Wednesday, March 19, 2014

Balqis Dan Anas Santai Di Bilik Buku

Saya menyediakan sedikit ruang untuk meletakkan buku-buku di rak buku milik anak-anak, agar mereka juga turut terangsang minat dengan buku-buku, biar pun masih kecil, mereka sudah menampakan minat untuk suka pada buku. Biarpun sekadar bermain-main dengan buku, susun-susun buku, menyepahkan buku, dan macam-macam lagi melihat telatah mereka.

Ia sangat menyenangkan hati saya. Biarlah suatu masa nanti, buku-buku yang terdapat dalam bilik buku ini akan mereka manfaatkan dan akan diwarisi untuk mereka.

Lihatlah gambar-gambar di bawah:


















JOM BACA BUKU, JANGAN MALAS-MALAS!

Dunia Biblioholisme




“Dunia pencinta buku berbeza dengan dunia pembaca biasa. Mereka bukan sekadar membaca, tetapi ‘lahap membaca’ bahkan lebih jauh ekstrem sudah terhumban’ ke dalam dunia ‘ekstasi membaca’.

Dalam diri mereka terkumpul harmonis sifat rakus membaca, tamak mengumpul buku, gila membeli buku, dan kesemua ini menempatkan mereka  dalam sebuah dunia yang cukup mempersonakan yang dikenal sebagai BIBLIOHOLISME.”



Shaharom TM Sulaiman

Monday, March 17, 2014

Penulisan Memoir Insan Biasa-Biasa


Setiap insan ada kisah atau ceritanya, ada kenangan atau memorinya. Semua itu adalah pengalaman dalam hidup. Ada manis, ada pahit, ada bahagia, ada derita dan pelbagai lagi rencam kehidupan yang dialami. Bisa memberi iktibar dan ibrah buat sesiapa yang mahu berkongsi rasa. 

Oleh kerana itu blog ini akan menghimpunkan segala memoir yang berlaku sebelum mata penulis ini pejam untuk pergi selamanya. Mudah-mudahan penulis berkesempatan untuk menukilkan memori kehidupan yang lalu dengan jayanya. Mungkin suatu masa boleh dibaca oleh waris yang ditinggalkannya.

Ia cuma sekadar memoir insan biasa-biasa sahaja. Boleh dibaca oleh sesiapa sahaja yang mahu berkongsi pengalaman dan cerita suka mahu pun duka. Itu pun jika ada kebaikan yang boleh diambil. Memoir ini akan tinggal memoir jika pemiliknya pergi jauh selama-lamanya. Namun selagi ada hayat di kandung badan, Insyallah sedikit demi sedikit memoir ini akan dikongsikan buat semua yang berkunjung ke blog ini.







MEMORI

Buku Yang Sedang Dibaca

Keempat-empat buah buku tersebut saya sedang membacanya, buku kategori sastera. Bagi menambah pengetahuan tentang kesusateraan melayu, khususnya dalam penulisan keratif seperti puisi. Juga sebuah buku judul 'Di Sofa Kata', memuatkan tulisan berkisar bahasa dan sastera. Juga sebagai penambah pengetahuan tentang dunia bahasa melayu jua kesusateraan melayu.












JOM BACA BUKU, JANGAN MALAS-MALAS!

Sunday, March 16, 2014

Minda Sastera: Ole-Ole Selepas Menonton 'Monolog Jual Ubat Khalid Salleh'

Selepas habis menonton 'Monolog Jual Ubat', ronda-ronda di booth buku ITBM-PENA, teruja dengan pelbagai buku-buku terbaharu terbitannya. Macam-macam buku puisi, sastera, bahasa, novel...rambang mata dibuatnya.

Lima buah buku dapat dibeli, 2 dari booth Khalid Salleh siap dengan tandantangan, juga terbitan ITBM-PENA.

Antara buku-buku tersebut;

1) Kalau Aku Jadi PM (Bukuk Puisi)

2) Semenanjung Menangis (Novel)

3) Di Sofa Kata (Artikel Sastera dan Bahasa)

4) Pandirnya Si Pandir ( Kumpulan Drama Pentas)

5) Tetamu Istimewa (Kumpulan Cerpen Remaja )

Semoga terangsang dan termotivasi



















JOM BACA BUKU, JANGAN MALAS-MALAS!

Monday, March 10, 2014

Catatan: Kasih Anak Kepada Ayah




Pagi Selasa Yang Dingin

Sememangnya sudah berniat mahu bekerja hari ini macam biasa, kebetulan pagi ini hantar anak ke rumah emak, tugas rutin sebelum pergi ke tempat kerja aku akan hantar anak perempuan anak aku ke sekolah Pasti. Entah pagi ini si bujang pula manja pula mahu naik motor, terpaksalah aku hantar kedua anak aku ke rumah emak, kebetulan anak perempuan tidak bersekolah hari ini. Malam tadi umi terima panggilan dari gurunya menyatakan sekolah pasti cuti dua hari dek kerana jerebu.  Jerebu yang boleh membahayakan kesihatan manusia.

