Coretan Di Bukit Lancong
Alhamdulillah tidak terhingga di panjatkan kepada Allah SWT,kerana memberi
peluang lagi untuk bersua pada hari ini. Ramadan semakin menuju kehujung.Apakah
amalan kita di terima oleh Allah SWT ?. Semoga apa yang kita lakukan semuanya
di terima oleh-Nya.Ramadan tetap akan meninggalkan kita,mungkinkah kita akan
bertemu Ramadan pada tahun hadapan?.Itu kita tidak tahu,berdoalah agar kita di
panjangkan umur dan dapat bertemu semula dengan Ramadan pada tahun hadapan.
Syukur,hari (4/08/2012-Sabtu) ini dapat berbuka puasa
beramai-ramai bersama keluarga di Bukit Lancong,Shah Alam. Sesekali berkumpul
ramai-ramai memang bagus. Dapat jumpa adik beradik,anak buah dan terutamanya
yang sangat gembira tentu emak mertua kerana anak-anak berbuka bersama.
Pelbagai hidangan juadah di hidang,untuk berbuka,bila masing-masing bawa
juadah.Macam-macam jenis ada.Begitu lah bila bulan Ramadan,masa berbuka aneka
jenis makanan terhidang.
Syukur,berbuka sudah,solat maghrib berjemaah sudah,menunggu untuk solat
terawih.Sambil berborak-borak dengan abang ipar dan anak-anak buah. Sambil
mencuit-cuit hidangan yang masih ada.Alhamdulillah…hari ini dapat berpuasa lagi
dan masih di kesempatan berada di bulan Ramadan,bisik hati saya.Malam ini berterawih
di Masjid Hidayahtul Mutaqin Bukit Lancong.Masjid yang selesa,beraircond
lagi.Solat terawih berimamkan imam tahfiz,bacaan mantap dan menyegarkan minda.
Solat terawih lapan rakaat,selesai empat rakaat di selangi dengan
tazkirah terawih dalam 30 minit.Kelihatan jemaah masih setia untuk menunggu
majlis ilmu.Ustaz yang di undang berbicara tentang keistimewaan Ramadan.Puasa
dan tuntutannya.Puasa adalah perintah Allah SWT sebagaimana orang-orang terdahulu
mengerjakannya. Allah SWT bila mana mahu memberi sesuatu perintah akan
menggunakan bahasa yang indah dan sopan.Tidak seperti manusia,kasar,rasa di
diri tuan,suka memerintah.Itu perangai manusia.Kata Ustaz dalam tazkirahnya.
Tetapi Allah SWT dengan manusia,dengan keindahan bahasanya; “Wahai
orang-orang yang beriman…”.Itu lah kesopanan dan keindahan bahasa Maha Pencipta kita.
Begitu lah serba sedikit perkongsian pada hari ini,kesempatan yang
terluang ini saya coretkan apa yang berlaku dalam dairi kehidupan saya
terutamanya dalam Ramadan ini.Semoga segala amalan kita di terima oleh Allah
SWT.
Amin Ya..Rabb..!!!
Jom Membaca..Jom Menulis..!
No comments:
Post a Comment