Followers

Saturday, July 21, 2012

Catatan Ramadan (3)




Indahnya Ramadan

Bulan yang indah,penuh dengan Rahmat dan Barokah.Wajah berseri-seri tidak sabar menunggu waktu berbuka puasa.Ada beberapa minit lagi,moga tidak di persiakan begitu sahaja.Mahu membaca,membacalah,lebih-lebih lagi quran,biar pun hanya sekadar beberapa ayat,namun ianya amat bermanfaat.Membaca buku,ya itu pun molek,mengulangkaji mana yang mungkin kita terlupa,itu juga ada manfaatnya.Indahnya Ramadan setiap apa yang kita lakukan ganjaranya berlipat kali ganda.

“Semua amal kelakuan anak Adam berlipat ganda,tiap kebaikan sepuluh lipat gandanya hingga tujuh ratus lipat gandanya,kecuali puasa...” maksud hadis.

Ramadan bertambah indah,setelah berbuka kita penuhi rumah-rumah Allah dengan bersolat jemaah.Baik maghribnya atau waktu isyanya seterusnya solat terawih.Bersama keluarga,anak-anak,suami dan isteri bergiring bersama-sama ke masjid mahu pun surau,Setelah itu bertadarus quran berramai-ramai,indahnya Ramadan membuka peluang dan ruang untuk kita beramal ibadah sebanyak-banyaknya.

Setiap saat dan minit,tidak dipersiakan dengan sesuatu yang boleh mencemarkan keindahan Ramadan.Dalam keluaraga,lihatlah bagaimana anak-anak kita mengisi keindahan Ramadan?.Bermain game,menontot tv,mendengar lagu-lagu yang melalaikan,membaca komik,novel atau apa sahaja bahan bacaan yang tidak meningkatkan motivasi diri anak-anak.Atau apakah sebaliknya anak-anak mentelaah pelajaran,membaca buku agama,bersoal jawap tentang fadhilat puasa.Ayah dan ibu pula,waktu terluang.apa yang dilakukannya?.

Sesungguhnya keindahan Ramadan itu milik kita, jauhilah perkara yang boleh merosakkan keindahan Ramadan.jangan persiakan peluang yang ada.entah esok atau lusa kita belum tentu menikmati lagi keindahan Ramadan ini.Maka,syukuri dan nikmatilah keindahan Ramadan kali ini dengan sesempurnanya.

Amin Ya Rabb...!.

Jom Membaca..Jom Menulis...!.

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA