Followers

Monday, August 27, 2012

Catatan Syawal (4)





Ziarah-Menziarahi Amalan Mulia

Alhamdulillah bersua kembali. Semoga terus bergembira di Syawal yang suci ini. Syawal yang suci, Syawal yang indah tentunya mengembalikan ingatan kita tentang ramadan yang pergi meninggalkan kita. Sesungguhnya kedatangan ramadan sangat dinanti dan ditangisi kepergiannya oleh orang-orang yang beriman. Di situlah madrasah yang mendidik hati-hati kita agar taat teguh dalam mengingati-Nya dan melaksanakan segala amal ibadah dengan tenang, bahagia dan semata-mata hanya untuk Allah SWT. Itu lah ramadan yang sudah berlalu.

Namun begitu, syawal yang menjelang kini, bukanlah bermakna kita sudah tidak lagi melaksanakan apa-apa yang kita lakukan di bulan ramadan lalu, teruskanlah dan lipat gandakan amalan kita dengan istiqamah dan penuh ketaqwaan pada Allah SWT. Amal ibadah yang kita biasa lakukan dalam ramadan seperti berpuasa, bersedekah, wakaf, qiamulail, berzikir, berzakat dan lain sebaginya masih bisa kita teruskan di luar ramadan. Maka kita berlumba-lumba dalam melakukan kebajikan semata-mata hanya untuk Allah SWT.

Saya harap tulisan ini masih releven dengan suasana Syawal kita pada hari ini.Hari raya masih terasa, program ziarah-menziarahi masih berjalan. Amalan yang sangat mulia dan di galakan. Ziarah-menziarahi antara satu sama lain. Peluang dari ziarah-menziarahi adalah saling bermaaf-maafan, namun perlu diingat, bermaaf-maafan tidak semestinya hari raya sahaja, hari biasa juga perlu jika kita ada kesalahan sesama kita, itu perlu di segerakan, tak perlu tunggu hari raya. Tentunya dengan amalan ini akan mengeratkan tali silaturahim, kasih sayang sesama kita. Namun dalam ziarah-menziarahi jangan di lupa adab dan akhlak hendaklah di jaga.


Firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu,dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu beroleh rahmat” 

(Surah Al Hujuraat ayat 10.)

Saya petik sedutan dari artikel yang terkandung dalam laman web JAIS tentang hikmah yang terkandung dalam amalan ziarah-menziarahi, mungkin boleh di jadikan panduan untuk kita, sebagai tetamu dan juga sebagai tuan rumah yang menerima tetamu;

1)    Di antara adab-adab yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam ketika melakukan amalan kunjung-mengunjung adalah seperti berikut : Adab sebagai tetamu perlu memohon izin dan memberi salam sebelum memasuki rumah yang ingin dikunjungi sesuai dengan Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nur ayat ke 27

“ Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumah kamu,sehingga kamu meminta izin serta memberi salam kepada penghuninya.Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu agar kamu beringat”

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud :        

” Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah sesiapa yang memulakan salam”      (Riwayat Abu Daud)

2)    Selaku tetamu adalah sangat digalakan agar berjabat tangan dengan tuan rumah sesuai dengan hadith Nabi s.a.w. riwayat dari Al Barra’ r.a. yang bermaksud

“ Tidak ada dua orang muslim yang bertemu,lalu saling berjabat tangan,kecuali kedua-duanya diampuni Allah sebelum keduanya berpisah”

Walaubagaimanapun amalan berjabat tangan ini mestilah dilakukan mengikut lunas-lunas Islam. Ianya tidak sama dengan budaya barat dan orang bukan Islam yang bersalaman tidak mengira lelaki ataupun wanita yang bukan mahram kerana ianya amat dimurkai oleh Allah s.w.t.

3)    Seorang tetamu tidak sepatutnya bebas melakukan apa sahaja di rumah orang lain kerana perbuatan itu akan mengganggu dan tidak disenangi oleh tuan rumah. Hal ini disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadithnya yang bermaksud

“Sesiapa yang memasuki majlis sesuatu kaum,hendaklah dia duduk di tempat yang telah disediakan kerana kaum itu(tuan rumah) lebih mengetahui aib rumah mereka”

4)    Manakala bagi pihak tuan rumah, Agama Islam turut menggariskan beberapa adab yang perlu dipelihara dan dihayati oleh tuan rumah yakni dengan menghormati dan memuliakan tetamunya. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadithnya yang bermaksud

“ Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan Hari Akhirat ,maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”

Dalam masa yang sama,tuan rumah juga disarankan agar menghidangkan jamuan yang terbaik mengikut kadar kemampuan. Memuliakan dan melayan tetamu dengan baik adalah amalan para Nabi dan Rasul terdahulu. Allah s.w.t. telah merakamkan kisah Nabi Ibrahim a.s. dan sikapnya yang sangat memuliakan tetamu melalui FirmanNya yang bermaksud

 “ Sesungguhnya telah datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Ibrahim,dengan membawa berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata : “Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)” Nabi Ibrahim menjawab : “Salam sejahtera kepada kamu” Maka tidak berapa lama selepas itu, dia menghidangkan jamuan untuk,seekor anak lembu yang dipanggang.”

Demikian, serba sedikit perkongsian tentang hikmah amalan ziarah-menziarahi di bulan suci ini, maklum ramai dikalangan kita yang masih ziarah-menziarahi, semoga ia boleh di ambil sebagai panduan dan diamalkan.Insyallah, dengannya nanti segala amalan yang kita lakukan akan terarah dan mengikut garis syariat yang di anjurkan oleh agama suci kita, Islam.

Jom ziarah..!

Jom Membaca..Jom Menulis.

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA