Ziarah-Menziarahi Amalan Mulia
Alhamdulillah
bersua kembali. Semoga terus bergembira di Syawal yang suci ini. Syawal yang
suci, Syawal yang indah tentunya mengembalikan ingatan kita tentang ramadan
yang pergi meninggalkan kita. Sesungguhnya kedatangan ramadan sangat dinanti
dan ditangisi kepergiannya oleh orang-orang yang beriman. Di situlah madrasah
yang mendidik hati-hati kita agar taat teguh dalam mengingati-Nya dan
melaksanakan segala amal ibadah dengan tenang, bahagia dan semata-mata hanya
untuk Allah SWT. Itu lah ramadan yang sudah berlalu.
Namun
begitu, syawal yang menjelang kini, bukanlah bermakna kita sudah tidak lagi
melaksanakan apa-apa yang kita lakukan di bulan ramadan lalu, teruskanlah dan
lipat gandakan amalan kita dengan istiqamah dan penuh ketaqwaan pada Allah SWT.
Amal ibadah yang kita biasa lakukan dalam ramadan seperti berpuasa, bersedekah,
wakaf, qiamulail, berzikir, berzakat dan lain sebaginya masih bisa kita
teruskan di luar ramadan. Maka kita berlumba-lumba dalam melakukan kebajikan
semata-mata hanya untuk Allah SWT.
Saya harap tulisan ini masih releven dengan suasana Syawal kita pada hari ini.Hari
raya masih terasa, program ziarah-menziarahi masih berjalan. Amalan yang sangat
mulia dan di galakan. Ziarah-menziarahi antara satu sama lain. Peluang dari ziarah-menziarahi adalah saling bermaaf-maafan, namun perlu diingat, bermaaf-maafan tidak semestinya hari raya sahaja, hari biasa juga perlu jika kita ada kesalahan sesama kita, itu perlu di segerakan, tak perlu tunggu hari raya. Tentunya dengan
amalan ini akan mengeratkan tali silaturahim, kasih sayang sesama kita. Namun
dalam ziarah-menziarahi jangan di lupa adab dan akhlak hendaklah di jaga.
Firman
Allah s.w.t. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah
bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah)
itu,dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu beroleh rahmat”
(Surah
Al Hujuraat ayat 10.)
Saya
petik sedutan dari artikel yang terkandung dalam laman web JAIS tentang hikmah
yang terkandung dalam amalan ziarah-menziarahi, mungkin boleh di jadikan
panduan untuk kita, sebagai tetamu dan juga sebagai tuan rumah yang menerima
tetamu;
1)
Di antara
adab-adab yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam ketika melakukan amalan
kunjung-mengunjung adalah seperti berikut : Adab sebagai tetamu perlu memohon
izin dan memberi salam sebelum memasuki rumah yang ingin dikunjungi sesuai
dengan Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nur ayat ke 27
“ Wahai orang-orang
yang beriman,janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumah kamu,sehingga kamu
meminta izin serta memberi salam kepada penghuninya.Demikian itu adalah lebih
baik bagi kamu agar kamu beringat”
Rasulullah s.a.w.
juga pernah bersabda yang bermaksud :
” Sesungguhnya
manusia yang paling utama di sisi Allah ialah sesiapa yang memulakan salam” (Riwayat Abu Daud)
2)
Selaku
tetamu adalah sangat digalakan agar berjabat tangan dengan tuan rumah sesuai
dengan hadith Nabi s.a.w. riwayat dari Al Barra’ r.a. yang bermaksud
“ Tidak ada dua orang
muslim yang bertemu,lalu saling berjabat tangan,kecuali kedua-duanya diampuni
Allah sebelum keduanya berpisah”
Walaubagaimanapun
amalan berjabat tangan ini mestilah dilakukan mengikut lunas-lunas Islam. Ianya
tidak sama dengan budaya barat dan orang bukan Islam yang bersalaman tidak
mengira lelaki ataupun wanita yang bukan mahram kerana ianya amat dimurkai oleh
Allah s.w.t.
3)
Seorang
tetamu tidak sepatutnya bebas melakukan apa sahaja di rumah orang lain kerana
perbuatan itu akan mengganggu dan tidak disenangi oleh tuan rumah. Hal ini
disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadithnya yang bermaksud
“Sesiapa
yang memasuki majlis sesuatu kaum,hendaklah dia duduk di tempat yang telah
disediakan kerana kaum itu(tuan rumah) lebih mengetahui aib rumah mereka”
4)
Manakala
bagi pihak tuan rumah, Agama Islam turut menggariskan beberapa adab yang perlu
dipelihara dan dihayati oleh tuan rumah yakni dengan menghormati dan memuliakan
tetamunya. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadithnya yang
bermaksud
“ Barangsiapa yang
beriman kepada Allah s.w.t. dan Hari Akhirat ,maka hendaklah ia memuliakan
tetamunya.”
Dalam masa yang sama,tuan rumah juga disarankan agar
menghidangkan jamuan yang terbaik mengikut kadar kemampuan. Memuliakan dan
melayan tetamu dengan baik adalah amalan para Nabi dan Rasul terdahulu. Allah
s.w.t. telah merakamkan kisah Nabi Ibrahim a.s. dan sikapnya yang sangat
memuliakan tetamu melalui FirmanNya yang bermaksud
“
Sesungguhnya telah datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Ibrahim,dengan membawa
berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata : “Salam
sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)” Nabi Ibrahim menjawab : “Salam sejahtera
kepada kamu” Maka tidak berapa lama selepas itu, dia menghidangkan jamuan
untuk,seekor anak lembu yang dipanggang.”
Demikian,
serba sedikit perkongsian tentang hikmah amalan ziarah-menziarahi di bulan suci
ini, maklum ramai dikalangan kita yang masih ziarah-menziarahi, semoga ia boleh
di ambil sebagai panduan dan diamalkan.Insyallah, dengannya nanti segala amalan
yang kita lakukan akan terarah dan mengikut garis syariat yang di anjurkan oleh
agama suci kita, Islam.
Jom
ziarah..!
Jom Membaca..Jom Menulis.
No comments:
Post a Comment