Puasa Yang Memudaratkan
Alhamdulillah
bertemu lagi.Semoga terus bersemangat untuk beramal sepanjang Ramadan ini. Saya
masih mahu berkongsi tentang puasa dan kelebihannya,saya tertarik dengan satu
persoalan yang di utarakan di dalam majalah Q&A, yang saya baca.Rasanya
menarik untuk saya kongsikan untuk para sahabat yang tidak membeli majalah
tersebut
Apakah cara berpuasa yang memudaratkan?
Berikut jawapannya;
“Dr. Allan Cott menyatakan dalam bukunya ‘Fasting: The
Ultimate Diet’ bahawa, “ Muslims
fast religiously and unhealthily for a whuole month. They eat and drink nothing
during the day and gorge themselves at night,” Pandangan Dr. Allen Cot ini
merujuk pada cara kebiasaan umat Islam hari ini berpuasa, bukan puasa seperti
Rasulullah saw. Puasa yang mendatangkan kesan pada jiwa dan kesihatan yang baik
pada tubuh perlu menitikberatkan penjagaan daripada:
- Terlalau
banyak makan sama ada pada waktu sahur atau berbuka.
- Makan
makanan yang pedas, berempah atau payah dihadam.
- Terlalu
banyak makan daging (terutama bagi mereka yang mengidap batu karang.gout,
allergi, alahan).
- Suka
mengulangi makan sepanjang malam.Kurang minum air pada malam hari atau
lebih minum air semasa makan.
- Tidur
selepas makan (semasa perut kenyang).
- Minum
terlalu banyak kopi atau teh.
Jika kita masih meneruskan amalan di atas, kita bukan
sahaja akan kurang mendapat manfaat puasa, malahan kita akan berasa letih dan
mungkin juga akan mengalami pelbagai masalah kesihatan akibat amalan
tersebut.Malangnya masih ramai orang Islam yang berpuasa sedemikian. “
Jangan
lah hendaknya kita berpuasa seperti cara tersebut. Niat puasa yang murni untuk
mendapatkan pahala dan sihat akhirnya mendapat sakit pula akibat cara pemakanan
kita yang tidak betul. Jadi ingatlah pesanan Baginda SAW dalam sebuah hadis yang
bermaksud;
“Berpuasalah supaya kamu sihat.” (Riwayat
Abu Nu’aim)
Oleh
itu,selagi Ramadan masih ada lagi marilah kita perbaiki cara puasa kita
terutamnaya dalam bab pemakanan kita. Mudah-mudahan puasa kita di terima oleh
Allah SWT.
Amin
Ya..Rabb..!!!.
Jom Menulis ..Jom Membaca..!
No comments:
Post a Comment