Mari Iktikaf
Amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di sepuluh hari terakhir Ramadan.Menurut kesepakatan para
ulamak, Ia merupakan satu ibadat yang disyariatkan dan disunatkan oleh Rasulullah
SAW. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim;
Aisyah,Ibn Umar dan Anas memberitahu,
“Rasulullah beriktikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.”
Amalan iktikaf ini bukan sahaja dilakukan oleh baginda sahaja tetapi
keluarga beliau dan para sahabat juga mengamalkan iktikaf tersebut. Melihat
betapa mereka mengamalkan perkara sunat ini,kita sebagai umat baginda SAW,sudah
semestinya mengikuti jejak langkah yang mereka tunjukkan kepada kita.
Peluang dan ruang yang ada ini,seharusnya kita rebut dan manfaatkan
sebaiknya dengan iktikaf di masjid-masjid yang berdekatan dengan kita. Dengan
niat beribadat kepada Allah SWT,kita laksanakan amalan iktikaf ini.
Sewaktu beriktikaf kita disunatkan membanyakan ibadah agar mendekatkan
diri kepada Allah SWT. Antara yang boleh dilakukan seperti solat,membaca
quran,tasbih,tahmid,takbir,tahlil,istighfar,berselawat untuk nabi saw,berdoa
dan selainnya.Iktikaf benar-benar member ruang yang seluasnya untuk beribadat
tanpa ganguan atau halangan yang tidak penting.
Aisyah berkata,
“Rasulullah SAW mengamalkan iktikaf pada sepuluh terakhir pada bulan Ramadan
sampai beliau diwafatkan oleh Allah SWT.”
Aisyah berkat,
“Rasulullah SAW bila hendak beriktikaf,beliau solat subuh, kemudian
memasuki tempat iktikafnya.”
Itu lah hebatnya Rasulullah SAW, dalam mengamalkan iktikaf sepanjang
kehidupan baginda SAW. Semoga kita turut sama mengambil contoh yang ditunjuki
oleh beliau dalam amalan beriktikaf ini.
Semoga amal soleh kita di terima oleh Allah SWT.
Amin Ya..Rabb..!!!
Jom Membaca..Jom Menulis..!
No comments:
Post a Comment