Pagi itu aku hantar keduanya ke rumah neneknya, dalam kesempatan yang ada, aku bertanyakan tentang bapak, mak kata, malam tadi bapak tidak boleh tidur, sakit sangat katanya, bapak cuba bangun untuk ke bilik air tetapi langsung tidak boleh. Sakit yang amat sangat, gara-gara dilanggar oleh motor sewaktu pulang dari surau tempohari. Aku tak sanggup melihat bapak begitu, kena bawa hospital juga gayanya. Kebetulan kakak yang mahu pergi kerja berselisih, aku katakan padanya. Mesej hantar tidak dijawab mengapa, agak jengkel juga melihatnya.

Hantar Bapa Ke Klinik

Tidak lama, sedang aku bersembang dengan emak, dan sambil menyapukan minyak di bahagian sakit bapak, kakakku naik memberitahu dia cuti, nak sama-sama bawa bapak ke hospital. Ketika itu hujan turun dengan lebatnya, setelah sekian lama tidak turun hujan hari itu hujan turun dengan selebat-lebatnya. Dalam hatiku merafakan kesyukuran yang tidak terhingga pada yang memberi hujan turun, Allah SWT, dingin sungguh hari itu, namun hatiku resah gelisah melihat kesakitan bapa yang ditanggung, aku tak sanggup melihat dia begitu, mesti bawa ke hospital.

Sambil-sambil mengurut bapak aku, emak dan kakak berbincang-bincang dahulu, untuk ke mana bapak perlu di bawa, terus ke hospital ke atau ke klinik dahulu untuk xray, membuat imbasan pada tempat yang sakit. Hujan terus-terusan turun dengan lebatnya, dalam fikiran jahat ini, tergambar tilam yang empuk, apa lagi tidurlah...Itu pula yang difikirkan. Keputusan dibuat, bawa bapa ke klinik dahulu untuk membuat xray. Jika dibawa ke hospital terus, macam-macam pula penyakit yang timbul, sedangkan hanya sakit belakang sahaja.

Sekitar jam 9:30, dalam hujan yang begitu lebat sekali, kami bawa bapak ke klinik, hujan disepanjang perjalanan, syukurlah hujan boleh hilangkan jerebu yang mengganas sejak beberapa hari lalu. Kami bawa bapak ke klinik lucky, bapa sudah di bawa masuk ke klinik, bila ditanya ada xray atau tidak di situ, penjaga kaunter mengatakan mesin xray rosak, pulak dah, dalam hatiku, abang ipar sementara aku dan anak buah uruskan hal bapak, dia pergi ke klinik panel dia, ambil mc katanya. Kami terpaksa tunggu beberapa minit di klinik lucky tersebut. Anak buah pula pergi sarapan di restoran sebelah klinik tersebut.

Bapa minta untuk berjalan ke depan klinik, bawanya dan pimpin takut jatuh. Aku ajak bapak pergi ke restoran untuk minum-minum dulu sementara tunggu abang ipar datang ambil kami. Tak lama dari itu, abang ipar pun sampai, dia ambil tempat duduk untuk bersarapan dulu. Tak mengapalah, masing-masing belum sarapan pagi. Sambil berborak-borak mahu ke klinik mana selepas itu. Cadang mahu ke klinik Kapar berdekatan dengan Balai Polis Pekan Kapar.

Xray Di Klinik Kapar

Kami bertolak ke klinik Kapar, alhamdulillah, di situ ada xray, anak buah pimpin bapak masuk ke dalam klinik kapar, aku ke kaunter pendaftaran. Sementara itu bapa duduk sebelum namanya di panggil, lebih kurang 10 minit baharulah giliran bapa namanya dipanggil. Anak buah pimpin bapa masuk ke bilik doktor. Kami menjelaskan apa yang berlaku pada bapa, doktor memberitahu tulang bapa nampak bengkok, mungkin usia yang sudah lanjut, salah satu punca sakit yang amat sangat pun ada kaitan dengan tulang, kesan hentakan yang kuat salah satu faktornya.

Selepas diperiksa, doktor menyuruh membawa bapa ke bilik xray di bahagian belakang. Dua petugas menyuruh bapa baring meniarap untuk dixray. Aku dan anak buah keluar sementara bapa sedang diambil xray. Bila selesai xray, kami bawa bapa semula berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan penjelasan hasil diambil xray. Doktor memberiyahu, tulang tidak ada apa-apa kesan retakan atau pun patah, macam sebelumnya, Dr memberitahu, tulang orang tua, sudah kleihatan rapuh, kesan hentakan kuat yang menyebabkan kesakitan, bengkak pada otot, lebih kurang begitulah menurut doktor tersebut.

