Wednesday, August 15, 2012

Catatan Ramadan (31)




Suhu Politik Makin Panas Biar Pun Bulan Ramadan

Selamat berpuasa semua;

Syukur Alhamdulillah sudah kepenghujung Ramadan kita. Namun keadaan politik Negara belum kepenghujungnya. Ada sahaja yang berlaku, biar pun dalam bulan Ramadan yang indah dan mulia ini. Iklim politik semakin hari semakin panas, sepanas Ramadan yang penuh keberkatannya. Orang politik tetap berpolitik tidak kira apa bulan pun. Mereka tetap dengan kerjaya mereka, tugas dan tanggungjawab mereka. Baik di kata dari pihak politik yang memerintah dan pihak yang masih di beri sebahagian kecil pemerintahannya. Masing-masing di uji oleh Allah dengan amanah yang di pikul keatas mereka.

Semua itu terpulang pada yang menerima amanah tersebut sama ada mereka mahu berlaku adil atau pun sebaliknya. Kami rakyat di bawah melihat segala tindak tanduk, perlakuan yang baik mahu pun songsang. Kami rakyat yang bijak bistari, bukan rakyat yang boleh di jual beli dengan harga murah. Boleh di beli denga sekilo gula atau sepasang kain pelikat atau pun janji-janji manis semata-mata. Kami semakin bijak saban hari saban waktu,kami terdedah dengan pelbagai maklumat sahih dan sumber di percayai malah kami semua punyai facebook,blog,twitter dan pelbagai lagi media maya yang kami kuasai dengan izin Allah SWT.

Baik kamu yang sedang memerintah dan sebahagian yang memerintah, kami melihat gerak laku kalian dengan penuh minat dan rasa tidak sabar menunaikan tanggungjawab kami sebagai rakyat yang bijak bistari. Biar pun Ramadan tinggal beberpa hari sahaja, kami sering dan sentiasa mengikuti perkembangan muktahir iklim politik Negara tercinta ini. Bagus dan syabas kepada para pemimpin yang mengisi Ramadan ini dengan tugas dan amalan kebajikan sudah tentunya menuntut keredaan Allah SWT dan tentunya bukan untuk memancing undi semata-mata. Buat kerja biar ikhlas kata orang...!.

Namun masih yang tidak insaf, ahli-ahli politik yang suka adu domba, menipu rakyat malah yang sangat teruk masih berlaku zalim terutamanya kepada mangsa tahanan ISA dan juga keluarga mereka. Bagaimana lah nasib mereka dalam Ramadan dan juga syawal yang akan menjelang nanti. Penderitaan hidup yang di lalui keluarga si mangsa tidak dapat di bayangkan.Anak-anak mereka yang masih kecil, sudah pasti akan bertanyakan ayah mereka. Apakah hati nurani ahli politik seperti ini tidak punyai ketelusan dan kehalusan hati melihat kesedihan mereka?. Apakah Ramadan yang sangat mulia ini tidak pernah mengundang hati budi mereka untuk simpati dan rasa pilu melihat sebahagian rakyatnya di tindas dan di zalimi?. Tidak kah wahai ahli politik?.Di mana slogan yang di anggap keramat itu? Rakyat di dahulukan..Janji di tepati..? Mana?..mana..?.

Ramadan yang bakal berakhir tidak berapa lama lagi masih tidak mengubah tingkah laku sebahagian besar ahli politik  seperti ini. Malang sungguh, rugi sungguh, Ramadan yang mulia yang dalamnya di janjikan satu malam yang lebih baik seribu bulan tidak di manfaatkan oleh mereka untuk mengharapkan pengampunan dan reda Allah SWT. Malang sungguh malang. Mereka tetap mahu zalim, menindas malah mereka masih tamak dengan kuasa yang ada. Mereka tidak pernah insaf dan sedar biar pun dalam bulan Ramadan.

Itu lah sebahagian dari dalam banyak isu-isu politik yang berlaku dalam Negara. Isu tahanan ISA sebenarnya tidak selesai lagi. Cukuplah saya meluahkan sekelumit tentang kepanasan suhu politik tanahair dalam Ramadan mulia ini. Semoga tulisan ini menjadi bahan fikir untuk kita merenung-renung seterusnya mengambil keputusan dengan bijak bistari tentang apa yang berlaku di tanahair yang tercinta ini. Semoga penulisan ini ada manfaat dan beroleh pahala dari Allah dalam menyedarkan masyarakat tentang adanya kezaliman yang sedang bermaharajalela di tanahair ini.

Amin Ya..Rabba..!!!

Jom Membaca..Jom Menulis..!

No comments:

Post a Comment