Followers

Sunday, August 5, 2012

Catatan Ramadan (20)




Ramadan Mesti Ada Buah Kurma

Hari ke enam belas kita berpuasa pada hari ini. Dengan izin-Nya dapat bertemu lagi dalam perkongsian ilmu yang tidak seberapa ini. Bila Ramadan tiba,tidak pernah lupa dan ketinggalan dengan adanya buah kurma  Ia adalah buah yang mesti ada di setiap meja. Tanpa adanya hilang seri waktu berbuka pada waktu itu.Kurma ini merupakan makanan untuk berbuka puasa oleh Rasulullah saw. Biasanya Rasulullah saw akan memakan kurma sebelum menunaikan solat. Seperti yang ternukil dalam sebuah hadis;

Rasulullah s.a.w.berbuka dengan rutab (kurma basah) sebelum solat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan tamar (kurma kering). Dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air. (Riwayat Abu Daud)

Begitulah rasulullah berbuka puasa hanya dengan buah tamar yang basah dan kering,itu pun jika ada buah tamar tersebut jika tiada rasulullah saw hanya berbuka dengan beberapa teguk air sahaja. Hebatnya junjungan rasulullah saw.Kita hari ini berbuka dengan pelbagai macam jenis juadah,itu baharu juadah,belum lagi jenis air minumannya. Kita masih jauh untuk mencontohi rasulullah saw. Namun begitu pun, kita masih mengekalkan buah kurma untuk di makan dahulu sebelum kita menjamah makanan yang lain-lain.

Apa sebenarnya kelebihan buah kurma ini?;

Saya cuba nerujuk sebuah buku yang bertajuk ‘Rahsia Minda Hebat’ karangan Dato Siti Nor Bahyah Mahmood dan Haji Muhammad Zakari, tentang beberapa kelebihan tentang buah kurma ini.Saya perkongsikan di bawah ini;

1)    Makanan yang tahan lama tanpa rosak dan busuk.
2)    Sebagai ubat penyakit lahir, penyakit minda dan juga makanan yang mengenyangkan.
3)    Ibn Qayim dalam Tib al-Nabawi berkata:
“Kurma dapat menguatkan perut,hati,daya ingatan,menyuburkan pertumbuhan badan, menyembuh penyakit dan menjadi makanan dan minuman yang
mengenyangkan.”

4)    Beri rasa manisan buah kurma yang segar dan basah di mulut anak yang baru lahir (tahnik)
5)    Kurma juga merupakan sarapan pagi yang terbaik.
6)    Apabila berpuasa,berbukalah dengan kurma.Jika tidak ada buah kurma,berbukalah dengan air sahaja.
7)    Jus buah kurma mengandungi khasiat yang mudah diserap oleh badan.

Itu lah beberapa kelebihan yang ada pada buah kurma bila kita mengambil sebagai pemakanan kita. Justeru itu mari lah kita amalkan memakan buah kurma. Selain mendapat pahala kita juga akan mendapat sihat.

Semoga amalan kita pada hari ini di terima oleh Allah SWT.

Amin Ya..Rabb..!!!

Jom Membaca..Jom Menulis..!


No comments:

Post a Comment

DEMI MASA