Ambil Cuti

Selepas membuat bayaran dan minta surat hantar bapa, kami pun terus balik, hujan sudah semakin reda, renyai-renyai. Syukur alhamdulillah, selesai juga untuk bawa bapa ke klinik, semoga bapa cepat sembuh. Bersabar dalam menghadapi ujian sakit, moga terhapus dosa-dosa. Bukankah sakit itu penghapusan dosa?. Begitulah yang pernah saya dengar dengan kata-kata tersebut. Niat untuk pergi kerja saya batalkan, kerana melihat bapa yang masih kesakitan, memandangkan emak tidak ada siapa-siapa di rumah, saya mengambil keputusan untuk cuti tanpa bergaji selam dua hari, semata-mata demi untuk menjaga bapa.

Ya, semoga pengorbanan ini ada kebaikannya dan diterima oleh Allah SWT sebagai ibadat, sebagai anak yang mengenag jasa-jasnya terdahulu, bila bapa sudah terlantar begitu, aku terbayang-bayang masa lalu, teringat-ingat jasa bapa mengambil aku balik kerja, sewaktu aku berkerja di Shah Alam, bapalah yang mengambil aku, bukankah itu juga jasa seorang bapa, sanggup bermotorsikal semata-mata mahu mengambil anaknya pulang dari kerja. Lebih dari itu, seorang bapa boleh membesarkan anak-anaknya walaupun dalam keadaan susah perit mencari rezeki, pun begitu masih bisa sabar menghadapi kehidupan yang sukar.

Dalam fikiran, tak mengapalah potong gaji ke apa ke, itu aku tidak peduli, yang penting niat dua hari aku bercuti untuk memantau bapa yang tidak sihat itu. Rezeki Allah SWT yang beri, itu pasti dan sudah pasti. Dua hari ini aku manfaati untuk memantau dan jaga bapa. Ingatkan tentang ubatnya, makan walau sedikit pun kena makan, jangan sampai tidak makan, nanti badan akan lemah, boleh jadi sakit pula. Boleh pimpin ke bilik air, maklum bila berjalan masih sakit, takut jatuh ke apa, itu yang aku risau.

Seperkara lagi bapa masih suka solat di bahagian atas ruang tamu, terpaksa naik ke atas dalam keadaan sakit begitu. Aku sering ingatkan, solat di bawa sahaja, sebab sakit, solat sambil duduk pun dibolehkan dan mengiring pun boleh. Begitulah agama Islam yang memudahkan dan tidak pernah menyusahkan, buat orang sakit pun ada diberi kelonggaran untuk tidak berdiri. Dalam keadaan apa sekalipun solat mesti ditunaikan, tak ada air, guna debu untuk bertayamum, bermusafir boleh solat jamak dan qasar dan macam-macam lagi hadiah yang Allah SWT beri pada kita. Asal mahu atau tidak kita mempraktiskannya di saat kita melalui keadaan sebegitu, yang membolehkan kita layak menggunakan kaedah tersebut.


Harapan
Hari pertama aku jaga, tiap berapa jam bapa mahu diurut sapu minyak, mungkin kalau dibuat begitu ada sedikit kelegaan rasanya. Tidak terbayang andai aku di tempat bapa ketika ini, apakah aku boleh bersabar atau pun tidak. “Ya...Allah ringankanlah beban kesakitan yang ditanggung oleh bapaku, engkau sembuhkanlah sakitnya...engkau beri kesabaran pada dirinya dalam menghadapi ujian sakit dari-MU...Ya...Allah, tenangkanlah jiwanya, kuatkan semangatnya...berilah kesihatan yang sebaik-baiknya untuk bapaku...Amin Ya Rabb.”
Aku nukilkan juga harapanku tentang kesihatan bapaku dalam sajak ‘Harapan’.
Harapan

Sakit itu ujian keimanan
sabar serta redha berserah pada Tuhan
mohon ampunan menadah tangan
moga sembuh diberi kesihatan dan kesejahteraan
yakin sepenuh jiwa itulah harapan.

Masshah2014
5032014
Meru.


Itulah harapanku terhadap kesihatan bapa waktu ini. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin Ya Rabb...!

Catatan Pertemuan Aku Dengan Pak Agi@Abdul Ghafar Ibrahim

Catatan pertemuan dengan penulis, pemuisi(Tri-V AGI) dan juga seorang pelukis ini ditulis di sini bertujuan untuk dokumentasi pribadi penulis sendiri. Ia merupakan hari yang bermakna buat penulis, maklum sahaja bertemu dengan penulis yang diminati. Tentu ia merupakan satu sejarah indah dalam hidup buat penulis kecil (penulis blog) seperti aku ini.

