Mercun Oh Mercun
Selamat
berpuasa semua;
Dengan
izin-Nya bertemu lagi.Tinggal beberapa hari lagi untuk kita merebut peluang dan
ruang yang ada dalam bulan indah bulan mulia bulan Ramadan ini. Sepuluh malam
terakhir moga tidak kita persia-siakan begitu sahaja. Makin kehujung makin
ghairah kita untuk terus melipat gandakan amal ibadah kita. Dengan iktikaf,
tadarus, zikir, selawat, sedekah jariah, mendengar majlis ilmu, zakat fitrah
dan sebagianya. Biarlah semuanya itu terus kita laksanakan denga istiqamah
dengan menuntut keredaan dan rahmat ilahi.
Berita-berita
di media massa
jika kita membacanya bermacam-macam insiden yang berlaku. Ada eksiden, pembunuhan, buang anak, kena
tangkap basah, rompak bank, politik rasuah dan bermacam kisah dan berita
termuat dalam akhbar dan media elektronik. Dalam penulisan dalam catatan
Ramadan kali saya mahu menulis tentang tragedy bermain mercun.
Sudah
menjadi kebiasaan, bila tiba sahaja Ramadan hingga masuk ke bulan syawal akan
adalah berita remaja putus jari bermain mercun buatan, bahkan bukan remaja
sahaja, yang sudah menjangkau taraf dewasa juga tidak ketinggalan terkena
mercun buatan. Hingga bila kita melihat gambar orang yang kena mercun ini, naik
ngeri kita lihat. Macam mangsa kekejaman zionis pula,seperti yang berlaku di
Palestin.
Walau
pun bermain mercun sudah acapkali di katakana haram, namun kelihatannya masih
banyak di jual di mana-mana. Malah mercun yang di jual sudah taraf yang
canggih-canggih. Besar-besar pula, macam-macam saiz dan rupa bentuknya,
harganya pun boleh tahan. Ya..itu lah kenyataannya, lihat sahaja di pasar-pasar
malam, bazaar Ramadan juga tidak ketinggalan malah pasaran gelap juga banyak.
Siap boleh order, ada list harga dan banyak pilihan. Tak tahu pula hasil
penguatkuasaannya. Berhasil atau pun gagal. Melihat dengan ada banyaknya itu,
yang membuatkan saya rasa musykil dengan cara menanganinya. Saban tahun asyik
begitu-begitu juga. Bila mahu selesai, makin banyak mercun di rampas,apa makna
nya semua itu?.
Banyak
kali di peringatkan, baik pihak berkuasa malah para Ustaz dan Ustazah juga
turut memberi tazkirah perihal main mercun. Mana tidak haramnya jika main
mercun sampai putus jari ,hancur tangan malah buta mata lagi. Itu lah kesan
fizikal bila mercun di ubahsuai, memudaratkan dan membahayakan diri. Namun
begitu, yang namanya manusia itu memang degil dan tidak mendengar kata.
Akibatnya menyusahkan keluarga,diri sendiri, masyarakat dan Negara. Banyak
sudah berita yang keluar dalam akhbar akibat bermain mercun, tak perlu saya tuliskan
di sini masing-masing sudah tahu.
Cuma,
saya teringat satu insiden yang berlaku pada anak buah saya sekitar beberapa
tahun yang lalu, ketika usia masih mentah dan degil, biasalah budak-budak, tak
mendengar kata. Waktu maghrib orang mahu berbuka puasa. Dia sibuk bermain bunga
api. Bunga api asap,Itu yang hadapanya kan
boleh di buka kelonsongnya, di ambil raksa yang sensitive dengan api, kalau tak
silap lilin ada di sebelahnya.
Entah mungkin sedang asyik ‘memodiyfid’
(ubahsuai) bunga api tersebut, lalu menyambar lah api lilin pada raksa yang di
lantai dan menyambar jugalah ia pada tangan si anak buah tadi.
Sedang
kami enak berbuka puasa, tiba-tiba kedengaran suara yang mengasyikan begitu
kuat sekali. Tangisan manja dari anak buah yang sangat menyesali perbuatannya
itu. Tangisannya tidak terhenti-henti hingga beberapa jam. Kami semua tidak
mengindahkannya,malah ibunya membiarkan sahaja,satu pengajarannya.
Sampai di
mulut anak buah terkeluar “ampun..ampun..tak buat lagi”, Acik nya
yang sukat menyakat hanya mampu berkata “ Padan Muka, main mercun
lagi..”. Nasib baik sekadar bengkak dan ada luka sedikit namun kesakitannya
memang sangat memedihkan,maklum tangan yang kena pada jari-jari, kan banyak urat-urat
saraf di situ. Bukan kami tidak kasihan, tetapi sebagai pengajaran agar selepas
itu nanti tidak main mercun untuk di ubah suai.
Begitulah
penagang mercun (bunga api ) yang di ubahsuai, itu baharu kesan yang kecil,
raungan kesakitan tidak terhenti-henti. Tak terbayang pula bagaimana raungan
kesan yang kena itu sampai hancur tangan,putus jari, buta mata dan sebagainya,
Tentu ngeri sekali bukan?. Nak main mercun lagi?. Fakir-fikirkan...!.
Semoga
kita tidak termasuk dari kalangan yang merosakkan diri sendiri,moga amal ibadah
kita di teriam Allah SWT.
Amin
Ya..Rabb..!!!
Jom Membaca..Jom Menulis.
No comments:
Post a Comment