Kita
kadang-kadang sering teruja melihat sesuatu betul tak?. Lihat kawan kita boleh
buat sesuatu yang kita sukar mahu lakukan sering kita berasa teruja,kagum,
dengan kepandaian atau kebolehan seseorang. Mulut kita pun sering melontarkan
kata-kata kekaguman…WOW!, hebatnya, terujanya…dan yang seumpamanya.
Bila kita
lihat kawan-kawan kita memaparkan koleksi buku-buku di rak masing-masing di
laman sosial seperti muka buku, blog, instagram dan sebagainya, kita akan rasa
teruja dan kagum, lantas menulis komen atas keterujaan itu. Salah ke teruja?.
Tak salah, tiada sesiapa pun menghalang untuk kita teruja melihat sesuatu. Hak
masing-masing boleh melihat dan menilai.
Cumanya, jika
boleh bukan sekadar teruja sahaja, jika kita boleh mencontohi kan’ itu lebih
baik, bukan sekadar teruja selepas itu tiada apa-apa tindakan selanjutnya,
contohnya seperti di atas tadilah.Mungkin pada mulanya amat sukar atau payah
mahu mencontohinya. Tidak sepenuhnya pun, mungkin setakat yang kita mampu buat,
setelah dicuba berkali-kali, akhirnya gagal juga, maka pasrah, memang takdir
kita tidak semudah itu untuk mengikut cara mereka.
Jika kita
teruja melihat kawan-kawan boleh menyediakan ruang bacaan di rumah, di sudut
mana-mana di dalam rumah, kita teruja melihatnya, sedang kita belum lagi
mempunyai seumpamanya, lalu kita ada niat mahu mengikuti cara mereka, segeralah
mulakan sedikit demi sedikit. Mungkin pada awalnya, sediakan satu rak di sudut
bahagian rumah, susun dengan kemas dan cantik, letak bahan bacaan yang kita
ada, mungkin majalah, akhbar dan buku, lihat selalu.
Saya yakin
lama kelamaan naluri keseronokan akan muncul di dalam hati. Ghairah membaca
akan bertambah, apatah lagi mahu membeli bahan bacaan kegemaran, tidak kisahlah
apa sahaja bahan bacaan yang diminati. Buku agama, novel, cerpen, buku puisi
dan sebagainya. Perasaan di hati sudah berkira-kira, jika nanti bahan bacaan
bertambah, rak buku mesti kena tambah, atau ubah tempat sudut bacaan ke sudut
yang lain.
Dulu-dulu
sewaktu bujang begitulah saya. Sering berangan-angan, jika ada bilik buku
sendiri alangkah seronok dan indahnya…memang pun waktu itu saya sudah mulakan
sedkit demi sedikit mengumpul buku-buku yang sudah habis dibaca, alangkah
indahnya buku-buku akan bertambah dari sebulan ke sebulan, tahun ke setahun,
lama-lama ber-rak-rak buku adanya.
Mana mungkin
hati tidak seronok melihat semakin hari impian dari angan-angan tercapai.
Setakat ini, Alhamdulillah, saya sediakan bilik untuk menyimpan koleksi
buku-buku yang saya kumpul dari zaman bujang hinggalah sudah berkawin. Jadi
tidak salah, jika kita mulakan dari perasaan teruja hingga kita berjaya
merealisaikan seperti orang lain lakukan.
Apa pun,
lakukan apa sahaja yang dapat mengembirakan hati kita. Saya percaya setiap dari
kita ada punya keinginan masing-masing. Semoga keterujaan kita dalam melihat
sesuatu dapat menginspirasikan diri. Insyallah, jika orang lain boleh lakukan,
mengapa tidak kita.
Jom Membaca!.
No comments:
Post a Comment