Sesiapa pun, yang pernah menemui atau berjumpa orang yang diminati tentu perasaan teruja pasti bertunjang di dalam hati. Rasa gembira dan seronok pasti menyelubungi hati. Lebih-lebih lagi orang yang kita sukai atau minati itu, seorang yang cukup dikenali dalam bidang yang diceburi di dalam negar dan luar negara.

Catatan-catatan ini merupakan detik-detik perkenalan dan pertemuan di antara aku dengan Abdul Ghafar Ibrahim atau lebih mesra dipanggil dikalangan pelajar-pelajar beliau Ayah Agi, manakala dikalangan sahabat-sahabat sastera, beliau lebih dikenali dengan AGI@Abdul Ghafar Ibrahim.

Saya lebih mesra dengan panggilan Pak Agi, melalui sms atau panggilan sewaktu bertemunya. Nah nikmatilah catatan ini, jika ada manfaatnya, ambil sebagai bahan motivasi diri atau ibrahnya jika ada.



Catatan Pertama: Berhubung Melalui Facebook:

Detik Pertama: Memesan Buku Karya Pak Agi

Seperti pagi-pagi yang lalu, aku memang selalunya lewat tidur, hingga ke hujung hari, sekitar jam dua atau tiga pagi baharu aku bisa melelapkan mata. Biasa akau gunakan untuk online sambil menulis apa-apa di dalam laptopku, adakalnya aku membuat kemaskini blog yang aku bina.

Selebihnya aku, cuba melayang-layang masuk ke facebook teman-teman atau pun laman-laman facebook yang disukai. Pagi ini aku cuba mengintai-ngintai di laman facebook Tri-V AGI, Aku cuba email di fb Tri-V AGI untuk memesan lima buah buku tulisan Pak Agi Ghafar Ibrahim:

Pagi Isnin: 1:32pagi

“Aslkam Pak AGI, saya mahu beli buku cakap2 puisi dan apa orang kata fasal AGI.”
BOLEH dapatkan no akaunnya?”

Aku menerima balasan email ku pada sekitar jam 1:39petang esokny, Pak Agi menjawab email tersebut:

“Baiklah.sila beri alamat rumah dan nmbor fon  untuk sya poslajukan.sila lihat senarai 10 judul bukuku andai mau tambah order salam.”

Oleh kerana aku kerja petang, sebelah malam baharu aku ada kesempatan untuk periksa kembali email dan balas email yang Pak Agi jawap malam tadi. Sekitar jam 9:25malam (Isnin malam selasa). Saya tulis lima buah buku untuk dipesan, sebelum itu aku semak semula senarai buku-buku tersebut di fb Pak AGI.

Akhirnya, aku dapat pilih buku tersebut dan terus mesej di fb Pak Agi.

“Assalamualaikum Pak AGI, Saya mahu pesan buku-buku tersebut:

1)         CAKAP-CAKAP PUISI- RM25
2)         REFLEKSI PENYAIR (KUMPULAN WACANA)- RM18
3)         APA ORANG KATA TENTANG AGI- RM25
4)         WARKAH BIRU (KUMPULAN WACANA)- RM15
5)         CITA CINTA PUISI- RM17

NAMA: ZAMAN SHAH BIN SAIYAN
LOT 2801 JALAN BELIMBING 41050, MERU KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN.

NO HP: 0133798684



Perbualan Melalui Telefon Bimbit Dengan Pak Agi

Sedang aku duduk di hadapan laptop, berfacebook, saya perasaan telefon bimbit aku berkelip-kelip lampunya, aku sailent rupanya, bila aku semak kembali sudah masuk dua kali membuat panggilan. Kali kedua baharu aku perasaan, aku jawap panggilan tersebut’

“Halo siapa ni”. Tanya ku


Aku antara dengar tak dengar.

“Agi...Pak Agi” kata suara itu

“Ohhh...Pak Agi”. Jawap aku, aku agak teruja, maklumlah penulis sendiri membuat panggilan. Tak disangka-sangka pula.

Lebih kurang sekitar 3 atau empat minit kami berbual pasal pesanan buku, Pak Agi kata, dia selalu lalu Meru, tempat kerjanya pun di UITM Puncak Perdana, Pak Agi pensyarah di sana. Jadinya Pak Agi nak hantar buku-buku yang aku pesan terus ‘by hand’, adakan pertemuan untuk jumpa di mana-mana. Boleh makan-makan dulu nanti, Aku beritahu pada Pak Agi, kita jumpa di Petronas Pekan Meru. Apa-apa hal aku akan buat panggilan pada Pak Agi kata aku pada Pak Agi.

