Balik Kampung..Mesti.
Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang-Nya masih dapat bertemu
dalam lagi dalam penulisan pada hari ini. Syawal yang suci dan indah hari
kemenangan buat hamba-hamba Allah yang beriman, hadiah buat mereka yang berjaya
mengerjakan ibadah puasa sepanjang Ramadan dengan sempurna dan ikhlas
semata-mata hanya untuk Allah SWT. Semoga kita antara yang terpilih antara
berjuta umat. Sesungguhnya kedatangan syawal yang suci ini merupakan hari yang
penuh bermakna dan di sambut dengan penuh meriah oleh umat Islam di seluruh
pelusuk dunia.
Umat Islam di Malaysia khususnya menyambut syawal dengan penuh meriah
dan harmoni, bukan umat Islam sahaja yang meraikannya, malah mereka yang bukan
beragama Islam turut meraikan sahabat-sahabat yang beragama Islam. Begitulah
indahnya syawal di Negara majmuk seperti Malaysia ini.Mereka saling memahami
antara satu sama lain. Keharmonian ini seharusnya di kekalkan hingga bila-bila
masa. Itu lah impian rakyat Malaysia seluruhnya yang pastinya.
Balik kampong, bagi mereka yang berada di bandar sudah menjadi
kemestian, bukan sahaja di bandar tetapi balik dari satu kampong ke satu kampong
yang lain sudah satu kemestian buat mereka. Musim perayaan seperti hari raya
inilah mereka akan merancang untuk balik kampong. Setelah sebulan berpuasa,
mereka mahu menyambut hari yang harmoni bersama ayah ibu di kampong. Tempat
kelahiran yang tidak pernah di lupa. Tradisi balik kampong pada hari raya ini
sudah menjadi kebiasaan,ia akan bertukar-tukar kampong. Jika tahun lepas rumah
isteri sudah, kini rumah suami pula menjadi giliran. Begitulah sebaliknya.
Perancangan untuk balik kampong sudah di atur dan di rancang lebih awal
lagi. Perjalanan balik kampong juga sudah di rancang dengan sebaiknya. Waktu
malam atau waktu siang telah di pilih untuk melancarkan perjalanan balik kampong
nanti. Maklum sahaja, perjalanan yang jauh memerlukan kelancaran perjalanan.
Waktu malam mungkin kurang kenderaan, fikir mereka. Namun begitu, kenderaan
haruslah berkeadaan baik,tayar, minyak enjin, lesen memandu, roadtax dan yang
berkaitan sudah tentunya beres di selesaikan. Ini bagi menjamin keselesaan dan
keselamatan ketika memandu.
Sebagai pemandu juga memerlukan tidur yang secukupnya, perjalanan jauh
memerlukan pemandu yang cekap dan selamat. Sentiasa ingat kepentingan orang
yang lain. Mematuhi peraturan jalan raya. Tidak mementingkan diri sendiri.
Jalan raya merupakan hak milik bersama, bukan untuk berlumba-lumba, kejar
mengejar. Sentiasa bersabar ketika dalam situasi kesesakan jalan raya,maklum kenderaan terlalu banyak semua dengan satu matlamat mahu balik kampung. Juga sentiasa tanamkan dalam fikiran ingat orang yang di sayangi.
Ketika penulisan ini, sudah ramai yang berada di kampong dengan selamat. Sedang
mengecapai keindahan syawal yang suci dengan penuh meriah dan harmoni.
Namun, ketika balik ke kota atau Bandar, jangan pula lupa dengan semangat
balik kampong tadi. Memandu dengan sopan, tidak berlumba-lumba dan bertimbang
rasa. Amalkan sikap seperti mana kita balik kampong beberapa hari yang lalu.
Biar kita pergi dengan selamat.balik pun selamat. Kita tidak mahu syawal yang
suci ini, di cemari dengan berita-berita yang menyayat hati atau yang
menyedihkan akibat kemalangan jalan raya. Ayah dan ibu yang menanti kepulangan
kita mengharapakan agar kita selamat sampai kedistinasinya.
Seterusnya syawal yang suci dapat di raikan bersama dengan penuh ceria
dan gembira bersama keluarga tercinta. Tradisi balik kampong seharusnya di
teruskan, selagi ada Bandar dan kampong tradisi ini pasti tidak akan luput. Ia
akan menjadi agenda setiap perantau atau sesiapa sahaja. Apa yang penting
mereka tidak akan lupa asal-usul mereka dari kampong. Bermula dengan kampong maka
lahirlah desa, pekan, kota mahu pun bandaraya.
Begitulah syawal yang menjelma, telah melahirkan sikap tidak melupakan
asal-usul dan yang penting tidak melupakan orang tua yang nun di kampong itu.
Syawal menemukan mereka dengan ukhwah yang teguh dan padu. Ini lah hasil
kemenagan sebulan berpuasa di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan.
Semoga kita meraikan syawal yang suci ini dengan penuh iman dan taqwa serta
keinsafan yang tinggi. Justeru itu usah di cemari syawal yang suci dan indah dengan perkara yang dilarang.
Selamat balik kampong dengan selamat dan kembali juga dengan selamat.
Jom Membaca..Jom Menulis.
No comments:
Post a Comment