Musibah
Selamat
berpuasa semua;
Ramadan
indah jangan di cemari dengan perlakuan songsang dan tidak bertamadun. Mohon
pengampunan pada Allah SWT dengan kesungguhan. Sepuluh terakhir menjanjikan
malam yang agung. Usah di cemari malam-malam akhir dengan kerosakan
keindahannya. Cahaya akan menerangi diri jika terus istiqamah di bawah nya.
Semoga kita antara hamba-hamaba yang terpilih bagi merai cinta malam yang agung
itu. Sedikit nukilan rasa hati buat semua dan itu lah harapan hambanya yang
beriman semata-matan pada-Nya.
Tinggal
beberapa hari lagi, begitu pantas masa berlalu. Ramadan tetap akan
meninggalakan kita. Sama ada Ramadan yang akan meninggalkan kita dahulu atau
kita yang meninggalakn Ramadan dahulu, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Tahu.
Ramadan menguji kita agar bersabar menahan lapar dan dahaga, bukan itu sahaja,
bersabar dalam menghadapi halangan atau rintangan dalam berpuasa. Mata dengan
sabar dengan ujian mata, kaki, tangan, mulut dan semuanya memerlukan kesabaran
dalam menghadapinya.
Juga
kita sebagai manusia biasa, tidak pernah sunyi dengan musibah atau pun ujian.
Itu semuanya bagi menguji sejauh mana kita ini bersabar dengan apa yang berlaku
pada diri kita. Kehilangan orang tersayang seperti kehilangan keluarga yang
tersayang ayah,ibu, anak, isteri ,saudara dan selainnya. Itu memerlukan
kesabaran yang kuat agar kita tabah dalam mneruskan kehidupan tanpa orang
tersayang. Reda dengan ketentuannya,mungkin itu ada hikmah dan pengajaran yang
besar buat kita. Juga satu muhasabah untuk kita bagi menilai apakah perbuatan
kita selama ini untuk menuntut reda dan rahmat Allah SWT semata-mata atau
sebaliknya.
Terasa
sedih dan simpati atas apa yang berlaku pada keluarga kakak dan abang ipar saya,yang baharu sahaja
menerima musibah dan ujian Allah SWT dengan kehilangan sebuah rumah tempat
tinggal mereka setelah berlakunya kebakaran pada lewat tanggal 21 Ramadan
1433H bersamaan 10 Ogos 2012 pagi jumaat lepas. Sebuah rumah biar pun
sekecil mana pun, ia nya telah banyak meninggalkan nostalgia kehidupan pada
mereka. Namun siapa yang tahu apa yang mahu berlaku. Semua kerja Allah SWT,
hanya dengan mengatakan “Kun Fayakun, jadi maka jadilah” ia akan berlaku.
Hebatnya kuasa Allah SWT.
Bila
terjadinya musibah, begitulah keperihatinan masyarakat setempat dan orang ramai
menghulurkan bantuan berupa material,sokongan dan semangat kepada mangsa yang
meneriam musibah. Hati yang sedih memerlukan kekuatan untuk memulihkan emosi
yang terganggu. Selain bantuan material sokongan dan kata-kata perangsang berupa
motivasai agar penerusan kehidupan itu sangat perlu.
Musibah
yang menimpa merupakan ujian dan dugaan Allah buat mereka. Seperti yang saya
nukilkan di atas,ianya merupakan satu hikmah dan pengajaran di sebalik apa yang
berlaku. Dan yang lebih besar itu, agar kehidupan yang akan di lalaui semula
selepas ini agar lebih baik dan mendapat reda Allah. Allah SWT melakukan
musibah terhadap hambanya sudah tentu ada hikmah di sebaliknya.
Dalam
kesibukan orang ramai mahu menyambut syawal yang akan tiba keluarga kakak sudah
pasti masih bersedih dengan musibah menimpa. Namun hanya kesabaran dan reda
yang mesti di tanam di hati mereka. Tanpa pergantungan dari Allah SWT sudah
tentu jiwa akan lemah dan putus asa.
Berdoa lah dan besyukurlah pada Allah SWT,
semua yang terjadi itu kehendak Allah SWT. Bermuhasabalah mungkin apa yang
terjadi merupakan sebuah kifarah dari Allah SWT, maklum sebagai manusia kita
tidak pernah sunyi dari melakukan kesilapan. Beruntunglah orang-orang yang di
uji Allah, ia boleh tenang, sabar dan reda.
Semoga
apa sahaja musibah yang berlaku menimpa ke atas diri kita, tidak membuatkan
kita rasa putus asa dengan rahmat Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka
kepada hamba-hambanya yang berputus asa. Akhirnya, semoga kita di kalangan
hamba-hambanya yang bersabar’
“Sesungguhnya Allah SWT bersama-sama dengan hambanya yang
bersabar...” (maksud Quran)
Semoga
Allah meneriama amal kita semua..!.
Amin
Ya..Rabba..!!!
Jom Membaca..Jom Menulis.
No comments:
Post a Comment