Suhu Politik Makin Panas Biar Pun Bulan Ramadan
Selamat
berpuasa semua;
Syukur
Alhamdulillah sudah kepenghujung Ramadan kita. Namun keadaan politik Negara
belum kepenghujungnya. Ada
sahaja yang berlaku, biar pun dalam bulan Ramadan yang indah dan mulia ini.
Iklim politik semakin hari semakin panas, sepanas Ramadan yang penuh
keberkatannya. Orang politik tetap berpolitik tidak kira apa bulan pun. Mereka
tetap dengan kerjaya mereka, tugas dan tanggungjawab mereka. Baik di kata dari
pihak politik yang memerintah dan pihak yang masih di beri sebahagian kecil
pemerintahannya. Masing-masing di uji oleh Allah dengan amanah yang di pikul
keatas mereka.
Semua
itu terpulang pada yang menerima amanah tersebut sama ada mereka mahu berlaku
adil atau pun sebaliknya. Kami rakyat di bawah melihat segala tindak tanduk,
perlakuan yang baik mahu pun songsang. Kami rakyat yang bijak bistari, bukan
rakyat yang boleh di jual beli dengan harga murah. Boleh di beli denga sekilo
gula atau sepasang kain pelikat atau pun janji-janji manis semata-mata. Kami
semakin bijak saban hari saban waktu,kami terdedah dengan pelbagai maklumat
sahih dan sumber di percayai malah kami semua punyai facebook,blog,twitter dan
pelbagai lagi media maya yang kami kuasai dengan izin Allah SWT.
Baik
kamu yang sedang memerintah dan sebahagian yang memerintah, kami melihat gerak
laku kalian dengan penuh minat dan rasa tidak sabar menunaikan tanggungjawab
kami sebagai rakyat yang bijak bistari. Biar pun Ramadan tinggal beberpa hari
sahaja, kami sering dan sentiasa mengikuti perkembangan muktahir iklim politik
Negara tercinta ini. Bagus dan syabas kepada para pemimpin yang mengisi Ramadan
ini dengan tugas dan amalan kebajikan sudah tentunya menuntut keredaan Allah
SWT dan tentunya bukan untuk memancing undi semata-mata. Buat kerja biar ikhlas
kata orang...!.
Namun
masih yang tidak insaf, ahli-ahli politik yang suka adu domba, menipu rakyat
malah yang sangat teruk masih berlaku zalim terutamanya kepada mangsa tahanan
ISA dan juga keluarga mereka. Bagaimana lah nasib mereka dalam Ramadan dan juga
syawal yang akan menjelang nanti. Penderitaan hidup yang di lalui keluarga si
mangsa tidak dapat di bayangkan.Anak-anak mereka yang masih kecil, sudah pasti
akan bertanyakan ayah mereka. Apakah hati nurani ahli politik seperti ini
tidak punyai ketelusan dan kehalusan hati melihat kesedihan mereka?. Apakah
Ramadan yang sangat mulia ini tidak pernah mengundang hati budi mereka untuk
simpati dan rasa pilu melihat sebahagian rakyatnya di tindas dan di zalimi?.
Tidak kah wahai ahli politik?.Di mana slogan yang di anggap keramat itu? Rakyat
di dahulukan..Janji di tepati..? Mana?..mana..?.
Ramadan
yang bakal berakhir tidak berapa lama lagi masih tidak mengubah tingkah laku
sebahagian besar ahli politik seperti
ini. Malang
sungguh, rugi sungguh, Ramadan yang mulia yang dalamnya di janjikan satu malam
yang lebih baik seribu bulan tidak di manfaatkan oleh mereka untuk mengharapkan
pengampunan dan reda Allah SWT. Malang sungguh malang . Mereka tetap mahu
zalim, menindas malah mereka masih tamak dengan kuasa yang ada. Mereka tidak
pernah insaf dan sedar biar pun dalam bulan Ramadan.
Itu
lah sebahagian dari dalam banyak isu-isu politik yang berlaku dalam Negara. Isu
tahanan ISA sebenarnya tidak selesai lagi. Cukuplah saya meluahkan sekelumit
tentang kepanasan suhu politik tanahair dalam Ramadan mulia ini. Semoga tulisan
ini menjadi bahan fikir untuk kita merenung-renung seterusnya mengambil
keputusan dengan bijak bistari tentang apa yang berlaku di tanahair yang tercinta
ini. Semoga penulisan ini ada manfaat dan beroleh pahala dari Allah dalam
menyedarkan masyarakat tentang adanya kezaliman yang sedang bermaharajalela di
tanahair ini.
Amin
Ya..Rabba..!!!
Jom Membaca..Jom Menulis..!
No comments:
Post a Comment