Followers

Showing posts with label info BacaLRT. Show all posts
Showing posts with label info BacaLRT. Show all posts

Saturday, November 27, 2010

Info Untuk Ahli Baca@Lrt -(Untuk Peminat Buku Juga)



Kepada penyokong dan penggerak Baca@ di seluruh negara. Kepada Tuan dan Cik Puan, kami mengharapkan dan mendoakan yang terbaik sentiasa.

Mesej kali ini membawa beberapa informasi penting di bawah 'Apabila Tuan dan Cik Puan di Baca@ inilah kesan dan akibat'

Apabila kita bersama-sama bermula pada 16 Januari 2010, bersama-sama membaca secara spontan, mengejutkan orang ramai yang tidak tahu apa yang berlaku dan menjadikan kedai majalah kehabisan majalah pada hari esoknya (kerana bimbang dikelilingi pembaca buku), ia bukan sekadar satu aktiviti kita berseronok, tetapi keseronokan kita mengubah sejarah negara berterusan sehingga kini.

Terbaru di Pulau Pinang, kesan dan akibat Tuan dan Cik Puan bersama dalam aktiviti gila-gila dan spontan ini, Baca@ muncuk di Pulau Pinang!

----

Bersempena Pesta Pulau Pinang dan cuti sekolah, kerajaan negeri Pulau Pinang dan Syarikat Adam Bookstore menganjurkan aktiviti Bazar Baca@Pulau Pinang.

Aktiviti ini berlangsung pada 1 Disember 2010 hingga 2 Januari 2011, bermula jam 6 petang hingga 11.30 malam. Pelbagai aktiviti menarik yang akan dilakukan.antaranya pertandingan nasyid, bintang kecil pesta dan penampilan khas Upin dan Ipin.

Kedai-kedai buku menghargai usaha Tuan dan Cik Puan sehingga Baca@ dibawa hingga ke sana.

Tahniah semua

-----

Perkara kedua yang mengejutkan kami.

Sebelum ini kami memaklumkan Baca@LRT Massa akan bermula jam 10 pagi di Putra Gombak sehingga Taman Asia. Di mana kita akan ke BookXcess yang baru dan besar dan lebih banyak buku.

Kemudian kami menerima mesej demi mesej daripada penyokong Baca@LRT agar ia juga diadakan pada jam 2.00 petang

Kemudian kami membuka undian masa.

Ia mengejutkan kami!

Baca@LRT Massa akan berlangsung pada kedua-dua masa jam 10.00 pagi dan sekali lagu jam 2.00 petang.

Ini pertama kali dalam sejarah! Klik di sini bukti yang jelas sokongan Tuan dan Cik Puan

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=465116381529&set=o.211699456684

Maka mereka yang mengundi telah komited hadir pada masa diberi. Kami juga akan bersama-sama dalam kedua-dua masa. Insya Allah.

Ayuh kita akhiri tahun 2010 dengan kegilaan ini sekali lagi.

Moga ia akan merebak seperti berlaku sekarang.

Kini terbukti, siapa kata Tuan dan Cik Puan tidak dapat membawa perubahan? Ia benar-benar berlaku sekarang!

Terima kasih dan bertemu pada 5 Disember 2010.


----

Penyelaras Komunikasi Baca@ dan Baca@LRT
ZAMRI MOHAMAD

Thursday, October 28, 2010

Berita Buku :Rancangan Buku di televisyen nasional!

BACA@LRT


Kepada ahli BACA@LRT


Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan melalui Perpustakaan Negara Malaysia(PNM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menerbitkan Travelog Kembara Buku, iaitu travelog untuk siaran televisyen mengenai industri perbukuan dan kesannya terhadap budaya membaca.

Travelog ini akan disiarkan di RTM bermula November 2010. Rancangan 13 episod itu dipaparkan di TV1 pada hari Ahad jam 2.30 petang

Dari :Tuan Zamri Mohamad

Thursday, September 23, 2010

Info Terkini Peminat Buku



Minggu ini adalah minggu 'kegilaan'. Tiga aktiviti buku besar berlaku!



Assalamualaikum wbt

Tuan dan Cik Puan, penyokong kuat dan pembawa semangat membaca di mana sahaja.

Kami di Baca@ mendoakan Tuan dan Cik Puan berada dalam keadaan sihat, dipermudahkan urusan, dikurniakan keceriaan dalam apa jua keadaan.

Setiap hari kami merindui dan mengingati setiap wajah pencinta buku yang bersungguh-sungguh membawa khabar Baca@ di dalam blog, Facebook dan bicara mereka.

Tuan dan Cik Puan pembawa khabar gembira,

-----

Pengumuman satu

Kita baru sahaja melewati 21 September 2010. Sebagaimana semua sedia maklum, kita telah bersama-sama menyokong usaha ITNM dan Komuniti Buku Online dalam program Seminar Pencinta Buku Malaysia.

Satu seminar yang mengumpulkan bukuwan seluruh negara dan dikatakan satu acara ilmu 'penuh dewan' yang mendapat respons besar daripada peserta sendiri.

Satu khabar yang positif kepada semua kesan daripada Tuan dan Cik Puan yang hadir dan menyokong. Kesanya, satu persatu wajah baru muncul kerana adanya Tuan dan Cik Puan di sana.

Ikuti album bersejarah Baca@ bersama-sama rakan-rakan pencinta buku di sini http://bit.ly/albumlrt

Sekiranya Tuan dan Cik Puan mengikuti seminar ini, kongsikan di Wall Facebook Baca@ agar pengisian itu sampai kepada semua. Foto peribadi di seminar itu juga dialu-alukan.

---


Pengumuman kedua

Pada hari Sabtu ini, 25 September, satu lagi Baca@LRT diwujudkan oleh kumpulan pelajar universiti.

Seramai seratus orang akan terlibat dari LRT Putra pada jam 10.30 pagi.

Mereka yang mahu turut menyaksikan sejarah besar Baca@LRT Siswa ini boleh bersama-sama dan turut serta pada hari itu membawa bahan bacaan mereka.

Bagi maklumat lanjut Baca@LRT yang digerakkan oleh sayap mahasiswa ini, hubungi Ahmad Yasir Bin Khiri (0928135)
di nombor telefon 019-5512952

Gelombang baru Baca@LRT siswa Sabtu ini, 25 September 2010.


------



Pengumuman ketiga

Daripada Tuan Sayed Munawar;

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, ITNM dan Sasbadi akan menganjurkan Jejak Buku (Treasure Hunt) pada hari Ahad ini, 26 September 2010. Sinar Harian sebagai Rakan Media.

Ia menawarkan hadiah tunai;

RM3000 untuk tempat pertama,
RM2000 untuk tempat kedua
RM1000. untuk tempat ketiga

Mungkin Tuan dan Cik Puan pemenangnya! Informasihttp://bit.ly/jejakbuku

Yuran penyertaan hanyalah RM100 sahaja dan peserta akan menerima voucher tunai RM50 untuk belian buku serta topi dan goodies daripada penaja.

Terhad kepada 60 peserta pertama dan boleh menghubungi Suhaili/Shaza MBKM di talian seperti yang tertera di poster dilampirkan. Klik di sinihttp://bit.ly/hubungijejak

Jejak Buku ini merupakan info hunt (atau treasure hunt) mencari maklumat perbukuan sepanjang perjalanan dari Kementerian Pelajaran Putrajaya ke Pagoh di mana diadakan majlis pesta Kembara Buku melibatkan masyarakat di Pagoh.

Program akan berlangsung Ahad ini 26 September bermula pendaftaran 8 pagi di Lobi Kementerian Pelajaran, Blok E PPKP Putrajaya. Bukuwan tidak harus melepaskan peluang ini.

Klik di sini http://bit.ly/jejakbuku


---

Tiga pengumuman besar yang membawa cerita baru dalam dunia buku.

Kepada keluarga Baca@, terima kasih atas sokongan dan penglibatan.

Tanpa Tuan dan Cik Puan, ia hanya hidup dengan nama, bukan usaha.

Kita akan terus dan sama-sama membaca di mana-mana. Seorang atau ramai, kita adalah Baca@.

---

ZAMRI MOHAMAD
Penyelaras Komunikasi Baca@ dan Baca@LRT

Wednesday, September 15, 2010

Jom Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010



Mesej Daripada Tuan Zamri Mohammad;

Assalamualaikum

Tuan dan Cik Puan penyokong dan pembawa khabar gembira budaya membaca melalui gerakan Baca@...

-------



1. Apakah yang akan berlaku pada 21 September nanti?

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama Komuniti Buku Online (KBO) akan mengadakan Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 yang bertemakan 'Memperkasa Budaya Membaca Karya Terjemahan.'

Seminar ini akan diadakan pada 21 September 2010.
Dari pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang.
Bertempat di Dewan Utama, Wisma ITNM di Wangsa Maju.

Institut Terjemahan Negara Malaysia,
Wisma ITNM, No. 2, Jalan 2/27E,
Seksyen 10, 53300 Wangsa Maju,
Kuala Lumpur.

(Jangan lupa simpan info ini dalam telefon bimbit dan catat di kalendar)


-------


2. Apakah yang menarik di seminar ini?

Seminar itu akan dirasmikan oleh Datuk Mohamed Nor Khalid (Lat), kartunis dan penulis karya terjemahan paling berjaya di Malaysia, The Kampung Boy. Beliau akan turut membentangkan kertas dasar bertajuk Penghayatan Karya Terjemahan Melalui Watak Komik.

Pengalaman Lat yang berjaya menghasilkan karya berbentuk komik, dan diterjemahkan kepada 10 bahasa utama dunia mampu memberikan inspirasi dan semangat kepada para pencinta industri buku untuk mencintai serta menghasilkan lebih banyak karya terjemahan.


