Masjid Meriah
Alhamdulillah,syukur
masih dapat di pertemukan melalui catatan Ramadan kali ini.Semoga Allah
merahmati kita semua dan menerima amalan kita sebagai amal soleh.Selawat ke
atas junjungan mulia nabi Muhammmad saw.Kerananya kita dapat nikmat iman dan
Islam.Ramadan menjanjikan keberkatan untuk semua manusia yang beriman,puasa
akan melahirkan taqwa,jika dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
“..mudah-mudahan kamu bertaqwa” Maksud
Quran.
Seperti
biasa,setiap bulan ramadan menjelang,masjid-masjid akan meriah dengan
bermacam-macam aktiviti yang dijalankan.Setiap masjid di mana pun ia
berada,sama ada di desa mahu pun di pekan bahkan di bandaraya besar pun masjid
pasti meriah dan ramai orang berkunjung ke sana.Dengan tujuan yang satu,beribadah
hanya untuk-Nya. Di pelusuk dunia Islam masjid-masjid di penuhi oleh orang
ramai.Begitulah besar hikmah kedatangan Ramadan bulan yang agung yang penuh
dengan keberkatannya.
Bukan
setakat bertarawih dan bertadarus al-quran,tetapi mereka menghidupkannya dengan
qiamullail. Malah ada masjid yang melaksanakan program qiamullail sepanjang
Ramadan,begitulah hebatnya Ramadan.Peluang untuk merai pahala dengan
melaksanakan ibadah di rebut dengan sebaik-baiknya.Masjid tetap terang
benderang dengan pelbagai aktiviti yang di atur oleh pihak masjid untuk manfaat
orang ramai.
Aktiviti
sepanjang Ramadan begitu hebat di sana sini,solat terawih di sesetengah masjid
menggunakan tenaga imam tahfiz,bacaan 30 juzuk hingga akhir Ramadan.Ini memberi
kesegaran minda dan penghayatan kepada para jemaah.Suasana yang meriah dan
indah di bulan Ramadan semakin terserlah. Manusia berpusu-pusu ke stiap masjid
yang berdekatan.Malah ada yang bertukar-tukar masjid bagi merasai suasana
berbeza di setiap masjid yang di kunjungi.Hebat dan mantap penangan Ramadan,segalanya
mudah dan menyenangkan.
Langkah
ke masjid diteruskan dengan solat lima
waktu di masjid,tiap kali masuknya solat waktu ramailah bersegera menunaikan
solat jemaah di masjid.tidak kira siang,petang ,malam dan subuh,masjid sentiasa
meriah dan imarah. Sama ada individu dan berkeluarga turut sama-sama
memeriahkan masjid untuk bersolat jemaah. Segala dugaan dan godaan jahat nafsu
di lawan dengan sungguh-sungguh.Ramadan jelas di hati mereka.Hasilnya
masjid-masjid meriah dan imarah sekali.
Apa
yang menariknya,ada masjid yang menyediakan juadah untuk berbuka puasa,ia di
lakukan sepanjang bulan Ramadan,Ia memberi peluang untuk orang ramai sama-sama
meraikan ibadah berbuka puasa.Ada masjid yang membuat bubur lambuk untuk di
beri kepada orang ramai.Aktiviti membuat bubur lambuk ini di laksanakan secara
bergotong royong,malah mereka membuat sehingga beberapa kawah.Setiap hari
sepanjang Ramadan mereka membuatnya. Semuanya dengan niat bersedekah memberi
orang makan untuk berbuka puasa.
Begitulah
ramadan,mengajar manusia agar berebut-rebut membuat amal kebajikan.Masjid
menjadi institusi yang utama buat umat Islam untuk melaksanakan tuntutan
itu.Namun di situ jangan kita lupa tentang adab-adab ketika berkunjung ke
masjid. Menghormati masjid dengan menunaikan solat tahyahtulmasjid sebagai
penghormatan kita kepada masjid yang merupakan rumah Allah.Semoga kita menjadi
golongan di kalangan orang yang beriman yang memakmurkan masjid,lebih-lebih
lagi dalam bulan Ramadan.Ramadan mengindah dan menceriakan setiap masjid,di
mana pun masjid itu berada.
Semoga
puasa kita di terima Allah swt.
Amin,,,Ya..Rabb..!!!.
Selamat
berpuasa.
Jom Membaca...Jom Menulis...!
No comments:
Post a Comment