Monday, August 6, 2012

Catatan Ramadan (22)





Salam Nuzul Al-Quran 1433H.

Alhamdulillah,kita sudah di hari ke tujuh belas Ramadan di mana hari istimewa yang mana berlakunya turunnya Al-Quran pada malam tersebut,merupakan wahyu yang pertama hingga seterusnya. Di mana seluruh umat Islam meraikannya dengan pelbagai aktiviti di lakukan. Ada surau atau masjid-masjid mengadakan ceramah khas,Forum Khas atau tazkirah khas sempena Nuzul Al-Quran ini. Ini menunjukkan bahawa kita adalah hamba yang prihatin tentang sejarah berlakunya turunnya al-quran.

Firman Allah yang bermaksud;

"Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dengan yang bathil ), karena itu barangsiapa diantara kamu menyaksikan (masuknya bulan ini ), maka hendaklah ia puasa... " ( Al-Baqarah: 185).

Umat Islam sudah faham sejarah tentang turunnya al-quran ini,setiap tahun para ilmuan Islam menyampaikan kuliah atau pun tazkirah,tak kanlah kita masih lupa dengan peristiwa tersebut.Ia merupakan rakaman sejarah yang di lalui oleh junjungan Nabi saw.Di turunkan secara berperingkat-peringkat sehingga lengkaplah ia menjadi sebuah kitab seperti hari ini. Pada tanggal 17 Ramadan (pada malam jumaat),tahun ke 41 dari keputeraan Nabi saw.

Hebatnya Ramadan berlakunya pelbagi peristiwa besar,quran sebagai kitab panduan yang serba lengkap di turunkan kepada semua makhluk. Ia merupakan perlembagaan tertinggi yang seharusnya di jadikan panduan undang-undang dalam kehidupan manusia. Di dalamya terdapat pelbagai panduan dalam segenap aspek,dari sosial.politik,pentadbiran,peperangan,pendidikan dan pelbagai lagi aspek yang sempurna yang terkandung di dalamnya.

Umat Islam sewajarnya menjadikan quran sebagai panduan bagi menyuluh segenap kehidupan mereka.Ia bukan sahaja untuk di baca,di kaji semata-mata tetapi yang lebih penting dari itu mengamalkan segala apa yang di perintah dan meninggalkan apa yang di larang. Saban tahun,bila datangnya Ramadan program tadarus quran di susun oleh pihak surau atau masjid,bagi memberi peluang orang ramai bertadarus bersama-sama,ini bagi membuktikan kecintaan kita terhadap kitab panduan yang agung buat kita.

Malah program khatam quran juga diadakan oleh sesetengah surau atau masjid bagi menandakan mereka sudah khatam quran sempena bulan Ramadan ini. Tahniah dan syabas bagi mereka yang sudah khatam sebelum berakhirnya Ramadan ini. Namun janganlah hendaknya hanya di baca semata-mata tanpa mengetahui makna dan tuntutannya.Semoga Al-quran menjadi penyuluh jalan dalam segenap kehidupan kita.

Malah sering sambutan Nuzul quran ini digabungkan dengan satu peristiwa besar juga,yang mana rata-rata umat Islam sudah faham tentang kisah dan peristiwa besar tersebut yang mana sering di sebut Persitiwa Badar A-Kubra.Di mana berlakunya peperangan yang pertama dalam Islam pada tanggal 17 ramadan,tahu ke 2 hijrah. Yang mana pada ketika itu umat Islam pertama kali berpuasa.Ia merupakan peristiwa besar yang mempunyai pengajaran(sila rujuk entri saya yang sebelum ini untu pengajarandari peristiwa tersebut) yang besar buat umat Islam seluruhnya.

Demikianlah peristiwa besar,yang mana hari ini seluruh umat Islam sedang menikmati dan mengambil pengajaran-pengajaran di dalamnya,serta menjadikan isikandungan nya sebagai panduan dalam kehidupam mereka. Sama ada dalam individu,keluarga,organisasi,Negara dan urusan dunia seluruhnya. Itu lah mukjizat Al-Quran yang di turunkan oleh Allah melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. kepada Nabi saw. Untuk akhirnya saya sudahi penulisan ini dengan maksud wahyu yang pertama yang di turunkan kepada Nabi saw;

Firman Allah SWT;

1]Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), [2]Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; [3]Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - [4]Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - [5]Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

(Surah Al-Alaq: 1-5)

Semoga kita mengambil pengajaran dari maksud firman Allah SWT tersebut.
Semoga segala amalan kita di terima sebagai amal soleh..!

Amin Ya..Rabb..!

Jom Membaca..Jom Menulis..!

No comments:

Post a Comment