Followers

Sunday, August 5, 2012

Catatan Ramadan (21)




Puasa Yang Memudaratkan

Alhamdulillah bertemu lagi.Semoga terus bersemangat untuk beramal sepanjang Ramadan ini. Saya masih mahu berkongsi tentang puasa dan kelebihannya,saya tertarik dengan satu persoalan yang di utarakan di dalam majalah Q&A, yang saya baca.Rasanya menarik untuk saya kongsikan untuk para sahabat yang tidak membeli majalah tersebut

Apakah cara berpuasa yang memudaratkan?

Berikut jawapannya;

“Dr. Allan Cott menyatakan dalam bukunya ‘Fasting: The Ultimate Diet’ bahawa, “   Muslims fast religiously and unhealthily for a whuole month. They eat and drink nothing during the day and gorge themselves at night,” Pandangan Dr. Allen Cot ini merujuk pada cara kebiasaan umat Islam hari ini berpuasa, bukan puasa seperti Rasulullah saw. Puasa yang mendatangkan kesan pada jiwa dan kesihatan yang baik pada tubuh perlu menitikberatkan penjagaan daripada:

  • Terlalau banyak makan sama ada pada waktu sahur atau berbuka.
  • Makan makanan yang pedas, berempah atau payah dihadam.
  • Terlalu banyak makan daging (terutama bagi mereka yang mengidap batu karang.gout, allergi, alahan).
  • Suka mengulangi makan sepanjang malam.Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.
  • Tidur selepas makan (semasa perut kenyang).
  • Minum terlalu banyak kopi atau teh.

Jika kita masih meneruskan amalan di atas, kita bukan sahaja akan kurang mendapat manfaat puasa, malahan kita akan berasa letih dan mungkin juga akan mengalami pelbagai masalah kesihatan akibat amalan tersebut.Malangnya masih ramai orang Islam yang berpuasa sedemikian. “

Jangan lah hendaknya kita berpuasa seperti cara tersebut. Niat puasa yang murni untuk mendapatkan pahala dan sihat akhirnya mendapat sakit pula akibat cara pemakanan kita yang tidak betul. Jadi ingatlah pesanan Baginda SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud;

“Berpuasalah supaya kamu sihat.” (Riwayat Abu Nu’aim)

Oleh itu,selagi Ramadan masih ada lagi marilah kita perbaiki cara puasa kita terutamnaya dalam bab pemakanan kita. Mudah-mudahan puasa kita di terima oleh Allah SWT.

Amin Ya..Rabb..!!!.

Jom Menulis ..Jom Membaca..!

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA