Followers

Wednesday, August 8, 2012

Catatan Ramadan (26)





Masih Ada Lagi       

Insyallah masih ada ruang dan peluang lagi untuk kita merebut keistimewaan Ramadan kali ini,malah 10 hari yang terakhir dan malam terakhir ini lah kita di galakkan mengiatkan lagi aktiviti ibadah kita dengan sebanyak-banyaknya. Beruntung dan bertuah lah bagi mereka yang mempunyai masa yang terluang dengan beriktikaf di mana-mana masjid bagi menumpukan ibadah dengan sebanyaknya dan sebaik-baiknya.

Sebuah hadis dari Aisyah r.a,Nabi SAW bersabda;

“ Bersedialah dengan bersungguh-sungguh bagi menentu malam Lailatulqadar iaitu pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadan.”

Syukur dan beruntunglah bagi mereka yang terus menerus melaksanakan ibadah dalam bulan Ramadan dan seterusnya melakukannya dengan bersungguh-sungguh terutamanya di malam-malam terakhir ini.

Rebut  Malam Yang Mulia

Mengapa kita perlu berlumba-lumba mencari dan merebut keistimewaan  satu malam mulia  dari seribu bulan antara sepuluh malam terakhir Ramadan?.
Tentunya di situ ada  suatu ganjaran dan pahala yang besar;

Ada pendapat Ulamak menyatakan,penyebab dikatakan malam al-qadar kerana pada malam tersebut Allah SWT menetapkan takdir setiap makhluk baik yang berupa rezeki,umur atau sakit atau sihatnya seseorang pada jangka waktu setahun dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun hadapannya.

Carilah Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan.” (Riwayat Bukhari)

“Carilah Lailatuqadar pada 10 malam terakhir,Sekiranya seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia putus asa mencarinya pada baki tujuh malam terakhir.” 

(Riwayat Muslim)

Ayuh,kita cari dan rebut peluang ini denagn bersungguh sebagaimana yang Allah SWT tunjukkan dengan pribadi baginda SAW dalam mengejar Lailatuqadar ini. Mungkin ini peluang terakhir buat kita semua.

Justeru itu,agar kita tetap istiqamah dengan pelbagai amalan kebajikan di siang harinya dan pada malamnya pula kita untukkan waktu untu terus beribadat sepanjang sepuluh terakhir.semoga dengan itu kita dapat malam laailatulqadar.

Semoga Allah SWT meneriama amalan kita.

Amin Ya..Rabb..!!!

Jom Mmbaca..Jom Menulis..!

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA