Hari
Ahad merupakan hari cuti,ramai orang biasanya hari Ahad hari berehat,ada yang
berjalan-jalan bersama keluarga,mungkin juga ada yang berziarah keluarga di
kampung,bertemu Ayah Ibu dan ada juga yang masih membuat kenduri kawin,ada juga
yang asyik tidur sahaja di rumah,maklum 5 hari atau 6 hari asyik bekerja,Ahad
betul-betul hari untuk berehat sahaja di
rumah.Apa pun terpulang kepada masing-masing untuk memanfaatkan hujung minggu
masing-masing.Semua terserah kepada kita untuk menguruskan hari Ahad itu.
Semalam
(17hb 06 2012-Ahad) ada dua peristiwa yang saya hadiri,peristiwa
pertama;
“Setiap yang bernyaw pasti akan menemui maut (kematian)”,maksud
Quran.
Ziarah kematian.
Ziarah
kematian orang kampung,satu kariah.Malam tadi menerima sms dari kawan
memberitahunya.Menurut ceritanya penyakit paru-paru.Begitulah adat dan adab
bila ada kematian semua orang kampung yang berkesempatan akan datang
menziarah,untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.Ia merupakan
budaya yang di galakan dan amat di anjurkan oleh agama Islam. Kematian datang
tiba-tiba,tiada siapa yang tahu,empunya dirinya pun tidak tahu masanya.Itulah
suatu yang pasti yang semua orang akan hadapi.Tapi kenyataan yang pasti bila
dan di mana kita tidak tahu.
“,,Katakanlah bahawa sesungguhnya kematian yang kamu
semua melarikan diri dari padanya itu,pasti akan menemui kamu,kemudian kamu
senua akan dikembalikan ke-Dzat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta
nyata.Selanjutnya Dia akan memberitahukan padamu semua apa-apa yang kamu
lakukan.” Surah Jumu’ah 8.
Ziarah
kematian benar-benar menginsafkan kita,ia menjadi bahan muhasabah diri,hati
yang keras akan lembut dan insaf jika di bawa ke satu majlis kematian,hati
sentiasa beristighfar,merenung-renung kedalam diri,bertanya-tanya bila tiba
masanya giliran aku pula,itulah bisikan hati kita.Hari ini keluarga kita,kawan
kita,sahabat rapat kita,esok,lusa kita pula siapa yang tahu.Ziarah kematian
benar-benar memberikan kita keinsafan yang mendalam.
“,,Perbanyakkanlah mengingat kematian,sebab yang demikian
itu akan menghapuskan dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia”. Hadis
Nabi Saw,diriwayatkan oleh Ibnu Abiddunya.
Namun
di situ masih ada sesi negatif dan tidak patut dilakukan oleh setiap yang
bernama penziarah.
Situasi Di Rumah
Situasi
kematian sudah pastinya sayu,syahdu,rasa keinsafan yang mendalam menyelimuti
setiap penziarah.Ahli keluarga si mati apatah lagi,sedih,pilu yang amat dengan
kehilangan seorang yang di kasihi.Tergambar saat indah dan manis ketika bersama
keluarga tersayang sudah tentunya melahirkan kesedihan pada keluarga si mati
saat itu.Setiap orang akan melalui situasi itu,bagi saya,tak tergambar andai
saya yang melaluinya...ya...Allah,kuatkan dan tabahkanlah hati hambamu ini
sekiranya akan berlaku dikalangan keluarga hamba pergi terlebih dahulu...”.
“,,,”Tidak seorang pun dari kaum muslimin yang ditinggal
mati oleh tiga orang anaknya,kemudian ia menyerah pada takdir Allah
itu,melainkan mereka itu akan menjadi perisai baginya dari pada api neraka”.
,,Ada seorang wanita yang bertanya:,,Jikalau hanya dua
orang anak,bagaimana ya Rasulullah (Maksudnya apakah juga dapat menjadi perisai
orang tuanya daripada api neraka)?”.
Beliau SAW lalu menjawab:,,Ya,dua pun dapat juga”
Hadis
diriwayatkan oleh Muslim,Al Bazar dan At-Tabrani
Namun
di situ,masih ada lagi hati-hati manusia yang tidak begitu sensitif, syahdu dan
sedih dalam situasi majlis kematian,mereka berbual-bual sesama mereka,menghisap
rokok,ada gelak ketawa dan pelbagai ragam dan gelagat manusia ketika menziarahi
majlis kematian.Rasa sedih,pilu,syahdu dan yang penting insaf bagai tiada.Dalam
majlis sebegitu pun kita masih ketawa-ketawa,gelak-gelak,lucu-lucu...ya itulah
situasi yang kita sering kita lihat di majlis kematian.
Mana
rasa insaf dan kesedaran kita tentang kematian?.kematian bukan perkara
main-main,ia akan melalui saat getir atau bahagia si mati,kita juga bakal
menyusul satu masa nanti.Cuba bayangkan ketika kita sedang ziarah,kita gelak
ketawa,berlucu-lucu,tiba-tiba Allah cabut nyawa kita di situ juga dalam majlis
kematian,apakah itu tidak menginsafkan kita lagi?.Tulisan ini sekadar
mengingatkan diri sendiri dan mungkin yang biasa dapat melihat dalam situasi
ziarah kematian,Rasanya kita masih banyak kena belajar dan menjaga adab-adab
ketika ziarah kematian.
Situasi Di Tanah Perkuburan
Di
sini juga masih ada lagi hati-hati manusia yang tidak peka.Tempat di mana semua
orang akan di simpan di situ.Rumah yang akan memayungi kita satu masa
kelak.Entah bahagia atau derita,tenang atau sengsara.Dalam keadaan ini sudah
pastinya ia kan memberi keinsafan dan kesedaran kepada setiap penziarah.Ia akan
memotivasikan kita tentang tempat tinggal kita yang pasti.Dari tanah kita wujud
dan dari tanah kita di kembalikan dan kedalam kubur kita akan di semadikan.
Itu
pun masih ada lagi manusia-manusia yang tidak merasa apa-apa ketika datang ke
situ,Masih ada yang berbual-bual,gelak ketawa,berlucu-lucu,gurau senda
kadang-kadang bernada mengena kawan.Ya..di kawasan perkuburan di tempat di mana
kita semua akan di tempatkan di situ,itu pun masih tidak mengentarkan hati-hati
kita bahawa kematian itu pasti menjenguk dan menjemput semua.
Kita
masih bisa berlucu-lucu,berbual-bual kosong yang tentunya tidak memberi faedah
kepada kita.Bukankah lebih baik kita beristighfar,berzikir dalam hati
masing-masing,Menghadiahkan fatihah kepada si mati dan juga penghuni abadi di
situ.Ya,bukankah itu lebih molek daripada kita terkekeh-kekeh dan berlucuan di
saat orang lain berduka dan bersedih?.Jadikanlah tanah perkuburan motivasi untuk
kita.Cuba fikir dan renungkan,hari ini kita tinggal di rumah yang
hebat,megah,besar,berhawa dingin dan sebagainya,tapi bila saat pasti mati
menjemput tiba,kita akan di mandikan,dikafankan,di solatkan dan yang akhirnya
kita akan di kebumikan (tempat tinggal;luas atau sempit?) di tanah perkuburan
yang sepi dan senyap sunyi itu.Apakah tidak menginsafkan kita lagi?.
Malah,dalam
teknologi yang semakin hebat dan canggih,turut dibawa bersama-sama telefon
bimbit,ipad dan sebagainya ke tanah perkuburan,apakah salah perkara
ini?.Ya,rasanya tidak salah dan memang perlu,namun apa salahnya kita tidak
membunyikan nada dering yang ada kalanya kita lupa mahu mematikan,Gunakan
gegeran apa salahnya tanpa nada dering.Situasi ini berlaku,kadang-kadang bila
mana Tuan Imam sedang membacakan talkin,kelam kabut di buatnya si pemilik
handphone untuk mematikannya.Orang ramai akan tertumpu kepadanya.Nada dering
pula lagu yang tidak kena pada situasi dan tempatnya.Siapa yang malu rasanya?.
“,,Cukuplah kematian itu sebagai penasihat”
Cukuplah
sekadar memberi ingatan pada diri dan mereka yang mahu menerima pandangan
ini.Moga dapat memberi bahan fikir untuk kita sama-sama memperbaiki adab-adab
dalam kita menziarahi kematian.Hari ini jika kita lakukannya,akan datang orang
lain akan lakukannya ketika ziarah kematian kita.Apakah kita mahu situasi itu
berlaku dalam majlis kematian kita?.
Justeru
itu.kematian itu,bila mana sudah sampai masanya akan datang menjemput
kita.Bersiap sedialah untuk menerima kedatangan kematian itu.Pastikan bekalan
yang kita akan bawa mencukupi untuk kita mendapatkan nikmat bahagia di
sana.Jika tidak sengsara akan menanti kita.Oleh itu,semoga kita menjadi seorang
penziarah yang baik dalam majlis kematian yang kita ziarahi.Saya akhiri
penulisan ini dengan maksud sabda Nabi saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah
dan Abiddunnya;
“,,Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak
ingatannya kepada kematian serta terbanyak
persiapannya untuk menghadapi kematian itu.Merka itulah orang-orang yang
benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baqa dengan membawa kemuliaan
dunia serta kemuliaan akhirat”.
Sekian.
Assalamualaikum WBT
ReplyDeleteBlog buku yang sangat menginspirasikan para pencinta buku. Terdapat banyak entri-entri menarik yang boleh dijadikan ilmu buat pembaca. Diharap Shah akan terus giat menulis untuk berkongsi pengalaman, pandangan dan idea buat pembaca seperti saya. Semoga kebaikan menulis di blog ini menjadi jariah semasa hidup mahupun setelah meninggal kelak. Ameen.
Alhamdulillah,Terima kasih atas kesudian singah di blog ini.Insyallah,semoga bermanfaat buat semua.Membaca,membaca dan terus membaca.
ReplyDelete