Wednesday, July 11, 2012

Motivasi Melalui Buku Penulisan


Sumber Motivasi Dan Panduan



Dalam koleksi buku di bilik bacaan saya terdapat beberapa buah buku berkaitan tentang penulisan.Ia merupakan buku buat motivasi diri saya agar berminat dalam penulisan.Apa jua jenis penulisan yang mahu di ceburi,baik penulisan kreatif atau pun non-kreatif.Kerja-kerja menulis memerlukan kesungguhan dan ianya mesti di lakukan berterusan.Jika tidak mood menulis akan hilang dan semangat untuk menulis pun menurun.Akibatnya apa perkara yang mahu di kongsikan melalui penulisan akan terbengkelai begitu sahaja.

Buku-buku tersebut selain sebagai panduan,saya gunakan untuk memotivasi diri agar terus menulis apa-apa yang boleh di kongsi dalam blog yang saya wujudkan.Menulis sesungguhnya bukanlah kerja yang sangat mudah sekiranya tidak di iringi dengan semangat dan dorongan diri yang kuat.Walaupun catatan-catatan ringkas sudah di sediakan untuk di tulis dan di kemnbangkan,namun jika semanagt untuk menulis tidak ada,ia akan menjadi sekadar catatan yang tidak berkembang dan seterusnya boleh di kongsikan.

Itu yang berlaku pada saya sebenarnya,banyak catatan-catatan ringkas yang masih tidak tertulis dek’ kerana semangat yang menurun.Ada nya  catatan yang mahu di tulis sudah tidak releven lagi untuk di  kongsi.Itu masih terbiar dalam bakul catatan yang di sediakan.Catatan ringkas tentang pergolakan politik dalam Negara juga banyak yang tidak tertulis lagi.Malah blog yang ini (Membaca Minda Segar) pun,baharu hari ini sempat untuk menulis.Itu lah bila sudah di hinggapi penyakit malas dan bertangguh.

Alhamdulillah,dalam keadaan malas mahu menulis,minggu ini saya sempat juga menghabiskan dua buah buku yang saya beli di Pesta Buku Negeri Selangor 2012.Buku ‘I Want To Be A Writer'  tulisan Ummu Hani dan Buku ‘Biblioholisme’ tulisan Shaharom TM Sulaiman.Itu pun memaksa diri agar jangan malas membaca.Membaca pun kena semangat juga,begitu juga menulis.Waktu saya menulis tulisan ini juga saya cuba memaksa diri agar jangan malas menulis dan bersemangat terus.

Membaca dan menulis bukan sekadar sahabat akrab tetapi adik beradik yang perlu di pupuk dengan kasih sayang.Kedua-duanya harus di bajai dengan semangat dan dorongan yang kuat.Jadi untuk itu,saya sering mengulangi buku-buku tentang penulisan untuk beberapa kali.Ia nya untuk menguatkan motivasi diri agar terus menulis, menulis dan terus menulis.Begitu juga dengan semangat membaca, membaca dan terus membaca.

Semoga kesungguhan ini berterusan sampai bila-bila.Amin..!.

Selamat Membaca...Jangan lupa menulis...!

No comments:

Post a Comment