3. Siapakah lagi yang terlibat?

Kertas-kertas kerja yang akan dibentangkan sepanjang seminar berkenaan ialah

(a) Peranan ITNM dalam Memperkasakan Karya Terjemahan oleh Mohd. Khair Ngadiron,

(b) Peranan Komuniti Buku dalam Pembudayaan Pembacaan Karya Terjemahan oleh Shaharom TM Sulaiman,

(c) Pengalaman Estetika Membaca Karya Terjemahan: Perspektif Penterjemah oleh Dr. Syed Nurul Akla Syed Abdullah,


(d) Pengalaman Estetika Membaca Karya Terjemahan: Perspektif Pencinta Buku oleh Rahimi Saad


(e) Pengalaman Estetika Membaca Karya Terjemahan: Perspektif Penulis oleh Faisal Tehrani.

(f) Karya Terjemahan yang Mempengaruhi Peradaban Manusia oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan,


(g) Yusoff Zaky Yaakob: Potret Seorang Pencinta Buku,


(h) Penterjemah dan Penerbit oleh Nublan Yusoff Zaky,


(i) Gerakan Terjemahan Sebagai Gerakan Intelektual: Perspektif Sejarah Tradisi Intelektual Parsi oleh Ahmad Kamil Zuhairi


(j) Pendidikan Akal Bangsa Melalui Penterjemahan Komik oleh Zinitulniza Abdul Kadir.

(k) Sesi khas bicara bersama tokoh turut diadakan dengan pembentangan kertas kerja yang bertajuk Potret Pencinta Buku, Penulis, Penterjemah dan Penerbit oleh Abdullah Al-Qari Haji Salleh.


-------


3. Ah! Seminar ini menampilkan nama-nama besar dan ramai. Pasti berbaloi menghadirinya. Tetapi yuran pasti mahal!

ITNM mendukung usaha para penyokong Baca@LRT yang bersama-sama membudayakan amalan membaca secara kreatif. Oleh itu, yuran seminar hanya RM10 sahaja! Ya, seminar terbesar dengan senarai pembentang dan topik yang menarik ini hanya RM10 sahaja untuk penyokong Baca@LRT.

Bonus sebuah buku sumbangan ITNM, goodies bag, makan minum serta pengalaman menarik sepanjang seminar!


-------


4. Hanya RM10 sahaja? Jika begitu bagaimana saya sebagai penyokong Baca@LRT mahu mendaftar?

Isikan borang pendaftaran di sini;

http://www.scribd.com/doc/35994716/Borang-Peserta-Seminar-Pencinta-Buku

Nota: Borang menyatakan dihantar sebelum 15 September. Tidak mengapa, isi dan hantar sahaja.

Nota: Pendaftaran secara walk in juga akan dibuka. Nyatakan anda daripada Baca@LRT untuk mendapat potongan istimewa ini.
-------



5. Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Mohd Khairulanuar Manshor
019-217 7204 atau e-mel anuar@itnm.com.my

Norzaiti Abdul Talib, 019-390 6349 atau e-mel norzaiti@itnm.com.my

Tuesday, June 22, 2010

Aturcara Hari Ilmu & Gerakan Membaca Perdana 2010

Jom Meriahkanya,,!
Sama-sama memberi sokongan


Perhatian buat semua ahli Baca@LRT;

TARIKH:
26 JUN 2010 BERSAMAAN 13 REJAB 1431- (Sabtu)
MASA: 9.00 PAGI
TEMPAT: TAMAN TASIK, SHAH ALAM

Penyokong Baca@LRT akan berada di sana, insya Allah



6.30 – 9.00 pagi Ketibaan peserta berdaftar (petugas mengesahkan senarai peserta, mengedar topi+ penanda buku +pack food)

9.00 – 10.00 pagi Peserta “Largest Outdoor Reading Event in Malaysia” mengambil tempat

10.00 – 11.00 pagi Acara kemuncak “Largest Outdoor Reading Event in Malaysia” – Peserta Membaca Serentak

9.30 pagi Ketibaan Dif-dif Jemputan

10.15 pagi Ketibaan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor & Isteri

10.45 pagi Keberangkatan Tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor (dari jeti Laman budaya menaiki bot melihat program membaca disekitar Tasik)

DYMM Sultan Selangor dan rombongan tiba ke jeti Restoren
Antan & Batura – ke Pentas Utama.

Lagu Negeri Selangor & Lagu Hari Ilmu

Bacaan Doa

Sembah Ucapan Alu-Aluan oleh YB Dr Hajah Halimah bt Ali
EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor

Sembah Ucapan oleh
Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berkenan menyampaikan Titah Perasmian

Upacara Majlis Perasmian Hari Ilmu & Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor & Pesta Buku Negeri Selangor 2010.

Blimp dinaikkan

12.00/thari Pengisytiharan Malaysia Book of Records & Penyerahan Sijil
Penyampaian Hadiah Penyertaan Teramai

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berkenan menandatangani Buku Gerakan Menulis Perdana

Lagu Negeri Selangor

Majlis Santapan dan Jamuan

Petugas mengedar pack food+ sijil kepada semua peserta

Keberangkatan DYMM Sultan Selangor ke Pesta Buku Selangor Kompleks PKNS

1.00 t/hari Majlis Bersurai

Dikemaskini oleh Urus Setia Hari Ilmu & Gerakan Membaca Perdana pada 18/6/2010.

Oleh: Zamri Mohamad

DEMI MASA