Dalam hati aku waktu itu berkata-kata..., “Wah esok nak jumpa penulisnya sendiri”. Rasa teruja sekali. Insyallah, esok jika tiada aral melintang saya akan bertemu seorang penulis, pemuisi, pensyarah, pelukis dan pendeklamator puisi Tri-V Agi.

Detik Kedua: Pertemuan

Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT, dengan izin-Nya, dapat juga bertemu dengan Pak Agi. Sekitar jam 1:15petang. Temujanji yang telah dibuat dapat direalisaikan petang ini (4hb 03 2014-Selasa), sekitar jam 12:45 tengah hari aku, bermotosikal ke Petronas Pekan Meru seperti dijanjikan. Sementara menunggu Pak Agi sampai aku ke ATM untuk mengeluarkan beberapa ringgit untuk buku-buku yang aku beli nanti.

Sedang dalam barisan menunggu giliran, tiba-tiba telefon bimbit ini berbunyi, segera aku menjawabnya. Dalam hati, oh Pak Agi membuat panggilan;

“Saya akan sampai sekitar 20 minit lagi” Kata Pak Agi.

“Saya pun sudah sampai Pak Agi, dekat petronas ni...” Jawab aku.

“Oh...ya ke, maafkan saya...” Kata Pak Agi.

“Saya pun baru sampai juga, tak apa” Kataku.

Selepas mengeluarkan duit, aku terus mengisi minyak motorku, sementara menunggu Pak Agi sampai aku lepak di warung kuih, di tepi bahagian depan petronas. Di situ terdapat seorang berbangsa cina sedang menunggu kawannya katanya bila aku cuba menyapa. Satu persatu kenderaan yang belok ke arah stesen minyak petronas aku perhati, manalah tahu orang yang aku mahu jumpa kelihatan sudah muncul.

Kelihatan petang ini panas cuacanya, pagi tadi bukan main lebat hujan turun di Meru dan juga Pekan Kapar. Mungkin pembenihan hujan yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan, dengan izin Allah SWT, pagi tadi hujan dengan selebat-lebatnya. Syukurlah sudah beberapa hari tidak hujan. Mataku terus melilau melihat kenderaan yang masuk ke arah stesen petronas.

Akhirnya Ku Temui

Kelihatannya seperti Pak Agi sedang membelokkan kenderaannya ke arah Petronas, Pak Agi pusing menuju ke arah tempat yang sedang aku menunggunya. Aku cuba melambainya, di membalas lambainnya ku, dan parking di sebelah warung, serta membuka pintu kenderaannya.

“Masuklah...kita makan dulu” Kata Pak Agi, sambil bersalaman.

“Saya nak letak motor saya dulu” Kataku pada Pak Agi.

“Ya..silakan” Jawabnya.

Selepas aku meletakkan motor aku di hadapan kedai membaiki komputer, aku terus meluru ke kenderaan Pak Agi, aku masuk duduk disebelahnya.

“Apa khabar?” tanya Pak Agi

“Sihat, Alhamdulillah...” Jawab aku.

“Kita makan dulu, tempat yang biasa saya makan tiap petang”

Pak Agi memberitahu aku, kebiasaannya waktu petang dia akan makan di satu warung yang unik, di Pekan Meru ini. Aku cuba mengingat-ingatkan warung yang dimaksudkan. Maklum sahaja aku jarang sekali makan-makan di Warung bahagian Pekan Meru.

“Oh...warung yang ada, motor tergantung ke...” tanya aku pada Pak Agi untuk kepastian.

“Ya, ya, ha’ah...tempatnya unik berseni..”. Jawab Pak Agi.

Pak Agi memusingkan kenderaannya untuk menuju ke arah ke Klang, mencari warung tersebut. Aku sudah agak warung tersebut, bersebelahan dengan stesen minyak BP. Ya, sudah nampak, malam memang nampak cantik, unik...siang...ha...ha...ha, begitulah gayanya warung tersebut. Kelihatannya tidak ada apa-apa, belum buka lagi. Pak Agi tanya dengan seseorang yang di situ. Orang itu memberitahu, sebelah petang baharu buka nanti.

Sembang-Sembang Sastera

Pak Agi parking di situ kenderaannya. Kami berjalan-jalan bersama menuju ke Restoran Bistro Minang yang berhadapan dengan stesen minyak petronas. Aku tolong bawakan beg yang berisi buku-buku, sudah tentu itu buku-buku yang aku pesan.

Kami memilih meja di hadapan pintu masuk restoran, sampai sahaja di restoran itu, kami terus memilih menu kegemaran masing-masing. Aku memilih ikan keli, sayur sedikit dan minuman air sirap limau. Pak Agi dengan pilihannya. Masing-masing berselera makan, Pak Agi dengan tugasnya pensyarah di UiTM, baharu selesai bertugas terus ke Meru untuk temu janji kami. Tentu penat.

