Followers

Tuesday, August 14, 2012

Catatan Ramadan (29)





Mercun Oh Mercun

Selamat berpuasa semua;

Dengan izin-Nya bertemu lagi.Tinggal beberapa hari lagi untuk kita merebut peluang dan ruang yang ada dalam bulan indah bulan mulia bulan Ramadan ini. Sepuluh malam terakhir moga tidak kita persia-siakan begitu sahaja. Makin kehujung makin ghairah kita untuk terus melipat gandakan amal ibadah kita. Dengan iktikaf, tadarus, zikir, selawat, sedekah jariah, mendengar majlis ilmu, zakat fitrah dan sebagianya. Biarlah semuanya itu terus kita laksanakan denga istiqamah dengan menuntut keredaan dan rahmat ilahi.

Berita-berita di media massa jika kita membacanya bermacam-macam insiden yang berlaku. Ada eksiden, pembunuhan, buang anak, kena tangkap basah, rompak bank, politik rasuah dan bermacam kisah dan berita termuat dalam akhbar dan media elektronik. Dalam penulisan dalam catatan Ramadan kali saya mahu menulis tentang tragedy bermain mercun.

Sudah menjadi kebiasaan, bila tiba sahaja Ramadan hingga masuk ke bulan syawal akan adalah berita remaja putus jari bermain mercun buatan, bahkan bukan remaja sahaja, yang sudah menjangkau taraf dewasa juga tidak ketinggalan terkena mercun buatan. Hingga bila kita melihat gambar orang yang kena mercun ini, naik ngeri kita lihat. Macam mangsa kekejaman zionis pula,seperti yang berlaku di Palestin.

Walau pun bermain mercun sudah acapkali di katakana haram, namun kelihatannya masih banyak di jual di mana-mana. Malah mercun yang di jual sudah taraf yang canggih-canggih. Besar-besar pula, macam-macam saiz dan rupa bentuknya, harganya pun boleh tahan. Ya..itu lah kenyataannya, lihat sahaja di pasar-pasar malam, bazaar Ramadan juga tidak ketinggalan malah pasaran gelap juga banyak. Siap boleh order, ada list harga dan banyak pilihan. Tak tahu pula hasil penguatkuasaannya. Berhasil atau pun gagal. Melihat dengan ada banyaknya itu, yang membuatkan saya rasa musykil dengan cara menanganinya. Saban tahun asyik begitu-begitu juga. Bila mahu selesai, makin banyak mercun di rampas,apa makna nya semua itu?.

Banyak kali di peringatkan, baik pihak berkuasa malah para Ustaz dan Ustazah juga turut memberi tazkirah perihal main mercun. Mana tidak haramnya jika main mercun sampai putus jari ,hancur tangan malah buta mata lagi. Itu lah kesan fizikal bila mercun di ubahsuai, memudaratkan dan membahayakan diri. Namun begitu, yang namanya manusia itu memang degil dan tidak mendengar kata. Akibatnya menyusahkan keluarga,diri sendiri, masyarakat dan Negara. Banyak sudah berita yang keluar dalam akhbar akibat bermain mercun, tak perlu saya tuliskan di sini masing-masing sudah tahu.

Cuma, saya teringat satu insiden yang berlaku pada anak buah saya sekitar beberapa tahun yang lalu, ketika usia masih mentah dan degil, biasalah budak-budak, tak mendengar kata. Waktu maghrib orang mahu berbuka puasa. Dia sibuk bermain bunga api. Bunga api asap,Itu yang hadapanya kan boleh di buka kelonsongnya, di ambil raksa yang sensitive dengan api, kalau tak silap lilin ada di sebelahnya. 

Entah mungkin sedang asyik ‘memodiyfid’ (ubahsuai) bunga api tersebut, lalu menyambar lah api lilin pada raksa yang di lantai dan menyambar jugalah ia pada tangan si anak buah tadi.
Sedang kami enak berbuka puasa, tiba-tiba kedengaran suara yang mengasyikan begitu kuat sekali. Tangisan manja dari anak buah yang sangat menyesali perbuatannya itu. Tangisannya tidak terhenti-henti hingga beberapa jam. Kami semua tidak mengindahkannya,malah ibunya membiarkan sahaja,satu pengajarannya. 

Sampai di mulut anak buah terkeluar “ampun..ampun..tak buat lagi”, Acik nya yang sukat menyakat hanya mampu berkata “ Padan Muka, main mercun lagi..”. Nasib baik sekadar bengkak dan ada luka sedikit namun kesakitannya memang sangat memedihkan,maklum tangan yang kena pada jari-jari, kan banyak urat-urat saraf di situ. Bukan kami tidak kasihan, tetapi sebagai pengajaran agar selepas itu nanti tidak main mercun untuk di ubah suai.

Begitulah penagang mercun (bunga api ) yang di ubahsuai, itu baharu kesan yang kecil, raungan kesakitan tidak terhenti-henti. Tak terbayang pula bagaimana raungan kesan yang kena itu sampai hancur tangan,putus jari, buta mata dan sebagainya, Tentu ngeri sekali bukan?. Nak main mercun lagi?. Fakir-fikirkan...!.

Semoga kita tidak termasuk dari kalangan yang merosakkan diri sendiri,moga amal ibadah kita di teriam Allah SWT.

Amin Ya..Rabb..!!!

Jom Membaca..Jom Menulis.

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA