Sumber Motivasi Dan Panduan
Dalam
koleksi buku di bilik bacaan saya terdapat beberapa buah buku berkaitan tentang
penulisan.Ia merupakan buku buat motivasi diri saya agar berminat dalam
penulisan.Apa jua jenis penulisan yang mahu di ceburi,baik penulisan kreatif
atau pun non-kreatif.Kerja-kerja menulis memerlukan kesungguhan dan ianya mesti
di lakukan berterusan.Jika tidak mood menulis akan hilang dan semangat untuk
menulis pun menurun.Akibatnya apa perkara yang mahu di kongsikan melalui
penulisan akan terbengkelai begitu sahaja.
Buku-buku
tersebut selain sebagai panduan,saya gunakan untuk memotivasi diri agar terus
menulis apa-apa yang boleh di kongsi dalam blog yang saya wujudkan.Menulis
sesungguhnya bukanlah kerja yang sangat mudah sekiranya tidak di iringi dengan
semangat dan dorongan diri yang kuat.Walaupun catatan-catatan ringkas sudah di
sediakan untuk di tulis dan di kemnbangkan,namun jika semanagt untuk menulis
tidak ada,ia akan menjadi sekadar catatan yang tidak berkembang dan seterusnya
boleh di kongsikan.
Itu
yang berlaku pada saya sebenarnya,banyak catatan-catatan ringkas yang masih
tidak tertulis dek’ kerana semangat yang menurun.Ada nya catatan yang mahu di tulis sudah tidak
releven lagi untuk di kongsi.Itu masih
terbiar dalam bakul catatan yang di sediakan.Catatan ringkas tentang pergolakan
politik dalam Negara juga banyak yang tidak tertulis lagi.Malah blog yang ini (Membaca Minda Segar) pun,baharu hari ini sempat untuk menulis.Itu lah bila sudah di hinggapi
penyakit malas dan bertangguh.
Alhamdulillah,dalam
keadaan malas mahu menulis,minggu ini saya sempat juga menghabiskan dua buah
buku yang saya beli di Pesta Buku Negeri Selangor 2012.Buku ‘I Want To Be A
Writer' tulisan Ummu Hani dan Buku ‘Biblioholisme’
tulisan Shaharom TM Sulaiman.Itu pun memaksa diri agar jangan malas
membaca.Membaca pun kena semangat juga,begitu juga menulis.Waktu saya menulis
tulisan ini juga saya cuba memaksa diri agar jangan malas menulis dan
bersemangat terus.
Membaca
dan menulis bukan sekadar sahabat akrab tetapi adik beradik yang perlu di pupuk
dengan kasih sayang.Kedua-duanya harus di bajai dengan semangat dan dorongan
yang kuat.Jadi untuk itu,saya sering mengulangi buku-buku tentang penulisan
untuk beberapa kali.Ia nya untuk menguatkan motivasi diri agar terus menulis, menulis
dan terus menulis.Begitu juga dengan semangat membaca, membaca dan terus membaca.
Semoga
kesungguhan ini berterusan sampai bila-bila.Amin..!.
Selamat
Membaca...Jangan lupa menulis...!
No comments:
Post a Comment