Penulis yang aku minati kini benar-benar di hadapanku, rasa teruja seronok apatah lagi, sambil makan kami bersembang-sembang. Aku memberitahu padanya, minatku membaca sekitar berita sastera dan artikel-artikel sastera di akhbar mahupun majalah sastera dan juga buku-buku sastera. Ada menulis sajak di Portal Esastera.com, kelolaan Dr. Irwan Abu Bakar. Pak Agi memberitahu, Dr.Irwan merupakan kawannya, sudah tentu kawan dalam dunia sastera.

Banyaklah yang Pak Agi kongsikan dalam sembang-sembang sastera petang itu. Persepsi orang tentang sastera juga diberitahu pada aku. Berkecimpung di arena sastera tanahair sudah 50 tahun lamanya, bermacam ragam pengalaman kehidupan dalam dunia sastera dilalui sehingga kini. Pak Agi dikenali sebagai pembawa puisi berbentuk yang keratif, belum ada penganti setakat ini, dalam konsep yang diberi nama TRI-V AGI-VERBAL, VOKAL DAN VISUAL.

Pak Agi memberitahu, pernah seorang penulis terkenal SM ZAKIR menyatakan padanya seusai mendeklamasikan sajaknya di program baca puisi bulanan di Rumah Pena, tidak ada orang yang boleh buat macam Pak Agi. Juga semasa Pak Agi mendeklamsikan puisi Wak Saring Sirad@Ismas Saring di Shah Alam, Wak Saring Sirad memberitahu pada Pak Agi, Wak Siring Sirad pun tak boleh buat atau baca puisinya sendiri seperti Pak Agi buat. Itulah dia, kelebihan yang dimilikinya. Senang kata, cara orang berlainan. Pak Agi unik dan berlainan sekali.

Kenyataan ini boleh dibaca dibuku Pak Agi yang bertajuk ‘Apa Kata Orang Tentang Agi-Abdul Ghafar Ibrahim’. Macm-macam orang kata tentang Pak Agi. Bukan setakat orang-orang sastera di dalam negara tetapi menjangkau luar negara. Begitulah hebat dan kelebihan yang dimiliki oleh Pak Agi. Untuk yang selebihnya, kawan-kawan boleh cari buku tersebut. Lagi satu Pak Agi tidak sombong, sungguh peramah, bila saya baca buku yang saya nyatakan di atas, memang betullah telahan aku. Dalam buku tersebut, Nik Nizi Husin (1982) menyatakan dalam tulisannya;

“Suaranya bersahaja, peramah dalam perbualan biasa akan berubah menjadi suara bernada, garau, keras apabila membacakan puisi-puisinya”.

Pak Agi menceritakan pengalamannya sewaktu membuat ceramahnya di beberapa tempat seperti di Sekinchan, beliau membacakan puisinya dengan sepenuh perasaan, ada yang terkesan dengan bait-bait puisinya yang sungguh mengesankan pendengarnya, ada yang menitiskan airmatanya. Bila yang lahir daru hati, maka ia akan jatuh ke hati juga, saya menyampuk percakapannya. Memang tidak heranlah jika ada yang menangis, melihat gaya penyampaian yang sepenuh jiwa pasti ada yang terkesan di hati.

Paling suka saya melihat gelagat Pak Agi membacakan puisinya secara berlagu dengan sepenuh hati, itu Pak Agi baca sambil duduk, tak tahu apa yang dilakukan bila berdiri pula bila membaca puisinya itu. Sambil duduk pun sungguh memikat apatah lagi berdiri. Sambil dikerling pekerja restoran tersebut, Pak Agi semacam biasa dengan situasi begitu. Aku sempat mencapai kamera digital, merakam gaya Pak Agi membaca puisinya. Aku ada sempat dowanload video tersebut ke dalam youtube. Ada beberapa sence lagi perbualan dan baca puisi Pak Agi yang tidak sempat saya download ke Youtube.

Dalam hatiku bermonolog, wah hebat sungguh orang ini, banyak pengalaman, ilmu tentang puisinya... semoga cerita-cerita yang dikongsikan padaku memberi suntikan motivasi untuk aku belajar menulis puisi atau apa-apa sahaja penulisan. Aku ada tanya tentang, jika ilham datang bagaimana mahu dilakukan, Pak Agi menunjukkan buku kecil di koceknya dan mengeluarkan.

Betullah, buku nota akan sentiasa ada di mana-mana. Itu pentingnya catatan, apa sahaja yang terlintas perlu segera di catat, agar tidak lupa bila mahu menulisnya. Apa yang menariknya lagi, apa yang aku lihat. Pak Agi akan menyalinkan semula kata-kata atau apa yang Pak Agi sebutkan konotasi yang ditulisnya pada setiap buku yang ditandatangani ke dalam buku log yang disediakan. Begitu sekali, seorang penulis yang banyak pengalaman peka tentang tulisan hasil miliknya. Setiap buku yang ditandatangani, kata-kata mutiara berlainan. Sungguh unik dan bermakna sekali.

