Followers

Sunday, April 20, 2014

Minda Buku: Lagi Belian Bulan April 2014

Alhamdulillah, masih diizinkan Allah SWT untuk menguliti dan menghadami buku-buku yang dibeli, baca, baca dan terus membaca, agar diri yang serba kekurangan ini dapat mendapat manfaat melalui pembacaan melalui buku-buku yang dibeli. Secara pribadi saya menganggap membaca merupakan seruan agung dari Yang Maha Agung.

Bulan ini, sekali lagi saya dapat membeli lima buah buku lagi melalui 'online', hasil dari sembang di muka buku bersama rakan muka buku yang juga merupakan anak kepada sasterawan negara A.Samad Said, saya bertanyakan tentang bubu-buku yang dijual oleh beliau. 

Ke lima-lima buku yang dibeli bergenre sastera, berupakan novel dan juga puisi-puisi hasil tulisan A.Samad Said. Tempahan terus diberi padanya. Saya meminta beliau menyertai setiap buku yang saya beli dengan tandatangan Pak Samad. 

Biarpun terlewat beberapa hari, dek' kerana permintaan tandatangan yang saya pinta, tapi apa pun kesemua buku telah selamat sampai ke alamat rumah yang diberi padanya. Dua buah naskah gratis sebagai hadiah untuk saya kata Helmy Samad, buku lama tapi masih releven dibaca. Insyallah, buku-buku tersebut akan saya hadami dan uliti selepas buku-buku yang lain habis dibaca.

Bagaimana dengan sahabat semua, tentu makin bersemarak mahu membaca bukan, tahniahlah kerana semangat membaca tidak luntur-luntur dalam diri para sahabat semua.Jom membaca, di mana jua kita berada, buangkan rasa malas. Membaca terus membaca...!















Dua buah buku gratis sebagai hadiah




JOM BACA BUKU!

2 comments:

  1. Saya pun dah memiliki koleksi ni, saya beli dengan Utaya Sangkar. Tapi belum sempat nak baca lagi.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, Tahniah Cikgu Helmi, tak mengapa, ada masa boleh baca, saya pun ikut giliran untuk membacanya, banyak lagi buku yang belum dibaca, saya ikut giliran, mana dulu dibeli, baharu baca, yang kemudian kemudianlah, adil katakan.

    Apa pun sama-sama semarakkan budaya membaca ini.

    ReplyDelete

DEMI MASA