Ke Program Hari Belia Antarabangsa 2012 Peringkat Negeri
Selangor
Selamat
berpuasa semua;
Alhamdulillah,
syukur pada ilahi, dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, hari ini bertemu lagi.
Masih dalam bulan yang indah dan mulia, bulan yang penuh dengan keberkatan.
Semoga kita sama-sama bersemangat untuk meneruskan amal ibadah di bulan mulia
ini, biar pun hanya tinggal dua hari lagi kita berpuasa. Mahu tidak mahu
Ramadan akan tetap meninggalkan kita dan akan datang lagi pada tahun hadapan,
itu pun sekiranya kita masih dapat di pertemukan semula. Berdoalah agar kita
dapat bertemu lagi dengan Ramadan pada tahun hadapan.
Sedikit Catatan Untuk Di Kongsi;
Aktiviti
Ramadan saya pada tanggal 22 ramadan 1433H bersamaan 11 hb Ogos 2012
Sabtu minggu lepas, saya berkesempatan ke Program Hari Belia
Antarabangsa 2012 Peringkat Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah
Alam..Bertolak sekitar jam 6 petang bersama teman sekerja Mohd Rafi dan seorang
kawan pada Mohd Rafi. Kami parking di Masjid Negeri Shah Alam. Program tersebut
sudah bermula sejak pagi lagi, pelbagai program di atur sempena hari belia
tersebut. Ada
pertandingan membuat bubur lambuk, permainan catur yang juga di sertai peserta
luar Negara, pameran dan pelbagai acara lagi.
Kami
bertiga berjalan menuju ke tempat program, kelihatan sudah ramai ketika itu,
banyak gerai-gerai perniagaan di buka dengan pelbagai jualan, ada baju,
songkok, buku-buku, produk kesihatan dan bermacam-macam lagi. Sambil-sambil
berjalan menuju ke padang
kemerdekaan, kami meninjau-ninjau gerai-gerai yang ada. Terpandang gerai
menjual pelbagai jenis t-shirt dengan harga RM5.00, apa lagi saya pilih mana
t-shirt yang saya berkenan. Cukup lah satu sebagai ole-ole dari program
tersebut.
Orang
semakin ramai berpusu-pusu ke program ini petang ini, program petang ini
berbuka puasa bersama YAB Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor.
Sebelum itu sekitar jam 5 petang di adakan sembang bersama artis kalau tidak
silap saya. Orang ramai semakin ramai
memenuhi padang
kemerdekaan, mereka membawa keluarga, anak-anak, sahabat handai untuk berbuka
bersama-sama.
Terasa
teruja melihat suasana yang santai dan menyeronokan dengan program pada petang
itu. Satu program yang sangat bagus di kekalkan pada masa hadapan. Keterujaan
itu juga di luahkan dua sahabat kerja yang sama datang. Mereka kata ‘first
time’ ke program seperti ini. Alhamdulillah kawan yang berbeza fikrah
perjuangan sudah mula jinak dengan program sebegini, rasa syukur pada ilahi tak
terhingga.
Sebelum
masuk waktu berbuka puasa, adik Qayim, peserta ‘Program Adik-Adiku Sayang’
mengumandangkan alunan bacaan quran secara tarannum, indah dan merdu alunan
bacaan quran tersebut. Selepas itu doa berbuka puasa di bacakan adik Qayim
seterusnya azan maghrib di alunkan oleh beliau. Sungguh seronok berbuka puasa
scara beramai-ramai lebih-lebih lagi bersama pimpinan negeri, para ilmuan agama
dan lain-lainnya. Masing-masing menikmati juadah yang di sediakan dan ada juga
yang membawanya dari rumah dan di beli dari luar.
Tepat
jam 7.40 pm solat maghrib secara berjemaah yang di imamkan oleh imam Masjid
Negeri Selangor, bacaan imam yang merdu dan menggunakan stail Imam Sudais seolah-olah sedang berada di bumi
Mekah. Saya berdoa dan mengharapkan agar program seperti ini akan tetap subur
dan kekal di negeri Selangor yang indah dan permai ini...Oh Selangorku....!.
Selesai solat maghrib.
Satu
slot ‘Santai Bersama Ustaz Zamri Mantop dan Yatt Hamzah. Perkongsian
penghijrahan seorang artis tanahair kita. Penyampaian Ustaz Zamri yang santai
dan tidak membosankan di selang-seli dengan jenaka sinis. Yatt Hamzah dengan
perkongsian penghijrahannya, menceritkan perbezaan puasa setelah hijrah dan
sebelum hijrah, juga menceritakan detik hidayah yang di terima nya. Sungguh,
satu hidayah yang sangat menakjubkan.
Tidak
semua orang boleh mendapat anugerah hidayah seperti tersebut. Bertuah dan
beruntung mereka yang di pilih Allah untuk kembali pada jalan ilahi. Syabas dan
tahniah pada para artis yang meneriam hidayah Allah, semoga terus istiqamah
dalam mengharungi kehidupan bertuhan. Ujian dan mehnah pasti akan mengharungi
kehidupan mereka.