Aku benar-benar teruja dan termotivasi sekali melihat cara penulis sepertinya, maklum 50 tahun berkecimpung dalam dunia penulisan sastera. Umurnya 70 tahun, tahun ini 71 tahun usianya, sewaktu Pak Agi tanya padaku, agak-agak berapa umurnya, tak silap aku jawab dalam sekitar 50 tahun lebih. Pak Agi beritahu 70 masuk 71 tahun, saya agak terkejut. Melihat gaya persembahan yang sering Pak Agi aksikan di pentas puisi, sungguh bertenaga sekali, tidak seperti umurnya. Ya...tentu semua itu kurnia Allah SWT pada hamba-hambanya.

Aku minta izin Pak Agi untuk bergambar berdua, Pak Agi memangil seorang pekerja restoran tersebut untuk mengambil beberapa gambar kami berdua.

Jangan lupa send gambar-gambar tersebut pada saya...” 

Kata Pak Agi. Saya mengiyakan. Sekurang-kurangnya ada memori yang terakam buat tatapan masa depan.

Oh ya, Pak Agi ada memberi saya rasa kopi yang Pak Agi biasa minum, katanya untuk tenaga dan kesihatan dalamanya. Mungkin itu satu faktor salah satu kesihatannya baik, mantap dan bertenaga ketika membuat persembahan puisinya. Kalau hendak beli, Pak Agi boleh beri nombor telefon pengedar tersebut. Pak Agi tidak menjualnya, Pak Agi sering membeliny dari seorang pengedar yang dikenalinya yang bernama musa, kalau tidak salah saya.

Diam tidak diam, sudah hampir dua jam kami bersembang-sembang di restoran minang tersebut. Sungguh sekejap rasanya pertemuan itu, entah bila lagi boleh jumpa lagi dengan Pak Agi seperti tadi, kataku padanya semasa berjalan beriringan ke tempat kenderaan. Sampai di tempat kenderaan, sekali lagi mengambil gambar berdua dengan bantuan pekerja warung di situ melalui telefon bimbit Pak Agi.

Aku sempat mengambil gambar buku-buku yang terdapat di dalam kenderaan Pak Agi. Wah banyaknya buku. Penulis menjual bukunya sendiri, begitulah penulis dengan cara mereka tersendiri dalam memasarkan buah fikirannya. Pak Agi menunujukkan topi dan selendangnya yang sering dipakai sewaktu membuat persembahannya...,“Misteri tu...” kataku pada Pak Agi. Pak Agi senyum sahaja.

Begitulah kenangan manis yang masih teringat-ingat sampai sekarang, semasa saya tuliskan catatan ini, sudah seminggu pertemuan ini berlaku. Terima kasih Pak Agi...semoga pertemuan ini bukan untuk kali terakhir, mungkin akan ada pertemuan yang lain pada masa akan datang. Kami masuk ke kenderaan Pak Agi, Pak Agi hantar saya ke setesen minyak petronas. Kami bersalaman, aku menyatakan berbanyak terima kasih...atas perkongsian ilmu dan memori ini...

Ucapan ‘say bye’ Pak Agi masih terbayang-bayang...masih diingatan ini... Terima kasih Pak Agi.

Sekian adanya...

Masshah 2014
Bilik buku
9:29malam-Isnin Malam Selasa

Meru.


Buku-Buku Yang Mempunyai Kata-Kata Motivasi Dari Pak AGI


1)                  CAKAP-CAKAP PUISI
“Jangan bercakap kosong, isikan cakapmu dengan kata-kata berisi”

2)                  REFLEKSI PENYAIR (KUMPULAN WACANA)
“Refleksi diri untuk jumpa diri sendiri”

3)                  APA ORANG KATA TENTANG AGI
“Salam puisi dari hatiku yang mencari kehidupan”

4)                  WARKAH BIRU (KUMPULAN WACANA)
“Zaman Shah jadilah penulis sepanjang zaman”

5)                  CITA CINTA PUISI
“Akhirnya kita bersua Zaman Shah & Agi”

6)                  DIALOG SENIMAN DUNIA
“Berdialoglah dengan dirimu untuk menemui dirimu”




Mesej Melalui Telefon Bimbit Selepas Balik Pertemuan Dengan PAK AGI

Mesejku Pada Pak Agi: 4hb 03 2014-Selasa-Jam:3:07ptg

“Aslkm Pak Agi, lewat sikit masuk gambar, ada wairing pula umah mak ni, laptop bateri rosak, kena pasang direct plug. Sudah ok nanti saya masuk.”

