekali hari ini,maklum hari cuti dan hari ke sepuluh,hari-hari terakhir.Orang ramai berpusu-pusu ke setiap gerai buku,apa yang aku lihat,setiap gerai buku ada pelanggannya tersendiri,masing-masing ada rezeki..rezeki jual buku..!.

Aku dan Isteri tak ketinggalan untuk ke setiap gerai buku,gerai buku PTS dan Karangkraf menjadi kesukaan aku,macam-macam ada,ouw..buku Dr.Tuah baru keluar,tangkap satu,sambil mendukung anak aku yang semakin membuatkan tangan aku lenguh..aik..nak ambil gambar pulak..katanya aku orang pertama beli buku keluaran Karangkraf jenama OISIS,seorang kakak tu siap tanya nama dan tempat tinggal lagi,tak tahu pula nak letak mana gambar tu..biarkan…

Buku baru Dr.Tuah..

banner kata2 motivasi

Ronda terus,memang ramai hari ni,macam-macam pengunjung yang datang,tak miss mesti ada buku dalam beg plastik…baguslah orang kita dah minat dan nak membaca,aku bangga,aku suka melihat mereka..mereka pun tengok telatah aku kot!,Macam mana kalau adakan satu hari,seminggu sekali,buat ‘PASAR BUKU’ buat ala-ala pasar biasa,tapi kali ni buat ‘PASAR BUKU’,semua jual buku mesti best,cara mana mereka nak buat tarikan ke gerai mereka terpulang pada masing-masing..nak buat diskaun ke,beli 2 buah buku dapat percuma satu ke,terpulang pada mereka,yang penting semua jual buku..amacam? setuju?.

Pasar buku..agak2 bolehkah ia diwujudkan..?

sebahagian majalah untuk balqis

Dapat juga beberapa buku hari ini,begitu juga dengan isteri,banyak beli majalah,buku kanak-kanak…semuannya untuk anak aku yang ni..Nur Dania Balqis.Penat tapi puashati tengok buku..nak dapat macam ni setahun sekali,nak tunggu tahun depan lagi..apapun syukur orang kita dah minat dan suka membaca.Moga kita dapat sama-sama membudayakan membaca ilmu dalam kehidupan kita.InsyAllah..Jumpa lagi di tahun hadapan.

JOM MEMBCA..!

Monday, July 26, 2010

Pesta Ilmu Di Hari Sabtu


Alhamdulillah Syukur pada Allah masih berkesempatan untuk bertemu lagi.Sebenarnya banyak aktiviti yang aku buat sepanjang minggu ini,yang masih tak dapat lagi aku kongsikan dengan para pengunjung,maklum sahaja kena pentingkan yang penting dulu.yang kurang penting ketepikan dahulu,kena guna sistem FIFO(first in fisrt out),macam baca buku juga,kalau cara aku,baca buku,baca dulu yang di beli dahulu,yang beli kemudian baca kemudian..ha3..baru adil kan.Apa pun ikut cara masing-masing,yang penting membaca,baca jangan tak baca.

Sabtu-3hb 07 2010

Ke Perpustakaan Negeri

Aku nak sambung entri yang hari tu punya,selepas balik dari Program Menyemarakkan Islam Selangor,aku dan Farid singgah ke Perpustakaan,baru teringat nak ambil kad ahli yang buat kat Karnival Karangkraf,Cek punya cek tak terdapat permohonan yang aku buat,mungkin mereka tak masuk data dalam computer,jadi kena isi borang lagi,isi pun isi lah yang penting dapat pinjam buku,sementara itu masuk ke perpustakaan cari buku yang nak di pinjam,ramai juga hari ni yang datang ke perpustakaan.Kelihatannya para student,cari bahan rujukkan.Ada yang berkumpulan,ada yang seorang,ada yang’ bercouple’.Nape? tak percaya..ermm..banyak berborak dari membaca..ish3..macamana ni..biarkan asalkan bahagia..

Kuliah jom semarakkan Islam Selangor

Buku pinjaman...

Makalah percuma..

Akhirnya dapat juga 3 buah buku seperti yang disyaratkan,lewat satu hari denda 50sen akan di kenakan setiap hari yang lambat kita pulangkan.Tak payah guna kad ahli,Cuma tunjukkan dan berikan no kad pengenalan saja,Anda dah boleh pinjam buku,yang penting daftar dulu sebagai ahli.Bila dah pinjam jangan lupa pulang balik…ha3..ingatan untuk aku juga ni.Tahniah pada sahabatku Farid..pinjam buku juga,semangat membara untuk membaca.Tunjukkan diri kita contoh pada anak-anak dalam membudayakan amalan membaca ini,InsyaAllah akan menjadi ikutan.