Santai,seronok,
menghiburkan, bukan itu sahaja ilmu pun dapat, itu lah yang saya perolehi dari
program tersebut. Program di teruskan dengan solat Isyak dan terawih berjemaah seterusnya
solat witir tiga rakaat yang di imamkan lagi oleh Imam Masjid Negeri Syeikh
Karim Al-Maki (Imam Sudais dua ). Saya membayangkan seperti solat di mekah
dengan bacaan Quran yang indah dan merdu dari belaiu, sebijik ala-ala sudais,
meremang bulu roma. Bacaan qunut yang meruntuh hati, ramai yang menjuraikan air
mata dengan doa yang di panjatkan dalam doa qunut tersebut. Sebak, sayu dan
menginsafkan..ya..sayu.
Selepas
solat terawih, satu slot multimedia tentang program belia ini ditayangkan di
layar putih,skesta yang agak lucu berkenaan dengan dua orang anak muda yang
mahu menampal iklan Program Belia mempunyai mesej untuk para belia, lucu tetapi
bermesej.Selepas tayangan tersebut muncul dua orang belia yang mengacarakan
majlis seterusnya. Petah bercakap dan lancar pertuturannya tidak membosankan.
Mereka mengalu-alukan kedatangan orang ramai dan para belia ke program
tersebut. Mereka berdua mengendalikan program tersebut hingga akhir program.
Program
di teruskan dengan persembahan oleh adik Qayim dengan lagu ‘Lau Kana Bainana’
dan ‘Muhammad Rasulullah saw’ dengan
petikan keyboard yang di mainkannya sangat menerujakan orang ramai. Amat sayu
bila melagukan ‘Lau Kana Bainana’. Tepukan gemuruh untuk adik Qayim. Sungguh
pun cacat penglihatan, namun adik Qayim membuktikan kepada kita bahawa
kekurangan bukanlah penyebab kegagalan. Adik Qayim salah satu contoh bakal
belia yang mewarnai persada Negara, dia beragama, fasih membaca quran,hafiz,
pandai bermain muzik dan kekurangannya itulah sebenarnya kelebihan yang di
milikinya. Syabas buat adik Qayim..!.
Pelancaran
dan perasmian program oleh YAB Menteri Besar
selepas solat terwih, Di mulakan dengan ucapan Menteri Besar dan
Perasmian. Selepas itu bacaan ikrar oleh para belia. Sesungguhnya belia
merupakan asset negeri dan Negara yang patut di jaga kebajikannya dan ia
merupakan modal insan yang sangat penting untuk masa depan Negara. Maka dengan
itu, belia haruslah penuhi ilmu di dada dan memperbaiki syahsiah diri dengan
akhlak yang terpuji. Menghormati undang-undang Negara, menhgormati orang yang
tua, beragama dan berilmu dan sebagainya. Itulah initipati yang saya dapat
simpulkan dalam ucapan perasmian oleh YAB Menteri Besar Selangor.
Persembahan
hiburan untuk menghiburkan jiwa para belia dan rakyat yang hadir pada malam
tersebut. Persembahan dari ‘Ali XPDC’ dengan mengumandangkan dua buah lagu yang
bermakna, Bunga Angkasa dan Semangat Yang Hilang,Persembahan yang mantap dan bersemangat.
Menghiburkan tetap terkawal dan tidak melalaikan. Ribuan rakyat menyaksikan satu
program yang sangat bermanfaat untuk para belia. Bila saya melihat kearah padang kemerdekaan, sudah
di penuhi orang ramai yang berada di situ. Ketrujaan saya bila melihat ramainya
di kalangan anak-anak muda yang dapat bersama-sama pada malam tersebut. Moga
mereka akan menjadi belia yang baik untuk negeri dan Negara ini.
Program
yang di tunggu-tunggu dan kemuncak dari program belia pada malam tersebut ialah
Santai Bersama Selebriti Dengan Ustaz Azhar Idrus. Ribuan rakyat
menyaksikan program yang sangat hebat itu. Tiga artis yang turut dalam sembang
bersama Ustaz Idrus malam tersebut Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak.
Sedikit sketsa dari mereka tersebut sangat mengiburkan orang ramai sebelum
Ustaz Idrus muncul di atas pentas. Kemunculan Ustaz Azhar Idrus menerima
tepukan dan laungan takbir dari orang ramai. Bermula lah seisi soal jawab
bersama Ustaz Azhar Idrus, yang mana soalan-soalan di bacakan oleh para artis
tersebut.
Ya,
begitulah menarik dan hebat sambutan Hari Belia Antarabangsa 2012 Negeri
Selangor. Ada
santai , ada peringatan, ada hiburan, ada ilmu, semoga kehadiran saya di program
ini memberi semangat agar menjadi warga negeri yang beragama, berilmu, beriman
dan beramal. Semoga ramadan tidak di Persia -siakan dengan aktiviti yang
sebaliknya. Moga Allah SWT menerima segala mal kebajikan kita.
Amin
Ya Rabb..!!!
Jom Membaca..Jom Menulis..!
No comments:
Post a Comment