Hakikat Syukur Ustaz Shahrir Long
Manusia
merancang Allah juga dengan perancangannya dan Dia-lah sebaik-baik
perancang.Manusia merancang adakalanya tidak menepati apa yang di
rancang.Mungkin kerana kesibukan dan masa yang lain lebih penting untuk di
untukan dengan perkara yang lebih penting. Perancangan saya yang mahu menulis
satu hari satu entri dalam blog ini tidak menjadi pula,tertangguh hingga empat
hari. Begitulah kehendak-Nya. Apa pun saya merasa bersyukur malam ini di beri
kekuatan untuk menulis beberapa aktiviti dan juga perkongsian ilmu yang sedikit
dari saya untuk saya post ke blog ini.
Alhamdulillah.
Malam ini kita sudah di malam yang ke 25, Insyallah kita terus istiqamah dalam
pemburuan malam yang mulia ‘Lailatul qadar’. Di mana-mana pun masjid atau pun
surau meriah dengan aktiviti yang di susun untuk memberi peluang kepada
masyarakat mengimarahkan pada malam-malam terakhir 10 ramadan. Malam di serikan
dengan ibadah qiamullail. Mereka iktikaf dengan melaksanakan ibadah-ibadah yang
lainnya.
Syukur
kepada Allah SWT kerana memberi peluang untuk saya terus istiqamah dalam
mengerjakan solat terawih. Pada tanggal 16 Ramadan yang lalu di beri kesempatan
bersolat di masjid as-sayarif . Malam itu sebelum solat terawih di mulakan
tazkirah dahulu atas permintaan penceramah. Tazkirah di sampaikan oleh Ustaz
Shahrir Long dari Kedah Darul Aman. Beliau seorang ustaz yang lantang dalam
menyampaikan ceramahnya dan amat bertenaga ketika berceramah. Hujah,dalil-dalil
yang kuat dari sumber quran dan hadis. Saya sememangnya salah seorang yang
meminati gaya
ceramahnya. Tegas dan berani..Ceroi..!. kata Ustaz. Beliau juga pemilik yang
juga pengerusi Pusat Tahfiz Mutmainah.
Peluang
yang ada pada malam tersebut saya ambil untuk mendengar nasihat ustaz dalam
ceramahnya. Ustaz membawakan tajuk ‘Hakikat Syukur’. Sebagai
manusia hendaklah mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan pada kita. Sentiasa
mengingati Allah SWT dalam apa jua keadaan. Nikmat Allah jika mahu di
hitung,memang kita tidak akan dapat menghitung nya. Oleh itu sebagai hamba yang
menggunakkan segala nikmatnya janganlah hendaknya kita menjadi manusia yang
lupa diri hingga menjadi manusia yang zalim,menindas orang lain, menyekat
kebebasan, dan membuat kerosakan di muka bumi ini dengan sewenang-wenangnya.
Ustaz
mengambil iktibar kisah seorang hamba Allah
dengan seorang Khalifah,yang berdoa di hadapan Kaabah. Hamba Allah itu
hanya berdoa meminta sesuatu yang baginya cukup sekadar yang dia mahu,tidak
lebih dari itu. Dalam dia berdoa, Sang Khalifah mendengar akan isi doa yang
hamba Allah itu minta pada Allah SWT. Lalu bila selesai hamba Allah itu berdoa
Sang Khalifah bertanyakan mengapa tidak minta lebih daripada itu dalam doa nya
pada Allah SWT,sedangakna banyak yang boleh Hamba Allah itu minta pada Allah
SWT. Jawapan yang di terima oleh Sang
Khalifah tersebut sangat mengejutkan dan menginsafkan Sang Khalifah.
Sesungguhnya hamba Allah tersebut seorang yang sangat bersyukur pada Allah SWT.
Hari
ini, kita di beri bermacam-macam nikmat oleh Allah SWT. Sejauh mana kita bersyukur
pada-Nya?. Tepuk dada Tanya iman masing-masing, terutamanya untuk diri saya.
Mudah-mudahan kita termasuk dalam kalangan hambanya yang bersyukur.
Semoga
amalan kita di terima oleh Allah SWT. Dan terus istiqamah dengan amal ibadah
sepanjang Ramadan ini.
Amin
Ya..Rabb..!!!.
Jom Membaca..Jom Menulis.
No comments:
Post a Comment