Ke Pesta Buku Selangor (hari ke-9)

Ada masa lagi untuk ronda-ronda di pesta buku,hari ni pun ramai sangat orang yang datang maklum saja tinggal dua hari lagi bakal tamat pesta buku ini,hari ini ambil kesempatan lagi untuk cari buku,aku dan Farid masing-masing dengan haluannya..masing-masing cari buku.Dari satu gerai ke satu gerai aku masukinya,nak tunggu tahun depan lagi,nak tengok suasana macam ini,bisik kata hatiku.Masuk ke gerai buku Galeri ilmu,ramai juga yang tertumpu disini,ait…ada penulis dan juga blogger Hilal Asraf,dapat juga bergambar dan sambar sebuah buku dia siap sign dan kata-kata semangat.



Abdi kenangan..

Nak juga..

bersama Hilal Asraf

Sambar 3 buah buku lagi

Buku..buku..buku…best betul..masuk ke PTS,sini pun lagi hebat sambutannya,meriah sungguh.Buku-buku PTS bagi aku sangat menarik dari muka depan sampailah ke belakang memang menarik.Apa yang penting pengisinnya juga yang lebih penting.Kat sini sebuah buku aku beli,berkaitan dengan dunia ushawan,buat menambah ilmu pengetahuan tentang keusahawanan.Nak jadi ushawan kena banyak ilmu,baru mantap perniagaan yang di usahakan..betul tak?.betul3..

Akhirnya kami bertemu,Farid banyak juga buku di belinya,buku untuk anak-anak katannya,baguslah macam tu kan,galakkan anak-anak suka membaca.Tahniah Farid..!

SEMOGA JUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN..!

Thursday, July 15, 2010

Santapan Minda Setiap Sabtu

Alhamdulillah dengan izin Allah pada hari ini(3hb 07 2010-Sabtu),aku dapat turut serta dalam program Menyemarakkan Islam Selangor,walaupun aku datang lewat,tapi masih ada kesempatan lagi untuk mengikuti kuliah yang di sampaikan oleh penceramah yang di undang,pagi ini aku pergi bersama kawan sekampung aku saudara Farid Azizi.Sampai saja penceramah kedua sedang menyampikan kuliahnya sebelum itu Ustaz Roslan Mohammed telah selesai menyampaikan kuliahnya.Satu lagi program yang di anjurkan oleh kerajaan Negeri Selangor dibawah Jabatan Esco Hal-Ehwal Agama Islam,satu program yang sangat bermanfaat buat rakyat Selangor,usaha-usaha sebegini sudah sewajarnya di beri sokongan yang baik oleh setiap warga Selangor.

Satu permulaan yang baik untuk memberikan input yang terbaik bagi setiap warga Selangor.Program ilmu yang dapat meningkatkan minda setiap mereka yang hadir.Bagi mereka yang bekelapangan datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan majlis ilmu yang sangat bermanfaat ini,Setiap saat dipenuhi dengan minda yang di lontarkan oleh setiap penceramah,butiran-butiran ilmu yang di lontarkan boleh kita jadikan sebagai panduan dalam melayari bahtera kehidupan kita.Maklum sahaja ilmu itu sangat penting untuk kita mencari,dari sumber mana pun yang penting bermanfaat dan tidak menyeleweng dari ajaran Islam.

Jadi,setiap hari Sabtu jangan lupa temu janji kita untuk sama-sama menadah ilmu dalam Program Menyemarakkan Islam Selangor (PROMISE).Selepas dari Kuliah anda boleh mengunjungi gerai-gerai asnaf untuk mencari ole-ole bila pulang nanti.Anda juga boleh ke Perpustakaan yang berdekatan jika Anda rasa ingin ke sana.Maklum sahaja saling berdekatan antara Muzium dengan perpustakaan negeri.Mencari ilmu di mana-mana sahaja..!

Penceramah sedang menyampaikan kuliahnya




Kehadiran orang ramai



Saudara Farid Azizi


Jualan juga di adakan

JOM MENUNTUT ILMU...JOM MEMBCA..!

Saturday, July 10, 2010

Pesta Buku Selangor 2010

Sabtu,26HB 06 2010


Pesta buku kali ini,bagi aku adalah pesta buku yang paling hebat dari sebelum-sebelumnya,penyertaan rakyat sangat menggalakkan,ini di lihat melalui penyertaan rakyat semasa program gerakkan membaca.Tahniah dan Syabas buat kerajaan Negeri Selangor..!.

Di bawah ini aku kongsikan gambar-gambar sepanjang hari kedua Pesta Buku Selangor 2010:

Pesta Buku Selangor 2010


Baginda Sultan,berkenan meninjau-ninjau di setiap gerai buku

Seorang penulis yang gigih mempermosikan hasil karyanya


Gerai-gerai buku yang menyertai Pesta Buku Selangor
















SEMOGA BERJUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN....JOM MEMBACA..!!!

DEMI MASA