Tuesday, April 24, 2012

Culas Dan Malas


Saya pun tidak tahu sejak bila saya mula,berhenti menulis dalam blog ini,hanya sesekali jika ada kelapangan saya sempat update itu pun hanya tukar gambar di bahagian sidebar.Culas dan malas menulis itulah jawapan yang pasti.Banyak sebenarnya yang mahu dikongsi dan diluah tapi semuanya tergendala dek’ kerana culas dan malas.ya..malas,siapa pun ada sifat ini.Hari ini cuba gagahi untuk cuba menulis sesuatu untuk dikongsi dalam blog.Culas dan malas membaca juga ke?.

Oh..tidak sama sekali,setakat ni Alhamdulillah,membaca mesti dan suatu ketetapan jika ada kelapangan masa.Paling malas pun seminggu sebuah buku sahaja.Makin hari makin bertambah jumlah buku,rak yang lain sudah penuh dengan buku-buku dan majalah.Mahu tak mahu letak sahaja mana-mana ruang yang kosong yang boleh memuatkan buku-buku yang makin bertambah itu.


Membaca tetap membaca,menulis sahaja yang culas dan malas.Banyak idea-idea yang datang tapi pergi begitu sahaja.Adakalanya jika sempat tulis,tulis di kertas kosong,namun tidak sempat mahu di tulis menjadi bahan cerita,terbiar begitu sahaja.Idea menulis yang masih dalam kertas kosong banyak lagi yang tidak tertulis entah bila mahu ditulisnya.


Bagaimana dengan sahabat blogger semua?.Harap tidak malas dan culas macam saya,menulis dalam blog ada pasang surutnya,ada masa rajin,terus menulis.Ada masa malasnya,terus terabai blog kosong dari pengisian.Macam itu juga dengan iman kita sekejap naik sekejap turun.Bila pengisian  dalam diri banyak,maka tinggilah tahap motivasi kita,bila rendah,maka kuranglah ia secara mendadak.

Namun kekurangan dan penurunan iman itulah yang kita pastikan lebih fokus,blog kosong tiada pengisian,bila-bila boleh update tapi bila iman asyik merudum,inilah yang sangat perlu kita isi dan sirami dengan mutiara-mutiara indah bagi membangkitkan motivasi agar keimanan kita tetap teguh,utuh dan mantap,berdoa supaya Allah menetapkan keimanan kita.Maklum iman itu bisa berbolak balik seperti yang saya cakapkan tadi,sekejap naik sekejap turun.


Apa pun yang berlaku semua itu tidak akan terus-menerus kita akan rasa malas dan culas,begitu juga dengan saya.Insyallah saya akan lawan perasaan itu.Semangat dan motivasi tinggi akan menyemarakan lagi keharmonian dan ketenangan diri.Maka semakin kita kuat dan semangat semakin banyak idea-idea yang kita dapat kongsikan.Membaca di teruskan,perkongsian diblog juga terus di perhebatkan.

Insyallah.

Jom Membaca...!

No comments:

Post a Comment