Followers

Saturday, April 26, 2014

Minda Sastera Sajak: Satu Pertanyaan Untuk Kau




Satu Pertanyaan Untuk Kau
(Sang Presiden datang ke Malaysia)

Cukuplah darah yang kau tumpahkan di sana
cukuplah fitnah yang kau tabur di sana
cukuplah bohong yang kau laku di sana
cukuplah sombong yang kau tegak di sana.

Ke sini kau untuk apa
ke sini kau mahu apa
ke sini kau misi apa
ke sini kau agenda apa.

Kuasa, dasar imperialisme mu 
sudah cukup menyeksa, dusta
bikin yang lain susah kau tak kesah
kuasa munafik mu orang tak lupa.

Lihatlah di sana musnah
lihatlah di sana resah
lihatlah di sana susah
lihatlah di sana punah ranah.

Itu semua kau punya kerja
itu semua kau punya cerita
itu semua kau punya dusta
itu semua kau punya angkara.

Lalu ke sini kau mahu apa
ke sini konon merapat ukhwah
ke sini kau mahu ekonomi kukuh
ke sini lagi mahu melebar kuasa

Cukuplah segala kau punya dusta
cukuplah segala kau punya sandiwara
cukuplah segala kau punya tipu daya
cukuplah segala kau punya drama.

Sekali lagi aku mahu tanya
KE SINI...
KAU MAHU APA?


Masshah 2014
26042014
Meru.


No comments:

Post a Comment

DEMI MASA