Bingkisan Dari Palestin Oleh Aqsa Syarif
Alhamdulillah tidak terhingga masih diizinkan untuk
menulis sesuatu,Ramadan masih bersama kita menyinari kehidupan yang sedang kita
lalui.Di mana jua kita berada Ramadan tetap setia bersama kita,namun setiakah
kita seperti Ramadan?. Sudah seminggu kita dalam Ramadan,masih kuat dan
bersemangat untuk terus menelusuri arusnya yang makin deras dan laju.Insyallah,
semoga Allah tetap memberi kekuatan kepada kita semua.
Syukur pada malam ini (26/07/2012-Khamis)
masih di izinkan Allah untuk turut sama-sama memeriahkan dan mengimarahkan
Ramadan di Surau Kariah Darul Muslimin.Selepas lapan rakaat di adakan pula
Tazkirah Terawih. Ia lebih pada satu perkongsian atau maklumat terkini tentang
umat Islam palestin.Saban hari dan saban waktu umat Islam di Palestin sentiasa
di ancam dengan pelbagai ugutan dan ancaman dari pihak rejim zionis yang zalim.
Malam ini penerangan oleh pihak Ngo Aqsa Syarif sebuah pertubuhan sukarelawan yang
di jemput khas oleh pihak Surau Darul Muslimin.
Ramadan tidak melupakan kita tentang nasib umat Islam
yang masih di belenggu oleh penjajahan asing.Simpati kita sebagai saudara
se-Islam sangat di perlukan oleh mereka,bukan sahaja simpati tetapi sokongan
dan dokongan oleh seluruh Umat Islam dunia terhadap Palestin sangat di harapkan
oleh mereka.Hampir 60 tahun lebih Palestin di hambat oleh penderitaan yang amat
dahsyat.Rejim zionis Israel tidak pernah berhenti untuk melakukan apa sahaja
tindakan jahat,kejam,ganas dan zalim terhadap penduduk Palestin.
Kedatangan wakil Ngo Aqsa Syarif pada malam tersebut
sangat memberi input kepada jemaah yang hadir. Tayangan slide yang menunjukkan
mangsa-mangsa kekejaman rejim sangat menyentuh hati semua.Mereka tidak pernah
mengenal erti aman,kerana sentiasa di buru oleh pihak tentera rejim zionis.Tiap
detik dan tiap saat nyawa mereka bila-bila masa sahaja boleh melayang.Begitulah
nasib penderitaan yang mereka alamai.Aqsa Syarif sebagai sebuah pertubuhan
sukarelawan telah begitu prihatin dengan keadaan di Palestin.
Untuk itu,pertubuhan tersebut telah banyak melakukan
sumbangan berbentuk material hasil kutipan dana dari umat Islam di
Malaysia.Hasil dari itu terbina pelbagai prasarana yang di usahakan oleh
pertubuhan tersebut,antaranya membina sebuah Universiti,membina kilang
roti,masjid,penternakan ikan air tawar dan pelbagai lagi yang dilaksanakan
semuanya itu hasil dana yang di kutip
dari Umat Islam di Malaysia.Keperihatinan umat Islam di Malaysia menunjukkan
komitmen umat,bahawa umat Islam di mana pun berada,susah atau senang mereka
adalah saudara seagama yang perlu di beri bantuan.
Sikap dan tanggungjawab sebagai muslim inilah yang di
kehendaki oleh agama Islam.Penerangan dan info yang di beri sangat memberi
kesan pada jemaah yang hadir. Moga maklumat yang di terima dapat di sampaikan
kepada umat Islam yang lain.Semoga Ramadan kali ini,Allah membuka ruang
keamanan untuk Umat Islam di Palestin.Pembebasan Palestin bermakna bebas juga
seluruh Umat Islam di seluruh dunia.Di situ terletaknya masjidil Aqsa kiblat pertama
Umat Islam.
Sama-sama lah kita berdoa agar Umat Islam Palestin
segera di beri keamanan dan kemenangan oleh ALLAH SWT. Semoga Ramadan yang
hadir ini memberi sesuatu berita yang mengembirakan Umat Islam di Palestin
khususnya.Jua Umat Islam di seluruh pelusuk dunia.
Semoga amal bakti kita di terima oleh Allah Swt.
Amin Ya..Rabb..!!!
Jom Menulis..Jom Membaca…!