Saya
pun tidak tahu sejak bila saya mula,berhenti menulis dalam blog ini,hanya
sesekali jika ada kelapangan saya sempat update itu pun hanya tukar gambar di
bahagian sidebar.Culas dan malas menulis itulah jawapan yang pasti.Banyak
sebenarnya yang mahu dikongsi dan diluah tapi semuanya tergendala dek’ kerana
culas dan malas.ya..malas,siapa pun ada sifat ini.Hari ini cuba gagahi untuk cuba menulis sesuatu untuk dikongsi
dalam blog.Culas dan malas membaca juga ke?.
Oh..tidak
sama sekali,setakat ni Alhamdulillah,membaca mesti dan suatu ketetapan jika ada
kelapangan masa.Paling malas pun seminggu sebuah buku sahaja.Makin hari makin
bertambah jumlah buku,rak yang lain sudah penuh dengan buku-buku dan
majalah.Mahu tak mahu letak sahaja mana-mana ruang yang kosong yang boleh
memuatkan buku-buku yang makin bertambah itu.
Membaca
tetap membaca,menulis sahaja yang culas dan malas.Banyak idea-idea yang datang
tapi pergi begitu sahaja.Adakalanya jika sempat tulis,tulis di kertas
kosong,namun tidak sempat mahu di tulis menjadi bahan cerita,terbiar begitu
sahaja.Idea menulis yang masih dalam kertas kosong banyak lagi yang tidak
tertulis entah bila mahu ditulisnya.
Bagaimana
dengan sahabat blogger semua?.Harap tidak malas dan culas macam saya,menulis
dalam blog ada pasang surutnya,ada masa rajin,terus menulis.Ada masa
malasnya,terus terabai blog kosong dari pengisian.Macam itu juga dengan iman
kita sekejap naik sekejap turun.Bila pengisian
dalam diri banyak,maka tinggilah tahap motivasi kita,bila rendah,maka
kuranglah ia secara mendadak.
Namun
kekurangan dan penurunan iman itulah yang kita pastikan lebih fokus,blog
kosong tiada pengisian,bila-bila boleh update tapi bila iman asyik
merudum,inilah yang sangat perlu kita isi dan sirami dengan mutiara-mutiara indah
bagi membangkitkan motivasi agar keimanan kita tetap teguh,utuh dan
mantap,berdoa supaya Allah menetapkan keimanan kita.Maklum iman itu bisa
berbolak balik seperti yang saya cakapkan tadi,sekejap naik sekejap turun.
Apa
pun yang berlaku semua itu tidak akan terus-menerus kita akan rasa malas dan
culas,begitu juga dengan saya.Insyallah saya akan lawan perasaan itu.Semangat
dan motivasi tinggi akan menyemarakan lagi keharmonian dan ketenangan diri.Maka
semakin kita kuat dan semangat semakin banyak idea-idea yang kita dapat
kongsikan.Membaca di teruskan,perkongsian diblog juga terus di perhebatkan.
Insyallah.
Jom Membaca...!
No comments:
Post a Comment