Saturday, August 25, 2012

Catatan Syawal (3)




Keunikan Syawal

Alhamdulillah, syukur di panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya dapat bertemu dalam perkongsian penulisan dalam siri Catatan Syawal 1433H pula, Begitu pantas masa berlalu, diam tak diam sudah seminggu kita berada di bulan Syawal yang suci ini. Ketika catatan ini ditulis. Kita sudah berada di tanggal 7 Syawal 1433H bersamaan 25hb 08 2012 Ahad, sudah seminggu kita meraikan hari kemenangan hari yang mulia hari raya aidilfitri. Sudah pastinya dalam waktu seminggu ada banyak kenangan atau peristiwa yang berlaku terhadap kita. Ada berita atau cerita yang mahu di kongsi atau apa sahaja luahan rasa hati dalam kita meraikan hari raya yang mulia ini.

Semua tahu dan faham, bahawa hari raya merupakan hari istimewa, hari di mana hadiah buat orang-orang yang beriman untuk merai kemenagan setelah sebulan berpuasa dengan bersungguh-sungguh dengan di sertai dengan pelbagai ibadah yang lain. Maka pada hari raya inilah orang-orang beriman yang berjaya dalam menempuh sebulan berpuasa dengan jayanya, mereka menikmati kesucian syawal dengan rasa syukur kepada Allah SWT. Betulah kata-kata hari raya hanya untuk orang-orang yang beriman. Semoga kita tergolong dari mereka yang di maksudkan itu.

Sedikit perkongsian tentang pengertian hari raya puasa dalam Islam,Eid Fitr. Eid yang bermaksud “mengembalikan”. Fitr itu “fitrah”. Jadi “Eidil Fitri” itu ialah mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semulajadinya yang suci dan murni. Dalam erti kata yang lain. Eidil fitri bermaksud hari menyambut kejayaan mengembalikan fitrah kepada keadaan asalnya yang suci dan bersih.” (Dalam buku Siraman Minda dalam tajuk ‘Apa Itu Hari Raya’).

Unik Dan Meriah

Pelbagai peristiwa selama seminggu berlaku ada ceria, gembira, sedih , pilu dan pelbagai rasa yang di rasai oleh kita. Juga oleh diri saya. Bila di imbas kembali, rasanya terlalu cepatnya masa berlalu, kini dah seminggu. Ya..hari raya di sambut oleh semua umat Islam di mana jua mereka berada.Di Malaysia hari raya di sambut dengan cukup meriah dan harmoni sekali., suasana ini tidaka akan wujud sekiranya tiada persefahaman antara sesama kita mahu pun sesama kaum yang lain.

Harmoni dan indahnya hari raya di Negara kita di sambut oleh pelbagai lapisan kaum yang turut merasi nikmat dan keindahan hari raya, Cina, India, Kadazan, Murut, Dayak dan sebagainya, mereka turut berkunjung menghormati umat Islam biar pun di mana mereka berada. Mereka akan mengunjungi rumah-rumah terbuka aidilfitri yang di buat oleh shabat mereka. Begitulah harmoni dan indahnya perpaduan yang masih utuh wujud di Negara yang kita cintai ini.

Kepelbagaian inilah yang memperlihatkan betapa uniknya sambutan hari raya di Negara kita. Namun begitu pun, hari raya bukanlah sekadar budaya semata-mata, biar lah apa yang kita sambut ini adalah kerana tuntutan ibadah semata-mata kerana Allah SWT. Seperti yang saya tuliskan di awal tulisan tadi. Hari raya hari kemenangan bagi setiap mukmin yang beriman yang berjaya melaksanakan ibadah puasa dan ibadah yang lain semata-mata kerana Allah SWT. Hari kemenangan bagi mereka yang sudah menerima ijazah At-Taqwa dari ‘Madrasah Ramadan’.

Istiqamah

Syawal yang suci, syawal yang indah penuh meriah, kunjung mengunjung, ziarah menziarahi sudah menjadi satu kemestian buat kita. Dengan berpakaian cantik dan indah,berwangian, senyuman yang manis yang terukir dibibir dan saling bermaaf-maafan sudah sebati dalam jiwa. Itu tandanya hati dan perasaan bagi yang meraikan hari raya ini sungguh tenang dan bahagia kesan dari didikan ramadan yang lalu. Perasaan yang tulus dan indah ini di zahirkan pada menjelangnya 1 Syawal. Mereka bukan sahaja kembali pada fitrah tetapi lebih daripada itu menjadi manusia yang sangat bersyukur dalam menyambut hari raya hari kemenangan untuknya.

Dalam menyambut hari raya, tidak di lupakan ibadah-ibadah yang di lakukan semasa ramadan yang lalu, solat lima waktu tetap di kerjakan bila sampai waktunya, sama ada bersendirian atau pun berjemaah, amalan sunat bersedekah, hatinya sentiasa berzikir mengingati Allah dan tautan hatinya pada Khaliqnya sangat kuat. Amalan dan ibadah yang di lakukan di bulan ramadan terus istiqamah di laksanakan biar pun ramadan sudah berlalu. Itu lah yang sebaik-baiknya, Munculnya Syawal bukan bermakna berhenti dari melaksanakan kebiasaan yang telah di lakukan dalam bulan ramadan. Tambah dan giatkan lagi amal ibadah yang peru di lakukan.

‘Biar sedikit tetapi istiqamah’, Istiqamah yang dimaksudkan oleh Imam Nawawi iaitu “ Istiqamah adalah sentiasa berada dalam ketaatan kepada Allah. Istiqamah merupakan satu kata ringkas,namun sarat dengan makna, dan dialah asal bagi semua urusan.”

Begitulah uniknya Syawal bagi orang-orang yang beriman, dalam waktu dan keadaan menyambut hari raya tetap istiqamah dalam amal ibadahnya.

Puasa Enam Syawal

Alhamdulillah, tahniah buat mereka yang sudah tamat berpuasa enam Syawal, seawal hari raya kedua mereka sudah berpuasa berturut-turut. Bagi mereka yang masih mahu bermula juga tahniah. Puasa enam Syawal ini sangat di galakan, seperti yang termaktub dalam hadis tersebut;

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan, lalu mengiringinya dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-oleh dia telah berpuasa selam setahun.”

(Riwayat Muslim)

Semoga kita dapat merebut kelebihan puasa enam hari  Syawal dengan istiqamah. Amalan yang hebat ini sesungguhnya adalah peluang untuk kita sama-sama merebutnya, ia merupakan kesinambungan amalan kita pada bulan ramadan yang lalu. Puasa enam hari Syawal ini juga memberi maksud kepada kita bahawa segala amal ibadah yang kita laksanakan pada bulan Ramadan hendaklah di teruskan bukan bila mana bulan syawal menjelma segala amalan kita terhenti di situ semata-mata.

Di situlah hikmah yang terkandung dalam puasa enam hari dalam bulan Syawal yang suci dan indah itu.

Untuk mengakhiri penulisan ini,saya menyeru diri sendiri dan para sahabat blogger semua agar kita sama-sama menjaga kesucian Syawal ini hingga ke penghujungnya. Semoga Syawal yang suci ini menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Juga, semoga Syawal kali ini lebih baik dari Syawal-syawal yang sebelumnya atau mungkinkah Syawal kali ini syawal yang terakhir buat kita.?. Oleh itu, harapan yang tinggi agar Allah SWT menjadikan Syawal kali ini Syawal yang terbaik dan terhitung sebagai ibadah dan amal soleh buat kita.

Jom Membaca..Jom Menulis.

No comments:

Post a Comment