Mesej Pak Agi Padaku: 4hb 03 2014-Selasa-Jam:3:09ptg

“Ok tak pa tq”

Apabila Karen sudah on semula aku cuba buka laptopku, untuk send gambar-gambar pertemuan dengan Pak Agi. Setelah saya masukkan gambar-gambar ke email fb Pak Agi, aku hantar sms melalui telefon bimbit aku sekali lagi. Sekitar jam 4:26petang.

“Aslkam, maaf mengganggu, Alhamdulillah, saya dah masukkan gambar-gambar tadi dalam email fb Agi Ghafar Ibrahim, kena buka email tu.”

Tiada apa-apa balasan mesej dari Pak Agi, aku yakin Pak Agi sudah membacanya.

Mesej Melalui Email Facebook

Selasa: 4:23ptg

“Aslkm Pak AGI ini gambar-gambarnya... 'One Sweet Memory'... Dalam sembang ada ilmunya...love you too...he3.

Sekitar jam: 6:51petang Pak Agi membalas email  fb:

“Tk daun keladi atas kiriman foto2 dan aku dah naikkan dlm page n fbku salam”


Entri-Entri Yang Ditulis Pak Agi Di dalam Status FB
AGI SI PENJUAL BUKUNYA SENDIRI
--------------------------
Peminat tegarku zaman shah saiyan beli 6 judul bukuku.dia tinggal di Meru,kelang berhampiran tempat kerjaku.kami makan tengahari di Meru sempat menandatangani buku-buku beliannya dan dapat pula dia merakamkan deklamasiku. peminat sepertinya,memudahkan penulis mencari makan.tk dan SELAMAT MEMBACA BUKU-BUKUku zaman shah saiyan.

 
Agi Ghafar Ibrahim

Peminatku Zaman Shah Saiyan membeli 6 judul bukuku setelah makan tengahari nak dengar pula deklamasiku.lain orang lain kehendaknya lain peminat lain minatnya.dalam kesibukan restoran itulah aku penuhi permintaannya mendeklamasi kata2 harapanku untuk ZAMAN SHAH SAIYAN, secara tertahan2 sambil dikerling dan dilihat oleh para pengunjung restoran.kudoakan kau tumbuh sebagai penyair Zaman shah saiyan.


Entri Yang Aku Tulis Dalam Status FB JOM BACA BUKU

Entri Dari FB JOM BACA BUKU

Enam buah buku hasil karya seorang tokoh hebat sastera negara, PAK AGI@AYAH AGI ATAU Abdul Ghafar Ibrahim, juga pendeklamator puisi hebat.

1)Apa Kata Orang Tentang AGI
2)Dailog Seniman Negara
3)Warkah Biru 
4)Refleksi Penyair
5)Cita Cinta Puisi 
6)Cakap-Cakap Puisi 

Sebagai bahan perencah ilmu puisi dalam diri, agar bermanfaat pada diri ini juga untuk koleksi pribadi untuk diwarisi nanti.

JOM BACA BUKU
(Catatan ringkas pertemuan dengan Pak Agi)

Temujanji Dengan Pak Agi@ Abdul Ghafar Ibrahim

Sekitar jam satu petang bertemu Pak Agi, untuk mengambil buku-buku yang dipesan lewat tempohari melalui pesanan email fb Pak Agi. Sebelum itu, pada malam sebelumnya Pak Agi telah menelefon untuk bertemu secara muka untuk menyerahkan pesanan buku tersebut. Kebetulan Pak Agi bertugas menjadi pensyarah di UITM Puncak Perdana. Selalu lalu Pekan Meru, jadi kata Pak Agi tidak perlu pos buku-buku tersebut.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dapat bersemuka dengan Pak Agi, siapa tidak seronok bila berjumpa penulis buku yang kita beli jumpa kepada kita. Seorang penyair yang keratif dalam penyampaian puisinya. Juga merupakan ahli sastera yang cukup berpengalaman dalam dunia sastera khususnya puisi, beliau juga seorang pelukis.

Selepas makan tengahari, kami berkongsi cerita dan Pak Agi tidak lokek dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki. Berkongsi pengalaman dan ilmu puisi, ilmu deklamasi puisi, dan motivasi untuk diri ini. Apa yang menariknya, Pak Agi dengan aksi bersahaja mendeklamasikan beberapa buah puisi diKhalayak. 

Saya sempat merakam beberapa aksi bersahaja Pak Agi mendeklamasikan puisinya. Terbaik dari Pak Agi..., memang tidak menjemukan mendengar celoteh dan segala perkongsian yang diberi. Hampir dua jam kami bersembang tanpa disedari...., Terima kasih Pak Agi...

Semoga terangsang dan termotivasi.


Sekian.